Pages

Saturday, May 19, 2012

Lelaki kudung rentasi lautan

Lelaki kudung rentasi lautan - Global - Sinar Harian:

Lelaki kudung rentasi lautan
Croizon tetap bersemangat untuk melaksanakan misinya dengan menggunakan anggota tangan dan kaki palsu serta sirip getah.
PASAR SKOW - Kecacatan anggota badan yang dialaminya tidak menghalang lelaki warga Perancis ini untuk menunjukkan kemampuannya untuk menamatkan misi pertama berenang merentasi lima benua.

Philippe Croizon, 43, yang kudung kedua-dua tangan dan kaki selepas terlibat dalam satu kemalangan elektrik pada 1994 berjaya menyahut cabaran untuk berenang merentasi lautan dari kampung Wutung, Papua New Guinea menuju ke Pasar Skow, Indonesia, kelmarin.

Walaupun angin kencang dan arus deras seakan menyukarkan lelaki cekal ini untuk menamatkan cabaran Oceania-Asia itu, dia tetap gigih berenang sejauh 20 kilometer selama kira-kira lapan jam.

“Ia adalah cabaran paling sukar kerana saya terpaksa berenang melawan arus,” menurutnya yang turut diiringi perenang tempatan.

Jurucakapnya yang turut merakam ekspedisi tersebut untuk dokumentari, Robert Iseni berkata, masih ada tiga lagi cabaran perlu Croizon tempuh untuk menamatkan misinya.

Pada bulan hadapan, Croizon merancang untuk berenang dari Teluk Aqaba di Jordan menuju ke pantai Mesir pada jarak 25 kilometer.

'via Blog this'

No comments: