Pages

Thursday, March 29, 2012

Strauss-Kahn tuntut kekebalan dalam kes serangan seksual di AS

Berita Harian Online | Strauss-Kahn tuntut kekebalan dalam kes serangan seksual di AS: "NEW YORK: Peguam kepada Dominique Strauss-Kahn memberitahu mahkamah di Amerika Syarikat bahawa saman pekerja hotel yang mendakwa menjadi mangsa serangan seksual sepatutnya dibatalkan kerana ahli politik Perancis itu mempunyai kekebalan diplomatik pada waktu berkenaan.

Hakim Douglas McKeon berkata, beliau akan membuat keputusan selepas mendengar perbicaraan selama 90 minit di mahkamah di Bronx di mana peguam Strauss-Kahn berhujah bahawa bekas ketua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) itu "mempunyai kekebalan diplomatik yang dinikmati pegawai tertinggi dan diplomat lain."

Peguam Strauss-Kahn, Amit Mehta, berkata saman berkenaan yang tidak dinyatakan jumlah ganti rugi "mesti dibatalkan". - AFP"

'via Blog this'

Itali sita AS$1.5 bilion aset keluarga Muammar Gaddafi

Berita Harian Online | Itali sita AS$1.5 bilion aset keluarga Muammar Gaddafi:
ROM: Jabatan kewangan polis Itali mengumumkan penyitaan aset bernilai lebih daripada 1.1 bilion euro (AS$1.5 bilion milik keluarga bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, hari ini. 

Aset itu disita susulan permohonan yang dilakukan Mahkamah Jenayah Antarabangsa di The Hague, yang mana ketika ini sedang menunggu proses ekstradisi anak Gaddafi, Seif al-Islam daripada kerajaan Libya.
Antara aset yang disita termasuk saham kumpulan perbankan terbesar Itali, UniCredit; syarikat minyak, ENI; pengeluar kereta, Fiat; kelab bola sepak, Juventus; bangunan di Rom; 60.7 hektar tanah di Pulau Pantelleria dan dua kereta. - AFP
'via Blog this'

Dua lelaki cium mulut kena penjara enam bulan

Berita Harian Online | Dua lelaki cium mulut kena penjara enam bulan:
ABU DHABI: Sebuah mahkamah rayuan di Abu Dhabi mengekalkan hukuman enam bulan penjara terhadap dua lelaki, masing-masing dari Eropah dan Asia kerana bercium mulut di tempat awam. 

Mahkamah juga mengarahkan mereka diusir selepas menjalani hukuman, lapor sebuah akhbar, semalam.
Mahkamah berkenaan menyokong hukuman sebelum ini selepas seorang saksi mengesahkan semula yang beliau nampak pasangan itu berpeluk dan bercium di satu jalan di Abu Dhabi, kata akhbar berbahasa Arab, Alittihad.Kedua-dua defendan yang tidak dikenali itu memberitahu mahkamah, mereka berpelukan sementara lelaki Eropah itu berkata, beliau mencium kepala rakannya kerana sudah mahu meninggalkan Emiriyah Arab Bersatu. 

Peguam bela meminta mereka dibebaskan kerana saksi memberi kenyataan bercanggah. 
Akhbar itu berkata, saksi ketika itu memandu di kawasan berkenaan. 

Saksi memberitahu, pada asalnya dia tidak pasti apa yang sedang dilihat dan kemudian menoleh kembali lalu melihat mereka bercium. – Agensi
'via Blog this'

Pesawat kawalan jauh AS bakal ronda Asia Pasifik

Berita Harian Online | Pesawat kawalan jauh AS bakal ronda Asia Pasifik:
SYDNEY: Australia mungkin membenarkan Amerika Syarikat menggunakan wilayahnya untuk melancarkan operasi pesawat kawalan jarak jauh meronda kawasan Asia-Pasifik. Ia sebahagian rancangan Amerika meningkatkan kehadirannya di Asia Pasifik yang menimbulkan kemarahan China.

Washington dan Canberra merancang memperluas hubungan ketenteraan dengan kerahan pertama 2,500 anggota marin ke utara Australia didedahkan November lalu oleh Presiden Barack Obama dan mereka dijangka tiba bulan depan.
Rancangan itu menimbulkan kemarahan Beijing dan membimbangkan beberapa negara Asia selepas Washington membuat kenyataan bahawa ia berhasrat menjaga kepentingannya di rantau ini ketika China semakin agresif.
Cocos adalah satu kemungkinan...ia prospek jangka panjang dan perlu dianggap sebegitu. - Stephen Smith, Menteri Pertahanan Australia
Media Australia memetik berita dalam akhbar Washington Post bahawa Amerika mempertimbangkan Kepulauan Cocos, pulau batu karang di Lautan Hindi , barat laut Australia, untuk melancarkan pesawat kawalan jauh itu.

Cocos akan menggantikan pangkalan Diego Garcia di Lautan Hindi, selepas Amerika memajaknya dari Britain dan dijangka digunakan semula menjelang 2016.

Kapal pengangkut pesawat dan kapal selam berkuasa nuklear juga akan diletakkan di Perth sebagai sebahagian usaha memfokus semula sumber pertahanan Amerika di rantau itu, tambah laporan.

Menteri Pertahanan Australia, Stephen Smith berkata penggunaan Pulau Cocos adalah satu langkah jangka panjang untuk merapatkan hubungan dua negara selain kerana pangkalan udaranya perlu di naik taraf sebelum dapat digunakan. 
“Cocos adalah satu kemungkinan...ia prospek jangka panjang dan perlu dianggap sebegitu,” kata Smith kepada radio ABC.

“Ia bukan ideal ketika ini kerana satu daripada perkara yang kita perlu lakukan adalah satu naik taraf infrastruktur, terutama tempat pendaratan pesawat.

“Ia adalah antara alasan sebab mengapa ia adalah untuk jangka panjang.” Naik taraf memerlukan perbelanjaan antara A$75 hingga A$100 juta (RM239.58 juta hingga RM319.45 juta), tambahnya.

Cocos dilihat sebagai lokasi terbaik untuk menempatkan pesawat pemantau tanpa pemandu untuk mengawasi laluan perkapalan paling sibuk dan Laut China Selatan.

China, Taiwan, Filipina, Vietnam, Malaysia dan Kemboja membuat tuntutan di kawasan tertentu di situ.

Smith berkata, kerjasama lebih rapat adalah perkara utama bermula dengan kehadiran marin Amerika di Wilayah Utara, capaian ruang udara lebih besar dan penggunaan lebih baik HMAS Stirling berpangkalan di Perth. – AFP
'via Blog this'

Boleh soal kami 'online': Taliban

Berita Harian Online | Boleh soal kami 'online': Taliban:

pix_gal0
Pergerakan militan Afghanistan wujudkan ruang bersoal jawab di laman web 

KABUL: Pergerakan Taliban mewujudkan ruang soal jawab di laman webnya bagi membolehkan sesiapa juga bertanya kepadanya mengenai apa jua pendiriannya termasuk sama ada ayat suci al-Quran boleh disiarkan di Facebook atau pengebom bunuh diri yang membunuh orang awam tidak bersalah.
Mereka yang berminat boleh mengemukakan soalan di laman Voice of Jihad, laman web rasmi Emiriah Islam Afghanistan, nama rasmi pergerakan itu untuk dijawab jurucakapnya, Zabihullah Mujahid.Kewujudan ruang perbincangan awam di internet itu menunjukkan sejauh mana pergerakan itu mengubah pendiriannya mengenai teknologi. Apabila berkuasa, Taliban mengharamkan televisyen atas alasan programnya tidak bercirikan keislaman, malah menggantung televisyen di atas pokok. 

Kini mereka memanfaatkan media sosial dan turut mempunyai akaun Twitter seperti juga pengaman Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) diketuai NATO, dengan jurucakapnya sering bertikam lidah online. 

Bulan lalu, bekas ketua skuad pencegah maksiat Taliban, Maulavi Qalamuddin yang merotan wanita kerana tidak memakai burqa dan memenjarakan lelaki jika tidak berjambang, memberitahu AFP beliau kini memiliki dua televisyen di rumahnya. 

Laman Voice of Jihad penuh dengan kutukan terhadap kerajaan Kabul menyifatkannya hamba atau boneka Barat selain kafir dan ‘musuh Islam’ selain menggembar-gemburkan kejayaannya menentang pemerintah sejak satu dekad lalu. 
Jawapan yang diberi menggunakan gaya bahasa konsisten dan jelas ditulis individu yang mendedahkan dirinya sudah berkahwin, berusia pertengahan dan suka makanan halal tetapi enggan memberi lebih banyak perincian peribadi atas alasan keselamatan. 

Kebanyakan soalan jelas daripada penyokong Taliban dan memuji militan, kadangkala mengucapkan selamat berjaya dalam perang suci menentang tentera Salib. 

Namun, pelawat memberi namanya sebagai Haseeb Ul Rahman berkata: “Tidakkah anda fikir membunuh orang menerusi serangan bunuh diri dan letupan bom setiap hari adalah dosa besar? Siapa yang anda fikir dipertanggungjawabkan oleh Allah?” 

Lebih 3,000 orang awam maut dalam konflik Afghanistan tahun lalu, lebih tiga perempat dibunuh Taliban atau pemberontak lain, Mujahid merujuk ‘masalah teknikal’ dalam isu kematian itu. 

“Saya setuju membunuh orang awam tidak dapat diterima, namun marilah ingat ada kalanya orang awam terkorban dan ada kalanya ia hanya propaganda musuh,” katanya. – AFP

'via Blog this'

Verrelli menang RM3.06 juta kerana resipi pencuci mulut

Kosmo! Online - Dunia:


CHRISTINA VERRELLI bergambar dengan pencuci mulutnya yang memenangi hadiah RM3.06 juta.


MIAMI, Amerika Syarikat - Seorang wanita, Christina Verrelli, 43, dari Devon memenangi hadiah AS$1 juta (RM3.06 juta) pada pertandingan memasak di Orlando, negeri Florida.
Dia menewaskan 94 wanita dan lima lelaki pada pertandingan Memasak Pillsbury Kali Kelima.
Verrelli menang menerusi resipi pencuci mulut yang menggunakan pai labu dan krim.
Pengumuman kemenangannya dibuat pada satu siaran langsung program The Martha Stewart Showkelmarin. - Agensi

'via Blog this'

Pelancong sewa kereta kebal

Kosmo! Online - Dunia:


KERETA itu remuk teruk semasa dilenyek kereta kebal.


CHRISTCHURCH, New Zealand - Sebuah syarikat di sini, menawarkan kemudahan untuk pelancong asing menyewa kereta kebal dan memusnahkan kereta.
Antara kereta kebal yang ditawarkan untuk disewa itu ialah Centurion buatan Britain yang seberat 52 tan dan menggunakan enjin Rolls-Royce V-12.
Kereta kebal itu digunakan di Vietnam pada awal tahun 1970-an.
"Saya berpendapat, ia akan melegakan tekanan dengan menggunakan kereta kebal untuk memusnahkan sesuatu," kata pemilik kereta kebal berkenaan, Jonathan Lahy-Neary.
"Jika anda menempuh hari yang buruk, ia merupakan pelega tekanan yang baik," tambahnya.
Terdapat juga kereta kebal semasa Kesatuan Soviet, T-55 yang turut ditawarkan kepada para pelancong.
Menurut Lahy-Neary, para pelanggannya terdiri daripada remaja sehingga penduduk yang berusia 80 tahun yang menyewa semasa meraikan hari kelahiran mereka.
Bayaran sewa yang dikenakan ialah sebanyak NZ$450 (RM1,125.84) jika memandu kereta kebal selama 15 minit dan tambahan sebanyak NZ$395 (RM988.31) apabila ia digunakan untuk memusnahkan kereta.
Menurut Lahy-Neary, mengimport kereta kebal itu ke New Zealand lebih sukar daripada membelinya.
Katanya, beliau pernah berdepan dengan para pegawai polis dan kastam yang tidak tahu untuk menguruskan permintaannya. - AFP

'via Blog this'

DR. KNUT PFEIFFER KAGUM DENGAN AIR ZAM - ZAM


Pada Mei lalu, satu temu bual telah dijalankan di Arab Saudi dengan Dr. Knut Pfeiffer dari Jerman, menyatakan tentang kekagumannya terhadap air zam-zam. Idea untuk menguji air yang dianggap suci oleh umat Islam itu muncul apabila dia menerima sebotol air zam-zam dari seorang kawan lama yang baru pulang menunaikan haji. Dia mengambil masa dua minggu untuk menjalankan uji kaji ke atas 60 orang reponden yang aktif.


Dia membandingkan air di Munich, Jerman dengan air zam-zam. Semua orang tahu, air di Munich adalah paling asli dan bersih. Menurut Dr. Knut, air di Munich dari segi kimianya memang sempurna tetapi dari segi tenaganya hancur.

Katanya setelah melalui perjalanan yang jauh dari Jeddah ke Munich kemudian melalui tempoh yang panjang berada di dalam simpanan dan mengalami perubahan cuaca tetapi air zam-zam tidak berubah langsung. Itulah hasil yang dapat dibuktikan melalui gambar sel 40 orang yang diberi minum air tersebut.

Di dalam temu bual itu, Dr. Knut menjalaskan, zam-zam mampu membekalkan tenaga jauh lebih banyak berbanding minuman biasa.

“Ujian sel badan yang diberi minum air zam-zam menunjukkan kesan yang positif. Sel-sel di dalam badan menjadi lebih segar dan menyukai air zam-zam. Apa yang saya lihat inilah jawapannya, jika sistem sel badan memberikan kesan positif maka tenaga akan bertambah kerana tenaga datangnya dari sel yang sihat.

“Ibaratnya seperti menerima ciuman dari orang yang kita suka dan cinta. Perasaan gembira di dalam hati itu sukar digambarkan. Bila lahir di dalam senyuman yang kita balas untuk orang yang memeberikan ciuman itu, ia penuh bermakna. Begitulan juga sel yang diberi minum air zam-zam, macam rasa cinta. Kalau sel itu boleh bersua mungkin ia akan kata, “Wow! Aku menyukainya.”

“Ia adalah air pemberi tenaga yang paling hebat dan boleh membuatkan anda sihat. Jika ada peluang minum setiap hari anda akan lebih sihat kerana ia adalah terapi semula jadi. Di masa hadapan mungkin kita boleh hentikan kebergantungan kepada ubatan kimia kerana ianya memberikan kesan yang tidak baik kepada tubuh. Air zam-zam bukan sekadar mengenyangkan, menambah lagi tenaga, tetapi juga sebagai penawar segala penyakit.

“Saya hanya mengupas sedikit sahaja tentang air zam-zam tetapi ia telah membongkar banyak rahsianya. Dari mana sumbernya? Berapa banyak tenaga yang air itu miliki semasa di Mekah dan berapa yang tinggal apabila dibawa terbang jauh dari kota. Dengan mengkaji lebih mendalam, kita dapat mengetahui lebih banyak lagi khasiatnya,” Jelas Dr. Knut yang juga membuat kajian tentang kekuatan sembahyang orang islam dan semabahyang orang kristian. Baginya sembahyang orang Islam member kesan positif dan boleh mengekalkan tahap tenaga untuk jantung.

Sedangkan doktor Kristian pun kagum dengan kehebatan air zam-zam, apatah lagi sebagai orang Islam yang memang ada peluang untuk menikmati air itu. Itulah tanda kekuasaan Allah yang diberikan kepada Umat Islam.

sumber: Majalah Al-Islam
DR. KNUT PFEIFFER : http://www.pst-knutpfeiffer.de/index.php?id=2&L=vazhmwxisq
Klip Video : http://www.youtube.com/watch?v=pcmpI1gsOkI&feature=player_embedded

Disalin dengan sedikit ubahsuai dari : http://zharifalimin.blogspot.com/2010/12/dr-knut-pfeiffer-kagum-dengan-air-zam.html

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Wallahua'lam

Wednesday, March 28, 2012

‎10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah.




1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Sila share - Semoga dapat menjadi amalan kita semua. :-)

Hukuman mati meningkat

myMetro | Hukuman mati meningkat:

LONDON: Amnesty International mencatatkan peningkatan mendadak dalam jumlah pelaksanaan hukuman mati di seluruh dunia sepanjang 2011.
Menurut laporan yang dikeluarkan kumpulan hak asasi manusia itu, sebahagian besar hukuman mati itu dilaksanakan di negara di Asia Barat.

Dalam laporan tahunannya, Amnesty melaporkan Iran, Iraq dan Arab Saudi menyumbang kepada peningkatan itu. Bagaimanapun, China menjatuhkan hukuman mati lebih banyak berbanding jumlah keseluruhan kes hukuman mati di negara lain.
Sementara itu, jumlah negara yang menjalankan hukuman mati turun kepada satu pertiga berbanding sedekad lalu.

“Hanya 20 negara masih menjalankan hukuman mati, manakala 178 negara tidak lagi mengamalkannya,” kata Setiausaha Agung Amnesty, Salil Shetty.

Menurut laporan itu, seramai 676 orang dihukum mati di 20 negara tahun lalu berbanding 527 kes hukuman mati di 23 negara pada 2010.
Amnesty tidak lagi mengeluarkan data hukuman mati di China kerana pihak berkuasa negara itu menganggapnya sebagai rahsia negara. Bagaimanapun Amnesty yakin jumlah hukuman mati di China mencapai ribuan kes.

Sementara itu, jumlah yang dicatatkan di Asia Barat meningkat hingga hampir 50 peratus iaitu sebanyak 558. Sebahagian besarnya dicatat di Iran yang menjatuhkan hukuman mati kepada 360 orang dan majoritinya pesalah dadah. Arab Saudi pula mencatat 82 hukuman mati berbanding 27 orang pada 2010. Iraq menjatuhkan hukuman mati terhadap 68 orang, meningkat daripada satu kes saja pada tahun sebelumnya. Amnesty juga mengecam Amerika Syarikat dan menganggap tindakan negara itu yang masih menjalankan hukuman mati sebagai memalukan. AS, satu-satunya negara demokrasi Barat yang masih menjalankan hukuman mati. "Pelaksanaan hukuman mati kebanyakannya dilakukan di China dan Iran dan kemudian Korea Utara, Iraq, Arab Saudi, Yaman, Somalia, dan sedihnya... Amerika Serikat," kata Salil Shetty. - AP

'via Blog this'

Ditolak dari tingkat 4 lepas dirogol

myMetro | Ditolak dari tingkat 4 lepas dirogol: "SHARJAH: Seorang wanita berusia 20 tahun dimasukkan ke hospital selepas ditolak dari tingkat empat sebuah bangunan apartmen di sini selepas dirogol pagi semalam.

Akhbar Gulf News melaporkan, mangsa yang juga pembantu rumah warga Habsyah bekerja dengan sebuah keluarga di Emiriah Arab Bersatu memberitahu polis, dia terpaksa melakukan kerja sampingan kerana hanya dibayar gaji 500 dirham (RM416).


Dia meminta seorang rakan warga Bangladesh supaya menghantarnya pulang tetapi lelaki itu membawanya ke rumah suspek dengan alasan untuk mengambil barang. Bagaimanapun, wanita itu diperkosa rakannya sebelum ditolak dari tingkat empat bangunan berkenaan. - GN"

'via Blog this'

Israel akan musnah jika serang Iran: Sayid Ahmad

myMetro | Israel akan musnah jika serang Iran: Sayid Ahmad: "TEHERAN: Ulama terkenal Iran, Ayatollah Sayid Ahmad Khatami menganggap ancaman serangan ketenteraan Israel terhadap negara itu hanya perang psikologi.

Menurutnya, Tel Aviv tidak akan berani untuk menyerang Iran kerana tindakan itu bakal memusnahkan mereka. “Sebelum ini, media sering menghebahkan mengenai serangan ketenteraan ke atas Iran khususnya oleh Israel. Ancaman itu hanya perang psikologi,” kata Sayid Ahmad sebagaimana dipetik oleh Press TV.


Anggota Dewan Kepemimpinan Iran itu juga menegaskan pemerintah Israel tahu serangan ketenteraan terhadap Iran akan mengundang kemusnahan rejim Zionis.

“Kami tidak melakukan pencerobohan, tetapi kami akan memusnahkan penceroboh,” katanya.


Menurutnya, kegagalan serangan Israel di Lubnan dalam perang 33 hari pada 2006 menjadi bukti Tel Aviv tidak mampu menentang Iran yang lebih kuat dan lebih bersedia. - Agensi"

'via Blog this'

Damsyik setuju terima pelan damai Annan

myMetro | Damsyik setuju terima pelan damai Annan: "GENEVA: Kerajaan Syria bersetuju menerima rancangan enam perkara utusan PBB-Liga Arab, Kofi Annan untuk mengakhiri pertumpahan darah di negara itu.

“Kerajaan Syria sudah menulis kepada utusan khas Kofi Annan dan menerima pelan enam perkara dikemukakan yang disokong oleh Majlis Keselamatan PBB,” kata Ahmad Fawzi, jurucakap bekas Setiausaha Agung badan dunia itu dalam satu kenyataan. Annan melihat penerimaan itu sebagai langkah awal yang penting untuk menamatkan keganasan dan pertumpahan darah, menghulurkan bantuan terhadap rakyat Syria dan mewujudkan persekitaran kondusif bagi dialog politik yang akan memenuhi keinginan rakyat Syria,” katanya. - AFP"

'via Blog this'

Sengketa Syria jangkau sempadan

myMetro | Sengketa Syria jangkau sempadan:

BEIRUT: Tentera Syria menyeberang sempadan dan memasuki wilayah Lubnan semalam, memusnahkan rumah, ladang dan bertempur dengan pemberontak yang berlindung di negara itu.
Tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad dilapor menyeberang beberapa ratus meter ke wilayah Lubnan. Satu sumber pasukan keselamatan di Beirut berkata, pertempuran berlaku dekat kawasan sempadan.

Sumber itu bagaimanapun tidak mengesah atau menafikan dakwaan kononnya tentera Syria memasuki Lubnan.
Penduduk tempatan sebelum ini berkata, tentera Syria menyeberangi sempadan ketika memburu pemberontak yang melarikan diri dan bersembunyi di wilayah Lubnan itu. “Lebih 35 anggota tentera Syria menyeberangi sempadan dan mula memusnahkan kediaman,” kata Abu Ahmed, penduduk desa al-Qaa yang majoritinya penganut Sunnah.

Penduduk lain berkata, tentera terbabit dengan sesetengahnya memandu kereta perisai melepaskan tembakan roket dan mesingan terhadap pemberontak. Tentera juga dikatakan memusnahkan sebuah kediaman dengan jentolak.

Tentera Lubnan menutup kawasan yang menjadi tempat perlindungan beratus-ratus pelarian Syria - sesetengahnya pemberontak yang menganggotai Tentera Pembebasan Syria yang melancarkan revolusi menentang pemerintahan Bashar al-Assad sejak tahun lalu. Syria kelmarin berkata, ‘kumpulan pengganas bersenjata’ di Syria menerima bantuan senjata daripada penyokong mereka di Lubnan. - Reuters

'via Blog this'

Bieber berdepan tindakan undang-undang kerana bergurau

myMetro | Bieber berdepan tindakan undang-undang kerana bergurau:

HOLLYWOOD: Justin Bieber berdepan dengan tindakan undang-undang kerana gurauan telefon.
Penyanyi remaja itu mengiklankan nombor telefon, dengan dua nombor terakhir dipadam di laman Twitternya dan meminta kesemua 19 juta peminatnya “menelefonnya sekarang.” 
Ketika berjuta-juta peminatnya cuba meneka dua nombor terakhir, dua warga Texas berkata mereka dihujani dengan panggilan daripada remaja perempuan setiap masa.

Twitter itu dipadam dengan cepat tetapi kedua-dua pengadu itu berkata ia perbuatan bodoh dan panggilan tetap diterima.

Peguam yang mewakili dua pengadu, seorang wanita bernama Dilcie dan lelaki bernama Kent, berkata “tahap kesabaran anak guam mereka semakin menipis selepas menerima 1,000 panggilan dan mereka mahu diberi pampasan kerana gurauan itu.”

Mereka juga mencadangkan Bieber memohon maaf kepada dua pengadu itu, memberi mereka tiket konsert, wang tunai dan tawaran untuk projek online Kent.

Justin memang terkenal kerana minatnya bergurau dan pernah muncul dalam rancangan “Punk’d” dan meyakinkan Taylor Swift dia secara tidak sengaja meletupkan sebuat bot yang digunakan untuk majlis perkahwinan. - The Sun

'via Blog this'

Minta kerja guna pakaian curi bakal majikan

myMetro | Minta kerja guna pakaian curi bakal majikan:

CAPE TOWN: Seorang pencuri di Afrika Selatan di tangkap ketika mengetuk pintu sebuah rumah untuk meminta kerja dengan memakai pakaian yang dicuri daripada pemilik rumah tersebut.
Pemilik rumah yang tidak mahu namanya disiarkan, berkata dia terkejut apabila membuka pintu dan melihat lelaki itu memakai pakaiannya. 
Lelaki itu mengetuk pintu rumah di East London di Eastern Cape, Ahad lalu dan meminta pekerjaan sebagai tukang kebun.

Dia memakai baju, kasut, stokin, tali pinggang dan seluar panjang kepunyaan tuan rumah dan sehelai blaus kepunyaan tunangnya.

Pemilik rumah itu kemudian memeriksa stor tempat dia menyimpan barang sebelum berpindah, dan mendapati ia telah dicuri.

“Saya tak percaya yang lelaki ini sungguh berani. Saya terus menahannya dan menelefon polis tetapi 45 minit kemudian, polis masih tidak datang,” katanya.

Pencuri itu berjaya melarikan diri tetapi akhirnya ditahan oleh pengawal keselamatan. - AFP

'via Blog this'

Makan, jual daging rakan

myMetro | Makan, jual daging rakan:

MOSCOW: Seorang lelaki Russia membunuh dan memakan mayat rakan minumnya, selepas dia dan rakan yang lain kehabisan makanan dalam satu pesta arak.
Lelaki itu kemudian menjual lebihan mayat rakannya itu di pasar dengan mengatakan ia daging babi.

Lelaki itu, 35, mengaku menikam rakan minumnya yang berusia 41 tahun itu hingga mati sebelum melapah, memasak dan makan mayat mangsa.
Keesokan harinya, lelaki itu membawa lebihan daging ke pasar tempatan di Pulau Russky, Vladivostok dan menjual lebihan mayat mangsa. Seorang lelaki tempatan membeli “daging” itu dan memasaknya tetapi merasa loya dengan baunya.

Jurucakap polis, Avrora Rimskaya, berkata ketika memasak “daging” itu, lelaki itu berkata, baunya berlainan dengan daging babi yang pernah dimakannya.

Walaupun demikian, lelaki itu tetap memakan daging yang dimasak dan rasanya juga berlainan.
Dia membawa daging itu kepada seorang pakar yang kemudian mengesahkan ia bukan daging babi.

Lelaki terbabit membawa daging berkenaan ke balai polis.
Anggota polis menyerbu rumah lelaki yang menjual mayat itu dan suspek kemudian mengaku membunuh dan memakan mayat rakannya.

“Kami kehabisan makanan untuk dimakan bersama vodka,” katanya kepada polis.

Angota polis menemui kepala manusia di dalam peti sejuknya. Bahagian tubuh yang lain disimpan di pondok menyimpan kelengkapan taman.

Avrora berkata lelaki itu kini ditahan.

Katanya lagi, ada dua pembeli yang membeli daging manusia itu tetapi tidak membuat aduan kepada polis.

Dalam satu kes lain, juga di Russia, seorang pembunuh bersiri yang memakan hati mangsanya, mengaku melakukan beberapa pembunuhan. Suspek itu pada mulanya disoal siasat oleh polis kerana disyaki merompak.

Aleksandr Bychkov, 24, dari Penza di tengah Russia, ditahan kerana cuba merompak kedai menjual barang perkakasan rumah. - DM.

'via Blog this'

Balik rumah tubuh berasap

myMetro | Balik rumah tubuh berasap:

PEDIH... Safiah Sharif, 48, menunjukkan kesan simbahan asid di bahu anaknya, Nur Aqilah.
PEDIH... Safiah Sharif, 48, menunjukkan kesan simbahan asid di bahu anaknya, Nur Aqilah.
TERBAKAR... Nur Aqilah menunjukkan tudungnya yang berlubang akibat terkena simbahan asid.
TERBAKAR... Nur Aqilah menunjukkan tudungnya yang berlubang akibat terkena simbahan asid.
RAWANG: "Tanpa menghiraukan tudung dan pakaian serta beg sekolah yang terbakar, saya lari pulang ke rumah untuk meminta bantuan kerana tidak tahan perit," kata Nur Aqilah Osman, 14, mangsa simbahan asid di pondok menunggu bas di pekan Batu 17 di sini, kira-kira jam 7 pagi semalam.
Menurut pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu 16 itu, dia sedang menunggu bas untuk ke sekolah bersama seorang rakannya apabila terkena asid yang disimbah dua lelaki meragut rantai emas seorang guru wanita yang turut menunggu bas.
"Sebelum kejadian, dua lelaki terbabit dilihat bersandar di palang pondok menunggu bas itu sebelum mereka menegur seorang wanita berumur. Malah, saya juga nampak seorang daripada lelaki terbabit memegang botol tetapi menyangkakan ia minuman.

"Ketika wanita itu sedang bercakap dengan kedua-dua lelaki terbabit tiba-tiba mereka meragut rantai emasnya dan dia cuba melawan tetapi disimbah asid dari botol yang dibawa seorang daripada lelaki itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, malam tadi.





Nur Aqilah berkata, wanita itu menjerit meminta tolong sambil memegang mukanya yang kemerahan akibat terbakar manakala dia rakan hanya mampu melihat kerana bimbang dicederakan penjenayah terbabit.

"Saya dan rakan cuba lari tetapi lelaki terbabit menyimbah baki asid ke arah kami dan dua lagi orang awam di pondok bas itu sebelum beredar dengan selambanya.

“Cecair itu kena pada belakang bahu saya dan tangan seorang wanita lain," katanya.

Katanya, bapanya, Osman Delisali, 50, menghantarnya ke Hospital Selayang (HS) untuk rawatan sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

Osman berkata, dia sedang bersiap-siap untuk menghantar adik Nur Aqilah ke sekolah apabila tiba-tiba melihat anak keempat daripada lapan beradik itu pulang dalam keadaan tubuh berasap.

"Saya kehairanan dan bertanya kenapa dia balik rumah semula tetapi Nur Aqilah hanya menjerit dan menceritakan disimbah asid ketika sedang menunggu bas ke sekolah.

"Tanpa membuang masa, saya segera mencurah air ke tubuhnya bagi mengurangkan kepedihan dan meminta bantuan jiran menghantarnya ke hospital," katanya.

Katanya, dia lega apabila doktor yang merawat memaklumkan kecederaan itu tidak serius dan boleh sembuh dengan menyapu krim khas untuk kulit terbakar.

"Mujur anak saya mengelak dan hanya cedera ringan. Saya tidak dapat bayangkan kesakitan dan kesan buruk yang terpaksa dilaluinya jika kecederaannya serius seperti yang menimpa seorang lagi mangsa,” katanya.

Osman yang bekerja sebagai tukang mesin rumput berharap pihak berkuasa lebih kerap meronda di kawasan kejadian dan dua lelaki terbabit segera ditangkap kerana bimbang jenayah sama berulang. 

"Penjenayah terbabit memang tidak berhati perut, sudahlah meragut kemudian simbah asid pula," katanya.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan siasatan dijalankan bagi mengenal pasti identiti suspek.

Menurutnya, pelajar berkenaan dibenarkan pulang selepas mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di HS manakala seorang lagi mangsa iaitu seorang guru wanita, S Rani, 47, cedera di muka, leher, tangan dan dada serta masih dirawat di hospital sama.

Katanya, mangsa tidak dapat mengecam suspek kerana ketika kejadian hari masih gelap dan ia berlaku dengan pantas. Malah, suspek tidak menaiki kenderaan sebaliknya melarikan diri ke lorong berhampiran.
'via Blog this'

Mulut herot

myMetro | Mulut herot:

DI SINI...Wan Abdullah menunjukkan pondok tempat dia mengurut Ayah Pin.
DI SINI...Wan Abdullah menunjukkan pondok tempat dia mengurut Ayah Pin.
BACHOK: Pemimpin ajaran sesat ‘Kerajaan Langit’, Ayah Pin yang ghaib selepas digempur pihak berkuasa kini muncul kembali, tetapi dalam keadaan menyedihkan apabila lumpuh separuh badan bahagian kanan akibat angin ahmar dan hanya mampu berjalan dengan dipimpin orang.
Bagi mengubati penyakitnya itu, Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhammad, 75, kini dikatakan berulang-alik dari tempat tinggalnya di Batu 13, Hulu Besut ke Bachok untuk berurut dengan seorang tukang urut.
Setiap kali datang berurut, Ayah Pin ditemani dua isterinya serta seorang anak perempuan berusia belasan tahun dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna gelap.

Keadaan terbaru Ayah Pin itu disahkan adiknya, Abdul Rahman Muhamad, 64, yang kerap dikunjungi abangnya itu ketika datang berurut di Bachok.

Abdul Rahman berkata, abangnya itu diserang angin ahmar ketika minum di sebuah gerai di Batu 13, Hulu Besut bulan lalu.

'via Blog this'

Bom 500kg Perang Dunia Kedua dijumpai di Labuan

myMetro | Bom 500kg Perang Dunia Kedua dijumpai di Labuan: "LABUAN: eberapa pekerja binaan di sebuah projek perumahan gempar apabila menemui sebutir bom yang dipercayai digunakan ketika Perang Dunia Kedua yang masih aktif di sebuah tapak pembinaan di Kampung Tanjung Aru, di sini.

Ketua Polis Labuan, Penguasa Saiman Kasran berkata, bom dengan ukur lilit lima diameter dan berat mencecah hampir 500 kilogram, dipercayai digugurkan semasa Perang Dunia Kedua, tetapi tidak meletup.
“Bom yang luar biasa ini dijumpai oleh pekerja binaan yang ketika itu sedang melakukan kerja-kerja meratakan tanah, dan bernasib baik bom tersebut tidak meletup,” katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.

Saiman berkata, bom itu akan dipindahkan ke tempat selamat dan akan dipantau oleh unit bom polis bagi memastikan kejadian yang tidak diingini tidak berlaku kepada penduduk kampung dan sekitarnya."

'via Blog this'

Dua maut dalam kemalangan kenderaan pelbagai guna

myMetro | Dua maut dalam kemalangan kenderaan pelbagai guna: "PUTRAJAYA: Dua lelaki maut, manakala dua rakannya parah dan satu lagi cedera ringan selepas kenderaan pelbagai guna dinaiki mereka terbabas melanggar tiang lampu di Persiaran Selatan dari arah Dengkil ke Putrajaya berdekatan Taman Desa Pinggiran Putra di sini, petang tadi.

Dalam kejadian pada jam kira-kira 5 petang itu, kelima-lima mangsa yang dikatakan ahli jawatankuasa Pemuda Umno dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar Ketua Penerangan mereka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang untuk mengerjakan umrah."

'via Blog this'

676 pesalah dihukum mati tahun lalu

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:


LONDON 27 Mac - Sebanyak 676 pesalah dihukum mati di 20 buah negara pada tahun lalu, menurut laporan Amnesty International, hari ini, dengan peningkatan ketara di negara Asia Barat terutama di Iraq, Iran dan Arab Saudi.
Bagaimanapun menurut laporan itu, jumlah sebenar lebih tinggi kerana China dipercayai melaksanakan hukuman mati ke atas lebih daripada 1,000 pesalah setiap tahun, tetapi negara itu enggan mendedahkan angkanya.
Walaupun angka keseluruhan pesalah yang dihukum mati meningkat berbanding 527 pesalah pada tahun sebelumnya, hanya 20 negara dilaporkan menggunakan hukuman mandatori itu pada tahun lalu berbanding 23 negara pada tahun sebelumnya.
Menurut ulasan tahunan kumpulan hak asasi manusia itu yang berpangkalan di sini, Iran melaksanakan hukuman mati ke atas sekurang-kurangnya 360 pesalah, tiga perempat daripada mereka disebabkan kesalahan dadah, meningkat berbanding 252 pada tahun sebelumnya.
Arab Saudi pula melaksanakan sebanyak 82 hukuman mati, berbanding 27 pada 2010.
Amnesty International berkata, ia turut mempunyai bukti kukuh laporan mengenai 274 hukuman mati yang tidak disahkan atau dijalankan secara rahsia di Iran dan sekurang-kurangnya terdapat tiga pesalah berumur bawah 18 tahun dihukum mati selepas mengaku kesalahan yang mereka lakukan.
Hukuman mati dilaksanakan dalam pelbagai cara seperti pancung, gantung, suntikan maut dan ditembak.
Selain China, angka hukuman mati kekal sebagai maklumat sulit di Belarus, Mongolia dan Vietnam, sementara hanya sedikit atau tiada data rasmi diperoleh dari negara seperti Mesir, Eritrea, Libya, Malaysia, Korea Utara dan Singapura.
Di sebalik peningkatan jumlah hukuman mati yang dikenakan pada tahun lalu, Setiausaha Agung Amnesty International, Salil Shetty masih optimis berhubung usaha menghapuskan hukuman tersebut.
Katanya, ia boleh dilihat berdasarkan pengurangan jumlah negara yang melaksanakannya pada tahun lalu, berbanding 31 buah negara lebih sedekad lalu. - AFP

'via Blog this'

Israel gila jika serang Iran - ElBaradei

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:


BERLIN 27 Mac - Bekas ketua agensi pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mohammed ElBaradei menyifatkan rancangan Israel untuk melancarkan serangan ke atas Iran atas dakwaan negara itu membina senjata nuklear sebagai 'sangat gila'.
ElBaradei berkata, tindakan Israel itu sebaliknya hanya akan mendorong republik Islam tersebut untuk membina senjata nuklear.
Apabila diminta mengulas sama ada serangan Israel pasti dilancarkan, bekas ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) itu berkata, "Saya rasa tidak. Saya rasa sesiapa pun yang akan menyerang Iran adalah sangat gila.''
Beliau berkata, Israel sebelum ini pernah melancarkan serangan ke atas lokasi yang disyaki sebagai kemudahan nuklear di Iraq dan Syria.
"Jika ia mengambil tindakan sama ke atas Iran, Teheran pasti akan meningkatkan pembangunan senjata nuklear dengan sokongan setiap rakyatnya serta semua pihak di Asia Barat, malah penduduk dunia,'' katanya.
Ketegangan antara negara-negara Barat dan Iran berhubung program nuklearnya semakin meningkat beberapa bulan lalu, memarakkan spekulasi Israel akan melancarkan serangan ketenteraan. - DPA

'via Blog this'

Bantahan kematian remaja kulit hitam

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:



Penunjuk perasaan melaungkan slogan membantah kegagalan polis menahan seorang anggota keselamatan yang menembak mati remaja kulit hitam Trayvon Martin, dalam satu tunjuk perasaan di Los Angeles, California, kelmarin. - REUTERS


SANFORD 27 Mac - Beribu-ribu penunjuk perasaan berarak di sini semalam untuk menuntut keadilan terhadap seorang remaja berkulit hitam yang ditembak mati oleh seorang anggota keselamatan pada bulan lalu.
Kes tersebut, sekali gus mencetuskan kemarahan penduduk Amerika Syarikat (AS) dan membangkitkan kembali ketegangan berhubung isu perkauman.
Kira-kira 8,000 penunjuk perasaan berarak di jalan-jalan di Sanford dekat Florida untuk mengemukakan petisyen yang ditandatangani lebih dua juta orang kepada pemimpin sivik bagi menuntut hukuman dikenakan ke atas anggota keselamatan yang bertanggungjawab menembak mati Trayvon Martin, 17, pada bulan lalu.
Orang ramai turut melaungkan 'Keadilan untuk Trayvon' dalam perarakan yang diketuai oleh ibu bapa remaja terbabit, Tracy Martin dan Sybrina Fulton, serta dua pemimpin berhaluan kanan, Al Sharpton dan Jesse Jackson.
Jackson berkata, demonstrasi itu diadakan disebabkan ketidakadilan dalam isu perkauman dan bukan hanya membabitkan kes juvana.
Katanya, penindasan kaum dalam sistem keadilan, jabatan polis dan perbankan telah berlanjutan sejak sekian lama.
Dalam pada itu, Sharton berkata, kes itu disifatkan sebagai 'mempersendakan keadilan'.
"Saya akan menyertai bantahan ini sehingga kami mendapat keadilan yang sepatutnya," katanya.
Petisyen itu yang dilancarkan di dalam talian oleh kumpulan aktivis Change.org, menuntut George Zimmerman, 28, disiasat dan didakwa selepas menembak mati Trayvon yang tidak bersenjata pada 28 Februari lalu.
Zimmerman mendakwa, dia menembak mati remaja tersebut atas alasan mempertahankan diri selepas mereka berdua bertengkar di kawasan komuniti berpagar di Sanford.
Namun, kematian Trayvon mencetuskan kemarahan orang ramai dan kumpulan hak asasi manusia mendakwa kejadian itu merupakan penindasan perkauman terhadap masyarakat berkulit hitam. - AFP

'via Blog this'

Tunisia kekalkan konsep negara sekular

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:


TUNIS 27 Mac - Parti pemerintah Tunisia berkata, pihaknya tidak akan menerapkan undang-undang syariah dalam Perlembagaan baru negara ini, sebaliknya akan mengekalkan unsur sekular di negara Afrika itu, tindakan yang menimbulkan kemarahan golongan konservatif.
Parti Ennahda yang muncul sebagai pemenang dalam pilihan raya umum pertama Tunisia pada tahun lepas berkata, ia akan mengekalkan artikel pertama Perlembagaan 1956 dalam asas undang-undang baru yang sedang dirangka itu.
''Kami tidak akan menggunakan undang-undang syariah untuk menguatkuasakan Islam,'' kata pemimpin parti Islam berfahaman sederhana itu, Rached Ghannouchi pada satu sidang media, di sini semalam.
Artikel pertama Perlembagaan sebelum ini menyatakan Tunisia adalah negara bebas, merdeka dan berdaulat, agama rasmi adalah Islam, bahasa rasmi adalah Arab dan ia adalah sebuah negara republik.
Seorang lagi pemimpin parti itu, Zied Doulatli berkata, keputusan Ennahda itu bertujuan untuk mengukuhkan konsensus nasional dan mempromosi peralihan demokrasi dengan menyatukan parti-parti majoriti untuk menghadapi cabaran akan datang.
Keputusan itu menimbulkan kemarahan parti Salafis di Tunisia yang mahu undang-undang syariah diterapkan dalam Perlembagaan. - AFP

'via Blog this'

Rahsia bahan binaan Piramid termaktub dalam Al-Quran

by peribadirasulullah

http://forum.mn66.com/imgcache/2/307625women.jpg
Surah Al-Qashash, Ayat 38 :
Dan Berkata Fir'aun: "Hai pembesar kaumku, Aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain Aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku tanah liat[1124] Kemudian buatkanlah untukku bangunan yang Tinggi supaya Aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan Sesungguhnya Aku benar-benar yakin bahwa dia termasuk orang-orang pendusta".
[1124]  Maksudnya: membuat batu bata.
Daripada keajaiban yang dianggap oleh manusia sebagai binaan yang canggih ( Piramid ) Allah SWT secara mudah memberi tahu kita bahawa binaan tersebut hanyalah dibina daripada tanah yang telah dibakar.
Maha Suci Allah SWT dalam menyanpaikan maklumat kepada manusia melalui Al-Quran Al-Karim yang lengkap dalam semua aspek termasuk sains dan perjalanan zaman manusia.
Sesungguhnya Allah SWT lah yang mencipta manusia, yang mencipta tamaddun manusia daripada zaman Nabi Adam A.S. sampailah hari kiamat, maka janganlah kita meragui setiap maklumat yang Allah SWT sampaikan melalui Al-Quran yang menjadi Mukjizat sehingga hari Kiamat.
Rujukan :
http://www.ibtesama.com/vb/showthread-t_253553.html

Rahsia terperinci 7 lapisan bumi tersebut dalam Al-Quran Al-Karim

by peribadirasulullah

http://forum.mn66.com/imgcache/2/307626women.jpg
Surah At-Thalaq, ayat :12.
Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahwasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan Sesungguhnya Allah ilmu-Nya benar-benar meliputi segala sesuatu.
http://www.ibtesama.com/vb/showthread-t_253553.html