Pages

Thursday, February 23, 2012

9 terbunuh tunjuk perasaan di Afghanistan

KABUL: Sekurang-kurangnya sembilan penunjuk perasaan ditembak mati dan puluhan cedera hari ini dalam protes di seluruh Afghanistan susulan kejadian pembakaran kitab suci Al-Quran di pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS), kata pegawai.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Afghanistan, berkata beliau akan menyiasat semua mangsa yang terkorban dan mendakwa sebahagian daripada mereka berkaitan pengawal warga asing itu.
Beliau berkata, identiti pengawal keselamatan itu tidak dikenal pasti sama ada rakyat Afghanistan atau warga asing. - AFP

Berita Harian Online | 9 terbunuh tunjuk perasaan di Afghanistan:

'via Blog this'

Amerika Syarikat minta maaf

KEPULAN asap besar dilihat selepas sebuah trak dibakar di luar markas tentera NATO dalam bantahan anti Amerika di Jalalabad, timur Kabul.
KEPULAN asap besar dilihat selepas sebuah trak dibakar
 di luar markas tentera NATO dalam
 bantahan anti Amerika di Jalalabad, timur Kabul.


Tentera AS bakar kitab suci al-Quran cetus kemarahan penduduk Afghanistan

KABUL: Amerika Syarikat memohon maaf atas tindakan tenteranya membakar kitab suci al-Quran yang diambil dari rak sebuah perpustakaan pusat tahanan bersebelahan dengan pangkalan besar askarnya di timur Afghanistan atas alasan ia mengandungi mesej atau ungkapan bersifat ekstrim.
Rumah Putih pula bersetuju dengan pandangan pegawai tentera yang mengatakan pembakaran al-Quran dan bahan bacaan Islam lain selepas dibuang dalam timbunan sampah, adalah tidak disengajakan.
Keputusan dibuat bukan atas sebab agama. Bukan dibuat kerana tidak menghormati agama Islam. Ia adalah satu kesilapan. Sebaik saja kami tahu mengenainya kami hentikannya. - John Allen, Pemerintah kanan tentera Amerika dan NATO di Afghanistan
Namun, lebih 2,000 penduduk Afghanistan membantah insiden di luar Pangkalan Tentera Udara Bagram yang didorong tuduhan bahawa tentera asing tidak menghormati budaya mereka dan agama Islam walaupun askar Amerika dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) bersedia berundur menjelang 2014.

Penunjuk perasaan yang berkumpul di luar Pangkalan Udara Bagram, satu daripada pangkalan terbesar Amerika di Afghanistan, menjerit, ‘Mati, mati, orang asing!’ Sesetengah melepaskan tembakan raifal ke udara. Orang lain membaling batu ke arahi pintu pagar pangkalan tentera itu dan membakar tayar.

Selain protes di Kabul, bantahan turut berlalu di Jalalabad dan lima orang maut selepas penunjuk perasaan bergaduh dengan anggota keselamatan.

Pemerintah kanan tentera Amerika dan NATO di Afghanistan, Jeneral John Allen, berkata buku itu tersilap diberi kepada tentera untuk dibakar.
“Keputusan dibuat bukan atas sebab agama. Bukan dibuat kerana tidak menghormati agama Islam. Ia adalah satu kesilapan. Sebaik saja kami tahu mengenainya kami hentikannya” kata Allen.

Seorang pegawai tentera Barat yang tahu mengenai insiden itu mendakwa, al-Quran dan bacaan Islam lain dalam perpustakaan itu digunakan untuk menghasut pelampau dan tahanan di Pusat Tahanan Parwan bersebelahan Bagram, bertukar mesej keganasan selepas menggunakan bahan bacaan itu.

Pegawai tentera yang enggan dikenali itu berkata beratus-ratus penerbitan termasuk al-Quran, dikeluarkan dari perpustakaan. Sesetengah penerbitan mempunyai kandungan bersifat ekstrim manakala yang lain ada mesej bertulis,” kata pegawai. Pegawai berkata dokumen itu hitam dan terbakar namun tiada satu pun daripadanya musnah sama sekali.

“Kami akan teliti alasan bahan itu dikeluarkan. Kami akan meneliti di mana keputusan dibuat untuk menghapuskannya dengan cara ini,” kata Allen.

Beliau turut mengeluarkan perintah baru mengarahkan semua tentera bersekutu di Afghanistan tahu cara menguruskan bahan keagamaan selewat-lewatnya 3 Mac depan. Latihan itu termasuk pengenalan bahan keagamaan, serta cara menguruskan dan simpanan, katanya.

Rumah Putih turut memohon maaf dengan setiausaha media Jay Carney menyifatkannya ‘satu insiden malang’ yang tidak menunjukkan perasaan hormat tentera Amerika wujud kepada amalan agama rakyat Afghanistan. – AP

Berita Harian Online | Amerika Syarikat minta maaf:

'via Blog this'

Britain bantu mangsa Islamofobia

LONDON: Talian khidmat bantuan pertama dilancarkan di Britain bagi membantu mangsa Islamofobia berikutan kebimbangan jenayah kebencian terhadap masyarakat Islam tidak dilaporkan atau ditangani secara wajar.

Tahun lalu 2,000 kes jenayah kebencian direkodkan membabitkan pelbagai fahaman di England, Wales dan Utara Ireland.
Faith Matters, pertubuhan bukan kerajaan berharap dapat membuktikan skala masalah dan memberikan bantuan kepada mangsa.
“Kebanyakan penduduk berpendapat, jenayah Islamofobia tidak wujud.

“Jika seseorang yang beragama Islam dianiaya, diserang atau menerima risalah dengan komen menghina mengenai agamanya, saya mahu dengar dan melihatnya,” kata pengarah Faith Matters, Fiyaz Mughal.

Berdasarkan laporan itu, Faith Matters akan memantau insiden selama 12 bulan sebelum melaporkan keputusannya.

Sementara itu, ahli akademik di Universiti Lancaster, Dr Leon Moosavi, menjalankan kajian terhadap Islamofobia menyatakan penduduk Islam kian ramai di Britain.
“Ia adalah masalah yang semakin merebak di Britain. Lebih banyak pendidikan diperlukan di sekolah dan masyarakat Islam juga perlu membimbing penduduk Kristian mengenai agama mereka,” katanya.

Pada masa ini, media melaporkan bahawa insiden anti Islam dipantau oleh Islamphobia Watch, Engage dan

Berita Harian Online | Britain bantu mangsa Islamofobia:

'via Blog this'

Radiasi sampai 643 kilometer

SALT LAKE CITY: Pencemaran radioaktif berpunca daripada kebocoran loji nuklear Fukushima dikesan sejauh 643 kilometer luar Jepun di Lautan Pasifik, dengan bacaan air menunjukkan radiasi 1,000 kali lebih tinggi berbanding tahap sebelum ini, lapor saintis, kelmarin.

Pada masa sama, kehadiran bahan cesium-137 jauh lebih rendah daripada paras yang dianggap berbahaya, sama ada terhadap hidupan laut atau mereka yang makan makanan laut, kata Ken Buesseler dari Institut Woods Hole Oceanographic.
Beliau mendedahkannya dalam mesyuarat Sains Lautan tahunan di Salt Lake City, yang disertai lebih 4,000 penyelidik minggu ini. Bacaan itu adalah untuk contoh air yang diambil pada Jun lalu, kira-kira tiga bulan selepas malapetaka loji kuasa, kata Buesseler.
Selain beribu-ribu contoh air, penyelidik turut mengambil sampel ikan dan rumpai serta mendapati tahap cesium-137 masih di bawah had kesihatan dibenarkan.

“Kami belum lagi selamat dari segi pencemaran radioaktif di lautan kerana kebocoran yang berterusan dari loji itu, kata Buesseler dalam temuramah. – AP

Berita Harian Online | Radiasi sampai 643 kilometer:

'via Blog this'

PERISTIWA SYRIA


Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.
1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..
#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

PERKARA TERBARU
1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....
4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?
1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..
2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.

(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia, disusun semula dari pelbagai sumber oleh Abu Abdullah )

SUMBER LINK: (http://www.harian-metro-online.com/video-kanak-kanak-dibunuh-kejam-oleh-rejim-bashar-asad)

Iran enggan benar delegasi IAEA lawat pangkalan tentera

VIENNA 22 Feb. – Lawatan delegasi pemeriksa nuklear daripada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) ke Iran gagal mencapai matlamatnya untuk menyiasat dakwaan yang menuduh Teheran menjalankan aktiviti pembinaan senjata nuklear.

Kegagalan itu ekoran keengganan Iran untuk membenarkan delegasi itu memasuki pangkalan utama tentera republik Islam itu.

Ketua Pengarah IAEA, Yukiya Amano dalam kenyataannya berkata, langkah intensif telah dilaksanakan untuk mencapai persetujuan bersama dalam isu program nuklear Iran.

“Namun, perjanjian tersebut tidak dapat dicapai selepas Iran tidak membenarkan delegasi melawat pangkalan Parchin yang terletak dekat Teheran.

“Lokasi itu dipercayai dijadikan sebagai tapak ujian bahan letupan.

“Hal ini sangat mengecewakan kami kerana Iran tidak membenarkan lawatan ke Parchin semasa pertemuan pertama dan kedua,” katanya. – AFP


Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Planet baru diliputi air ditemui

Lakaran artis yang disediakan oleh Agensi Angkasa Lepas Eropah
 dan dikeluarkan kelmarin merakamkan planet baru GJ1214b
berada 40 tahun cahaya dari bumi. - AFP

NEW YORK 22 Feb. - Beberapa penyelidik dari Pusat Harvard-Smithsonian bagi Astrofizik di Amerika Syarikat (AS) mendakwa mereka menemui sebuah planet baru yang diliputi air.
"GJ1214b adalah sebuah planet diliputi air serta diselubungi atmosfera yang tebal dan berwap," jelas Pusat itu dalam satu kenyataan selepas meneliti planet itu dengan Teleskop Angkasa Lepas Hubble (HST) milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA).
"GJ1214b adalah sebuah planet baru dan sebahagian besarnya terdiri daripada air.
"Andainya seorang angkasawan mendarat di planet itu, dia akan mendarat di dalam air panas," kata Zachary Berta, seorang ahli astronomi.
Planet itu ditemui pada 2009 oleh Projek MEarth yang berpangkalan di bumi.
Planet GJ1214b yang digambarkan sebagai ''super-Earth'', sebesar 2.7 kali diameter bumi dan beratnya hampir tujuh kali ganda bumi.
Kajian lanjut pada 2010 memberi petunjuk kepada saintis untuk mengandaikan sebahagian besar planet GJ1214b (suhu sekitar 232 darjah Celsius) diliputi air.
Andaian itu disahkan oleh Berta dan penulis bersama yang menggunakan HST untuk mengkaji planet GJ1214b apabila melintasi di hadapan bintang.
Cahaya bintang yang ditapis melalui atmosfera planet itu, membuktikan campuran gas serta menyokong teori wap air.
"Ukuran HST mempunyai keseimbangan atmosfera yang berwap," kata Berta.
Ukuran dan anggaran selanjutnya turut memberi petunjuk kepada saintis bagi memutuskan bahawa planet GJ1214b mengandungi lebih banyak air berbanding bumi. - AFP
Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Strauss-Kahn beri keterangan kes sindiket pelacuran

Dominique Strauss-Kahn
PARIS - Bekas ketua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn disoal polis Perancis, semalam, dalam siasatan berhubung sindiket pelacuran di hotel.
Polis negara itu sedang menyiasat satu sindiket pelacuran di Perancis dan Belgium yang dikaitkan dengan anggota polis dan pegawai kerajaan lain.
Menurut laporan, polis telah menyoal siasat beberapa pelacur yang mengakui pernah mengadakan hubungan seks dengan Strauss-Kahn sepanjang 2010 dan tahun lalu di beberapa lokasi, termasuk hotel mewah dan restoran di Paris, serta di Washington.
Strauss-Kahn menetap di ibu negara Amerika Syarikat itu semasa mengetuai IMF sebelum meletak jawatan, Mei lalu, selepas dituduh cuba merogol seorang pembantu hotel di New York.
Dalam siasatan terbaru ini, dua lelaki yang mempunyai kaitan dengan Strauss-Kahn turut disiasat dan didakwa menguruskan sindiket pelacuran dan salah guna wang.
Strauss-Kahn beri keterangan kes sindiket pelacuran - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

Pukul isteri kerana ikan puyu

ocpc
PADANG SERAI - Hanya kerana ikan puyu seorang wanita cedera di badan kerana dipukul suaminya.

Wanita yang berusia 40-an itu ditemui berjalan berseorangan sambil menangis kira-kira jam 1.30 pagi sebelum dibawa ke Balai Polis Padang Serai oleh unit MPV.

Dia kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, mangsa memberitahu suaminya ada memelihara ikan puyu, bagaimanapun ikan puyu itu ditemui mati atas simen.

“Suami mangsa yang berang apabila mendapati ikan kesaya­ngannya mati telah memukul isterinya beberapa kali di badan sebelum menghalaunya keluar dari rumah.

“Kami juga difahamkan suaminya memang seorang yang panas baran dan sering memukul mangsa,” katanya.

Menurutnya, pihaknya memujuk wanita terbabit pulang selepas membuat laporan, bagaimanapun dia enggan berbuat demikian kerana takut dipukul suaminya lagi.

“Sekiranya suami mangsa tidak memukul atau mencederakannya, kes ini tidak akan dibuka sebaliknya menasihatkan suami supaya tidak bertindak kasar terhadap isteri,” katanya. Pukul isteri kerana ikan puyu - Utara - Sinar Harian:

'via Blog this'

Mahkamah tolak permohonan habeas corpus oleh kolumnis Arab Saudi

Hamza Kashgari
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan habeas corpus difailkan oleh kolumnis Arab Saudi Hamza Kashgari
Mohamad Najeeb untuk menentukan penahanan dan penghantarannya dari Malaysia ke Arab Saudi adalah menyalahi undang-undang.

Hakim Datuk Rohana Yusuf membuat keputusan itu di dalam kamar selepas mengadakan pertemuan dengan peguam yang mewakili Hamza, N.Surendran dan Fadiah Nadwa Fikri, dan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said dan Amir Nasruddin, yang mewakili responden.

Dalam permohonan habeas corpus itu, Hamza Kashgari, 23, yang didakwa telah menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, menamakan Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai
responden.

Surendran, semasa ditemui pemberita, berkata mahkamah membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal yang dikemukakan oleh responden.
Katanya mahkamah menolak permohonan itu atas alasan isu habeas corpus telah menjadi akademik kerana Hamza Kashgari tidak lagi berada di negara ini.

"Kami akan memfailkan rayuan secepat mungkin terhadap keputusan hari ini," katanya.

Peguam yang mewakili Hamza Kashgari memfailkan permohonan habeas corpus pada 13 Februari bagi penentuan bahawa penahanan dan penghantarannya dari Malaysia ke Arab Saudi adalah menyalahi undang-undang.

Dalam notis usul, Hamza Kashgari, antara lain memohon writ habeas corpus supaya mahkamah mengeluarkan perintah untuk membawa dan menghadapkannya ke mahkamah bagi perbicaraan habeas corpus.

Rakan Hamza Kashgari, Asma' Abdul Razak, 31, dalam afidavit sokongan berkata pada 4 Februari, Hamza Kashgari telah menghantar pesanan melalui akaun Twitternya sempena hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, bagaimanapun pada keesokannya pesanan
itu telah dipadamkan dari laman sosialnya itu.
Asma' berkata pada 8 Februari epas, pihak berkuasa Arab Saudi telah mengeluarkan waran tangkap terhadap pemohon atas tuduhan murtad kerana menghina Nabi Muhammad SAW dan dia juga diisytiharkan murtad oleh Majlis Ulama Besar negara itu, dan
sekiranya didapati bersalah, akan dijatuhkan hukuman bunuh.

Hamza Kashgari ditangkap pada 9 Februari lepas di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang dan dihantar pulang ke Arab Saudi pada 12 Februari. - Bernama

Mahkamah tolak permohonan habeas corpus oleh kolumnis Arab Saudi - Semasa - Sinar Harian:

'via Blog this'

Dangdut tingkat hasil ayam di Indonesia

ayam muzik
JAKARTA - Dendangan muzik rancak seperti dangdut serta irama muzik perlahan yang diperdengarkan kepada ayam pedaging oleh ratusan penternak di desa Sumbersuko, Tlogowaru, Bandar Malang, Jawa Timur dilaporkan berhasil meningkatkan mutu ternakan mereka sejak tiga tahun kebelakangan ini.
Sejak menggunakan teknik terapi muzik itu yang dimainkan 24 jam, para penternak di kawasan itu mendakwa mereka berupaya menuai hasil ternakan yang lebih sempurna, berbanding sebelum itu di mana jumlah ayam yang mati setiap kali musim tuaian agak tinggi.
Lagu-lagu rancak atau dangdut yang diperdengarkan kepada ayam-ayam itu bukanlah membuat mereka berjoget ataupun sebaliknya menjadikan mereka terlelap bila mendengar lagu berirama perlahan yang mendayu-dayu, tetapi muzik itu bertujuan menjadikan ayam ternakan mereka tidak mudah terkejut sehingga boleh menyebabkan kematian, agensi berita ANTARA melaporkan hari ini.
"Sejak menggunakan terapi muzik, kami berjaya menuai hasil ayam secara sempurna, dan dilakukan empat kali dalam setahun. Padahal, sebelum menggunakan terapi muzik, sekitar 30 peratus daripada 1,000 ayam kami mati setiap kali menuai hasil," kata Ahmad Fauzi, salah seorang penternak di kawasan itu.
Fauzi, 29, berkata terapi muzik untuk ayam sudah popular di kalangan penternak kawasan Tlogowaru sehingga ia tidak dianggap aneh bagi masyarakat tempatan, walaupun belum ada bukti perubatan tentang kesan terhadap kesihatan ayam yang mendengar muzik itu. - Bernama

Dangdut tingkat hasil ayam di Indonesia - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

6 terbunuh protes bakar al-Quran di Afghanistan

Protes
KABUL - Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan berpuluh-puluh cedera di Afghanistan berikutan protes berhubung insiden membuang dan membakar kitab suci al-Quran di pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) Bagram, utara Kabul.

Beberapa naskhah dilaporkan dibakar, Isnin lalu.

Menurut laporan BBC, seorang terbunuh di Kabul, seorang lagi di bandar raya timur Jalalabad dan sekurang-kurangnya empat orang di wilayah Parwan.

Pegawai-pegawai AS memohon maaf kelmarin atas kejadian secara tidak senjaga meletakkan al-Quran dalam alat membakar di pangkalan udara itu.

Pegawai-pegawai di Bagram dilaporkan mengesyaki banduan Taliban menggunakan al-Quran untuk menghantar mesej antara satu sama lain.

Beberapa naskhah dengan kesan bakar ditemui oleh pekerja-pekerja tempatan.

Protes yang bermula di Bagram tersebar ke seluruh Afghanistan.

Protes yang serupa pernah diadakan tahun lalu ekoran tindakan seorang pastor dari Florida membakar kitab suci orang Islam itu.

6 terbunuh protes bakar al-Quran di Afghanistan - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

PM Itali raih RM4j, miliki 16 kediaman

ROME: Perdana Menteri Itali, Mario Monti memperoleh 1.01 juta euro (RM4.04 juta) tahun lalu dan memiliki 16 kediaman, menurut pengisytiharan pendapatan yang diterbitkan di Internet sebagai sebahagian kempen ketelusan kerajaan.

Monti, bekas pesuruhjaya dan profesor ekonomi terkenal turut berkata, dia mempunyai bon dan dana pelaburan dengan nilai keseluruhan 11 juta euro (RM44.07 juta). Pengisytiharan dibuat Monti itu dan semua menterinya terbukti amat popular hingga laman web kerajaan - www.governo.it itu gagal diakses apabila terlalu ramai pengguna cuba memasukinya. Laporan itu juga menunjukkan Menteri Luar Giulio Terzi mempunyai Harley Davidson dan Menteri Hal Ehwal Parlimen memiliki dua khemah batu di pergunungan Alps. Monti menggantikan bilionair Silvio Berlusconi November tahun lalu ketika kerajaan teknokratik itu menghadapi detik genting dengan tugasan untuk menyelamatkan Itali daripada krisis kewangan dan memulihkan semula ekonomi negara itu. Angka menunjukkan menteri yang memperoleh pendapatan tertinggi ialah Menteri Kehakiman Paola Severino, peguam utama yang mempunyai pendapatan 7 juta euro (RM28.06 juta) pada 2010 dan Menteri Pembangunan Ekonomi Corrado Passera dengan 3.5 juta euro (RM14.03 juta). - AFP


myMetro | PM Itali raih RM4j, miliki 16 kediaman:

'via Blog this'

Israel lulus penempatan baru

BAITULMAQDIS: Satu jawatankuasa Israel semalam meluluskan pembinaan 500 unit rumah baru di Shilo, Tebing Barat.

Jurucakap jawatankuasa itu berkata, mereka juga akan memberi kelulusan terhadap lebih 200 rumah baru yang sebelum ini dibina di Shvut Rachel tanpa permit.


“Ya, kelulusan diberi atas alasan kemanusiaan,” katanya.

Jawatankuasa itu adalah badan awam di bawah tentera Israel yang menguruskan hal ehwal orang awam, termasuk pembinaan dan perancangan di wilayah diduduki di Tebing Barat.


Ia adalah sebahagian daripada unit di bawah Kementerian Pertahanan Israel.


Penempatan Shilo diduduki lebih 2,000 orang dan terletak kira-kira 30 kilometer di selatan bandar Nablus.

Shvut Rachel pula terletak berhampiran dan menjadi penempatan haram kepada 400 penduduk Yahudi. - AFP


myMetro | Israel lulus penempatan baru:

'via Blog this'

Sekatan tak berkesan: Ali

TEHERAN: Program nuklear Iran akan diteruskan, kata pemimpin tertinggi negara itu, Ayatollah Ali Khamenei, semalam selepas wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meninggalkan Teheran.

Wakil Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) PBB itu berlepas pulang apabila rundingan dengan wakil kerajaan untuk meleraikan kecurigaan terhadap program senjata Teheran gagal dicapai.


Ali berkata, Iran tidak pernah dan tidak akan mahu senjata atom.

“Ia akan membuktikan kepada dunia bahawa senjata nuklear tidak mampu menghasilkan keagungan,” katanya kepada saintis Iran.


Menurut Ali, jalan untuk pembangunan saintifik, terutama di bidang nuklear, perlu diteruskan dengan teguh dan serius.


“Tekanan, sekatan, ancaman dan pembunuhan tidak akan membuahkan hasil dan pembangunan saintifik Iran akan diteruskan,” katanya.

Sebelum itu, lima wakil IAEA meninggalkan Iran tanpa sebarang hasil selepas mengadakan rundingan dua hari dengan memfokuskan aspek ketenteraan negara itu yang mencurigakan.


Pemimpin delegasi yang juga Ketua Pemeriksa Nuklear PBB, Herman Nackaerts, berkata walaupun lawatan itu dibuat dengan “semangat membina” tetapi tiada persetujuan dicapai.

“Kami tidak dibenarkan masuk ke tapak ketenteraan di Parchin yang dipercayai menjadi tempat ujian reka bentuk peledak nuklear dijalankan,” katanya. - AFP


myMetro | Sekatan tak berkesan: Ali:

'via Blog this'

Balingan epal tumpas peragut

TERSELAMAT...Lim menceritakan kejadian terbabit kepada wartawan Harian Metro.
TERSELAMAT...Lim menceritakan kejadian terbabit kepada wartawan Harian Metro.
SUNGAI SIPUT: Sepasang suami isteri yang baru empat bulan berkahwin, tetapi aktif melakukan jenayah ragut tumpas dek balingan buah epal oleh mangsa mereka di Pasar Sungai Siput, di sini, semalam.
Kejadian berlaku jam 11.50 pagi dan lebih mengejutkan apabila suspek perempuan yang berusia 22 tahun memberitahu dia hamil anak sulung dengan usia kandungan empat bulan.
Selepas ditahan, suspek lelaki yang berusia 32 tahun memberi alasan mereka melakukan jenayah ragut untuk mencari wang bagi membiayai kos rawatan perubatan isterinya.

Mangsa yang juga peniaga buah-buahan di pasar itu, Lim Shui Yang, 53, berkata sebelum kejadian pasangan terbabit menunggang motosikal dan berpusing beberapa kali di kawasan pasar.

“Saya ketika itu sibuk melayan pelanggan tanpa menyedari si suami menyasarkan bakul berisi wang RM30 hasil perniagaan yang diletak di atas meja jualan.

myMetro | Balingan epal tumpas peragut:

'via Blog this'

Dua kali lara

USUNG...jenazah Mohamad Al-Amin diangkat selepas ditemui mati lemas  di Sungai Kambus, Kampung Sungai Belacan, semalam.
USUNG...jenazah Mohamad Al-Amin diangkat selepas ditemui mati lemas di Sungai Kambus, Kampung Sungai Belacan, semalam.
DITEMUI...basikal mangsa ditemui dalam semak di tepi sungai.
DITEMUI...basikal mangsa ditemui dalam semak di tepi sungai.
KOTA BHARU: Seorang ibu tunggal yang baru pulang dari majlis pengebumian ibu saudaranya terpaksa menerima berita memilukan apabila anaknya mati lemas di Sungai Kambus, Kampung Pulau Belacan, Pengkalan Chepa, pagi semalam.
Mangsa, pelajar Sekolah Menengah Ugama Arab (SMUA) Tarbiah Mardziah, Mohamad Al-Amin Muradi, 15, dikatakan hilang apabila tidak pulang ke rumah sebaik selesai kelas mengaji al-Quran terletak berhampiran rumahnya di Kampung Alor Tok Aji, di sini, kira-kira jam 3 petang kelmarin.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa yang mendapat maklumat jam 8 pagi semalam, kemudiannya melakukan gerakan mencari sebelum menemui mayat mangsa hampir dua jam kemudian.
Difahamkan, ibunya, Habsah Daud, 45, dimaklumkan mengenai kehilangan anaknya oleh ahli keluarga sebaik pulang dari menziarahi ibu saudara yang meninggal dunia.

Habsah yang bekerja sebagai tukang cuci di sekolah, dikatakan keluar mencari anaknya selepas solat Asar namun gagal menyebabkannya berusaha ke tempat kejadian sekali lagi dan menemui basikal serta selipar milik anaknya, kira-kira jam 12 tengah malam.

Bagaimanapun, Habsah yang ditemui semalam, enggan ditemu bual wartawan.
Rakan karib Habsah, Kamariah Said, 48, berkata dia dihubungi rakannya itu pada jam 10 malam sambil memberitahu tidak sedap hati memandangkan Mohamad Al-Amin tidak pulang sejak petang kelmarin.

Katanya, dia kemudian menghubungi Habsah semula pada tengah malam dan diberitahu berada di sungai mencari anaknya.
“Saya tidur sekejap dan bangun pada tengah malam kerana ingin mengetahui keadaannya.

“Dia ketika itu sedang mencari anaknya di sungai, tetapi cuma menemui basikal dan selipar.

“Pagi tadi (semalam) saya ke rumahnya dan selepas itu dia memberitahu ingin ke Kampung Pulau Gajah pula mencari anaknya,” katanya. Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata seramai lima anggota Unit Skuba bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat.

Katanya, mayat mangsa berjaya ditemui jam 9.45 petang semalam kira-kira 50 meter dari tebing sungai.

myMetro | Dua kali lara:

'via Blog this'

Mentua paksa langkah al-Quran

BUKTI...Mohd Ikmal menunjukkan tiga laporan kepada Jais dan polis yang dibuatnya.
BUKTI...Mohd Ikmal menunjukkan tiga laporan kepada Jais dan polis yang dibuatnya.

KUCHING: Tidak sanggup menanggung dosa besar angkara syarat pelik keluarga mentua yang memaksa melangkah al-Quran sebelum dibenar mendapatkan kembali isteri dan anak-anak, seorang saudara baru mengadu kejadian itu kepada Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais), selain membuat laporan polis.

Sebelum ini, Mohd Ikmal Hakimie Abdullah, 32, sudah tujuh kali melangkah al-Quran di depan pintu utama rumah mentuanya selepas dipaksa berbuat demikian oleh keluarga mentuanya yang beragama Islam.

Dia mendakwa, setiap kali berbuat demikian kejadian itu turut disaksikan dua penduduk kampung mentuanya di Trusan Jaya, di sini, termasuk seorang daripadanya berbangsa Cina.

Mohd Ikmal mendakwa, syarat pelik keluarga mentuanya itu kali pertama berlaku pada Disember 2008 ketika dia bertandang ke rumah mereka bagi menjemput isteri berusia 27 tahun dan dua anak lelaki berusia tiga serta lima tahun selepas wanita berkenaan melarikan diri dari rumahnya di Sematan.


“Saya dipaksa melakukan perbuatan itu sebagai syarat mendapatkan semula isteri dan anak serta membuktikan saya tidak mengamalkan sihir. Ini kerana keluarga mentua menuduh saya mengamalkan sihir ketika datang mengambil isteri dan anak di rumahnya.


myMetro | Mentua paksa langkah al-Quran:

'via Blog this'

Koleksi komik dijangka dilelong lebih RM6.06 juta





DALLAS, Amerika Syarikat (AS) - Satu koleksi komik termasuk beberapa edisi yang paling berharga pernah diterbitkan dijangka dilelong lebih AS$2 juta (RM6.06 juta) pada satu lelongan di AS dalam minggu ini.

Sebanyak 345 naskhah komik itu dikumpulkan oleh Billy Wright semasa di zaman mudanya dan disimpan sehingga kematiannya pada tahun 1994.

Michael Rorrer berkata, dia menemui koleksi komik simpanan bapa saudaranya semasa membersihkan rumah ibu saudaranya.

Ibu saudara Rorrer meninggal dunia pada Februari tahun lalu.

Antara naskhah komik yang dikumpulkan itu ialahAction Comics No. 1 yang menampilkan kemunculan pertama Superman.

Koleski itu turut mempunyai naskhah Detectives Comics No.27 yang menampilkan Batman buat kali pertama dan Captain America No.2 yang menampilkan pemimpin Nazi Jerman, Adolf Hitler. - AGENSI

Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Saintis India temui haiwan seperti ular



Gambar yang disiarkan www.frogindia.org semalam menunjukkan seekor chikilidae dewasa bersama anaknya yang baru menetas.


NEW DELHI - Sejak sebelum era dinosaur lagi satu spesies amfibia yang tidak berkaki hidup bebas di bawah tanah yang beriklim monsun di pedalaman utara India tanpa diketahui saintis.

Sekumpulan saintis India yang menemui spesies baharu amfibia memberikan ia nama chikilidae setelah menggali tanah untuk mencari haiwan berkenaan di hutan selama lima tahun.

Ketua kajian tersebut, Profesor Sathyabhama Das Biju dari Universiti New Delhi berkata, chikilidae tergolong dalam keluarga caecilian iaitu yang paling primitif antara tiga kumpulan amfibia termasuk juga katak dan salamander.

Disiarkan dalam jurnal Royal Society of Londonsemalam, penemuan mereka mengukuhkan lagi bukti bahawa India dipenuhi hidupan amfibia dengan habitat yang perlu dilindungi.

Menurut Sathyabhama, chikilidae bukan sahaja tidak berbahaya tetapi ia turut membantu petani dengan memakan ulat dan serangga yang merosakkan tanaman manakala pergerakan spesies itu di bawah tanah dapat membantu menyuburkan tanah.

Namun, penduduk tempatan kerap membunuh chikilidae kerana tersilap anggap bahawa amfibia itu merupakan seekor ular berbisa. - AGENSI


Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Jepun mahu bina lif ke angkasa



TOKYO - Sebuah firma pembinaan Jepun mendakwa semalam ia mampu melaksanakan rancangan luar biasa untuk meletakkan pelancong di angkasa lepas dalam tempoh 40 tahun dengan membina sebuah lif setinggi 96,000 kilometer (km) atau suku jarak Bumi ke bulan.

Firma Obayashi Corp mendakwa lif itu boleh dibina dengan menggunakan teknologi karbon nanotube yang lebih 20 kali ganda lebih kuat daripada besi.

Menurut firma berkenaan, lif itu dapat membawa sehingga 30 penumpang pada sesuatu masa dan bergerak pada kelajuan 200 kilometer sejam selama seminggu sebelum berhenti di sebuah stesen pada jarak 36,000km.

Ketua projek itu, Satomi Katsuyama berkata, pelancong akan tinggal di stesen berkenaan manakala kumpulan penyelidik dan pakar akan meneruskan perjalanan.

"Manusia sejak dahulu lagi kagum dengan menara tinggi. Kami akan membina lif ini dari angkasa lepas dan bukan Bumi," katanya.

Walaupun Katsuyama yakin pelan tersebut akan berjaya, beliau belum menetapkan anggaran kos, lokasi dan pembiaya bagi membina struktur berkenaan.

Firma itu membina bangunan tertinggi di Jepun, Tokyo Sky Tree, yang setinggi 634 meter.

Antara penglibatan syarikat itu dalam pembinaan bangunan ialah Dubai Metro di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Studio Universal Osaka, Jepun dan Stadium Australia yang digunakan untuk Sukan Olimpik Sydney. - AFP


Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Berlian merah jambu ditemui


BERLIAN merah jambu diletakkan di hujung mata sebatang pen.


SYDNEY - Gergasi perlombongan Rio Tinto semalam menyatakan pihaknya menemui batu berlian merah jambu 12.76 karat di Australia.

Ia merupakan berlian merah jambu terbesar pernah ditemui di negara berkenaan.

Dinamakan Argyle Pink Jubilee, batu berlian besar itu ditemui di lombong berlian merah jambu Argyle di Kimberley, Australia Barat.

Rio Tinto dalam satu kenyataan memberitahu, masa selama 10 hari diperlukan bagi memotong dan mengilat batu permata berkenaan.

"Kami semua teruja dengan penemuan berlian ini yang jarang-jarang ditemui," kata Ketua Divisyen Berlian Merah Jambu Argyle, Josephine Johnson.

"Berlian seperti ini ditemui sekali dalam tempoh 26 tahun dan mungkin tidak akan ditemui lagi.

"Individu yang dapat memakai berlian merah jambu ini sudah tentu amat bertuah," tambahnya.

Menurut kenyataan Rio lagi, harga berlian Argyll tersebut dianggar lebih AS$10 juta (RM30.3 juta) berdasarkan berlian merah jambu berkualiti tinggi yang dijual pada harga AS$1 juta (RM3 juta) untuk setiap karat. - AFP


Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'