Friday, February 17, 2012
AS penjara 'pengebom seluar dalam' seumur hidup
JPN: Puan Ahmad berusia 115 tahun, bukan 15 tahun
'Ustaz' kena cekup bersama wanita bukan muhrim
Serbuan ke atas rumah yang terletak di Blok A pangsapuri itu dilakukan Biro Keselamatan Persatuan penduduk Pangsapuri Pesona, kira-kira jam 6 petang selepas menerima aduan daripada jiran tetangga.
Sinar Harian difahamkan, lelaki berusia lingkungan 50-an itu sudah berkahwin dan mempunyai anak dan tinggal di Lunas, Kedah.
Difahamkan juga, rumah di pangsapuri itu dibeli dari seorang doktor kira-kira dua tahun lalu hanya dijadikan sebagai tempat persinggahan.
Sementara itu, wakil biro yang hanya mahu dikenali sebagai Lan berkata, intipan sudah dibuat ke atas rumah berkenaan sejak setahun lalu selepas pihaknya banyak menerima aduan daripada jiran lelaki berkenaan.
Menurutnya, lelaki itu didakwa menggunakan tiga kenderaan berbeza setiap kali singgah ke pangsapuri itu, selain mendakwa setakat ini kira-kira enam wanita berlainan dibawa masuk ke rumah berkenaan.
“Ketika serbuan dilakukan, lelaki itu enggan memberi kerjasama dan hanya membuka pintu selepas kira-kira 20 minit diketuk. Apabila pintu dibuka, dia hanya berkain pelekat dan berbaju, manakala wanita itu pula sudah menanggalkan tudungnya.
“Pada mulanya, dia memberitahu bahawa wanita berusia lingkungan 20-an itu adalah anaknya. Tetapi, apabila pemeriksaan dilakukan ke atas kad pengenalan kedua-dua mereka mendapati sebaliknya. Dia kemudiannya menukar kenyataan pula dengan mengatakan wanita
itu anak saudaranya dan memberi alasan mahu memberikan gula kepada wanita itu,” katanya.
Dalam pada itu, ibu wanita berkenaan yang tiba tidak lama kemudian dilihat terkejut dengan situasi yang berlaku dan mengakui lelaki itu adalah anak angkatnya.
Pengerusi Kariah Masjid Timah, Ibrahim Talib turut hadir bagi memberi nasihat kepada pasangan berkenaan.
Kedua mereka kemudiannya diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.
'via Blog this'
22 Sebab Malaikat Rahmat tidak akan memasuki rumah anda
1. Rumah orang yang memutuskan hubungan Silaturrahim.
2. Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.
3. Rumah yang memelihara anjing.
4. Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.
5. Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.
6. Rumah yang sering meninggikan suara.
7. Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli sihir dan nujum.
8. Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.
9. Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah.
10. Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.
11. Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.
12. Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.
13. Rumah pemakan riba.
14. Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.
15. Rumah yang memiliki patung-patung.
16. Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.
17. Rumah yang didiami peminum arak.
18. Rumah yang mempercayai tukang tilik.
19. Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.
20. Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.
21. Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ).
22. Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.
Sumber : www.loveloveislam.com
Muka lebam ditumbuk suami
Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Rani, 29, berada di rumah bersama anak lelakinya berusia lima tahun dan ketika itu suaminya pulang ke rumah dalam keadaan mabuk.
Menurutnya, suaminya mengajak anak lelakinya keluar berjalan walaupun berada di bawah pengaruh alkohol.
Katanya, dia menegah dan tindakan itu menyebabkan suaminya naik angin dan mencekiknya sebelum menghentak kepala saya ke dinding.
“Akibat hentakan itu, saya mula pening dan dia menumbuk muka saya beberapa kali sehingga hidung saya berdarah,” Rani berkata, dengan bantuan abangnya, dia membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan untuk tindakan lanjut.
'via Blog this'
Bayi mati susu masuk paru-paru
Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa, Siti Nur Balkis Ahmad Zahid, anak bongsu daripada dua beradik disahkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, sejurus disedari ‘lembik’ oleh ibunya.
Nur Laila berkata, dalam kejadian jam 4 petang itu, anaknya tidur sebelum bangun dalam keadaan menangis kerana lapar.
Katanya, dia menyusukan bayinya menggunakan botol hingga tidur semula.
“Dia (Nur Balqis) tidak menghabiskan susu dibancuh seperti selalu, sebaliknya hanya separuh yang diminum.
“Selepas itu, arwah tertidur beberapa jam sebelum merengek jam 6.30 petang sebelum saya menjenguknya.
“Namun, ketika cuba mencuci najisnya, badannya seolah-olah tidak bermaya dan lembik,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menurutnya, dia yang terkejut memaklumkan kejadian itu kepada suami, Ahmad Zahid Zamri, 32, sebelum menghantar bayinya ke HTF di sini.
“Tanpa berlengah, saya membawa Nur Balkis ke hospital, namun selepas beberapa ketika dirawat, doktor mengesahkan arwah sudah meninggal dunia.
“HTF ada maklumkan kepada saya mengenai penemuan susu dalam paru-paru Nur Balkis ketika melakukan pemeriksaan. Justeru, saya percaya mungkin bayi saya tersedak,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Ismail Che Isa, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
“Kami menerima maklumat kejadian itu termasuk laporan keluarga mangsa berhubung kematian bayi berkenaan.
“Ketika ini, kami percaya kes itu mempunyai kaitan dengan kejadian tersedak susu dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
'via Blog this'
Doktor cari tangan tercicir
| SAKIT...mangsa menerima rawatan di Hospital Gleneagles. |
| CARI...pegawai perubatan Hospital Gleneagles mencari tangan mangsa yang putus ditetak penyamun. |
KUALA LUMPUR: Lapan jam masa diambil sekumpulan doktor Hospital Gleneagles bagi menyambung semula pergelangan tangan kiri seorang pengurus syarikat insurans yang terputus selepas ditetak seorang lelaki yang cuba menyamunnya dalam kejadian di Jalan Ampang, malam 3 Februari lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam itu, mangsa yang berusia 40-an dalam perjalanan untuk bertemu rakan di sebuah restoran memberhentikan keretanya sebaik tiba di tempat kejadian selepas melihat sebuah kereta Perodua Kancil dinaiki dua lelaki dan seorang wanita mengalami kerosakan dan menawarkan khidmat untuk membantu.
Bagaimanapun, sebaik berhenti dan keluar dari kereta, tiba-tiba seorang daripada lelaki terbabit yang bersenjatakan parang menyerang dan menetak pergelangan tangan kirinya hingga putus.
Mangsa sempat melarikan diri dengan masuk semula ke dalam keretanya sebelum memandu ke Hospital Gleneagles sejauh kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian dalam keadaan tangannya berlumuran darah. Pakar Trauma, Bedah dan Mikro Surgeri hospital berkenaan, Dr R Palani yang mengetuai pembedahan itu, berkata dia bersama seorang lagi doktor bersama-sama dua jururawat, seorang pembantu perubatan dan pemandu ambulans mengambil masa setengah jam untuk mencari tangan mangsa yang tertinggal di kawasan kejadian.
“Keputusan untuk mencari tangan itu dibuat Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan, Dr Marry Anne yang mendesak mangsa memberitahu lokasi kejadian memandangkan kami percaya tangan itu masih boleh diselamatkan.
“Sebaik mangsa memberitahu lokasi, kami segera ke sana untuk mencari dan berjaya menemui tangan itu di atas laluan pejalan kaki kira-kira 100 meter dari tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menceritakan kejadian itu, Dr Palani berkata, sebaik menerima panggilan telefon daripada rakan setugasnya di wad kecemasan mengenai keadaan mangsa, dia bergegas ke hospital.
“Sebaik tiba, saya mendapati tangan lelaki itu ditetak dengan sekali tetakan dan percaya kejadian itu baru berlaku kerana darah masih memancut-mancut dari tangannya,” katanya.
Dia berkata, melihat keadaan itu, mereka menghubungi polis dan meminta pasukan keselamatan itu mengesan tangan mangsa yang terputus di pergelangan tangan.
Katanya, selepas lebih setengah jam menunggu, polis memaklumkan gagal mencari tangan, mangsa sekali gus memaksa mereka mencarinya sendiri.
“Keadaan gelap-gelita di kawasan itu dan petunjuk yang diberikan pesakit menyukarkan kami untuk mencari tambahan pula kami hanya berbekalkan lampu telefon bimbit,” katanya.
Menurut Dr Palani, setakat ini keadaan mangsa stabil dan masih menerima rawatan fisioterapi untuk memastikan tangan yang disambungkan itu kembali berfungsi dengan baik.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi, menafikan dakwaan doktor terbabit yang mengatakan pihak berkuasa tidak mengambil tindakan selepas dimaklumkan mengenai insiden berkenaan oleh pengawal keselamatan yang berada di kawasan berkenaan.
Menurutnya, kelewatan itu berlaku disebabkan maklumat yang diberikan pengawal keselamatan itu kepada pihak berkuasa tidak lengkap.
Mengulas mengenai insiden itu, Khairi berkata, disebabkan sikap mangsa yang suka menolong orang yang mengalami kesusahan, kejadian itu menimpa dirinya.
“Mangsa adalah seorang lelaki yang suka membantu jika melihat orang mengalami masalah dan dalam kejadian itu, mangsa memberhentikan kenderaannya selepas menyangkakan dua lelaki dan seorang wanita yang sedang memeriksa kereta Perodua Kancil di kawasan kejadian mengalami masalah bagi menghulurkan bantuan.
“Seorang daripada suspek yang bersenjatakan parang menyerang mangsa dan cuba menyamunnya sebelum menetak tangan mangsa,” katanya.
Khairi berkata, dalam keadaan tangannya sudah terputus, mangsa berlari masuk ke dalam kereta sebelum bergegas mendapatkan bantuan.
Ketika ditanya mengenai perkembangan kes itu, Khairi mengakui pihaknya sudah merakam percakapan mangsa selain memberitahu, pihaknya sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan.
Mayat bayi dalam tandas hospital
Pekerja warga Indonesia itu memaklumkan penemuan itu kepada jururawat wad berkenaan.
Jururawat terbabit ke tandas berkenaan dan memeriksa keadaan bayi itu dan mendapatinya tidak bernyawa.
Difahamkan, hanya terdapat sedikit air dalam kolah berkenaan dan bayi perempuan ketika ditemui jam 12.30 tengah hari itu masih bertali pusat.
Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Superintendan Baharudin Mustapha berkata, bayi yang ditinggalkan dalam kolah itu dipercayai baru dilahirkan.
Menurutnya, ada saksi memaklumkan seorang wanita dalam keadaan pucat dan keletihan keluar dari tandas berkenaan jam 7.30 pagi.
Bagaimanapun saksi berkenaan tidak mengesyaki apa-apa sebelum kecoh mengenai penemuan mayat bayi dalam tandas itu.
Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
“Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya,” katanya.
Bagaimanapun, Harian Metro difahamkan seorang wanita berusia 20-an ditahan semalam bagi membantu siasatan.
'via Blog this'
Perkosa wanita balik bersawah
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa berusia 39 tahun yang trauma dengan kejadian itu, akhirnya membuat laporan polis, kelmarin, selepas didesak suaminya.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa dipercayai berjalan kaki untuk pulang ke rumahnya sebelum terserempak dengan suspek dikenalinya berusia 54 tahun yang menetap di kampung berhampiran.
Secara tiba-tiba suspek terus memeluk mangsa daripada belakang termasuk mengacukan parang ke leher supaya tidak melawan atau melarikan diri.
Mangsa yang ketakutan hanya mendiamkan diri sebelum diseret ke hutan berhampiran sebelum dirogol.
Sebaik pulang ke rumah, mangsa menceritakan kejadian itu kepada suami sebelum mereka membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Zahari Mohamed ketika dihubungi mengesahkan mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Keningau, lima hari selepas kejadian itu berlaku.
“Mangsa membuat laporan polis selepas didesak suaminya dan dia mendakwa diugut dan dirogol lelaki dikenali.
“Sebaik menerima maklumat, sepasukan polis bergegas ke rumah lelaki terbabit dan suspek berjaya diberkas kira-kira jam 6.35 petang, hari sama,” katanya.
Katanya, polis turut merampas dua senapang angin, dua bakakuk, 11 peluru dan lima peluru hidup untuk siasatan lanjut.
“Suspek kini ditahan mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan kerana merogol.
“Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan,” katanya.
'via Blog this'
Gurauan bawa padah
Akibatnya, seorang pelajar terpaksa dibuang sekolah manakala dua lagi digantung.
Rabu lalu, dua orang pelajar lelaki junior sebuah kolej berkucupan kerana dicabar oleh pelajar lain.
Andy (bukan nama sebenar), 18, berjanji untuk mencukur kepalanya hingga botak sekiranya dua pelajar lelaki itu menyahut cabarannya.
Mereka berkucup di kantin kolej itu dan disaksikan oleh pelajar-pelajar lain.
Andy merakamkan perbuatan mereka menggunakan telefon bimbit, manakala yang lain mengambil gambar.
Sejak semalam, Andy sudah tidak lagi menjadi pelajar kolej itu.
Jurucakap Kementerian Pendidikan berkata, mereka mengambil tindakan membuang sekolah sebagai tindakan terakhir.
Dua pelajar yang berkucupan pula digantung sekolah.
Pengetua kolej berkata, ibu bapa pelajar itu “menyokong tindakan susulan yang diambil oleh pihak kolej.”
Khabar mengenai kejadian itu dibincangkan di sebuah forum di Internet, minggu lalu.
Pelayar internet berpendapat, Andy tidak sepatutnya dibuang kolej.
Seorang daripada mereka menulis, “Pada pendapat saya, tidak sepatutnya pelajar itu dibuang kolej. Saya merasakan perbuatan itu salah.” - Asiaone
'via Blog this'
Kekasih gay racun 15 lelaki
Dua lelaki hidup manakala yang lain tidak diketahui nasib mereka.
Ketua Presint Nganjuk, Komisioner Kanan Adjutan Anggoro Sukartono berkata, Mujianto 24, dari Kampung Jatikapus, Terokan, Kediri, Jawa Timur, mengaku melakukan jenayah itu kerana dia cemburu dengan teman lelaki pasangan gaynya.
Mujianto menemui nama rakan-rakan lelaki kekasihnya di dalam telefon bimbit kekasihnya Joko.
Dia merasa curiga kerana 15 lelaki itu mempunyai hubungan intim dengan Joko.
“Hari ini, dia sekali lagi mengaku di hadapan pihak media yang dia membunuh 15 lelaki kerana dia rasa mereka mempunyai hubungan dengan kekasihnya, Joko,” katanya.
Tambahnya lagi, pihak polis masih menyiasat pengakuan yang dibuat.
Pembunuhan yang melibatkan teman lelaki cemburu, pernah berlaku sebelum ini di Indonesia.
Very Idham Henyansyah atau Ryan, dijatuhkan hukuman mati pada 6 April 2009 kerana membunuh sekurang-kurangnya 10 orang.
Ryan merompak mangsa sebelum membunuh mereka dan menanam mereka di halaman rumah ibu bapanya di Jombang, Jawa Timur. - Jakarta Post
'via Blog this'
Buka pintu kecemasan untuk budak menangis
Media Vietnam melaporkan, sejurus selepas pesawat berkenaan berhenti, wanita terbabit meminta bantuan kepada Le Van Thuan yang duduk di sebelahnya supaya membuka pintu.
Tanpa berfikir panjang, Le, 29, membuka pintu kecemasan sekali gus mengaktifkan getah gelongsor pesawat itu.
Bagaimanapun, tiada sesiapa terjun dan menggunakan laluan kecemasan itu.
Tidak dapat dipastikan jika ada mana-mana kru kabin cuba menghalang Le bertindak begitu, Sementara itu, Le berkata, wanita di sebelahnya meminta bantuan untuk keluar lebih cepat kerana anaknya menangis.
Pegawai lapangan terbang itu berkata, Le akan didenda RM2,900, manakala kos memasang semula gelongsor itu dianggarkan bernilai RM30,000. - AP
'via Blog this'
Iran mahu berunding
“Kami sentiasa mengalu-alukan prinsip rundingan dan kami percaya, dengan pendekatan positif dan semangat kerjasama, akan ada kemajuan dalam rundingan itu,” kata jurucakap Kementerian Luar, Ramin Mehmanparaast yang dipetik agensi berita Fars.
Iran kelmarin menghantar surat mengesahkan kesediaannya untuk berbincang bagi menyambung semula rundingan sebagai menyahut tawaran Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah, Catherine Ashton pada Oktober 2011.
Rundingan terakhir Iran dengan kuasa besar dunia di Turki pada Januari tahun lalu, menghadapi jalan buntu. - AP
'via Blog this'
Penentang tolak perlembagaan baru
Mereka juga berikrar untuk meningkatkan usaha menggulingkan Presiden Bashar al-Assad.
“Jawatankuasa Penyelaras Tempatan (LCC) menggesa rakyat Syria menolak dan memulaukan pungutan suara itu sebagai cara mengesahkan tentangan terhadap rejim penjenayah itu,” menurut kenyataan yang dikeluarkan kumpulan berkenaan.
Menurutnya, rejim Bashar sudah hilang kelayakan dari segi perlembagaan dan sosialnya dan tidak ada jalan lain kecuali menggulingkannya.
“Deraf perlembagaan itu hanyalah alat politik atau kertas dasar yang ditulis oleh rejim yang kejam.
“Kami tidak nampak pilihan lain kecuali menggulingkan rejim berkenaan bersama-sama simbol, perwakilan dan ideologi asasnya,” kata LCC, kumpulan yang bertanggungjawab menganjur tunjuk perasaan anti-Bashar.
Menurutnya, deraf perlembagaan itu tidak menawarkan pindaan penting. “Ia tidak lebih daripada cubaan rejim itu untuk menonjolkan diri mereka secara berbeza berbanding sebelum ini,” kata kumpulan itu.
Bashar yang berdepan dengan pemberontakan terhadap rejimnya sejak 11 bulan lalu, semalam mengumumkan pungutan suara pada 26 Februari depan selepas kerajaannya menolak tuduhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bahawa ia melakukan jenayah terhadap kemanusiaan.
Jawatankuasa Penyelaras Kebangsaan Bagi Perubahan Demokratik, sebuah lagi kumpulan pembangkang berkata, ia juga merancang memulaukan pungutan suara itu. - AFP
'via Blog this'
Pembantu rumah bunuh majikan kerana dipanggil bodoh
Vitria Depsi Wahyuno, sekarang berusia 19 tahun, berbohong mengenai umurnya pada 2009, dan berkata dia berusia 23 tahun untuk melepasi usia minimum yang dikenakan untuk bekerja di Singapura sebagai pembantu rumah dan bekerja di rumah Sng Gek Wah.
Vitria yang baru diambil bekerja selama lima hari sebelum membunuh majikannya, mengaku bersalah menyebabkan kematian dan pihak pendakwa raya memohon supaya dia dikenakan penjara 20 tahun.
Pihak peguam bela pula memohon mahkamah memberi hukuman ringan kepada Vitria kerana dia mempunyai tahap kecerdesan rendah dan tidak mampu bekerja di bawah majikan yang mendesak dan memanggilnya dengan panggilan yang menyakit hati seperti “bodoh”. - Straits Times
myMetro | Pembantu rumah bunuh majikan kerana dipanggil bodoh:
'via Blog this'
Wanita India cetus revolusi tandas dapat ganjaran
Anita Narre akan diberikan AS$10,000 (RM32,000) oleh sebuah organisasi, Sulabh International kerana enggan melepaskan hajat di kawasan terbuka dan mencetuskan “revolusi tandas” di kampungnya di Madhya Predesh, menurut majistret daerah, B Chadrasekhar.
“Anita mendorong wanita lain di kampungnya memujuk pasangan mereka supaya membina tandas. Kampung itu berubah hari ini, terima kasih kepada tindakan beraninya,” katanya. Anita meninggalkan kediaman suaminya, Shivram, seorang buruh selepas perkahwinannya Mei tahun lalu kerana tiada tandas di dalam rumah itu. Dia pulang hanya apabila suaminya sudah membina sebuah tandas dengan bantuan pegawai daerah.
Chandrasekhar berkata, kempen kebersihan yang menawarkan pembinaan tandas di daerah itu secara percuma sebelum ini dihalang kerana penduduk kampung menyangka mempunyai kemudahan itu di dalam rumah adalah kotor. - AFP
4 tahun hidup di katil
| ANTARA menu harian Brenda ialah pizza, enam botol air berkarbonat dan coklat. |
LONDON: Brenda Flanagan-Davies kini menjadi wanita paling gemuk di Britain dan masalah itu menyebabkan dia tidak pernah meninggalkan rumahnya sejak empat tahun lalu.
Berasal dari Gateshead, Brenda kini menjadi wanita paling berat di Britain disahkan selepas kematian Sharon Mevsimler pada 2010.
Media semalam melaporkan, Brenda memakan lebih 6,000 kalori sehari, termasuk sembilan bar coklat dan tiga liter minuman berkarbonat.
Jumlah kalori yang disarankan bagi wanita dewasa hanya 2,000.
Kini, Brenda merayu bantuan selepas doktor memberinya amaran supaya mengubah sikap atau berdepan dengan maut dalam waktu terdekat.
“Tetapi itu bukanlah hidup sebenar,” katanya.
Menurut Brenda, dia mencuba pelbagai disiplin pemakanan tetapi ia tetap gagal menghalangnya untuk makan.
“Saya tak mampu berjalan ke bilik mandi yang terletak hanya enam meter dari katil tanpa tercungap-cungap,” katanya.
Menyedari serba terbatas, Brenda berkata, dia benci hidup begitu dan bercadang mahukan anak sementara masih mampu.
Masalahnya, kata Brenda, dia tidak cukup sihat untuk hamil.
Pemeriksaan doktor mendapati, tabiat pemakanan Brenda mengancam nyawanya kerana berat badan bekas pembantu kedai itu menekan pelbagai organ dalamannya.
“Bagaimanapun, saya mahu makan terus-terusan dan tak mampu melawan ketagihan itu. Saya perlukan bantuan,” katanya.
Brenda dimaklumkan, jantungnya begitu terbeban dan amat berisiko untuk dibedah.
Kata Brenda, dia tidak mahu mengalami nasib sama seperti Sharon - ibu kepada empat anak - yang meninggal dunia hanya 13 bulan selepas menjalani pembedahan mengikat saluran perut.
Kini, katanya, dia terlalu takut untuk keluar rumah kerana bimbang terjatuh dan tidak mampu berdiri semula.
'via Blog this'
Tragedi perokok
FLORIDA: Seorang lelaki hilang beberapa batang gigi selain cedera lidah dan wajahnya melecur teruk apabila rokok elektronik yang dihisap dalam usaha meninggalkan tabiat merokok, meletup dalam mulutnya disebabkan kerosakan bateri.
Bekas bateri yang ditemui di atas permaidani yang cair sebesar cerut. Penyiasat tidak tahu jenama rokok berkenaan, jenis bateri atau usia peralatan itu, kata Parker.
Baterinya boleh dicas semula kerana tempat mengecas dan bateri lain ada dalam bilik itu, katanya. Parker juga mengakui itulah kali pertama mendengar kejadian seumpama itu.
Sementara itu, pengasas bersama ‘Tobacco Vapor Electronic Cigarette Association’, Thomas Kiklas, berkata industri itu tidak mengetahui ada sebarang masalah dengan rokok elektronik atau bateri meletup.
Kiklas berkata, rokok plastik termasuk bateri kecil dan katrij. Bateri bertujuan menjadi cas elektrik apabila alat itu disedut. Set mengecas melepaskan wap dalam tiub rokok. Bauan yang dipenuhi nikotin itu memberikan rasa dan pengalaman merokok tanpa asap.
Kiklas memetik laporan persekutuan yang mendapati 2.5 juta rakyat Amerika menggunakan rokok elektronik tahun lalu.
“Berbilion orang menghisap rokok ini dan kami tidak pernah mendengar kejadian seperti ini sebelum ini,” katanya.
Industri tidak mendakwa rokok elektronik membolehkan perokok mengikis tabiat itu, cuma ia adalah alternatif lebih sihat berbanding rokok biasa kerana kurang kimia.
Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) memberi amaran mengenai rokok berkenaan dalam laman webnya Oktober lalu dan berkata ia boleh menyebabkan ketagihan, mungkin mengandungi kimia bahaya seperti nikotin dan menyebabkan kanak-kanak mencuba produk tembakau lain. – AP
Liga Arab sedia bekal senjata
- AKTIVIS anti pemerintah Syria, Khaled Abu Salah berdiri di depan api dan kepulan asap hitam di daerah Baba Amr, Homs, selepas saluran paip minyak dibom.
- PENDUDUK menunjukkan kertas pungutan suara cadangan Kerajaan Syria mengenai usaha merangka Perlembagaan baru yang diboikot pembangkang.
| PENDUDUK menunjukkan kertas pungutan suara cadangan Kerajaan Syria mengenai usaha merangka Perlembagaan baru yang diboikot pembangkang. |
BEIRUT: Liga Arab boleh memilih untuk membekalkan senjata kepada penentang rejim Syria selepas mesyuarat peringkat menteri pertubuhan itu bersetuju untuk tidak menolak sebarang langkah bagi menghentikan pertumpahan darah di negara itu.
Sementara itu, pembangkang Syria menggesa pengundi memulaukan pungutan suara untuk Perlembagaan baru, ketika pemerhati berkata unit kereta perisai kerajaan membedil penunjuk perasaan di Homs dan Daraa, pusat bantahan sejak 11 bulan lalu.
Ketika tentera kerajaan menyerang Homs untuk hari ke-13 berturut-turut, empat maut di Daraa apabila pasukan keselamatan bertempur dengan pemberontak.
Bashar yang berikrar terus bertindak ke atas bantahan, kelmarin membenarkan undian diadakan pada 26 Februari berhubung piagam baru menamatkan pemerintahan satu parti hampir 50 tahun.
Amerika Syarikat pula menyifatkan langkah itu satu jenaka serta memperolok-olokkan revolusi Syria manakala Russia, pembekal senjata utama kepada Damsyik, mengalu-alukan tindakan itu.
Jawatankuasa Penyelarasan Tempatan, kumpulan aktivis pembangkang utama, menolak usaha merangka perlembagaan baru dan mendesak supaya penduduk memulaukannya selain meningkatkan usaha menyingkirkan Bashar.
“Draf Perlembagaan itu sekadar peralatan politik atau kertas dasar yang ditulis rejim zalim. Jawatankuasa Penyelarasan Tempatan menggesa rakyat menolak dan memulaukan pungutan suara untuk mengesahkan orang ramai tidak menyokong pemerintah,” katanya.
Di PARIS, pembangkang yang dikenali sebagai Majlis Nasional Syria bersetuju supaya pemimpin ketika ini Burhan Ghalioun akan terus kekal di tempatnya selama tiga bulan lagi, kata jurucakap kumpulan itu lewat kelmarin.
“Tugas Burhan Ghalioun dilanjutkan untuk tiga bulan lagi,” kata Basma Kodmani dari Doha. Peraturan majlis menuntut supaya pemimpinnya dipilih setiap tiga bulan.
Ghalioun berkhidmat sebagai pemimpin sejak kumpulan itu ditubuhkan Oktober tahun lalu untuk menentang Bashar.
Ghalioun yang juga ahli akademik kini tinggal dalam buangan di Perancis lebih 30 tahun. Pejuang nasionalis sayap kiri dilihat sebagai orang yang akan menyatukan puak dalam majlis itu dari Islam dan nasionalis kepada liberal dan bebas. – AFP/ Agensi Berita Harian Online | Liga Arab sedia bekal senjata:
'via Blog this'
Yahudi sasaran bom Iran
2012/02/17
Penyerang Bangkok dipercayai buru diplomat IsraelBANGKOK: Warga Iran yang ditahan selepas secara tidak sengaja menghidupkan bahan letupan di rumah sewa di ibu negara Thailand, merancang menyerang diplomat Israel.“Saya boleh katakan sasaran utama ialah kakitangan diplomatik Israel,” kata Ketua Polis Thailand, Jeneral Prewpan Dhamapong, kepada stesen televisyen Thailand lewat kelmarin.
Thailand juga sedang memastikan sama ada warga Iran terbabit menjadi sebahagian kumpulan pengganas yang lebih besar.
Dua daripada mereka ditahan di Bangkok, Selasa lalu, selepas melarikan diri dari rumah yang musnah itu, manakala lelaki ketiga ditahan semalam di Malaysia selepas menaiki pesawat tengah malam dari Bangkok ke Kuala Lumpur.
Kenyataan itu adalah pengesahan pertama Thailand letupan minggu ini sebahagian rancangan keganasan tetapi tidak terhadap kepentingan negara itu.
Ia meningkatkan kebimbangan Thailand sebagai destinasi pelancongan yang dianggap selamat daripada keganasan global, turut sama terdedah.
Amaran peringkat tertinggi dikeluarkan bulan lalu, dengan penangkapan lelaki keturunan Lubnan-Sweden dikaitkan dengan pergerakan Hizbullah yang membawa polis ke gudang berhampiran Bangkok dipenuhi 4,000 kilogram baja dan bahan lain yang boleh digunakan untuk membuat bom.
Israel dan Amerika pada ketika itu memberi amaran kepada rakyat mereka supaya berhati-hati berada di Bangkok.
Kedutaan Amerika berkata, pengganas asing mencari peluang melancarkan kawasan pelancongan di Bangkok dan media Thailand melaporkan serangan menyasarkan kepentingan Israel, termasuk kedutaan wilayah Yahudi itu.
Pihak berkuasa Thailand menegaskan negara itu dijadikan landasan melancarkan serangan, bukan sasaran.
Israel menuduh Iran melancarkan kempen keganasan dan mengancam mengambil tindakan ketenteraan atas kemudahan nuklear negara itu manakala Tehran menafikan sebarang tanggungjawab di atas tiga serangan berkenaan.
Isnin lalu di New Delhi, satu letupan memusnahkan kenderaan diplomatik Israel, mencederakan pemandu dan isteri diplomat. Pada hari sama di Georgia, pihak berkuasa berkata penyerang meletakkan bahan letupan pada kereta pemandu Kedutaan Israel tetapi ia berjaya ditemui dan dimatikan sebelum meletup. – AP Berita Harian Online | Yahudi sasaran bom Iran:
'via Blog this'
Robert Kuok kekal orang terkaya Malaysia
KUALA LUMPUR 16 Feb. - Robert Kuok dari Kumpulan Kuok mengekalkan kedudukannya sebagai orang terkaya di Malaysia dengan aset bernilai RM45.70 bilion, meskipun kekayaannya susut 8.0 peratus.
Kekayaan Kuok gagal disaingi oleh pemilik sebuah syarikat telekomunikasi, T. Ananda Krishnan dan Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank.
Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation Bhd., pula terus mengekalkan kedudukan di tempat keempat, manakala usahawan bumiputera terkaya di Malaysia ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, berada di tempat kelima, demikian menurut laporan Malaysian Businessmengenai 40 orang terkaya di Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes pula berada pada kedudukan ke-15, dengan aset bernilai RM1.77 bilion.
Malaysian Business berkata, aset 40 orang terkaya di negara ini adalah berasaskan nilai pegangan mereka dalam syarikat-syarikat senaraian awam sehingga 20 Januari 2012.
Ananda merapatkan jurang dengan Kuok dengan memiliki kekayaan bernilai RM42.99 bilion, tetapi ia menyusut kira-kira 6.0 peratus tahun ini berbanding 2011.
Hong Piow secara relatifnya mengekalkan kekayaannya berjumlah RM12.64 bilion, susut satu peratus berbanding sebelumnya.
Walaupun kekayaannya merosot 10.8 peratus kepada RM11.36 bilion, Shin Cheng (IOI Corp) mengekalkan kedudukan di tempat keempat, manakala Syed Mokhtar dari Yayasan Albukhary — dengan syarikat utamanya DRB-Hicom Group — menambah kekayaannya sebanyak 8.0 peratus kepada RM9.53 bilion.
Penerbitan itu melaporkan gabungan aset 40 orang terkaya di Malaysia itu merosot tahun ini akibat krisis kredit dunia serta pasaran ekuiti yang lemah.
Nilai aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu secara kolektifnya berjumlah RM193.2 bilion sehingga 20 Januari, susut 7.0 peratus berbanding RM206.37 bilion setahun lepas, laporMalaysian Business dalam terbitan 16 Februari.
Bagaimanapun, pada tahun ini terdapat kemasukan tiga jutawan di dalam senarai tersebut berbanding 27 pada 2011.
Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong Malaysia tidak berubah di tempat keenam, dengan aset merosot 25 peratus kepada RM8 bilion.
Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) turun dua anak tangga kepada tempat ketujuh dengan kekayaan bernilai RM7.58 bilion, susut kira-kira 30 peratus.
Ibunya Puan Sri Lee Kim Hua, kembali ke tangga kelapan dengan harta dianggarkan bernilai RM6.58 bilion, merosot 11 peratus.
Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group dan jutawan yang menetap di Singapura, Ong Beng Seng masing-masing mengekalkan kedudukan di tempat kesembilan dan 10.
Aset Hiew King dianggarkan bernilai RM6.41 bilion manakala Beng Seng menokok 23 peratus kepada RM4.92 bilion.
Tiga jutawan baharu yang menyertai senarai 40 orang paling kaya itu ialah Datuk AK Nathan dari Eversendai Corporation Bhd., dan Ngau Boon Keat (Dialog Group Bhd.), yang pertama kali tersenarai, manakala Datuk Abdul Hamed Sepawi (Ta Ann Holdings Bhd.) kembali tersenarai selepas empat tahun.
Senarai penuh 40 jutawan dan maklumat mengenai kekayaan mereka dimuatkan dalam majalah itu. Ia juga menyiarkan senarai 10 jutawan paling kaya di Pasaran Ace.Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri:'via Blog this'
Keadaan tahanan Palestin semakin lemah
BAITULMAQDIS 16 Feb. - Tahanan Palestin yang melancarkan mogok lapar lebih 60 hari lalu mengemukakan petisyen kepada Mahkamah Agung Israel, semalam bagi membantah penahanannya yang dibuat tanpa sebarang tuduhan.
Petisyen itu dikemukakan peguam Jawad Bulus bagi menggugurkan perintah penahanan serta-merta berikutan kemerosotan kesihatan anak guamnya, Khader Adnan.
Khader, 34, pembuat roti dari bandar Jenin, ditahan Israel tanpa sebarang tuduhan sejak 17 Disember lalu di bawah prosedur dikenali sebagai penahanan pentadbiran.
Dia mula melancarkan mogok sehari selepas ditahan dan dilaporkan keadaan kesihatannya semakin kritikal.
"Kami mengemukakan rayuan pagi ini dan meminta perbicaraan segera dijalankan berikutan keadaannya yang semakin serius. Kami sedang menanti jawapan mahkamah," katanya.
Petisyen tersebut dikemukakan dua hari selepas Mahkamah Tentera Israel menolak rayuan sebelum ini yang meminta arahan penahanan pentadbiran selama empat bulan itu digugurkan.
Dalam masa yang sama, beribu-ribu penunjuk perasaan berkumpul di jalan-jalan raya bagi membantah penahanan Khader.
Bulus yang melawat lelaki tersebut kelmarin berkata, anak guamnya digari pada katil dalam keadaan sangat tidak berperikemanusiaan.
Isteri Khader yang melawatnya semalam berkata, walaupun keadaan suaminya lemah, namun semangatnya tetap tinggi dan tidak akan berhenti mogok selagi tuduhan terhadapnya tidak dinyatakan. - AFPUtusan Malaysia Online - Luar Negara:'via Blog this'
Pemberontak Syria tolak tawaran
| Asap tebal kelihatan dari loji penapisan minyak di bandar Homs kelmarin selepas ia diletupkan oleh pemberontak walaupun ia dikawal ketat oleh tentera kerajaan. - REUTERS |
AMMAN 16 Feb. - Pemimpin pembangkang Syria dan negara Barat, hari ini menolak tawaran baru Presiden Bashar al-Assad untuk mengadakan pilihan raya pelbagai parti, ketika tentera terus menggandakan serangan di kawasan yang dikuasai pemberontak.
'via Blog this'