
Tuesday, December 20, 2011
Kisah budak penjual kuih

Kereta Jenazah Bawa Mayat JFK Akan Dilelong
SCOTTSDALE (ARIZONA): Sebuah syarikat yang khusus dalam pengumpulan kereta-kereta klasik berhasrat untuk melelong kereta jenazah yang digunakan untuk membawa mayat mendiang Presiden John F. Kennedy dari Hospital Dallas ke lapangan terbang.
Pada kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin, Barrett-Jackson Auction Co mengumumkan kereta jenazah Cadillac tahun 1964 itu akan dilelong pada 21 Januari.
Syarikat pengurusan pengebumian, O’Neal Funeral Home of Dallas menggunakan kereta tersebut untuk membawa keranda ke hospital tersebut pada hari pembunuhan tersebut berlaku, iaitu 22 November 1963 sebelum membawa keranda yang berisi mayat mendiang ke Lapangan Terbang Love Field.
Pada awal tahun ini, syarikat sama telah melelong sebuah ambulans yang digunakan untuk membawa mayat mendiang ke Hospital Bethesda Naval. - AP
'via Blog this'
Keluarga Poligami Cabar Undang-Undang AS
SALT LAKE CITY: Bintang realiti Televisyen, Kody Brown dan empat isterinya mempunyai satu persamaan: dibiarkan bersendirian tanpa gangguan.
Pihak berkuasa menyiasat mereka atas dakwaan mengamalkan poligami dan bintang rancangan ‘Sister Wives’ itu memohon supaya Hakim Mahkamah Persekutuan mengubah sebahagian daripada Undang-Undang Bigami Utah kerana ia menghalang mereka daripada tinggal bersama.
Selain itu, undang-undang tersebut juga menyatakan adalah menjadi kesalahan jenayah untuk melakukan hubungan seksual antara orang dewasa yang tidak berkahwin walaupun mendapat persetujuan bersama.
“Apa yang mereka mahu adalah kebenaran untuk menjalani hidup menerusi cara mereka, keluarga mereka mengikut kepercayaan mereka,” kata peguam mereka, Jonathan Turley dan menambah, saman tersebut adalah untuk hak persendirian dan bukannya atas alasan poligami.
Undang-undang Utah mengharamkan penduduknya untuk memiliki lebih daripada satu lesen perkahwinan dan juga melarang orang dewasa daripada tinggal bersama dan mempunyai hubungan seksual.
Larangan tersebut merangkumi pesangan sama jenis, pasangan heteroseksual yang tidak berkahwin dan juga pasangan seperti Brown, yang tidak mempunyai lesen perkahwinan tetapi mewujudkan satu hubungan perkahwinan di persekitaran rumah.
Turley berkata, saman tersebut tidak mensasarkan untuk mencabar kesahan Utah untuk menolak perkahwinan melebihi satu atau sama ada Brown berhasrat mahu mendapatkan lesen-lesen perkahwinan.
Kemunculan keluarga Brown berhubung cara hidup berpoligaminya di stesen televisyen menarik minat pendakwa raya Utah.
Keluarga Brown merupakan pengamal Apostolic United Bretheran dan kehidupan berpoligami adalah sebahagian daripada kepercayaan agama tersebut.
Poligami adalah kepercayaan atau budaya mempunyai lebih daripada seorang pasangan dan ia dilarang di bawah Undang-Undang Bigami.
Pakar mendakwa, ia diamalkan secara meluas di pelbagai daerah.
Keluarga Brown - Kody dan empat isteri: Meri, Janelle, Christine dan Robyn bersama-sama 17 anak mereka - melarikan diri dari Utah ke Las Vegas pada Januari lalu selepas pihak berkuasa melancarkan siasatan bigami.
Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang pendakwaan telah dibuat.
Pihak pendakwa raya pula berkata, mereka tidak akan melakukan pendakwaan bagi kesalahan bigami dan saman tersebut seharusnya digugurkan.
Pihak terbabit juga berkata, siasatan yang dijalankan tidak semata-mata terhad kepada bigami, namun enggan mengulas lanjut.
Pada minggu lalu, Hakim Clark Waddoups mendengar hujahan sama ada Brown mempunyai hak untuk meneruskan saman tersebut dan keputusan akan ditentukan sama ada keluarga terbabit akan terjejas dengan pelaksanaan undang-undang Utah.
Hakim berkenaan akan memutuskan sama ada menolak saman tersebut atau menetapkan tarikh pendengaran saman itu. - AP
'via Blog this'
Jepun pilih F-35 tingkat pertahanan udara
Dalam urus niaga yang dianggar bernilai lebih AS$4 bilion, Jepun memilih pesawat stealth itu untuk menggantikan barisan pesawat lama F-4.
“Kerajaan akan mendapatkan 42 unit F-35A selepas kewangan 2012 bagi menambah dan memantapkan barisan jet pejuang yang dimiliki Air Self-Defense Force,” menurut satu kenyataan Kabinet.Pesawat buatan Lockheed Martin itu mengenepikan saingan dua saingan lain iaitu F/A-18 Super Hornet buatan Boeing dan Eurofighter Typhoon.
'via Blog this'
Syria setuju terima pemerhati Arab
Bagaimanapun, ketegangan terus meletus di negara itu dengan Badan Pemerhati Hak Asasi Syria mendakwa, antara 60 dan 70 askar padang pasir dibunuh apabila melintasi pos tentera kerajaan di utara Wilaya Idlib.
Badan itu juga mendakwa 40 orang awam turut terbunuh.Selepas beberapa minggu tanpa keputusan, akhirnya Presiden Bashar al-Assad menandatangani perjanjian berkenaan di ibu pejabat Liga Arab di Kaherah bagi menerima kemasukan kumpulan pemerhati yang bertanggungjawab menamatkan insiden berdarah di Syria.
Liga Arab berkata, kumpulan pemerhati dari negara Arab akan ke Damsyik dalam masa 72 jam ini dan misi mereka akan berakhir dalam masa sebulan.
Menteri Luar Syria, Walid Muallem mengalu-alukan perjanjian itu dan melahirkan harapan Liga Arab akan menarik balik pelaksanaan sekatan terhadap Damsyik. - AFP
'via Blog this'
Keganasan berterusan di Mesir
Tarikh : December 20, 2011
KAHERAH - Sekurang-kurangnya 10 terkorban manakala lebih 400 cedera dalam pertempuran pada hari keempat antara pasukan keselamatan dan penunjuk perasaan di Dataran Tahrir di Mesir, menurut Kementerian Kesihatan, semalam.
Insiden pertempuran itu tercetus selepas anggota tentera merempuh sekatan di sekitar dataran tersebut bagi menghalang kemaraan kumpulan penunjuk perasaan yang melakukan protes secara aman di luar pejabat kerajaan berhampiran Parlimen, pada Jumaat lalu.
Demonstrasi yang turut disertai golongan wanita dan kanak-kanak itu turut membaling batu ke arah pasukan polis dan tentera selepas mereka mula menggunakan kekerasan dan melepaskan tembakan secara rambang.
Pasukan keselamatan didakwa telah melakukan tindakan keganasan secara berterusan sejak bulan lalu terhadap penunjuk perasaan yang berang selepas pemerintah tentera dilihat enggan melepaskan kuasa.
Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon turut mengutuk keganasan yang dilakukan pasukan keselamatan Mesir dan menggesa pihak berkuasa peralihan untuk mengambil tindakan tegas kerana ia telah melanggar hak asasi manusia.
Sementara itu, keputusan tidak rasmi pilihan raya fasa kedua yang diadakan minggu lalu turut menyaksikan Parti Islam pimpinan Ikhwanul Muslimin terus mempertahankan undi majoriti walaupun negara tersebut dilanda konflik meruncing pada pertengahan bulan lalu.
'via Blog this'
Dua Lelaki Muslim Saman Syarikat Penerbangan
NASHVILLE (TENNESSEE): Dua lelaki Muslim yang dihalang daripada menaiki penerbangan pada Mei lalu, memfailkan saman terhadap Delta Air Lines, sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan udara dari Memphis ke Utara Carolina.
Saman terhadap Delta and Atlantic Southeast Airlines Inc itu difailkan pada Isnin.
Saman itu difailkan oleh Masudur Rahman dan Mohamed Zaghloul yang didakwa perlu menjalani pemeriksaan keselamatan yang ketat sebelum menaiki pesawat.
Dalam saman itu, mereka menuntut pampasan untuk kerugian yang dialami.
Mereka mendakwa, juruterbang pesawat tersebut meminta mereka turun daripada pesawat terbabit kerana berpendapat kehadiran mereka akan menyebabkan penumpang lain berasa tidak selesa.
Semasa kejadian, kedua-dua mereka yang sedang dalam perjalanan menghadiri persidangan diskriminasi anti Muslim didakwa mempunyai janggut dan mengenakan ‘pakaian tradisional Arab’.
Atlantic Southeast dan Delta mengeluarkan kenyataan mengutuk diskriminasi yang dialami oleh Masudur dan Mohamed Zaghloul, namun enggan mengulas lanjut. - AP
'via Blog this'
Israel Selesai Pertukaran Tahanan-Askar
BEITUNIA: Israel membebaskan beratus-ratus tahanan Palestin di sini pada Ahad yang merupakan fasa kedua dan juga terakhir dengan militan Hamas di Gaza sebagai pertukaran dengan askar negara itu yang dikurung selama lima tahun.
Di bawah perjanjian pertukaran itu, Israel bersetuju untuk membuat pertukaran seramai 1,027 banduan untuk askar Gilad Schalit yang ditawan oleh militan Gaza pada Jun 2006.
Schalit pulang pada Oktober apabila Israel membebaskan kumpulan tahanan pertama iaitu seramai 477 banduan.
Pembebasan pada Ahad melibatkan 550 banduan yang disifatkan sebagai satu tindakan paling berat sebelah dalam sejarah Israel.
Tiada kemelut yang berlaku pada malam Ahad seperti yang berlaku pada fasa pertama berikutan kebanyakan mereka yang penting dalam pertukaran itu sudah dibebaskan.
'via Blog this'
Israel percepat bina penempatan haram
BAITULMAQDIS: Israel semalam mula mengeluarkan tender untuk membina lebih 1,000 rumah di Tebing Barat yang dijajahnya.
Ia adalah adalah pelan penempatan yang disegerakan rejim Zionis itu selepas Palestin mendapat pengiktirafan daripada sebuah badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sekali gus menyulitkan penyambungan semula rundingan damai.
Menteri Perumahan Israel, Ariel Atas berkata, rancangan itu adalah sebahagian daripada 2,000 rumah yang diumumkan bulan lalu. - AP
Dijangka hidup 12 jam, kini sudah 105 tahun
Namun, Lillie Arnold tidak menyambut pencapaian menakjubkan itu dengan meminum arak memandangkan dia mencapai usia itu kerana dia tidak pernah menyentuh minuman keras.
Dan pesara berkenaan mempunyai satu mesej kepada doktor yang hampir putus asa merawatnya ketika dia baru dilahirkan: “Lihatlah saya sekarang!” Lillie yang kini menetap di Institut Kebangsaan Diraja untuk Orang Buta di Burnham-on-Sea, Somerset berkata: “Saya dilahirkan kembar. Malangnya, adik saya meninggal dunia.
“Saya begitu lemah. Doktor hanya memberi masa setengah hari untuk hidup. Saya sering tertanya-tanya apa yang akan difikirkan doktor itu apabila melihat saya sekarang.” Lillie berjaya mengatasi pendapat perubatan untuk mencapai usia emas dan masih kuat, meneruskan kehidupan selama 199,800 jam selepas dikatakan hanya akan hidup selama 12 jam pada 1906.
Dia berjaya mencapai usia setua itu dengan menjalani kehidupan secara sihat dan menghirup udara segar tepi laut.
Dia yang pernah menetap di London, berpindah ke Portsmouth sebelum menetap di Burnham-on-Sea. - Agensi
Potong hidung, bibir isteri

ISLAMABAD: Seorang lelaki memotong hidung dan bibir isterinya selepas pertengkaran besar mengenai perbuatan si isteri yang banyak menghabiskan masa dengan ibu bapanya.
Ghulam Qadir, 22, yang dikatakan mempunyai hubungan tegang dengan isterinya, Salma, 18, bertindak menoreh muka wanita itu dengan pisau Sabtu lalu di Karhana, kampung terpencil yang terletak kira-kira 475 kilometer ke barat daya Islamabad.
“Ghulam memotong hidung dan bibir isterinya sebelum melarikan diri,” kata Nadir Khan, pegawai pentadbir daerah Musa Khel yang terletak di wilayah Baluchistan.
“Mereka sering bertengkar kerana si isteri lebih banyak menghabiskan masa bersama ibu bapanya,” kata Nadir. Pasangan itu berkahwin setahun lalu.
Menurut Nadir, pihak berkuasa kini berusaha mennangkap Ghulam.
Perdana Menteri, Yousuf Raza Gilani mendesak supaya tindakan diambil terhadap kes itu.
Bagaimanapun, kebanyakan kes membabitkan keganasan terhadap wanita di Pakistan terlepas tanpa sebarang hukuman dikenakan terhadap pesalah.
“Ibu bapa si isteri membawanya ke hospital di Multan dan mangsa dilapor selamat,” kata Penolong Pesuruhjaya di Muhsa Khel, Aftab Hasnain.
Rangkaian televisyen Express menyiarkan rakaman gambar Salma terlantar di hospital dengan hidung dan bibirnya berbalut.
Kumpulan hak asasi manusia berkata, wanita Pakistan berdepan dengan diskriminasi, termasuk keganasan rumah tangga dan pembunuhan ‘menjaga maruah.’ - AP
Iran kecam negara Arab
“Beberapa negara serantau melaksanakan tindakan seperti itu yang dianggap Iran lebih kepada lawak jenaka,” kata Mahmoud, dipetik oleh agensi berita IRNA.
“Beberapa negara serantau yang tidak pernah mengadakan pilihan raya, bersatu dan meluluskan ketetapan terhadap negara lain dengan bertanya: ‘Mengapa anda tidak mengadakan pilihan raya?” Kritikan itu dibuat ketika ada tanda-tanda menunjukkan Syria mungkin akan membenarkan pemerhati asing untuk mengawas satu perjanjian tajaan Liga Arab yang bertujuan menamatkan pertumpahan darah yang berlaku sejak sembilan bulan lalu.
Seorang diplomat Arab di Mesir berkata, Timbalan Menteri Luar Syria, Faisal al-Maqdad dijadual menandatangani perjanjian itu semalam.
Sumber Lapangan Terbang Kaherah mengesahkan Faisal sudah tiba di ibu negara Mesir itu.
Liga Arab bulan lalu menggantung keanggotan Syria dan mengenakan sekatan terhadap negara itu kerana enggan membenarkan kemasukan pemerhati.
Syria, awal bulan ini, akhirnya berkata, ia akan membenarkan kemasukan misi itu, dengan syarat sekatan ditarik balik. - AFP
Hanya mata terbuka
KASIH...Nik Ainy mencium Iman yang kini koma tahap kedua.
Nik Ainy, 51, berkata sejak kejadian itu hanya mata Iman terbuka, tetapi menurut doktor pakar merawatnya di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, kanak-kanak itu sebenarnya tidak boleh melihat kerana otaknya tidak berfungsi berikutan dia koma tahap dua.
“Suaranya juga tidak kedengaran kerana dia tidak lagi boleh bercakap,” kata Nik Ainy yang ditemui di rumahnya di Kampung Kebor Besar, Manir, di sini, semalam.
Menurutnya, Iman hanya memberikan rangsangan menggerakkan kepala apabila disentuh dan dia sekeluarga diberitahu doktor keadaan anaknya itu mungkin kekal sampai bila-bila.
Menurutnya, akibat rempuhan itu Iman terpelanting dan parah di kepala selain patah tulang betis manakala penunggang terbabit terus memecut motosikalnya meninggalkan tempat kejadian.
Menurutnya, ketika dirawat di HSNZ, doktor menjangka anaknya itu hanya boleh hidup tiga hari selepas kemalangan berikutan kecederaan serius menyebabkan otaknya tidak berfungsi dengan sempurna dan dua cip dimasukkan dalam kepalanya bagi mengawal darah beku.
Maut hantar jenazah
NAHAS...van jenazah yang dalam perjalanan pulang dari Kelantan terbabas di Jalan Raub-Lipis, semalam.
RAUB: Dua lelaki yang dalam perjalanan pulang ke rumah di Subang, Selangor, selepas menghantar jenazah ke Kuala Krai, Kelantan, terbunuh selepas van jenazah milik Masjid An-Nur Kampung Melayu, Subang, Selangor yang dinaiki mereka terbabas ke dalam longkang di kilometer 333, Jalan Raub-Lipis di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, pemandu van, Zaini Tamsir, 42, dan penumpang belakang, Saffii Sajat, 61, masing-masing dari Kampung Melayu, Subang, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
Dua lagi penumpang iaitu anak Zaini, Zulhilmie, 15, yang duduk di kerusi penumpang depan, cedera ringan di telinga manakala penumpang belakang, Amran Sewa, 38, dari Jalan Merbau, kampung sama, patah tangan kanan.
Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah, Cif Inspektor Mohd Nazlan Othman berkata siasatan awal mendapati, ketika tiba di tempat kejadian Zaini dipercayai hilang kawalan menyebabkan van berkenaan terbabas ke kiri dan terbalik apabila termasuk ke dalam longkang.
Menurutnya, akibat kejadian itu, Zaini dan Saffii meninggal dunia di tempat kejadian manakala Zulhilmie dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di Hospital Raub (HR).
Namun, Amran terpaksa ditahan di wad hospital berkenaan kerana patah tangan.
Katanya, seorang daripada mangsa yang tersepit dikeluarkan dengan bantuan sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Raub yang mengambil masa beberapa minit.
“Kami tidak menolak kemungkinan kemalangan dipercayai akibat pemandu mengantuk kerana ketika kejadian keadaan cuaca baik manakala permukaan jalan kering.
“Jenazah mangsa sudah dituntut keluarga selepas bedah siasat selesai dijalankan di HR, petang semalam,” katanya.
Menurutnya, polis masih meneruskan siasatan lanjut berhubung kejadian terbabit mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
'via Blog this'
Hobi pelik bekas madu
ADU...Elina (kiri) menceritakan derita yang dilaluinya dengan wartawan Harian Metro.
Elina berkata, itulah penderitaan yang dilaluinya selama setahun lalu setiap kali ingin meminta wang saraan dua anak hasil perkahwinan dengan bekas suaminya sejak mereka bercerai penghujung 2010.
Veena tak balik ke Pakistan
MUMBAI: Aktres Veena Malek kelmarin menafikan laporan dia secara senyap kembali ke Pakistan selepas satu kontroversi akibat bergambar bogel untuk sebuah majalah India, sebaliknya menyatakan dia sedang berehat di sebuah hotel di sini akibat kepenatan.
Ketika laman web Pakistan berkata aktres itu pulang ke tanah air, pengurusnya Pratik Mehta menafikan perkara itu, mengatakan aktres itu masih berada di India.
Aktres berusia 33 tahun itu hilang sejak pagi Jumaat lalu dan Geo TV melaporkan Veena memasuki Pakistan menerusi sempadan Wagha di Punjab pada hari itu. Ada juga laporan mengatakan dia memakai burqa dan menggunakan pasport dengan nama sebenarnya Zahida.
“Veena tidak meninggalkan negara itu kerana sibuk menjalani penggambaran untuk filem pertamanya, Zindagi 50-50,” katanya.
Pratik berkata oleh kerana Veena mendapat tahu dia tiada sesi penggambaran pada 16 haribulan, aktres itu merancang menghabiskan masa berkualiti untuk dirinya.
Mehta berkata, aktres itu menukar lokasi dan menutup telefon bimbitnya, menyebabkan keadaan panik.
“Jadi saya gagal menghubunginya. Dia melalui masa sukar selepas semua kontroversi itu (berkaitan gambar bogel majalah FHM dan percutian itu dianggap dapat memulihkan dirinya,” katanya.
Veena terkenal selepas memberi keterangan terhadap kekasihnya, pemain boling Pakistan Mohammed Asif, mendakwa terbabit dalam mengatur perlawanan.
Dia menjadi popular selepas menyertai rancangan realiti, Bigg Boss. Veena dikecam ulama kerana gambar bogelnya dalam majalah FHM. – Agensi
-bharian
Filipina persiap pengebumian massa
Pihak berkuasa di bandar pelabuhan Cagayan de Oro dan Iligan di mana penduduk dihanyutkan laut ketika tidur di kawasan setinggan di tepi pantai, berhadapan dengan masalah untuk mengatasi kemusnahan peninggalan daripada ribut tropika Washi.
Palang Merah Filipina meletakkan angka kematian 652 dengan 911 yang lain disenaraikan sebagai hilang semalam tetapi pihak berkuasa kerajaan berkata bahawa mereka yang hilang dilaporkan terlebih anggaran dalam kejadian awal bencana.“Hari ini kita akan menggali satu kubur besar dan menanam mayat yang tidak dituntut dan juga mayat yang sudah mulai dalam keadaan mereput,” kata datuk bandar Iligan, Lawrence Cruz dalam televisyen tempatan.
Lebih 50 daripada 300 mayat yang ditemui di Iligan sejak Washi melanda Sabtu lalu akan dikebumikan, untuk mengelak sebarang kemungkinan risiko kesihatan, kata Cruz.
Rakaman televisyen dari sebuah bilik mayat Iligan menunjukkan mayat yang menantikan untuk ditanam dibungkus dalam beg plastik putih.
Kira-kira 47,000 penduduk kini berada di pusat pemindahan berikutan Washi, yang melanda pantai utara Mindanao, kawasan pulau yang dilanda masalah berikutan pemberontakan pemisah Islam.
Usaha menyelamat dan membantu dilakukan tentera kerajaan yang biasanya ditugaskan untuk berhadapan dengan pemberontakan pemisah di pulau terbabit.
Jabatan kesihatan Filipina setakat ini mengesahkan 533 kematian akibat bencana, kata pengarah eksekutif majlis bencana kebangsaan, Benito Ramos. – AFP
'via Blog this'
15 mangsa bot karam terselamat
WATULIMO: Pasukan penyelamat Indonesia menemui 15 mangsa yang masih hidup kira-kira 100 kilometer dari tempat bot karam, meningkatkan harapan lebih ramai mangsa terselamat dikalangan 200 pencari suaka yang dilaporkan hilang ketika perjalanan ke Australia.
“Seramai 15 orang yang ditemui dalam keadaan lemah. Penyelamat menemui mereka di kawasan perairan Nusa Barong dan membawa mereka ke pantai,” kata pegawai mencari dan menyelamat daerah Trenggalek, Kelik Purwanto.“Kami masih menyiasat jika mereka adalah mangsa bot migran yang karam Sabtu lalu kira-kira 40 batu nautika di Jawa timur,” katanya.
Feri kaca gentian yang berkemampuan membawa 100 orang itu digunakan bagi mengangkut 250 pendatang, kebanyakan adalah warga Iran dan Afghanistan.
Purwanto berkata nelayan menemui 34 mangsa terselamat di kawasan perairan berkenaan enam jam selepas bot tenggelam dan dibawa ke Blitar kelmarin untuk pengenalan oleh Pertubuhan Antarabangsa Bagi Migrasi (IOM).
Lebih 200 orang masih lagi tidak diketahui nasib mereka.
Penyelamat tidak memberi harapan untuk mencari lebih ramai mangsa yang terselamat berikutan cuaca buruk dan ombak yang tinggi, sambil menyifatkan ia adalah kehilangan nyawa paling besar membabitkan bot yang dipenuhi pendatang Asia dan Asia Barat dari Indonesia ke Australia.
Lima bot penyelamat dan dua helikopter dikerah walaupun cuaca buruk untuk menyertai usaha bersama kapal tentera laut Australia dan pesawat pemantau.
“Kadar penglihatan amat rendah. Pada masa ini arus terlalu kuat dengan ombak setinggi tiga meter manakala hujan baru bermula,” kata Purwanto.
Pegawai imigresen Blitar, Sutoyo berkata seramai 34 mangsa yang terselamat diletakkan di sebuah hotel atas biaya IOM.
“IOM akan menentukan kerakyatan pendatang terbabit dan motif mereka menaiki bot,” katanya.
Mangsa terselamat yang ditemubual berkata mereka dalam perjalanan ke pulau Christmas di Australia apabila bot yang dinaiki tiba-tiba dilanda ombak besar akibat ribut sebelum tenggelam.
Anggota krew bot dan pendatang dilaporkan berebut 25 jaket keselamatan dalam bot berkenaan.
“Migran terbabit berkata enam anak kapal berkejar untuk mendapatkan jaket keselamatan dan memakainya sebelum menyelamatkan diri,” kata ketua agensi mencari dan menyelamat Jawa Timur, Sustrino kepada AFP.
Pendatang berkenaan termasuk dari Pakistan, Iraq, Turki dan Arab Saudi. – AFP
'via Blog this'
106 wartawan terbunuh di kawasan bergolak tahun ini
GENEVA 20 Dis. - Sekurang-kurangnya 106 wartawan dilaporkan terbunuh ketika menjalankan tugas di kawasan bergolak sepanjang tahun ini dengan 20 orang di antara mereka membuat liputan di kebangkitan Revolusi Arab, jelas satu kumpulan media bebas hari ini.
Pertubuhan bukan kerajaan itu yang dikenali sebagai Press Emblem Campaign (PEC) yang berpejabat di Geneva berkata, lebih 100 wartawan diserang, diugut, ditangkap dan dicederakan di beberapa negara termasuk Mesir, Libya, Syria, Tunisia dan Yaman.
Bagaimanapun, Mexico dan Pakistan dilaporkan dua negara yang paling berbahaya bagi wartawan untuk bekerja di sana. - AFP
-utusan
Facebook saman ‘Zuckerberg’
Rotem Guez atau kini dikenali sebagai ‘Zuckerberg II’ menukar namanya secara rasmi pada 7 Disember lalu.
Sebelum ini, Guez mendakwa beliau mengemukakan tuntutan saman terhadap Facebook pada Januari lalu selepas laman sosial tersebut tidak membenarkan beliau mengakses akaunnya yang kini telah ditutup.
Guez merupakan pengasas bersama Like Store, iaitu sebuah syarikat pemasaran yang membantu memperkenalkan jenama syarikat lain.
Akaun Facebooknya ditutup selepas Guez menyiarkan iklan berbunyi ‘Anda sedih kerana tiada sesiapa mahu melawat laman Facebook anda? Kami mempunyai penyelesaiannya! Anda memerlukan 1,000, 5,000 dan 10,000 ‘Likes’? Kami akan berikannya kepada anda’
Sehubungan itu, pada September lalu, peguam Facebook, Perkins Coie mengugut untuk menyaman Guez dengan mendakwa nama ‘Zuckerberg II’ itu menceroboh terma perkhidmatan laman sosial terbabit.
Ugutan saman itu turut mengarahkan Guez menutup syarikatnya dan tidak dibenarkan membuka semula akaun Facebook.
Menurut blog teknologi Zdnet.com, Guez menukar namanya kepada Mark Zuckerberg kerana mahu mengelak dari disaman laman sosial tersebut selepas beliau didakwa menceroboh terma perkhidmatan Facebook.
“Jika anda mahu saman saya, anda akan menyaman Mark Zuckerberg,” kata Guez yang berani memberi jaminan syarikat laman sosial tersebut tidak akan menyamannya kerana beliau memiliki nama yang sama dengan pengasasnya.
Sementara itu, Guez turut melancarkan kempen terbarunya menerusi Twitter yang memaparkan identiti barunya sebagai Mark Zuckerberg. – AGENSI
-utusan
Ejen CIA akui jalankan misi intip Iran
Zardari kembali ke Pakistan
Bagaimanapun, masih belum pasti bila pemimpin tidak popular yang mempunyai hubungan buruk dengan tentera itu akan kembali menjalankan tugasnya.
“Presiden sudah sihat sepenuhnya dan akan kembali ke Pakistan,” kata Menteri Penerangan wilayah Sindh, Shazia Marri.
Kedudukan Zardari terjejas berikutan memo yang dilaporkan dilakukan oleh bekas duta Pakistan ke Amerika Syarikat, yang mahukan sekutu kuat mereka membantu meredakan peperangan di negara jiran, Afghanistan.
Ahli perniagaan, Mansoor Ijaz yang menulis dalam kolum akhbar Financial Times pada 10 Oktober lalu mendakwa, seorang diplomat kanan Pakistan meminta satu memo dihantar kepada Pentagon bertujuan merayu bantuan dari Amerika Syarikat (AS) bagi mengelak penglibatan tentera beberapa hari selepas Osama ditahan.
Ijaz kemudian mendedahkan diplomat berkenaan adalah duta Pakistan ke Washington, Husain Haqqani yang mempunyai hubungan rapat dengan Zardari.
Haqqani bagaimanapun menafikan penglibatannya dengan memo tersebut, namun meletakkan jawatan selepas itu.
Mahkamah Tinggi hari ini mula mendengar petisyen mengenai siapa yang terlibat di sebalik peristiwa itu.
Sebagai presiden, Zardari memiliki kekebalan daripada sebarang pendakwaan, namun kontroversi itu boleh memusnahkan karier politiknya.
Jika beliau disahkan mempunyai kaitan, tentera yang sememangnya tidak percaya kepada Zardari akan bertindak menyingkirkannya. - REUTERS
-utusan
Yaman perlu bantuan RM1.35b
Menurut agensi PBB dan beberapa kumpulan bantuan pada persidangan yang berlangsung di sini, Yemen memerlukan bantuan besar selama tiga hingga lima tahun melibatkan bekalan makanan, perubatan, sanitasi dan air bersih.
"Pelan Tindak Balas Kemanusiaan Yemen 2012 memerlukan RM1.35 bilion. Ia meningkat sebanyak 95 peratus berbanding tahun lalu. Dana itu bertujuan membantu sekitar 4 juta penduduk yang berpotensi terjejas akibat konflik," kata mereka.
Hampir setahun protes terhadap Presiden Ali Abdullah Salleh berlangsung menyebabkan ekonomi Yemen lumpuh, menyukarkan hidup kebanyakan rakyat yang berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan bahan bakar, makanan, air dan bekalan elektrik.
"Jika kita tidak bertindak sekarang, Yemen akan menjadi sebuah lagi Somalia dari perspektif kemanusiaan," kata wakil Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF) di Yemen, Geert Cappelaere.
Menurutnya, lebih 30 peratus kanak-kanak Yemen mengalami kekurangan nutrisi yang teruk.
Secara umum katanya, apabila 15 peratus kanak-kanak berusia di bawah lima tahun mengalami kekurangan nutrisi teruk, keadaan itu digelar darurat nutrisi. - REUTERS
-utusan
Bilionair Saudi labur RM900 juta dalam Twitter
Coklat buatan warga Belgium laris
YOGYAKARTA - Seorang warga Belgium, Thierry Detournay menjual coklat buatan sendiri dengan menjadikan sebuah vespa berwarna merah jambu sebagai sebuah kedai hampir sepuluh tahun lalu.
Namun, kini, kurang tujuh tahun selepas pelancaran coklatnya yang dikenali sebagai Monggo, banyak pusat beli-belah di pinggir Jakarta menjual coklat tersebut.
"Semasa saya mula untuk membuat coklat di Indonesia, saya menyedari tidak ada coklat yang terbaik," kata Detournay.
Kini, syarikatnya itu yang beribu pejabat di sini menggaji 50 pekerja di bahagian pengeluaran dengan sumber koko dari Pulau Jawa, Sumatera dan Celebes.
Syarikatnya itu mengeluarkan 75,000 batang coklat setiap bulan.
"Semasa saya melakukan perniagaan ini, saya melihat cita rasa penduduk Indonesia berubah.
"Kini, lebih ramai golongan muda dan pertengahan mencari coklat gelap dan kualiti (coklat)," katanya. - REUTERS
'via Blog this'
Turun dari jambatan untuk temui penduduk miskin
BANDAR RAYA GUATEMALA - Seorang anggota bomba Guatemala, Hector Chacon sanggup turun dari Jambatan Belize dengan menggunakan tali di sini kelmarin.
Chacon memakai kostum Santa Claus semasa dia turun dari jambatan kayu tersebut.
Dia menemui kanak-kanak yang tinggal di sebuah kawasan perumahan penduduk miskin di bawah jambatan tersebut untuk memberikan barang-barang permainan. - REUTERS"
'via Blog this'
Majalah Playboy siar gambar bogel Lohan laris
Lindsay Lohan-REUTERS |
LOS ANGELES – Beberapa laporan menyatakan majalah bogel Playboy edisi Januari/Februari yang menampilkan gambar aktres Lindsay Lohan berbogel laris dijual.
Menurut laman hiburan TMZ, vendor-vendor majalah yang menyiarkan gambar Lohan itu telah membuat tempahan naskhah tambahan.
Satu sumber laman berkenaan menyatakan, beberapa bandar raya besar seperti New York dan Los Angeles yang pada kebiasaannya tidak membuat tambahan naskhah telah meminta bilangan majalah tersebut ditambah.
Menurut sumber dalaman, terdapat banyak peningkatan langganan dalam iPlayboy.com.
Semasa majalah itu dijual pada Jumaat lalu, ia dikatakan gagal untuk menarik minat pembeli.
Lohan beraksi seperti aktres terkenal yang telah meninggal dunia, Marilyn Monroe dalam majalah tersebut. – AGENSI
'via Blog this'