Pages

Tuesday, December 20, 2011

Filipina persiap pengebumian massa

 PENDUDUK menyediakan keranda untuk  mengebumikan ratusan  mangsa banjir yang maut di Mindanao semalam.
PENDUDUK menyediakan keranda untuk mengebumikan ratusan mangsa banjir yang maut di Mindanao semalam.
ILIGAN: Filipina semalam bersiap sedia untuk mengadakan upacara pengebumian besar-besaran membabitkan mangsa banjir bagi meminimumkan risiko kesihatan selepas bencana ribut yang menyebabkan beratus-ratus orang maut atau hilang di pulau Mindanao.

Pihak berkuasa di bandar pelabuhan Cagayan de Oro dan Iligan di mana penduduk dihanyutkan laut ketika tidur di kawasan setinggan di tepi pantai, berhadapan dengan masalah untuk mengatasi kemusnahan peninggalan daripada ribut tropika Washi.
Palang Merah Filipina meletakkan angka kematian 652 dengan 911 yang lain disenaraikan sebagai hilang semalam tetapi pihak berkuasa kerajaan berkata bahawa mereka yang hilang dilaporkan terlebih anggaran dalam kejadian awal bencana.
“Hari ini kita akan menggali satu kubur besar dan menanam mayat yang tidak dituntut dan juga mayat yang sudah mulai dalam keadaan mereput,” kata datuk bandar Iligan, Lawrence Cruz dalam televisyen tempatan.

Lebih 50 daripada 300 mayat yang ditemui di Iligan sejak Washi melanda Sabtu lalu akan dikebumikan, untuk mengelak sebarang kemungkinan risiko kesihatan, kata Cruz.

Rakaman televisyen dari sebuah bilik mayat Iligan menunjukkan mayat yang menantikan untuk ditanam dibungkus dalam beg plastik putih.

Kira-kira 47,000 penduduk kini berada di pusat pemindahan berikutan Washi, yang melanda pantai utara Mindanao, kawasan pulau yang dilanda masalah berikutan pemberontakan pemisah Islam.
Usaha menyelamat dan membantu dilakukan tentera kerajaan yang biasanya ditugaskan untuk berhadapan dengan pemberontakan pemisah di pulau terbabit.

Jabatan kesihatan Filipina setakat ini mengesahkan 533 kematian akibat bencana, kata pengarah eksekutif majlis bencana kebangsaan, Benito Ramos. – AFP
Berita Harian Online | Filipina persiap pengebumian massa:

'via Blog this'

No comments: