Thursday, November 3, 2011
AS cari data risikan dari Twitter, Facebook
Bekas polis Serb Bosnia ditahan
Israel bina 2,000 rumah haram
Firma China, India cenderung beri rasuah
Enam maut di selatan Thailand
Iran laung amaran ‘hukum’ Israel
Pihak berkuasa Thailand gigih baiki pintu air di Bangkok
Pesawat Boeing 767 LOT selamat mendarat tanpa roda di Warsaw
Syria setuju pelan tamatkan sengketa kelolaan Liga Arab
SEORANG wanita Syria memegang bendera negara itu semasa menyertai perhimpunan menyokong Presiden Bashar al-Assad di Deir Al-Zor, tenggara Damascus, kelmarin. - AFP
|
Jual seekor ikan kerapu dapat untung RM16,000
Bebola kristal disangka gula-gula
shahrulanoor.ishak@kosmo.com.my
Ular albino berkepala dua
SEEKOR ular susu albino berkepala dua menetas di sebuah pusat penetasan haiwan itu
di Ridge Manor, Florida baru-baru ini. |
Seluar dalam Ratu Victoria dilelong RM47,019
Sewa rumah mahal untuk jemaah haji
Lebih sembilan jam pisahkan kembar siam
ANGELICA (kanan) dan Angelina Sabuco.
|
Amaran renjatan elektrik di Bangkok
BEBERAPA orang berdiri di atas bangku di sebuah perhentian bas yang dilanda banjir di daerah Phisi Charoen, Bangkok semalam.
|
Pejabat akhbar sindir Nabi Muhammad dibakar
BEBERAPA anggota bomba semalam berjalan di depan pejabat akhbar satira, Charlie Hedbo yang rosak akibat terbakar di Paris. |
PARIS - Bangunan ibu pejabat sebuah syarikat akhbar yang sering menampilkan isu-isu menyindir di Perancis dibakar dan mengalami kerosakan teruk.
Kebakaran itu berlaku selepas akhbar tersebut menyatakan bahawa Nabi Muhammad menjadi editor undangan.
Menurut seorang pegawai polis, kebakaran itu berlaku pada lewat malam kelmarin di akhbar Charlie Hebdo dan puncanya masih tidak diketahui.
Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.
Pengarah akhbar tersebut yang menggunakan nama Charb memberitahu stesen televisyen BFM,banyak kerosakan yang berlaku termasuk maklumat di dalam komputer musnah.
Kakitangan akhbar tersebut berkata, mereka menerima banyak ancaman akibat cerita Sharia Hebdo di akhbar tersebut yang merujuk kepada undang-undang Islam. - AP
'via Blog this'
Wednesday, November 2, 2011
Gempa bumi 5.5 skala Richter di Laut Banda - Global - Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.5 skala Richter telah berlaku di Laut banda pada pukul 7.21 pagi ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia pusat gempa bumi itu terletak di latitud 7.4 selatan longitud 129.0 timur, 1776 kilometer tenggara Tawau, Sabah.
'via Blog this'
Lebih 1.5j Muslim sudah tiba di Saudi
| TAWAF: Ratusan ribu jemaah sedang bertawaf mengelilingi Kaabah, kelmarin, menjelang ibadah haji yang dijangka menarik kunjungan sekitar 2.5 juta jemaah setiap tahun. -- Foto AP |
JEDDAH: Lebih 1.5 juta Muslim sedunia tiba di Arab Saudi bagi melaksanakan ibadah haji di Makkah, dalam apa yang disifatkan sebagai perhimpunan manusia paling besar setiap tahun yang mencapai kemuncaknya Sabtu ini, menurut pihak media milik kerajaan, awal semalam.
'Jumlah jemaah haji yang tiba dari luar negara telah mencapai 1.575 juta orang menjelang petang Sabtu lalu,' kata satu laporan agensi berita rasmi SPA.Menteri Haji Arab Saudi, Encik Fuad al-Farsi, berkata sejumlah 1.8 juta jemaah haji dijangka tiba di Arab Saudi bagi mengerjakan ibadah haji tahun ini, sebagai tambahan kepada antara 700,000 dengan 800,000 jemaah dari negara tersebut, menurut laporan akhbar-akhbar tempatan.Upacara haji akan bermula lusa, hari kelapan Zulhijah.Para jemaah akan menjalani upacara kemuncaknya, iaitu wukuf di Arafah, sebuah kawasan dataran dekat Gunung Arafah, di luar Makkah di bahagian barat Arab Saudi.Sementara itu, sehubungan dengan usaha mentadbir dan menyenggara upacara rukun Islam kelima itu, Putera Mahkota dan Timbalan Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Naif, semalam melawat ke tapak-tapak suci di Makkah untuk menilai sendiri tahap persediaan jabatan-jabatan tentera dan awam negara itu sebagai hos kepada jemaah haji.Semasa lawatan itu, Putera Nayef, yang juga Menteri Dalam Negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Agung Haji Arab Saudi, telah mengkaji pelan-pelan kesemua agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dalam memberikan perkhidmatan haji, serta memeriksa beberapa projek pembangunan yang dilaksanakan di Makkah, Madinah, Arafat dan Muzdalifah, termasuk perkhidmatan rel Mashair yang dijangka mampu membawa 410,000 jemaah setiap satu trip.Beliau tiba di Jeddah, kelmarin, dan disambut oleh Gabenor Makkah, Putera Khaled Al-Faisal, serta para putera dan pegawai lain. -- Agencies.Cyberita Online Luar Negara:
'via Blog this'
Bunuh anak untuk halau hantu
Penyiasat berkata, Sergei Koshimbetov, 49, pemandu teksi dan isteri, Elena Antonova, guru berusia 50 tahun, menyiksa anak mereka selama beberapa jam sebelum membunuhnya pada 7 Januari, hari penganut Kristian Ortodoks Russia menyambut Krismas. Elena dikatakan mengeluarkan isi perut mangsa dengan tangannya. - AP
myMetro | Bunuh anak untuk halau hantu:'via Blog this'
Bantuan banjir tak sampai semua tempat
SEORANG wanita dan pekerjanya menjual makanan yang dimasak di kawasan banjir di Chinatown, Bangkok.
Seorang mangsa banjir yang dipindahkan ke kuil dijadikan tempat perlindungan sementara bermain dengan anaknya.
PENDUDUK tetap menaiki bas yang meredah banjir di ibu kota Thailand.
BANGKOK: Pihak berkuasa ibu negara Thailand mengakui tidak dapat memberi bantuan kepada semua mangsa banjir di kota itu ketika semakin ramai penduduk marah kerana belum mendapat bekalan keperluan daripada pegawai berkenaan.Meskipun kawasan dekat tengah kota itu belum dinaiki air, keadaan semakin kritikan di beberapa kawasan luar daripada pusat bandar apabila penduduk membantah kediaman mereka dibiarkan semata-mata supaya tempat lain terlepas daripada banjir.Pihak berkuasa pusat dan tempatan juga bertelagah mengenai ketinggian pintu hadangan air di sebelah utara bandar itu patut dinaikkan bagi membenarkan lebih banyak air turun, kata Gabenor Bangkok, Sukhumbhand Paribatra.
Beliau mendedahkan, beberapa lagi kawasan di Bangkok termasuk lokasi perindustrian akan menghadapi risiko besar jika air masuk ke sana.
“Seperti juga ahli politik lain, saya menyintai orang ramai tetapi kadangkala saya perlu bertegas dengan tuntutan minoriti supaya tidak mengatasi majoriti.
Saya tidak boleh akur kepada semua tuntutan,” katanya dalam satu taklimat yang disiarkan secara langsung.
Angka kematian banjir terburuk Thailand sejak beberapa dekad lalu melonjak kepada lebih 380 orang di seluruh Thailand, berpunca daripada hujan lebat sejak tiga bulan lalu.
Buat masa ini, kawasan pusat bandar Bangkok sebahagian besarnya belum dinaiki air selepas air Sungai Chao Phraya melimpah minggu lalu.
Tetapi, kawasan di sebelah barat termasuk Bang Phlat, hanya lima kilometer dari pusat bandar Bangkok menyaksikan kediaman penduduk rosak dan air menenggelami jalan raya tanpa kelihatan bantuan daripada mana-mana pihak.
“Saya mahu petugas kerajaan datang dan membantu. Kami sudah minta bantuan tetapi tiada siapa datang. Kami minta bot, makanan dan ubat tetapi belum dapat apa-apapun lagi,” kata Pailin Sontana, 58.
Yupin Songsuk, 38, seorang petugas bahagian kebersihan di sebuah hotel, berkata keadaan belum menunjukkan semakin baik sebaliknya paras air semakin tinggi.
“Kami masih dapat makan dan minum kerana masih ada bekalan simpanan tetapi bagaimana selepas ini, jika tiada siapa yang datang bagi membantu,” katanya.
Jate Sopitpongstorn, jurucakap Pentadbiran Kota Bangkok (BMA) berkata, pihaknya tidak dapat memberi bantuan kepada semua orang kerana ‘ada yang enggan meninggalkan rumah dan berlindung di kawasan sementara.’
“Kami mempunyai jentera tentera dan bot yang terhad jadi kami tidak dapat pergi ke semua kawasan untuk memberi makanan dan minuman tiga kali sehari,” katanya. – AFP
'via Blog this'
Robot bantu OKU dicipta
2011/11/02
TOKYO: Syarikat kenderaan gergasi, Toyota, semalam menunjukkan bagaimana satu robot prototaip mengangkat pesakit atau orang kurang upaya (OKU) daripada katil di hospital atau membantu mereka berjalan.Firma berkenaan merancang untuk memasarkan produk itu sebagai ‘alat membantu berjalan’ selepas 2013 sekali gus berpotensi meletakkannya sebagai pengasas industri besar di Jepun, salah sebuah negara yang ramai warga tua.Profesor yang pakar dalam rawatan pemulihan, Eiichi Saitoh, menunjukkan cara alat bantuan berjalan itu berfungsi dengan mengikat tali metalik pada kaki kanannya yang lumpuh akibat polio.
Dia menunjukkan kepada wartawan di kilang Toyota di Tokyo bagaimana tali itu boleh membengkokkan lutut apabila dikehendaki, membolehkan dia berjalan dengan lebih normal dan bangun daripada kerusi lebih mudah berbanding menggunakan alat bantuan berjalan sedia ada.
Memakai bateri yang kelihatan seperti beg sandang, Saitoh naik dan turun tangga dengan mudah. Katanya, dia mencuba mesin dihasilkan itu dengan pesakit lain dan yakin dapat membantu pulih lebih cepat daripada serangan angin ahmar dan penyakit yang menghalang pergerakan.
“Mungkin sukar meramal masa depan tetapi era masyarakat warga emas semakin dekat. Kita perlukan robot untuk teruskan kehidupan,” katanya.
Toyota juga mempamerkan mesin dengan lengan berlapik yang dapat membantu pekerja kesihatan mengangkat pesakit kurang upaya daripada katil dan mengangkat mereka. Satu lagi alat bantuan berfungsi seperti papan luncur bertujuan membantu pesakit belajar mengimbangi badan semula.
Pegawai Toyota berkata, teknologi untuk kenderaan seperti pengesan, motor dan perisian komputer digunakan dalam peralatan berkenaan bagi membantu pesakit bergerak, dan apa yang mereka belajar mengenai pergerakan berkemungkinan akan digunakan dalam kereta pada masa depan.
Harga dan rancangan jualan di luar negara bagi semua mesin berkenaan masih belum diputuskan, menurut syarikat berkenaan.
Pengurus Besar Toyota, Akifumi Tamaoki, berkata lebih banyak ujian perlu dilakukan ke atas manusia untuk memastikan tahap keselamatan dan kebolehannya selain mendapatkan reaksi pengguna.
Dia percaya, produk komersil yang masih dalam pembinaan itu akan lebih kecil dan ringan berbanding prototaip ditunjukkan.
“Kami mentakrifkan mesin ini sebagai rakan robot,” katanya.
Toyota, sebelum ini menunjukkan robot berbentuk manusia dapat meniup trompet dan menggesek biola, dan robot yang bergerak serta bercakap mengenai kereta keluaran Toyota di bilik pameran.– AP
'via Blog this'
Remaja Korea dirogol 3 jam
SEOUL: Mahkamah Korea Selatan semalam menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas seorang anggota tentera Amerika Syarikat atas kesalahan memperkosa seorang remaja secara kejam, kes yang memaksa diplomat Amerika meminta maaf.Anggota berpangkat prebet itu dihukum kerana merogol gadis berusia 18 tahun berulang kali di bandar raya Dongducheon, yang menempatkan pangkalan Divisyen Infantri Ke-2 berhampiran dengan sempadan Korea Utara.“Ketika tertuduh memuaskan nafsunya dengan cara kejam selama tiga jam, mangsa menderita dalam keadaan ketakutan dan merasai penghinaan. Tertuduh perlu diberi hukuman berat,” kata mahkamah dalam keputusannya yang dipetik agensi berita Yonhap.
Ia berkata, askar berusia 21 tahun itu yang namanya tidak diberikan, memasuki sebuah bilik murah pada 24 September lalu dan merogol, mendera dan mengugut mangsa menggunakan gunting.
Dia kemudian merompak mangsa 5,000 won (RM13) sebelum melarikan diri, kata hakim mahkamah di bandar raya Uijeongbu, utara Seoul.
Itu adalah hukuman paling berat pernah dijatuhkan ke atas anggota tentera Amerika sejak tahun 1993 apabila seorang lagi anggota tentera dipenjara seumur hidup kerana membunuh wanita Korea, lapor agensi berita Yonhap. Namun, hukuman itu kemudian dikurangkan kepada 15 tahun.
Penolong Setiausaha Negara Amerika, Kurt Campbell, yang melawat Korea bulan lalu meminta maaf kepada rakyat negara itu kerana kes rogol yang tragik dan tidak boleh dimaafkan itu.
Tentera Amerika juga meminta maaf dan mengenakan perintah berkurung lewat malam selama sebulan ke atas anggota tenteranya di negara itu. – AFP Berita Harian Online | Remaja Korea dirogol 3 jam:
'via Blog this'