Pages

Friday, August 5, 2011

Angkara mesin tebu


  MOHAMAD SUHAIMI   hancur empat jari tangan kanan selepas tangannya tergilis mesin tebu di bazar Ramadan Jalan Raja Uda, Selasa lalu.
MOHAMAD SUHAIMI hancur empat jari tangan kanan selepas tangannya tergilis mesin tebu di bazar Ramadan Jalan Raja Uda, Selasa lalu.

Pelajar hilang 2 jari, lelaki hancur tiga jari kanan 

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu kehilangan dua jari, manakala seorang lelaki hancur tiga jari tangan kanan selepas tangan mereka tersepit dalam mesin tebu yang dikendalikan mereka dalam dua kejadian berasingan di bazar Ramadan Taman Samudera, Gombak dan Jalan Raja Uda, Kampung Baru, Selasa lalu.
Ketika kejadian jam 5.15 petang di bazar Ramadan Taman Samudera, Wan Norhafiza Wan Su, 13, sedang mengendalikan mesin tebu bersama seorang pembantu gerai milik bapanya yang menjual air tebu dan kelapa sejak hari pertama Ramadan, Isnin lalu.
Ketika itu, mangsa yang sedang memasukkan batang tebu ke dalam mesin itu dikatakan menoleh ke arah pelanggan yang memanggilnya dan tanpa disedari tangannya tersepit. bharian

Liwat: Polis tahan tiga murid


 KETUA Putera UMNO,  Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim    bertanya sesuatu kepada   mangsa liwat di sebuah sekolah tahfiz dekat Baling bulan lalu.
KETUA Putera UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim bertanya sesuatu kepada mangsa liwat di sebuah sekolah tahfiz dekat Baling bulan lalu.

Mangsa dakwa dipaksa makan tulang ikan, dikencing dalam mulut

ALOR SETAR: Polis menahan tiga murid Tahun Enam sebuah sekolah agama di Kuala Pegang, Kupang, Baling, berhubung kes seorang pelajar tahfiz sembilan tahun yang terlantar di hospital selama empat hari akibat diliwat, dipaksa melakukan seks oral dan didera tiga pelajar senior berusia 12 tahun.Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Abd Rahim Abdullah, berkata polis menahan tiga suspek yang disyaki terbabit dengan kejadian itu kira-kira jam 2 pagi kelmarin di sebuah surau dalam kawasan asrama sekolah berkenaan.“Bagaimanapun ketiga-tiga mereka dibebaskan dengan jaminan polis kerana masih di bawah umur, sementara siasatan diteruskan.Kes ini disiasat mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.Sementara itu, mangsa yang dibenarkan keluar dari hospital semalam, berkata sepanjang tempoh 40 hari didera, dia berasa terhina kerana diperlakukan seperti binatang dan dalam masa sama tidak mendapat pembelaan daripada tenaga pengajar di situ.Katanya, selain diliwat dia juga pernah dipaksa makan tulang ikan, dikencing dalam mulut dan dipaksa melakukan seks oral terhadap tiga pelajar senior yang dianggapnya sebagai syaitan.Semua berlaku selepas dua minggu saya mengikuti minggu suai kenal iaitu apabila saya didatangi seorang pelajar senior yang meliwat saya dan kemudian mengugut supaya tidak melaporkan kejadian itu kepada orang lain.Namun, sebab tidak tahan saya pernah beberapa kali mengadu kejadian itu kepada ustazah dan ustaz di sekolah, namun mereka tidak mempercayainya. Pernah beberapa kali pelajar senior itu kencing di atas tilam saya dan kemudian menuduh saya berbuat demikian menyebabkan saya dibelasah dengan batang paip hingga patah oleh tenga pengajar.Ketika itu saya cuba menjelaskan perkara sebenar, tetapi mereka (tenaga pengajar) lebih mempercayai cerita pelajar senior. Pada satu hari saya cuba melarikan diri, namun ditangkap dan dipukul lagi oleh tenaga pengajar,” katanya.Sementara itu, bapa mangsa berkata, atas nasihat pihak hospital beliau akan membuat laporan tambahan berkenaan pengurusan sekolah yang nyata gagal mengawasi kejadian seperti itu.Saya pernah dihubungi beberapa kali oleh pihak sekolah supaya menyelesaikan perkara itu, namun saya nekad menuntut keadilan bagi pihak anak saya,” katanya.Semalam, akhbar ini melaporkan, pelajar tahfiz berusia 9 tahun terlantar di hospital selama empat hari dipercayai akibat diliwat, dipaksa melakukan seks oral dan didera tiga pelajar senior berusia 12 tahun sebuah sekolah agama tahfiz swasta di Kupang Baling di sini, ketika mengikuti minggu suai kenal selama 40 hari, bermula Jun lalu.bharian

Sebak lihat bapa dihempap khemah


Saniah Abdul
Saniah Abdul

Saniah fobia niaga di bazar Stadium Jasin

JASIN: “Saya tidak akan pergi lagi ke bazar Ramadan itu, malah semangat untuk berniaga di situ kali ini juga sudah hilang sama sekali kerana masih terkenangkan tragedi menimpa arwah abah," kata Saniah Abdul, yang menyaksikan bapanya, Abdul Omar, 70, terbunuh dihempap palang besi khemah akibat kejadian ribut di perkarangan Stadium Jasin, dekat sini, awal Ramadan tahun lalu.

“Saya masih fobia, sedih dan terkenang lagi tragedi itu. Masih teringat lagi pesanan arwah abah bahawa tahun ini (tahun lalu) adalah tahun terakhirnya berniaga, sebelum duduk termenung berseorangan selepas saya menasihatkan beliau supaya tidak berniaga lagi kerana keadaannya sudah uzur," katanya kepada Berita Harian semalam.
Dalam tragedi menyayat hati pada hari ketiga Ramadan, kira-kira jam 4.40 petang 13 Ogos tahun lalu itu, Abdul dari Batu 16, Kampung Ayer Merbau terbunuh bersama seorang peniaga kuih, Mahadi Mohamad, 40, dan seorang pengunjung, Muhammad Wahab, 49, dari Kampung Rim, selain kejadian itu turut mencederakan 18 orang lain.

Abdul meninggal dunia di tempat kejadian kerana parah di kepala, akibat dihempap palang besi khemah yang diterbangkan ribut, manakala Mahadi meninggal dunia di Hospital Jasin dan Muhammad yang juga cedera di kepala, meninggal dunia di Hospital Melaka kira-kira jam 7 petang.

Bagi Saniah, 48, yang berniaga bersama bapanya ketika kejadian, Ramadan kali ini disambut pilu kerana mereka tujuh beradik kehilangan bapa yang banyak menceriakan kehidupan seharian.

“Setiap kali menyambut Aidilfitri, abah mesti balik ke sini (Kampung Ayer Merbau) untuk bersama kami anak-beranak, walaupun dia menetap bersama emak tiri di Bukit Rambai tetapi ketiadaannya kali ini, sememangnya dirasai.
“Saya memang tidak menyangka kejadian itu boleh berlaku kepada abah, namun tetap reda dengan pemergiannya. Ketibaan Ramadan ini menyebabkan saya menangis kerana sangat merinduinya.

“Siapa yang mahu kehilangan bapa dalam keadaan seperti itu, malah ia berlaku di depan mata saya," katanya bersama adik kelimanya, Sayang, 43, yang tidak dapat menahan sebak sambil menyekat air mata di pipi sepanjang temubual di kedai makan mereka berhampiran kampung berkenaan, semalam.

Saniah yang sudah berniaga lebih 20 tahun, pada tahun ini memilih berniaga di bazar Ramadan berhampiran Kentucky Fried Chicken Jasin. bharian

Kepala wanita dalam sarung bantal


POLIS menyita rumah   selepas penemuan kepala   wanita pula dalam sarung bantal di Pangsapuri Astaria Taman Kosas, Ampang.
POLIS menyita rumah selepas penemuan kepala wanita pula dalam sarung bantal di Pangsapuri Astaria Taman Kosas, Ampang.
Susulan kes bunuh di Ampang
AMPANG: Polis menemui kepala seorang wanita ketika melakukan pemeriksaan lanjut petang semalam susulan penemuan mayat seorang lelaki di sebuah kediaman di tingkat lima, Blok Charyssa, Pangsapuri Astaria, Taman Kosas di sini, kelmarin.
Kepala wanita berambut kerinting dan berkulit sawo matang itu ditemui disembunyikan dalam sarung bantal di sebuah bilik kediaman berkenaan.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata polis kemudian menghantar kepala wanita terbabit ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk dibedah siasat.Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati dua tubuh manusia ditemui di kediaman itu iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia antara lima atau enam tahun dan seorang wanita berusia lewat 20an.Kaki kiri yang ditemui di dalam bilik air kediaman berkenaan adalah milik kanak-kanak terbabit yang mana bahagian badannya masih lengkap manakala anggota badan manusia yang dikerat beberapa bahagia itu pula milik wanita berkenaan.Badan kanak-kanak terbabit kemudian dibungkus di dalam plastik bersama beberapa bahagian tubuh wanita yang dikerat itu sebelum disembunyikan di atas siling,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan bagi mengenalpasti identiti sebenar kedua-dua mangsa selain meneliti laporan orang hilang.Semalam akhbar ini melaporkan tanda tanya bau busuk yang dihidu penduduk Blok Charyssa, Pangsapuri Astaria di Taman Kosas, di sini, sejak Sabtu lalu terjawab selepas penemuan beberapa anggota badan manusia yang dikerat lebih 15 bahagian, petang kelmarin.Penemuan mayat oleh penduduk terbabit yang memeriksa sebuah kediaman di blok berkenaan yang tidak berpenghuni sejak 10 tahun lalu itu selepas tidak tahan dengan bau busukHasil pemeriksaan itu penduduk menemui kaki kiri manusia selain beberapa organ manusia seperti usus dan perut di dalam mangkuk tandas di tempat sama kaki ditemui sebelum memaklumkan kejadian itu kepada polis. bharian

Penduduk gesa PBB iktiraf negara Palestin

RAMALLAH: Pegawai Palestin merancang untuk memulakan perarakan besar-besaran menentang penjajahan Israel di Tebing Barat pada 20 September depan, iaitu malam simbolik sebelum pengundian Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu (PBB) yang dijangka mengiktiraf kemerdekaan negara itu. 

Pegawai kanan Palestin, Yasser Abed Rabbo, berkata mereka berharap dapat menarik jutaan penduduk menyertai tunjuk perasaan kali pertama yang dirancang untuk diteruskan selepas itu.

Beliau berkata, kempen digelar ‘Palestin 194’ selaras harapanmenjadi anggota PBB ke-194.
“Ia satu rayuan kepada PBB bagi menunjukkan perjuangan rakyat Palestin dan untuk menjayakannya ia memerlukan jutaan rakyat,” katanya. 

Abed Rabbo berkata, perarakan oleh rakyat Palestin itu akan diadakan secara aman. Pegawai keselamatan Israel berulang kali menyuarakan kebimbangan tunjuk perasaan akan bertukar ganas. 

Ketua tentera Israel, Leftenan Jeneral Benny Gantz, memberi amaran jawatankuasa parlimen minggu ini kemungkinan berlaku konfrontasi September depan. 

Beliau berkata, tentera menjangkakan ribuan penduduk akan mengadakan protes secara aman menghala ke penempatan Israel atau kawasan Israel. – AP bharian

Empat Muslim mati ditembak

YALA: Militan dipercayai menembak mati empat penduduk Islam semalam dalam beberapa serangan berasingan di selatan Thailand. 
Ketika memberitahu pembunuhan itu, pegawai mengakui bimbang keganasan akan meningkat pada Ramadan.

Seorang guru agama berusia 39 tahun ditembak awal pagi di rumahnya di Pattani ketika mangsa sedang mandi.
Dalam kejadian kedua, satu pasangan suami isteri berusia 30-an pula dibunuh ketika dalam perjalanan pulang dari sawah padi. 

Di Yala, seorang sukarelawan keselamatan berusia 38 tahun pula mati ditembak penyerang yang berada dalam kenderaan, kata polis. 

Panglima tentera Thailand memberi amaran awal minggu ini bahawa kekacauan mungkin meletus di rantau itu ketika bulan puasa seperti yang berlaku sejak militan melancarkan keganasan pada 2004 yang mengorbankan 4,700 orang. - AFP
bharian

Petani hadapi kesan nuklear bunuh diri


PETANI membawa sepanduk membantah masalah daripada kebocoran loji nuklear Fukushima di depan pejabat TEPCO, kelmarin.
PETANI membawa sepanduk membantah masalah daripada kebocoran loji nuklear Fukushima di depan pejabat TEPCO, kelmarin.

Ramai tak tahan masalah selepas loji bocor radiasi
TOKYO: Krisis keselamatan makanan yang memburukkan lagi keadaan penduduk selepas kejadian 11 Mac di Loji Nuklear Fukushima Daiichi turut memberi kesan buruk kepada petani di wilayah itu hingga ada yang bertindak membunuh diri.Jumlah petani yang membunuh diri meningkat di Fukushima,” kata pesawah dan penanam sayur, Toshihide Kameda, 63, dari wilayah yang dipetik akhbar Japan Today.Beliau antara 300 petani dari wilayah Tohoku yang menyertai tunjuk perasaan di ibu pejabat Tokyo Electric Power Co (TEPCO), kelmarin.Kami menderita dan menghadapi tekanan jiwa. Kami tidak tahu bila boleh pulang ke rumah dan kami tidak boleh mengusahakan apa yang kami mahu,” katanya.Kameda berkata tempahan tahun ini kurang daripada 20 peratus berbanding waktu biasa dengan ketagihan arak meningkat di kalangan petani yang sudah kehilangan semangat.Petani, Mitsuyo Tarukawa, 61, yang suaminya membunuh diri di tengah-tengah krisis nuklear berkata: “Tolonglah bersihkan tanah yang sudah tercemar. Tanah adalah segala-galanya bagi petani seperti kami, kami tidak boleh berbuat apa-apa.Mereka membuat bantahan selepas daging dicemari bahan radioaktif tinggi iaitu cesium didapati meningkat tujuh kali ganda daripada had dibenarkan dan dihantar ke kedai dan pasar selain dibeli penduduk yang tidak tahu ia sudah dicemari bahan itu, lapor media di sini.Sumber pencemaran itu dipercayai jerami yang terdedah bahan radioaktif selepas loji nuklear itu mengalami masalah.Dalam perkembangan lain, Jepun memecat tiga pegawai kanan yang ditugaskan menangani isu nuklear, semalam.Menteri Perdagangan, Banri Kaieda, yang meneliti dasar tenaga, berkata beliau merancang menggantikan tiga pegawai kanan dalam kementerian berpunca daripada krisis loji jana kuasa Fukushima, bencana nuklear terburuk sejak 25 tahun lalu.Tiga pegawai berkenaan adalah Kazuo Matsunaga, Pegawai Kanan Kementerian Perdagangan, Nobuaki Terasaka, Ketua Agensi Keselamatan Nuklear dan Industri (NISA) dan Ketua Agensi Sumber Semula Jadi dan Tenaga, Tetsuhiro Hosono.Kaieda, yang memainkan peranan utama dalam menguruskan krisis Fukushima dan berhasrat meletak jawatan untuk bertanggungjawab atas salah langkah itu mengatakan bila beliau akan meletak jawatan.Saya merancang memperbaharui kakitangan dengan melakukan rombakan besar-besaran,” kata Kaieda.Saya sudah memikirkannya selama sebulan. Saya akan memasukkan orang baru untuk membangunkan semula kementerian.Perdana Menteri, Naoto Kan menggesa pengurangan berperingkat Jepun terhadap kebergantungannya kepada kuasa nuklear dan melahirkan perasaan tidak percaya terhadap kementerian perdagangan yang mempromosi tenaga atom.Kan yang tidak popular, berjuang untuk kekal dalam kedudukannya walaupun gesaan meningkat daripada partinya sendiri supaya berundur, memainkan peranan utama dalam keputusan memecat tiga pegawai terbabit, kata akhbar Asahi Shimbun. – Reuters bharian

Bedilan meriam isyarat buka puasa


GABENOR Istanbul, Huseyin Avni Mutlu (tiga dari kiri) dan Mustafa Demir (empat dari kiri) menyalakan api untuk melepas bedilan meriam sebagai simbolik  masuk waktu berbuka puasa.
GABENOR Istanbul, Huseyin Avni Mutlu (tiga dari kiri) dan Mustafa Demir (empat dari kiri) menyalakan api untuk melepas bedilan meriam sebagai simbolik masuk waktu berbuka puasa.

Banyak negara Islam guna pelbagai cara umum waktu berbuka sejak zaman khalifah


MAKKAH: Ramadan sentiasa menjadi bulan keraian bagi umat Islam selain peluang bagi mereka membersihkan dosa dengan menahan lapar dan dahaga seperti golongan miskin.Pada bulan ini juga, banyak tradisi diturunkan daripada generasi ke generasi seperti dilihat di banyak negara. Meskipun banyak yang sudah tiada, masih ada yang diteruskan hingga ke hari ini.
Misalnya, pada zaman Nabi Muhammad SAW, mendengar laungan azan Maghrib adalah satu-satunya petunjuk bagi umat Islam untuk berbuka puasa.Sejajar peredaran masa, Ramadan semakin berwarna-warni umpama pesta dan pada era Khalifah Umayyah mereka sering menggantung tanglung pada menara setiap masjid sebagai tanda waktu berbuka dan membawanya turun selepas itu, bagi mereka yang tidak dapat mendengar azan.Kemudian muncul era Fatimid dan umat Islam memulakan satu tradisi baru sebagai tanda waktu berbuka sudah bermula iaitu dengan melepaskan bedilan meriam.Kisah ‘Meriam Ramadan’ berbalik kepada masa Khalifah Fatimid di Kaherah. Beliau menerima senjata itu sebagai hadiah dan mengarahkan pembantu mencubanya. Eksperimen itu berlaku pada waktu matahari terbenam ketika hari pertama Ramadan.Penduduk di Mesir menerimanya sebagai tanda berbuka puasa pada hari itu.Sejak itu, khalifah berkenaan mengarahkan bedilan dilepaskan ketika matahari terbenam dan ia terus menjadi tradisi Ramadan.Meriam berkenaan kemudian diletakkan pada tempat tertinggi dalam bandar supaya semua umat Islam dapat mendengar bedilan itu.Tradisi ini tersebar ke banyak negara Islam termasuk Turki, Sudan, Maghribi, Syria, Jordan dan negara Teluk.“Saya percaya idea Meriam Ramadan diambil daripada Mesir di mana tradisinya lama bermula sebelum saya dilahirkan,” kata Fatima Hashim, penduduk berusia 83 tahun.Zaman itu, kehidupan agak mudah dan jam adalah kemewahan yang jarang ditemui, justeru apabila tradisi ini datang kepada kami ramai agak teruja dan mereka yang tinggal jauh dari masjid dapat mendengar gema meriam,” katanya. – Agensi bharian

Komputer 72 badan global kena godam

pix_gal0
PBB, ASEAN, IOC antara diserang sejak 2006 




BOSTON: Sistem komputer 72 pertubuhan global termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kerajaan dan organisasi menjadi sasaran serangan siber sejak lima tahun lalu, berdasarkan laporan pakar keselamatan.
Syarikat keselamatan McAfee yang menemui pencerobohan itu percaya sebuah negara menjadi dalang serangan itu tetapi enggan menamakannya meskipun pihak lain menuding jari kepada China.
Antara mangsa serangan beberapa tahun itu termasuk kerajaan Amerika Syarikat, Taiwan, India, Korea Selatan, Vietnam dan Kanada selain ASEAN, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Agensi Anti Dadah Dunia (WADA), syarikat persendirian daripada kontraktor pertahanan hingga teknologi tinggi.

Dalam kes PBB, penggodam menceroboh sistem komputer sekretariatnya di Geneva pada 2008 secara sembunyi selama dua tahun dan mencuri banyak data rahsia, kata McAfee.

“Kami juga terkejut dengan kepelbagaian sasaran serangan itu dan kagum dengan keberanian penyerang.

“Apa yang berlaku pada semua data itu masih belum diketahui, Tetapi, jika sekalipun sedikit saja data itu digunakan untuk menghasilkan produk lebih bermutu atau mengalahkan pesaing di meja rundingan, kehilangannya adalah suatu ancaman ekonomi besar,” kata Naib Presiden McAfee bagi penyelidikan, Dmitri Alperovitch, dalam laporan 14 muka surat yang disiarkan kelmarin.
McAfee mengetahui kempen pencerobohan itu pada Mac lalu ketika penyelidiknya menemui log serangan selepas mengkaji kandungan pelayan ‘perintah dan kawal’ yang ditemui pada 2009 sebagai sebahagian siasatan ke atas pencerobohan terhadap syarikat pertahanan.

Ia menggelar penemuan itu sebagai ‘Operation Shady RAT’ dan mendedahkan pencerobohan paling awal pada pertengahan 2006.

(RAT bermaksud ‘remote access too,’ sejenis perisian yang digunakan penggodam dan pakar keselamatan untuk mengakses rangkaian komputer dari jauh).

Ada serangan berlaku hanya sebulan tetapi paling lama membabitkan Jawatankuasa Olimpik sebuah negara tidak dinamakan yang berlaku 28 bulan, kata McAfee.

Alperovitch berkata, McAfee sudah memaklumkan kepada 72 mangsa serangan dan penyerang masih disiasat agensi penguatkuasa undang-undang dunia. – Reuters bharian

JAIS, polis serbu umat Islam dalam gereja


PEGAWAI JAIS dan  polis memeriksa Dewan DMC di Seksyen 13, Petaling Jaya didakwa menyebarkan agama Kristian melalui seminar dan ceramah kepada orang Islam, malam semalam.
PEGAWAI JAIS dan polis memeriksa Dewan DMC di Seksyen 13, Petaling Jaya didakwa menyebarkan agama Kristian melalui seminar dan ceramah kepada orang Islam, malam semalam.


12 Muslim didapati menghadiri majlis diselit perkataan al-Quran
SHAH ALAM: Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya, malam kelmarin, selepas mendapat maklumat orang Islam menghadiri majlis di gereja berkenaan.Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 9 malam, kelihatan seseorang sedang mengadakan pengucapan awam yang ucapannya ada diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal-Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, berkata anggota penguat kuasa JAIS bersama polis menjalankan pemeriksaan di premis itu walaupun dihalang penganjur.Katanya, penganjur utama dipercayai beragama Islam berunding hampir sejam bersama ketua pasukan operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis selesai.Selepas majlis hampir tamat, penguat kuasa dan polis membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan menghalang mereka dan melupuskan bahan bukti,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.Pegawai penguat kuasa JAIS dan polis mendapati ada cubaan untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang.Hasan berkata, terdapat 12 orang beragama Islam menghadiri majlis itu, namun tiada tangkapan dibuat dan mereka diarah hadir di Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk siasatan lanjut.Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995,” katanya.Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata kerajaan negeri memandang serius insiden itu dan secara peribadi menghubungi Pastor Daniel Ho bagi menyatakan kekesalan.Saya memberitahu beliau bahawa saya sudah minta JAIS menyediakan laporan penuh mengenai insiden ini, termasuk sebab terperinci serbuan dilakukan.Saya berharap dapat berjumpa dengan Pastor Daniel Ho sebaik laporan lengkap ini diterima,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.KUALA LUMPUR: Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) kecewa dan terkejut dengan tindakan JAIS dan polis menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama yang dianggap sebagai tidak wajar.Pengerusi CFM Biskop, Datuk Ng Moon Hing, berkata pihaknya akan memanggil beberapa pihak berkaitan supaya satu siasatan menyeluruh dapat dijalankan berhubung kejadian itu.Sejak kebelakangan ini, kita menyaksikan peningkatan insiden dengan orang Kristian menjadi sasaran tuduhan tidak berasas serta prejudis pelbagai kumpulan termasuk beberapa media arus perdana yang membuat kenyataan berbaur menghasut dan bercanggah dengan semangat 1Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan. kosmo

Mercun meletup dalam genggaman

NASRUDIN yang cedera tangan kiri akibat terkena
 mercun dirawat di HRPZ II, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU - Ketika umat Islam baru empat hari menjalani ibadah puasa, sudah ada yang terpaksa melaksanakan ibadah itu di hospital dan meratapi tiga jari yang hilang gara-gara bermain mercun bola.
Selain putus tiga jari, mangsa, Nasrudin Mohd. Nazli, 19, turut mengalami luka di muka dan tangan kanan akibat letupan mercun tersebut dalam kejadian di Kampung Dewan Beta di sini malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa yang bermain mercun sambil membonceng sebuah motosikal dikatakan tidak sempat untuk melontar mercun tersebut dan ia meletup dalam genggamannya yang menyebabkan ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah tangan kirinya putus.
Nasrudin berkata, kejadian tersebut berlaku ketika dia dan rakannya menunggang motosikal di kawasan kampung berkenaan.
"Masa itu saya membonceng motosikal tersebut. Saya kemudiannya menghidup mercun bola itu dan tiba-tiba ia meletup di tangan kiri saya tanpa sempat melontarnya.
"Selepas bunyi letupan itu, tangan saya berlumuran darah dan jari sudah tiada. Kawan saya kemudiannya membawa saya pulang sebelum ke Klinik Ludang Paku untuk mendapatkan rawatan sebelum dihantar hospital untuk rawatan lanjut," katanya ketika ditemui di Wad Cempaka, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini semalam.
Nasrudin berkata, ekoran kejadian itu, dia sudah serik dan tidak mahu lagi bermain mercun selepas ini.kosmo

Lebih 6,000 belum tuntut MyKad

KUALA LUMPUR - Seramai 6,323 orang penduduk yang berumur 14 hingga 57 tahun masih tidak menuntut MyKad di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) seluruh Malaysia.
Menurut Pegawai Perhubungan JPN, Jainisah Mohd. Noor, (gambar) jumlah MyKad yang tidak dituntut itu merangkumi pemohon yang menukar alamat tempat tinggal, kad pengenalan baharu serta yang hilang atau dokumen berkenaan musnah.
"Kita berharap pemohon dapat menuntut kad pengenalan mereka dengan segera sebelum notis denda dikeluarkan.
"Mereka juga perlu ingat sekiranya ingin memohon semula kad pengenalan baharu, denda akan dikenakan kerana sistem kita akan mengesan rekod mereka yang gagal menuntut kad terdahulu," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Tambah Jainisah, kebanyakan pemohon yang gagal menuntut MyKad itu disebabkan faktor usia tua, terlupa, sibuk bekerja dan mereka terdiri daripada golongan warga emas.
Katanya, mereka yang sengaja memandang remeh soal tuntutan kad pengenalan itu turut berhadapan denda dengan nilai yang lebih tinggi selain disoal siasat oleh JPN jika melibatkan kes berulang.
Setakat ini, jelas beliau, pihaknya mengambil pendekatan menghantar surat makluman dan menelefon pemohon untuk memaklumkan tentang perkembangan permohonan mereka serta mengingatkan pemohon perlu ke JPN untuk mengambil MyKad.
"Sekiranya tidak mampu berbuat demikian atas alasan uzur mahupun masalah lain, pihak ketiga perlu membawa bersama surat kebenaran pemohon bagi mengelakkan perkara berbangkit," katanya.kosmo

Duit zakat, pampasan RM3,350 jadi abu


BEBERAPA ahli keluarga Nik Fatimah mengutip barang-barang selepas rumah mereka hangus dijilat api di Kampung Serdang Baru, Bukit Tunggal kelmarin.

KUALA TERENGGANU – Kegembiraan seorang warga emas mendapat wang pampasan kemalangan serta zakat tidak berpanjangan apabila rumahnya hangus dijilat api dalam kejadian di Kampung Serdang Baru, Bukit Tunggal dekat sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 malam itu, wang pampasan kemalangan berjumlah RM3,000 dan wang zakat RM350 milik mangsa, Nik Fatimah Embong, 60, hangus menjadi abu.
Dia yang juga ibu tunggal berkata, wang itu diterimanya kira-kira dua minggu lalu ekoran kemalangan motosikal yang dialaminya tahun lalu.
“Baru-baru ini, saya juga dapat wang zakat sempena Ramadan sebanyak RM350. Semua duit itu saya simpan di dalam almari dan bercadang untuk menggunakannya sempena Hari Raya Aidilfitri nanti,” ceritanya ketika ditemui di sini semalam.kosmo

Ustaz tertoreh kepala pelajar




zafiyah IBRAHIM menunjukkan kepala anaknya, Muhamad Hafidza yang terpaksa menerima beberapa jahitan di Kampung Pengadang Baru, Marang semalam.


KUALA TERENGGANU – Seorang pelajar terpaksa menerima beberapa jahitan di kepala selepas tertoreh pisau kecil yang dipegang seorang ustaz dalam kejadian di sebuah sekolah di Marang dekat sini kelmarin.
Kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu didakwa berlaku ketika guru agama berusia 55 tahun berkenaan cuba menarik pelajar tingkatan dua itu yang berada di kelas bersebelahan kerana ponteng dari kelas sendiri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, ustaz berkenaan bertindak demikian selepas didakwa tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa, Muhamad Hafidza Wajahid, 14, yang dikatakan sengaja keluar dari kelas untuk ponteng.
Sebelum kejadian, menurut beliau, mangsa ada berjumpa dengan ustaz terbabit dan meminta kebenaran untuk keluar membuang air kecil.
Namun, ustaz itu enggan membenarkan mangsa keluar kerana mengesyaki dia mahu ponteng kelas.

Isteri jumpa mayat suami tergantung




ANGGOTA polis mengangkat mayat Surendren yang ditemui mati tergantung di Jalan Bukit Lagi, Kangar semalam.


KANGAR - Seorang isteri yang pulang ke rumah selepas dua hari merajuk setelah bergaduh dengan suaminya tergamam apabila menemui mayat lelaki itu tergantung di tengah rumah di Jalan Bukit Lagi di sini semalam.
M. Rajasepery, 32, yang ingin mengambil pakaian di rumah terkejut apabila melihat mayat suaminya, P. Surendren, 29, terlentang di atas lantai dengan tali yang diguna untuk menggantung diri masih berada di lehernya pada pukul 1 petang.
Mengimbau semula kejadian itu, Rajasepery memberitahu, dia bertindak keluar dari rumah tersebut untuk menumpang di rumah saudara selepas mereka sering bergaduh dan dipukul suaminya sejak sebulan lalu.
Katanya, dia tidak tahu punca sebenar suaminya bertindak demikian.
"Mungkin dia (Surendren) tertekan selepas saya membuat laporan polis ekoran pergaduhan tersebut.
"Kami baru sebulan tinggal bersama kerana sebelum ini suami tinggal di Sungai Petani, Kedah di rumah isteri pertama.
"Kami baru sahaja berkahwin kerana perkahwinan suami dengan isteri pertama tidak dikurniakan anak. Suami bekerja di kedai tayar dan saya telah membuat dua laporan polis kerana saya sering dipukul," dakwanya di sini semalam.

Cekik, balut, seret mayat wanita



ORANG RAMAI mengusung jenazah Rohani yang mati disyaki dibunuh tiga lelaki dalam kejadian di tingkat dua Blok F, Apartmen Permai Lakeview, Tambun, Ipoh semalam.


IPOH - Kebimbangan seorang Timbalan Pengarah (Kesihatan) Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak mengenai rumahnya yang dipecah masuk hingga mengakibatkannya kerugian RM15,000 sampai ke kemuncaknya apabila dia ditemui mati dicekik semalam.
Mayat Dr. Rohani Kasim, 38, yang masih bujang ditemui dibalut dengan selimut tebal dan ditinggalkan oleh tiga lelaki dipercayai jirannya di atas tangga di tingkat dua Blok F, Apartmen Permai Lakeview, Tambun dekat sini.
Difahamkan, tiga penjenayah terbabit bertindak meninggalkan mayat anak ketujuh daripada 10 beradik itu di situ pada pukul 3 pagi selepas terserempak dengan beberapa penghuni ketika mereka disyaki hendak mengangkat mayat tersebut untuk dilupuskan.
Mangsa sebelum ini menjawat jawatan Pendaftar Kolej Pertanian Malaysia, Sintok, Kedah. Dia kemudian dinaikkan pangkat ke jawatan sekarang dan berpindah ke situ bulan lalu.
Kakak mangsa, Ruzaina, 41, memberitahu, sebelum kejadian, adiknya ada mengadu yang dia bimbang mengenai keselamatan dirinya yang tinggal bersendirian di rumah baharu tersebut berikutan premis itu telah dipecah masuk kira-kira seminggu sebelum Ramadan.
"Ketika kami bertemu di kampung di Parit Haji Ali, Bagan Serai Isnin lalu, dia mengadu kerugian RM15,000 apabila barang kemasnya telah dilarikan penjenayah.
"Selain itu, dia juga tertekan berikutan pejabatnya diserbu ramai penternak lembu yang tidak berpuas hati dengan keputusan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak mengharamkan penyembelihan lembu betina baru-baru ini," ceritanya ketika ditemui di sini semalam.
Sementara itu, tukang kebun apartmen tersebut, Mohd. Faisal Mat Ghani, 28, berkata, dia bergegas ke blok tersebut sebaik terjaga dari tidur selepas terdengar bunyi riuh-rendah.kosmo

Sembunyi dadah RM1.4 bilion dalam badan bot




BENTUK bot kecil yang membawa dadah diletakkan di pelabuhan Southampton, Britain. [gambar kecil] SEJUMLAH bungkusan dadah disembunyikan di dalam bot.


SOUTHAMPTON, Britain - Sekumpulan pengedar dadah cuba menyeludup 1.2 tan kokain bernilai £300 juta (RM1.4 bilion) dengan menyembunyikan dadah berkenaan di dalam badan sebuah bot kecil, lapor sebuah akhbar semalam.
Kumpulan penjenayah itu seterusnya menggunakan khidmat sebuah kapal kargo untuk mengangkut bot tersebut dari Venezuela di Amerika Selatan menuju ke Belanda.
Namun, komplot mereka dipatahkan polis Britain yang merampas bot itu semasa kapal kargo berkenaan berlabuh di sini pada Jun lalu.
Serbuan dibuat setelah polis menerima maklumat mengenai bot sepanjang 20 meter itu ketika ia berada di Kepulauan Virgin, Laut Carribean, sebulan sebelum itu.
Masa enam hari diambil pihak berkuasa untuk mencari dadah itu di pelabuhan ini.
Polis akhirnya menemui kokain berkenaan disembunyikan di dalam badan bot itu di bawah platform menyelam di bahagian belakang bot.
"Rampasan ini adalah rampasan dadah terbesar di Britain, kata seorang pegawai Agensi Sempadan Britain, Brodie Clark.
Susulan penemuan itu, enam suspek anggota kumpulan penjenayah terbabit termasuk seorang lelaki berusia 60 tahun dan tiga anak lelakinya ditahan di Belanda pada Selasa lalu. - Agensikosmo

Nenek 80 tahun saman untuk jadi guru semula




LILLIE LEON


BRIARWOOD, New York - Seorang nenek, Lillie Leon yang berusia 80 tahun memfailkan saman di sebuah mahkamah di Manhattan untuk mendapatkan semula pekerjaannya sebagai seorang guru awam di sebuah tadika, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Lillie diberikan notis pada minggu lalu yang menyatakan dia diberhentikan di Sekolah Awam 117 di sini.
Dia yang telah bekerja sebagai seorang guru selama tiga dekad selepas berhenti bekerja dalam sektor perbankan diberhentikan atas alasan tidak mampu untuk membawa anak muridnya yang mahu pergi ke tandas.
Menurut peguam Lillie, Stewart Karlin, anak guamnya itu boleh mengajar dengan baik tetapi dia tidak boleh berjalan dengan cepat kerana mengalami masalah lutut.
Guru itu memperoleh pendapatan sebanyak AS$100,049 (RM298,054) setahun dan tidak pernah menghadapi masalah disiplin sebelum ini.
Menurut guru itu, dia mahu kembali mengajar selama setahun lagi sebelum bersara. - Agensikosmo

Gaddafi sedia ada pilihan raya


MANAGUA - Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi bersedia mengadakan pilihan raya untuk menyelesaikan konflik yang berlaku di negaranya, kata Presiden Nicaragua, Daniel Ortega selepas mengadakan mesyuarat bersama delegasi Libya kelmarin.
Ortega berkata, delegasi Libya itu tiba di Managua pada Selasa lalu dengan membawa surat daripada Gaddafi.
Anggota-anggota rapat Gaddafi telah membuat cadangan supaya proses pilihan raya yang demokratik dilakukan sejak beberapa bulan lalu.
Namun, cadangan itu ditolak oleh Amerika Syarikat dan beberapa negara lain.
Libya kini dilanda pergolakan ekoran pertempuran yang berlaku sejak Februari lalu di antara para pemberontak yang menentang kepimpinan Gaddafi. - Agensikosmo

Jurutera mengaku tipu kajian Internet Explorer



VANCOUVER, Kanada - Satu kajian terbaharu yang menyatakan bahawa pengguna perisian komputer Internet Explorer (IE) memiliki kecerdasan intelektual (IQ) rendah sebenarnya satu penipuan, lapor sebuah akhbar semalam.
Kajian tersebut yang mendakwa bahawa pengguna IE adalah bodoh dijalankan oleh sebuah firma Kanada, AptiQuant.
IE merupakan perisian enjin carian Internet keluaran firma Microsoft yang diasaskan oleh orang kedua terkaya di dunia, Bill Gates.
Penipuan itu terbongkar selepas sebuah laman berita perniagaan, Computer Business Review (CBR)mendapati laman web AptiQuant mengandungi imej dan teks yang sama dengan sebuah firma penyelidikan dikenali sebagai Central Test.
Pembohongan itu jelas terbukti apabila CBR menerima kenyataan daripada Central Test menyatakan, ia tidak tahu tentang AptiQuant walaupun kedua-dua syarikat memiliki banyak persamaan.
Seorang jurutera web kemudian mengaku melakukan penipuan tersebut kerana dia berasa kecewa dengan IE.
"Saya amat kecewa dengan IE kerana cuma satu versi perisian tersebut boleh digunakan pada sesuatu masa untuk menguji laman web," kata lelaki tersebut.
"Saya kemudian menciptakan helah itu untuk meyakinkan orang lain supaya berhenti menggunakan IE," tambahnya. - Agensikosmo

Tajikistan haramkan remaja Islam berjemaah di masjid



DUSHANBE - Tindakan Presiden Tajikistan, Imomali Rakhmon mengharamkan remaja Islam daripada bersembahyang di masjid menyebabkan para pemimpin Islam di negara ini menyifatkan arahan itu sebagai 'hadiah kejam' untuk umat Islam di bulan Ramadan.
Rakhmon yang berkuasa sejak tahun 1992 menandatangani rang undang-undang 'tanggungjawab ibu bapa itu' pada Rabu lalu dan berkuat kuasa mulai semalam.
Beliau menyatakan tindakan itu perlu bagi mencegah penyebaran fahaman fundamental agama di negara yang memiliki seramai 7.5 juta orang penduduk dengan 98 peratus daripadanya beragama Islam.
Semua individu yang berusia 18 tahun ke bawah, kecuali mereka yang belajar di sekolah agama diharamkan daripada bersolat di masjid atau rumah ibadat lain.
Golongan gadis pula diharamkan daripada memakai barang kemas kecuali anting-anting.
Mereka yang berusia 20 tahun ke bawah juga dilarang mencacah tatu, pergi ke kelab malam, menonton filem atau membaca material yang menyebarkan unsur-unsur pornografi, keganasan dan ekstremisme. - Reuterskosmo

Gadis 'hamil' setiap kali selepas makan


[kiri]KERRI DOWDSWELL semasa dalam keadaan normal.
[kanan]PERUT Kerri Dowdswell membesar selepas dia makan.


CANNOCK, Britain - Perut seorang gadis, Kerri Dowdswell akan membesar seperti dia sedang hamil setiap kali selepas makan, lapor sebuah akhbar semalam.
Namun, perut gadis berusia 23 tahun itu akan kembali kepada keadaan normal beberapa jam selepas itu.
"Saya kerap kali ditanya bila akan bersalin dan ia agak tidak menyelesakan apabila berada dalam keadaan seperti ini," katanya yang berasal dari Cannock, Staffordshire.
Masalah tersebut membuatkan dia terpaksa memakai seluar untuk ibu bersalin setiap kali keluar makan.
Setakat ini, doktor-doktor masih bingung kerana mereka masih tidak mengetahui punca kejadian itu.
Kerri menghidap penyakit itu semasa dia mendapat haid buat kali pertama.
Menurut gadis itu, perutnya akan membesar dalam tempoh 15 minit semasa dia makan.
Namun, katanya, ada ketika perutnya mengambil masa selama beberapa jam selepas waktu makan untuk kelihatan seperti wanita hamil.
Kerri berkata, perutnya itu akan kembali normal beberapa jam selepas ia membesar. - Agensikosmo

Jutawan tawar wang demi anaknya




LAMAN Twitter yang mengandungi mesej tawaran Duncan Bannatyne.


GLASGOW - Seorang jutawan, Duncan Bannatyne mengejutkan para pengguna Twitter dengan menawarkan ganjaran £50,000 (RM243,888) kepada sesiapa yang dapat membongkar identiti dan mematahkan tangan seorang pengguna Twitter yang mengugut untuk mencederakan anak perempuannya, lapor sebuah akhbar semalam.
Jutawan berusia 62 tahun itu membuat tawaran tersebut kelmarin terhadap seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Yuri Vasilyev.
Tawaran itu dikeluarkan selepas Bannatyne menerima beberapa mesej ugutan daripada Vasilyev menerusi laman jaringan sosial berkenaan.
"Nama saya Yuri Vasilyev dan saya mahu wang £35,000 (RM170,772) sebagai insentif untuk menghalang kami daripada mencederakan anak perempuan kesayangan kamu, Hollie Bannatyne," kata kandungan mesej itu.
Duncan kemudian menarik balik tawarannya.
"Saya mungkin dipenjarakan kerana mengeluarkan ganjaran yang menyalahi undang-undang tetapi saya rela dipenjarakan demi membalas dendam terhadap pengguna Twitter ini," katanya.
Bannatyne yang juga seorang pengacara televisyen kemudian membuat tawaran baharu berjumlah £30,000 (RM146,443) kepada sesiapa yang memiliki maklumat sehingga pemeras ugut tersebut ditangkap. - Agensikosmo

10 jam matikan 'rantai bom'


MADELEINE PULVER baring di atas sebuah pengusung beroda di sebuah hospital 
di Sydney kelmarin untuk diperiksa oleh doktor.


SYDNEY, Australia - Seorang lelaki bertopeng yang merantai bom palsu pada leher seorang gadis dan meninggalkan nota tebusan selepas dia menceroboh kediaman sebuah keluarga kaya di sini dipercayai cuba melakukan peras ugut, kata polis semalam.
Dalam senario mirip adegan filem cemas Hollywood, skuad pemusnah bom kelmarin mengambil masa 10 jam untuk mematikan bom yang dipasang pada leher gadis tersebut, Madeleine Pulver.
Madeleine, 18, tidak cedera manakala polis kemudian mendapati bom tersebut tidak mengandungi bahan letupan.
Seorang pegawai polis tempatan, Luke Moore berkata, satu nota peras ugut dilekatkan pada bom itu.
Dia bagaimanapun enggan mendedahkan kandungan mesej ugutan tersebut.
"Kami mengklasifikasikan kes ini sebagai percubaan memeras ugut yang serius," kata Moore.
Drama itu bermula tengah hari kelmarin di kawasan penempatan elit Mosman di sini apabila keluarga Madeleine menghubungi polis dengan menyatakan, anak perempuan mereka diserang dan terdapat alat ganjil yang dilekatkan pada mangsa.
Polis yang dibantu skuad pemusnah bom, beberapa detektif dan perunding tebusan kemudian bergegas ke lokasi kejadian.
Kediaman-kediaman sekitarnya dikosongkan, beberapa jalan berhampiran ditutup manakala petugas bomba dan perubatan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
Selepas Madeleine dibebaskan, dia memberitahu polis bahawa seorang lelaki bertopeng memecah masuk ke kediaman mereka dan menangkapnya semasa dia berada di dapur.
Remaja itu berkata, lelaki terbabit memaksa dia untuk tidak bergerak semasa memasang bom palsu itu pada lehernya.
Penyerang itu kemudian melarikan diri.
Madeleine kemudian dihantar ke sebuah hospital untuk diperiksa.
Bapa Madeleine merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah syarikat teknologi maklumat.
- Agensikosmo