Pages

Wednesday, January 5, 2011

Malaysia juara ' rompak '

 Gambar-gambar berkaitan rompakan diMalaysia sepanjang tahun 2010

Sebilah keris hitam bersarung kayu antara senjata tajam yang ditemui dalam kereta yang digunakan oleh empat penyamun.
T. Narenasegaran menunjukkan sebahagian daripada barangan samun yang ditemui semula

dalam kereta yang digunakan oleh empat penyamun yang ditembak mati oleh polis Temerloh,

Pahang, semalam.
Sekumpulan penjenayah bukan sahaja tahu mencuri atau merompak tetapi mereka kini beralih arah iaitu selain membuat kejahatan, mereka juga percaya hobi memelihara burung Cenderawasih boleh membawa tuah


BEBERAPA ekor rusa Jawa milik Khalid yang dipelihara di belakang rumahnya di Kampung Tenai, Gemencheh.
( bunyi rusa selamatkan kami dari perompak)
Khalid Mohd. Dah menunjukkan pagar dawai yang hendak dipotong oleh penjenayah ketika cuba merompak rumahnya di Kampung Air Gelugor, Gemencheh, Negeri Sembilan, semalam.
KOK CHIN berdiri di dalam longkang yang terdapat pistol mainan (dalam bulatan) yang digunakan seorang lelaki untuk menyamun sebuah bank di Puchong semalam.
ABDUL RAHIM (kanan) menunjukkan sebahagian barang yang dirampas daripada kumpulan Ah Guan di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras semalam.
ANGGOTA polis melakukan siasatan di sebuah kedai emas yang nyaris dirompak di Sungai Way, Petaling Jaya semalam.
Anggota polis mengusung satu mayat penjenayah yang mati ditembak di luar rumah Wan Adnan di Taman Pantai Selamat, Jalan Teluk Sisek, Kuantan semalam.
Anggota polis memeriksa mayat perompak yang mati ditembak pengawal keselamatan dalam kejadian rompakan di sebuah kedai emas di Tanah Merah, Pendang, Kedah, semalam.
KERETA penjenayah yang ditembak mati di Bukit Tunku, Kuala Lumpur semalam.
Abdul Ghafar Rajab (kiri) bersama Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kota Setar, Deputi Supritendan Mohd. Fiesal Libertus menunjukkan gambar suspek yang terlibat dalam kes samun di Alor Setar, semalam.
 Amirul Hadi Faqih Ariffin, 23; L. Fabian, 37; Choong Hoong Wai, 22; Chong See Chin, 23; Ridzuan Abdul Rahim, 25.
Chan Pooi Mun, 26; Fong Chin Too, 25, Chew Bee Teck, 50; Phua Soon Hooi, 26; Wong Chee Keong, 40.
A. Kurunanidhi, 37; L. Vikneswaran, 26; M. N Gobi Nair, 31; Mohd. Adzim Kamarudin, 27; Irman Shah Kamaruddin, 30; T. Krishnamurthi, 22, dan Muhammad Nor Wahab, 28.
ABDUL Jalil Hassan (tengah) menunjukkan senjata dan peralatan yang digunakan Geng

Fendi untuk melakukan kegiatan pecah rumah sambil diperhatikan para pegawainya di IPD

Ampang Jaya. Turut dipamerkan hasil rampasan barangan yang dipercayai dicuri daripada

rumah-rumah mangsa.

PEKERJA ASAL SARAWAK: Tidak ada pengakuan dikemukakan Michael Garing, yang didakwa membunuh Encik Shanmuganathan, di kawasan lapang di Kallang Road, pada Ahad lalu. -- Foto THE STRAITS TIMES
Mohd. Rodwan Mohd. Yusof (dua dari kanan) menunjukkan barang kemas bernilai hampir RM100,000 dan wang tunai berjumlah RM339,000 pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, Banda Hilir, Melaka semalam.
SEBAHAGIAN senjata yang dirampas ekoran penahanan tujuh perompak van keselamatan di George Town kelmarin.
Ayub Yaakob (tiga kanan) menerangkan penemuan senjata api dan bom tangan dalam kes rompakan di Jalan Paya Terubong pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang, Georgetown, Pulau Pinang, semalam. - utusan/Zhafaran Nasib
Anggota forensik melakukan siasatan ke atas sebuah van membawa wang tunai yang dirompak dalam kejadian di Jalan Paya Terubong, Pulau Pinang, semalam. - Utusan/Zhafaran Nasib
ANGGOTA polis memeriksa ATM yang dikopak dalam kejadian di Jalan Bentayan, Muar, awal pagi semalam.
Polis teliti rakaman CCTV kesan penyamun

KETUA Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar (dua dari kiri) melihat sebahagian daripada barangan yang dirampas daripada tujuh lelaki ketika hendak menyamun sebuah rumah di Puchong semalam.

Seorang penjenayah berjaya ditembak oleh anggota polis apabila cuba melakukan samun di Jalan Pinggai, Taman Pelangi, Johor Bahru, semalam. - Gambar EHSAN SIN CHEW
Anggota polis mengangkat mayat Allahyarham Mohd. Zambrizal Mohd. yang ditemui mati dibunuh di rumahnya di Seksyen U12, Shah Alam, semalam. - UTUSAN/Saharuddin Abdullah Mohd. ZamBrizal Mohd.( rompak wang gaji)
RULIAH Abu Bakar menceritakan semula bagaimana tangannya diikat dan kemudian dirompak oleh tiga suspek serta cucunya sendiri di rumahnya di Kampung Jawa, Panchor, Muar, Johor, semalam.
PENJENAYAH yang cedera ditembak diusung keluar dari kawasan hutan perumahan A 'Famosa Resort di Alor Gajah, Melaka semalam.

MOHAMAD Nasir Ramli (kiri) menunjukkan parang dan beberapa barang yang dirampas dari geng samun kereta di Muar, Johor, semalam.

Zainuddin Yaacob (dua dari kiri) menunjukkan hasil curi suspek pecah kedai di Taman Pelangi Indah semasa sidang media di Johor Bahru, semalam.






BEBERAPA anggota polis mengawal dua daripada tiga penjenayah yang diberkas di Lorong Masjid, Kampung Padang Enggang, Kota Bharu kelmarin.
Tiga suspek samun dan ragut berjaya diberkas polis ketika cuba melarikan diri di Lorong Masjid, Kampung Padang Enggang, Kota Bharu, kelmarin.

HARDI Mohd. Hadir menunjukkan tempat pencuri menyelam dan mahu mencuri enjin bot yang dinaikinya di Tasik Banding, kelmarin.
BUKTI...Farah Elyani melihat laci yang dikopak perompak.
Katanya, dia dalam bilik apabila penjenayah yang memakai topi tanpa menutup muka masuk bertanyakan di mana bapa dan ibunya sebelum menggeledah bilik lain.

Tiga tertuduh kes merompak dan melepaskan tembakan di sebuah kedai emas di Pendang didakwa di Mahkamah Majistret Alor Setar semalam.
OSMAN (kanan) bersama pegawainya menunjukkan  foto   lelaki disyaki penyamun di Kota Tinggi.
OSMAN (kanan) bersama pegawainya menunjukkan foto lelaki disyaki penyamun di Kota Tinggi.( samun kereta)
Anggota polis memeriksa mayat seorang penjenayah yang ditembak mati di Kampung Sungai Lang, Kuala Langat semalam.( rompak syarikat bas )
MOKHTAR (kiri) menunjukkan sebilah parang yang dirampas daripada empat lelaki pada sidang akhbar di Johor Bahru semalam.( rompak kedai serbaneka)
POLIS memeriksa flat di Jalan Sutera Lama, Port Dickson (anak panah) tempat Norliza dan anaknya Amirul Ayman ditemui mati dibunuh semalam.( dibunuh perompak)
MUSA menunjukkan rumah di mana seorang jiran menemui mayat Esah (gambar kecil) dalam keadaan tertiarap di Pantai Remis, Taiping kelmarin.( dibunuh perompak)
ZAINAB bersama suaminya, Ishak melihat gambar Norliza dan Amirul Ayman di rumah mereka di Kampung Pulau Kerbau, Tumpat semalam. Gambar kecil, Mohd. Yusof terlalu sedih ketika menyaksikan jenazah Norliza dan Amirul Ayman dikebumikan.( dibunuh perompak)
Yusof Ibrahim menunjukkan kecederaan yang dialami oleh anaknya Nur Azwar akibat ditoreh di leher dengan pisau di rumahnya Kampung Rahmat, Rantau Panjang, kelmarin.( ditoreh perompak jalanan)
 MOHAMAD NOR dan Nadzmiah  menunjukkan dawai serta wayar seterika   yang digunakan perompak untuk mengikat mereka di Kampung Gelam, Alor Setar, awal pagi kelmarin.
MOHAMAD NOR dan Nadzmiah menunjukkan dawai serta wayar seterika yang digunakan perompak untuk mengikat mereka di Kampung Gelam, Alor Setar, awal pagi kelmarin.
SIEW FOOK melihat bilik yang diselongkar dalam kejadian samun di rumahnya di Taman Yoon Chan, Seremban semalam.
MOHD. Fawzi Arshad (kanan) menunjukkan baju isteri suspek yang digunakan ketika menyamun bersama topeng dan barangan curi di IPD Kluang, semalam.
PASUKAN forensik memeriksa beberapa kesan tembakan pada cermin kalis peluru di dalam sebuah kedai emas di Jalan Sura Gate, Dungun, semalam.
PASUKAN forensik memeriksa beberapa kesan tembakan pada cermin kalis peluru di dalam sebuah kedai emas di Jalan Sura Gate, Dungun, semalam.
DISELONGKAR...kabinet televisyen diselongkar perompak terbabit.
DISELONGKAR...kabinet televisyen diselongkar perompak terbabit.
BERLUBANG...Noraini menunjukkan tingkap rumahnya yang diumpil perompak, semalam.
BERLUBANG...Noraini menunjukkan tingkap rumahnya yang diumpil perompak, semalam.
BUKTI...selimut biru digunakan penjenayah.
BUKTI...selimut biru digunakan penjenayah.
BANTU POLIS...Leong memberikan maklumat kepada pegawai penyiasat polis mengenai  rumahnya dimasuki tiga perompak menaiki kereta BMW.
BANTU POLIS...Leong memberikan maklumat kepada pegawai penyiasat polis mengenai rumahnya dimasuki tiga perompak menaiki kereta BMW.
MOKHTAR (tengah) menunjukkan alat renjatan elektrik yang dirampas daripada dua lelaki pada sidang akhbar di Johor Bahru semalam.
A. JEGAN, s. SHANMUGAM, GURUCHARAN, R. SHANMUGAM, G. MANIARASAN
MANGSA...gambar atas kiri, pekerja yang cedera di kepala akibat dihentak dengan tukul besi, gambar lain menunjukkan peralatan restoran yang dirosakkan.
MANGSA...gambar atas kiri, pekerja yang cedera di kepala akibat dihentak dengan tukul besi, gambar lain menunjukkan peralatan restoran yang dirosakkan.
SEORANG pekerja kilang mengukur saiz lubang peti besi yang ditebuk oleh perompak dalam kejadian di Bukit Rambai, Melaka semalam.(rompak kilang perabut)
RAMPAS...antara barangan yang dirampas daripada perompak, semalam.
RAMPAS...antara barangan yang dirampas daripada perompak, semalam.
Zulkifli Abdullah menunjukkan senjata dan barangan yang dirampas selepas penangkapan empat penjenayah pada sidang akhbar di Ipoh, semalam.( rompak lebih RM 1juta)
SIASAT...anggota polis forensik memeriksa mayat tiga  lelaki yang ditembak mati pagi semalam.
SIASAT...anggota polis forensik memeriksa mayat tiga lelaki yang ditembak mati pagi semalam.
(dipercayai perompak)
SIASAT...anggota Unit Forensik polis menjalankan siasatan di rumah mangsa, semalam.
SIASAT...anggota Unit Forensik polis menjalankan siasatan di rumah mangsa, semalam.
(atuk tembak perompak)
SEBAHAGIAN pekerja asing warga Vietnam yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes bunuh seorang pengawal keselamatan di sebuah kilang membuat konkrit di Sungai Petani, Kedah, semalam.( rompak kilang)
Salah seorang anak Che Omar, Mohd. Ismail Che Omar (kiri) menunjukkan kesan umpil di rumahnya di Kampung Matang Acheh, Pantai Remis yang dimasuki penyamun semalam.
DICARI... Lakaran fotofit dua suspek dipercayai terbabit dalam tiga kes ragut dan samun yang berlaku di Temerloh dari September hingga November tahun ini.
SEORANG anggota polis mengambil gambar kelongsong peluru selepas kejadian rompakan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur semalam.
PEMILIK kelab malam di Jalan Chow Kit Kuala Lumpur ini terus menghubungi polis selepas suspek meminta wang pelindungan sebanyak RM200 semalam.(penjenayah juga mempunyai rekod jenayah lampau iaitu merompak dan dadah)
KUMARAN (kiri), Ramesh (tengah) dan Karthik berjalan keluar dari
Mahkamah Sesyen selepas dituduh dengan lima pertuduhan termasuk
merompak, merogol dan meliwat mangsa semalam.
Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff (kiri) menunjukkan pistol yang dirampas daripada penyamun pada sidang media di IPK Johor Bahru, semalam.
CEDERA...kaki mangsa yang luka.
CEDERA...kaki mangsa yang luka.( kerana melawan perompak)
AMAQ Elvil (kanan) dan Mahmud dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan enam sebatan di Mahkamah Sesyen Batu Pahat, semalam.(kesalahan merompak)
CEDERA...A Lecthumi menunjukkan kepala dan badan suaminya, Vadevellu  yang ditetak perompak.
CEDERA...A Lecthumi menunjukkan kepala dan badan suaminya, Vadevellu yang ditetak perompak.
DI rumah sewa tamu Kubang Kerian, Kelantan inilah Che Rosnani dan anaknya, Shazrina Shariz didakwa merompak seorang wanita hingga mengakibatkan mangsa kerugian RM20,000 pada 1 Disember lalu.

SEBAHAGIAN barangan yang berjaya dirampas daripada keluarga yang dipercayai memukau dan memperdayakan mangsanya pada sidang media di Johor Bahru, semalam.
( tipu, pukau dan rompak)
MOHD. MOKHTAR (kanan) menunjukkan motosikal yang dirampas daripada Geng Kangkar Iblis di Johor Bahru semalam.( Geng mencuri , merompak dan meragut)
Zainuddin Yaacob menunjukkan pistol pada sidang akhbar di Balai Polis Central, Johor Bahru, semalam.( pistol yang digunakan untuk merompak)
AMIRUDDIN menunjukkan barang kemas yang berjaya dirampas di Ampang Jaya semalam.
( barang rompakan )
Jiran mengunjungi rumah Perumal (gambar kecil) yang dibunuh selepas disamun di Taman Gopeng Jaya, Ipoh semalam.

Tuesday, January 4, 2011

Lailatul Qadr

kelebihan seorang wanita..

Luasnya Neraka

dear abang,

3 Kurnian Selepas Kahwin

Duit kertas 100 trilion

SH: "

HARARE - Wang kertas lama Zimbabwe dengan nilai m:uka 100 trilion menjadi rebutan pelancong di negara itu untuk dijadikan sebagai cenderamata ekonomi.

Wang 100 trilion dolar Zimbabwe - dengan 12 angka kosong - adalah nilai tertinggi yang dikeluarkan bank negara itu dan kini dijual pada harga AS$5 (RM15) sekeping.

Wang itu, beserta wang kertas lain dengan nilai sehingga jutaan, bilion dan trilion tidak digunapakai lagi sejak dua tahun lalu apabila matawang Amerika Syarikat mula digunakan di negara itu bagi memadamkan rekod inflasi Zimbabwe yang terlampau tinggi.

Semasa kemuncak kegawatan ekonomi di negara Afrika itu pada 2008, di mana inflasi meningkat sehingga bilion peratus dan harga barang naik pada setiap jam, 100 trilion hanya mampu membeli beberapa barangan runcit.

Pelajar sekolah di Zimbabwe juga tidak dapat memahami penggunaan sebenar nombor dan angka akibat penggunaan wang kertas bernilai jutaan dan bilion dolar di negara itu.

Dalam satu lawatan sambil belajar, murid-murid tidak kagum apabila diberitahu batu granit di negara itu berusia 700 juta tahun kerana pada masa itu, 700 juta dolar Zimbabwe hanya boleh membeli sebuku roti."

Kaki Zsa Zsa Gabor kena potong

Berita Harian Online | Kaki Zsa Zsa Gabor kena potong: "


2011/01/04

LOS ANGELES: Aktres Zsa Zsa Gabor dimasukkan ke hospital di sini kelmarin untuk menjalani pembedahan membuang separuh kaki kanannya.

Gabor, dipercayai berusia 93 tahun dan tidak sihat sejak Julai lalu apabila dia patah tulang paha dan luka yang bertukar kepada ‘kereputan tisu secara meluas’, kata suaminya Frederic Prinz von Anhalt.
Selepas doktor memberi amaran dia akan mati kecuali kakinya dipotong di atas lutut, Gabor ‘menjerit dan berteriak’ kerana mahu menghabiskan sambutan Tahun Baru di rumahnya untuk sambutan tradisi minum champagne dan caviar, katanya.
Dia akhirnya dimasukkan ke Pusat Perubatan UCLA dan bersedia menjalani pembedahan petang kelmarin, katanya.

Gabor berdepan komplikasi jelas kerana usianya namun satu pembedahan berjaya mungkin mampu memanjangkan hayat aktres itu, kata jurucakapnya John Blanchette.

Sebagai seorang pelakon, Gabor yang dilahirkan di Hungary terkenal kerana peranannya dalam filem hit 1950 an Moulan Rouge dan Lili.

Bersama kakaknya Eva dan Magda, dia menjadi tarikan dalam lingkungan sosial Hollywood kerana memanggil semua orang ‘dah-ling’ dalam bahasa yang pekat. – Reuters"

Pengasas Facebook bernilai RM43b

myMetro | Pengasas Facebook bernilai RM43b: "LOS ANGELES: Facebook menarik pelaburan sebanyak AS$500 juta (RM1.5 bilion) dalam perjanjian yang meningkatkan nilai syarikat berkenaan menjadi AS$50 bilion (RM155 bilion), sekali gus menjadikan pengasasnya, Mark Zuckerber kini bernilai hampir AS$14 bilion (RM43.4 bilion).

Goldman Sachs semalam melabur AS$450 juta (RM1.4 bilion) sementara syarikat pelaburan Russia, Digital Sky Technologies melabur AS$50 juta (RM155 juta), lapor akhbar New York Times.


Pengaliran tunai baru itu akan membolehkan Facebook menarik dan mengekalkan kakitangan dan membangunkan lebih banyak produk.

Menurut akhbar itu, Goldman merancang mewujudkan syarikat khas untuk membolehkan pelanggannya melabur dalam Facebook.


Dengan bernilai AS$50 bilion (RM155 bilion), ia akan meningkatkan nilai Facebook lebih tinggi berbanding TYahoo, eBay dan Time Warner. - Agensi"

Helmet maut RAF

CANGGIH...topi keledar yang menjadi senjata baru juruterbang RAF.
CANGGIH...topi keledar yang menjadi senjata baru juruterbang RAF.


LONDON: Topi keledar era angkasa lepas baru ini akan membolehkan juruterbang Tentera Udara Diraja Britain (RAF) menembak jatuh pesawat dengan hanya melihatnya.
‘Topi keledar maut’ yang berharga �250,000 (RM1.2 juta) itu menyerupai kelengkapan yang digunakan pelakon filem Star Wars dan satu daripada kemajuan terbesar yang pernah dicapai dalam keupayaan melakukan serangan.

Apa yang perlu dilakukan oleh seseorang juruterbang untuk memusnahkan musuhnya ialah dengan merenungnya saja.

Sasaran akan muncul dalam pelindung muka juruterbang, membolehkannya memilih sasaran dan menembak.

Lebih menarik lagi, dia boleh menembak sasaran yang berada di sisi, atas atau bawah, asalkan ia boleh dilihat. Ia berfungsi dengan menggunakan penderia pada topi keledar itu.


Ia akan dikesan oleh penderian lain dalam kokpit.

Juruterbang, Mark Bowman berkata: “Ia bermakna berakhirnya pertempuran di udara. Biasanya anda perlu berada di belakang pesawat musuh.
“Dengan topi keledar baru ini, saya menghalakan senjata dengan kepala saya.”Topi keledar baru itu yang dicipta oleh syarikat Britain, BAE Systems, kini digunakan oleh juruterbang pesawat Typhoon RAF. - AgensimyMetro | Helmet maut RAF

Pengasas Facebook makin kaya

MARK ZUCKERBERG

NEW YORK - Pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg yang berusia 26 tahun semakin kaya ekoran pelaburan baru yang dibuat oleh dua pelabur baru, lapor sebuah akhbar semalam.

Ekoran pelaburan baru itu, nilai kekayaan Zuckerberg kini hampir AS$14 bilion (RM42.92 bilion).

Firma Goldman Sachs membuat pelaburan sebanyak AS$450 juta (RM1.37 bilion) dan syarikat Digital Sky Technologies membuat pelaburan AS$50 juta (RM153.30 juta).

Pelaburan dalam bentuk wang tunai itu membolehkan Facebook mengupah pekerja baru selain mengekalkan pekerja sedia ada.

Ia juga menyebabkan nilai Facebook meningkat kepada AS$50 bilion (RM153 bilion).

Zuckerberg yang memiliki suku saham dalam laman itu dan bilionair termuda di dunia akan meningkatkan kekayaannya kerana sebelum ini majalah Forbes membuat anggaran kekayaannya berjumlah AS$6.9 bilion (RM21.15 bilion) semasa Facebook bernilai AS23 bilion (RM70.51 bilion). - Agensi"Kosmo! Online - Dunia: "

Ular ancam mangsa banjir di Australia

Kosmo! Online - Dunia: "

SEEKOR ular menyeberangi sebuah lebuh raya yang dilanda banjir di Rockhampton, Australia semalam.

ROCKHAMPTON, Australia - Pihak berkuasa Australia bimbang mengenai tahap kesihatan dan keselamatan mangsa banjir yang pulang ke rumah masing-masing kerana mereka berdepan risiko dengan ular berbisa dan labah-labah, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebanyak enam peluru antibisa ular dan 10 suntikan antibisa merupakan antara ubat-ubatan yang dihantar kelmarin ke Rockhampton sebagai persedian menghadapi serangan ular.

Jurucakap kesihatan menjelaskan bahawa ular dan labah-labah suka bersembunyi di dalam rumah dan bangunan ketika banjir melanda.

Seorang penduduk di sebuah kampung di Depot Hill, Barry Moessinger memberitahu bahawa dia ternampak kira-kira 15 ekor ular dalam masa sehari pada minggu lalu.

'Ular sangat banyak kerana di sini terdapat tikus, katak dan kami tahu ular akan datang,' kata Moessinger.

Datuk Bandar Rockhampton, Brad Carter turut menjelaskan bahawa banjir itu juga mempunyai risiko buaya kerana terdapat beberapa ekor reptilia itu di Sungai Fitzroy.

- Agensi"

Saintis cipta hujan lebat di gurun





DUBAI - Sekumpulan saintis berjaya menghasilkan kira-kira 50 hujan lebat di rantau Al-Ain, Abu Dhabi pada tahun lalu dengan menggunakan teknologi ion, lapor sebuah akhbar semalam.

Para saintis tersebut dilantik oleh Presiden Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan untuk melaksanakan projek rahsia itu.

Kebanyakan hujan lebat itu berlaku semasa kemuncak musim panas iaitu pada bulan Julai dan Ogos.

Semasa hujan itu turun pada tahun lalu, penduduk bingung dengan kehadiran hujan lebat tersebut yang kadangkala diikuti dengan ribut petir.

Para saintis ini menggunakan pengion gergasi berbentuk seperti terendak lampu yang dipasang pada batang-batang besi untuk menjana medan partikel bercaj negatif yang dipanggil elektron.

Keadaan ini menggalakkan pembentukan awan dan diharap dapat menghasilkan hujan.

Dalam satu video rahsia, pengasas syarikat Switzerland yang bertanggungjawab ke atas projek tersebut, Metro Systems International mengakui usaha itu akhirnya membuahkan kejayaan.

"Kami berjaya menghasilkan hujan," kata pengasas Metro Systems International, Helmut Fluhrer.

Pada bulan Jun lalu, Metro Systems telah membina lima tapak pengionan yang setiap satu mengandungi 20 pemancar.

Pemancar itu mampu menghantar bertrilion-trilion ion yang membentuk awan ke atmosfera.

Menurut akhbar Sunday Times, sistem itu dipercayai berjaya menghasilkan hujan buat pertama kalinya.

Projek untuk mencipta hujan itu dipercayai melibatkan kos £7 juta (RM33.21 juta). - AgensiKosmo! Online - Dunia

Imej Kucing Merah berjaya dirakam di Pulong Tau

IMEJ seekor Kucing Merah yang berjaya dirakam
di Taman Negara Pulong Tau, Miri, baru-baru ini.

KUCHING 3 Jan. - Imej seekor kucing yang amat jarang ditemui di dunia, Kucing Merah atau nama saintifiknya Catopuma Badiaberjaya dirakamkan oleh perangkap kamera di Taman Negara Pulong Tau, Miri, baru-baru ini.
Pengarah Projek Taman Negara Pulong Tau, Pertubuhan Kayu-Kayan Tropika Antarabangsa (ITTO), Dr. Paul Chai Pang Kiong berkata, tiga imej kucing berkenaan berjaya dirakamkan oleh Jabatan Hutan Sarawak dan Sarawak Forestry Corporation (SFC) melalui perangkap kamera yang ditaja oleh Persatuan Kayu-Kayan Sarawak (STA).
"Kehadiran Kucing Merah itu membuktikan kepentingan Taman Negara Pulong Tau sebagai kawasan yang menjadi habitat spesies terancam dan jarang ditemui.
"Kali terakhir imej Kucing Merah berjaya dirakam ialah pada 2003 oleh perangkap kamera di Santuari Hidupan Liar Lanjak Entimau melalui satu penyelidikan bersama yang dipelopori Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pada 2003," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Memperincikan mengenai spesies Kucing Merah itu, Pang Kiong berkata, haiwan berkenaan berada dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semulajadi (IUCN).
Katanya, ia juga tersenarai dalam Apendiks II Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Flora dan Fauna Terancam (CITES) sekali gus merupakan spesies dilindungi di Sarawak.
"Saiz Kucing Merah yang matang biasanya menyamai kucing domestik yang besar, cuma ekornya amat panjang.
"Badannya mempunyai dua adunan warna iaitu merah lebih banyak berbanding kelabu," katanya.utusan

Pewarna teh tiruan rosakkan hati


KUALA LUMPUR 3 Jan. – Bahan pewarna sintetik atau tiruan yang digunakan dalam pembuatan teh timbang boleh mendatangkan komplikasi buruk kepada organ hati sekiranya pengambilannya diamalkan.
Pakar pemakanan, Heng Kiang Soon berkata, penggunaan pewarna tiruan hanya untuk menjadikan sesuatu makanan lebih menarik, tetapi membahayakan penggunanya.
‘‘Masyarakat seharusnya mengelak daripada membeli makanan yang menggunakan pewarna tiruan seperti teh timbang kerana kesannya amat buruk kepada hati manusia.
‘‘Bahan tersebut bukan hanya digunakan untuk membuat teh timbang malah penggunaannya melibatkan banyak produk lain contohnya minuman dan makanan ringan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan mengenai teh timbang atau teh sukat yang amat digemari oleh penduduk di Kelantan yang sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan.
Ketua Penolong Pengarah Kanan (Keselamatan dan Kualiti Makanan) Jabatan Kesihatan Kelantan, Ahmad Nadzri Sulaiman berkata semalam, teh berkenaan yang sering digunakan peniaga kedai kopi sebenarnya mengandungi bahan pewarna tiruan (bukan semula jadi) yang berbahaya kepada kesihatan.
Kiang Soon menambah, fungsi organ hati akan terjejas jika terus dibebankan dengan bahan-bahan tiruan tersebut.
Katanya, ibu bapa perlu sedar kesan buruk yang bakal dialami dengan pengambilan pewarna tersebut berlebihan khususnya kepada anak-anak kecil.
‘‘Selain teh timbang, makanan ringan kanak-kanak juga menggunakan bahan pewarna tiruan yang agak tinggi supaya produk tersebut lebih menarik untuk dimakan,” katanya.

Sut John Lennon dijual pada harga AS$46,000

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

04/01/2011 3:04am

STAMFORD 4 Jan. - Dua pasang sut putih John Lennon yang dipakai untuk kulit album The Beatles “Abbey Road” telah dijual dalam satu majlis lelongan di Connecticut pada AS$46,000 (RM141,036).

Sut tersebut dan beberapa lagi barangan kumpulan tersebut dijual Sabtu lalu di galeri Branswell dalam satu majlis lelongan yang dianjurkan bersempena sambutan tahun baru. - Agensi"