Pages

Tuesday, January 4, 2011

Kaki Zsa Zsa Gabor kena potong

Berita Harian Online | Kaki Zsa Zsa Gabor kena potong: "


2011/01/04

LOS ANGELES: Aktres Zsa Zsa Gabor dimasukkan ke hospital di sini kelmarin untuk menjalani pembedahan membuang separuh kaki kanannya.

Gabor, dipercayai berusia 93 tahun dan tidak sihat sejak Julai lalu apabila dia patah tulang paha dan luka yang bertukar kepada ‘kereputan tisu secara meluas’, kata suaminya Frederic Prinz von Anhalt.
Selepas doktor memberi amaran dia akan mati kecuali kakinya dipotong di atas lutut, Gabor ‘menjerit dan berteriak’ kerana mahu menghabiskan sambutan Tahun Baru di rumahnya untuk sambutan tradisi minum champagne dan caviar, katanya.
Dia akhirnya dimasukkan ke Pusat Perubatan UCLA dan bersedia menjalani pembedahan petang kelmarin, katanya.

Gabor berdepan komplikasi jelas kerana usianya namun satu pembedahan berjaya mungkin mampu memanjangkan hayat aktres itu, kata jurucakapnya John Blanchette.

Sebagai seorang pelakon, Gabor yang dilahirkan di Hungary terkenal kerana peranannya dalam filem hit 1950 an Moulan Rouge dan Lili.

Bersama kakaknya Eva dan Magda, dia menjadi tarikan dalam lingkungan sosial Hollywood kerana memanggil semua orang ‘dah-ling’ dalam bahasa yang pekat. – Reuters"

No comments: