Pages

Monday, October 18, 2010

'Diracik, dimandi dan dikebumi'





EMPAT tahun lalu, Rahmat Mahdan, 52, sedih apabila melihat taburan kertas yang tertera ayat-ayat suci al-Quran di sebuah pusat pengumpulan barang kitar semula.
Perasaan sayu itu lantas membuatkannya terdetik untuk melakukan sesuatu.
Demi mengelakkan keadaan tersebut daripada terus berulang, dia berazam untuk mendapatkan ruang sempurna bagi mengurus dan menyelamatkan wahyu Allah itu daripada dibiarkan sebegitu.
Nalurinya ternyata gusar apabila memikirkan tentang sikap tidak peduli segelintir umat Islam mengenai perkara itu.
Memang adakalanya, ayat- ayat al-Quran yang sudah terkoyak daripada kitabnya atau daripada petikan bahan bacaan ilmiah lain tidak lagi boleh disimpan atau dimanfaatkan. Namun, membuang dengan sesuka hati bukanlah jawapannya.
“Masyarakat pada hari ini mudah menyerahkan segala urusan kitar semula menggunakan khidmat pengumpul surat khabar lama yang selalu datang ke kawasan kediaman dengan lori.
“Lebih menyayat hati apabila bahan bacaan yang hendak dilupus itu terkandung ayat-ayat suci al-Quran.
“Adakah mereka terfikir tentang ‘nasib’ kesucian wahyu Allah itu?” keluh pemilik dan peneraju syarikat Percetakan Saufi Sdn. Bhd. tersebut.
Dia bagaimanapun tidak menafikan faktor kesibukan urusan kerja menjadikan segolongan orang terlupa akan hal itu.
Rahmat mula berfikir panjang untuk berbakti atas matlamat melindungi kandungan al-Quran dan hadis Rasulullah.
LAMBAKAN al-Quran dan buku ilmiah menunggu waktu dilupuskan.


Sebagai langkah awal, Rahmat mengumpulkan pandangan daripada beberapa orang tokoh agama seperti Imam Satu masjid Wilayah Persekutuan, Ustaz Moghni Israri dan Pengetua Darul Quran Selangor, Ustaz Azahari Othman.
Malah, kunjungan tenaga pengajar dari Masjidil Haram, Mekah, Dr. Syeikh Md. Idrees Al-Mashrafe ke Malaysia juga menjadi peluang buat Rahmat merujuk kepadanya mengenai hal tersebut.
Selanjutnya, Rahmat mengambil inisiatif dengan melihat sendiri cara terbaik pelupusan al-Quran di beberapa buah negara terpilih.
“Tiga tahun lalu saya berkesempatan ke beberapa lokasi seperti Hanoi, Singapura, Indonesia dan Syria untuk menimba pengalaman kerana saya sangat berhajat untuk membuka tapak khas bagi pengurusan pelupusan ayat-ayat suci.
Memelihara dan melupus
“Ayat suci al-Quran ini tidak akan dicampurkan dengan sebarang bahan bacaan lain. Saya mahu memeliharanya sebaik mungkin dan melupuskannya dengan cara betul,” terangnya.
Rahmat juga memberitahu, kebiasaannya sesetengah orang Islam memilih untuk membakar dan menanam ayat-ayat suci itu.
Bagaimanapun, jika diamati, helaian kertas yang terdapat ayat al-Quran tidak mampu hancur sepenuhnya apabila ia dibakar dengan cara biasa.
Malah ketika dibakar, serpihan itu mudah berterbangan dengan kesan petikan ayat yang masih tertera. Jadi, proses itu tidak mampu melupuskannya dengan sempurna.
“Ramai yang pilih untuk membuat cara begitu, kemudian ditanam. Tetapi jika ia ditanam di kawasan yang cenderung menjadi laluan orang ramai, ia tetap meragukan kerana kalimah al-Quran tidak boleh dilangkah,” jelasnya yang antara lain mengingatkan orang ramai tentang ‘nasib’ potongan ayat al-Quran yang turut terdapat dalam sesetengah kad jemputan perkahwinan.
Hajat terlaksana
Berkat kesungguhan mengejar matlamatnya, Rahmat kini mampu menarik nafas lega kerana dikurniakan rezeki untuk menyediakan sebidang tanah sebagai tapak pelupusan al-Quran.
Terletak di Batu 10 Cheras, Kajang, Selangor, lokasi itu menempatkan sebuah gudang yang dipenuhi timbunan al-Quran lama, hadis dan buku pembelajaran agama.
Di situ, kelihatan dua orang pekerja wanita tekun mengoyakkan helaian buku satu persatu.
INSINERATOR rekaan Rahmat perlu dipanaskan terlebih dahulu sebelum proses pelupusan dimulakan.


“Kertas-kertas itu diasingkan mengikut kategori. Helaian al-Quran tidak dicampur dengan helaian bahan bacaan lain. Proses itu perlu dipastikan dahulu sebelum ia dimasukkan ke dalam mesin peracik khas,” ujarnya yang ketika ini menghadapi cabaran mendapatkan tenaga kerja yang mencukupi.
“Saya kadangkala terpaksa menolak jika ada pihak yang mahu menghantar bahan untuk dilupuskan dalam kuantiti yang banyak. Bukannya tidak mahu terima tetapi kapasiti gudang dan tenaga kerja saya belum mengizinkan.
“Tetapi kalau setakat sekotak dua, saya masih terima,” ujar Rahmat yang mempunyai pengalaman selama 23 tahun dalam bidang percetakan.
Sementara itu, sebuah mesin pembakar khas (insinerator) ditemui krew Kosmo! di luar gudang tersebut. Diperbuat daripada keluli tahan karat, rekaannya mendapat sentuhan idea Rahmat sendiri dan ditempah khas setelah menimba pengetahuan sepanjang lawatannya ke beberapa buah negara sebelum ini.
“Maaf, kos mesin ini tidak boleh saya dedahkan. Yang pasti, apabila kita mereka sendiri, ia lebih murah. Nilainya tidak penting, paling utama saya mahu mendapat sokongan masyarakat untuk sama-sama berkongsi menyelamatkan al-Quran,” katanya.
Suhu 700 darjah Celsius
Proses pembakaran dilakukan secara berkala iaitu dua kali seminggu. Setiap kali sesi membakar, mesin itu dipanaskan terlebih dahulu dan ia mengambil masa selama enam jam.
Tempoh itu diperlukan bagi mencapai tahap suhu sehingga 700 darjah Celsius dan ketika itu barulah kertas-kertas dimasukkan dan dapat dibakar sepenuhnya sehingga hancur. Untuk proses pembakaran yang selesai dalam masa 30 minit itu sahaja, sebanyak empat tong gas diperlukan.
“Hasil daripada pembakaran itu, bahan bakar itu menjadi abu yang kemudian terkumpul di bahagian bawah dan belakang mesin pembakar itu,” terang Rahmat yang lazimnya akan menyudahkan sendiri proses tersebut.

SEORANG petugas sedang meracik helaian kertas yang sudah diasingkan mengikut kategori.


Menurutnya, pendekatan seperti membuang abu ke laut tidak digunakan kerana ia mungkin berhadapan dengan masalah. Antaranya adalah abu tersebut tidak tenggelam atau mengalir dengan teratur.
“Faktor cuaca seperti angin juga boleh menolak haluan abu tersebut. Silap perhitungan, habis muka dan badan melekat dengan abu itu,” selorohnya sambil tergelak kecil.
Maka, langkah seterusnya adalah dengan meletakkan abu tersebut di dalam bekas dan ‘dimandikan’. Abu terbabit digaul rata dengan air untuk memudahkannya dimasukkan ke dalam tong.
Tanpa perlu tong-tong itu dibawa jauh, Rahmat telah pun menyediakan telaga khas di kawasan yang sama. Dibina sedalam 3.5 meter, telaga itulah tempat ‘persemadian’ akhir bagi abu tersebut.
“Kita akan ‘kebumikan’ abu tadi ke dalam telaga ini. Proses ini menjimatkan masa, tenaga dan pengangkutan kerana pengurusan satu tan abu boleh disiapkan dalam masa 20 minit,” jelasnya.http://www.kosmo.com.my

Uji kenderaan baru guna alat kawalan jauh



SEORANG wanita menguji sebuah kenderaan Mitsubishi Outlander Sport dengan menggunakan alat kawalan jauh di sebuah kawasan di California baru-baru ini.


LOS ANGELES - Pengeluar kenderaan Mitsubishi menjadi syarikat yang pertama di dunia membenarkan pelanggan menguji kenderaan utiliti sport (SUV) dengan menggunakan alat kawalan jauh, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Syarikat dari Jepun tersebut menggunakan teknologi yang membolehkan pelanggan-pelanggannya menguji kenderaan Outlander Sport tetapi dengan kelajuan cuma 48 kilometer sejam.
Ujian seperti permainan video itu merupakan yang pertama di dunia.
Kenderaan yang diuji itu dilengkapi dengan perkakasan alat kawalan jauh termasuk kamera dan Sistem Panduan Arah (GPS).
Pelanggan-pelanggan dikatakan boleh menguji kenderaan itu yang berharga AS$22,387 (RM69,052) dengan menggunakan alat kawalan jauh dari rumah. - Agensihttp://www.kosmo.com.my

Robot menari, menyanyi dengan kawalan tetikus



ROBOT wanita (tiga dari kanan) setinggi 1.58 meter menyanyi dan menari bersama beberapa penari lain di Ekspo Kandungan Digital di Tokyo semalam.


TOKYO - Penyelidik-penyelidik di Institut Lanjutan Sains dan Teknologi Jepun mencipta robot wanita yang boleh menyanyi dan menari serta dikawal dengan tetikus.
Robot yang dinamakan HRP-4C itu dipamerkan pada Ekspo Kandungan Digital di Tokyo semalam.
Dengan menggunakan tetikus komputer, pengguna dengan mudahnya boleh mencipta pergerakan robot itu seperti menari dan melompat.
Satu perisian yang dicipta akan mengira jangkaan pergerakan robot itu seperti bila ia bakal melompat.
"Dengan perisian itu, kita berharap akan menjadikan robot bergerak, menyanyi dan berjalan dalam satu pertunjukan fesyen. Kami mahu mencipta satu kandungan baru teknologi industri," kata seorang penyelidik dari institut itu, Shinichiro Nakazawa. - Agensihttp://www.kosmo.com.my

Misteri kereta dipandu ke laut


SEPARUH badan kereta Corvette ditenggelami air laut di Pantai Pasifik dekat San Diego, Amerika Syarikat pada Khamis lalu.


SAN DIEGO - Separuh badan kereta sport Corvette baru berharga AS$50,000 (RM154,225) ditenggelami air laut di Pantai Pasifik dekat sini selepas ia dipandu oleh seorang lelaki misteri, lapor sebuah akhbar semalam.
Beberapa saksi berkata, kereta berwarna kuning itu berpusing di pasir pantai sebelum kenderaan tersebut tersekat di dalam laut.
Seorang lelaki berumur 39 tahun dan isterinya berusia 36 tahun ditahan polis untuk disoal siasat sebelum mereka dihantar ke sebuah pusat pemulihan dadah.
Menurut pasangan itu, mereka menyewa kereta itu daripada syarikat Hertz.
Pasangan tersebut menyatakan, mereka pergi ke Pub West End di pantai itu dan berkenalan dengan seorang lelaki misteri yang namanya tidak diketahui.
Lelaki berkenaan memberitahu pasangan suami isteri itu bahawa dia tidak pernah memandu kereta sport tersebut.
Dia kemudian meminta kebenaran daripada pasangan itu untuk memandu kereta itu.
Apa yang menghairankan ialah pasangan suami isteri tersebut bersetuju membenarkan lelaki berkenaan memandu kereta Corvette itu.
"Mereka (pasangan suami isteri itu) menafikan mengetahui bagaimana kereta itu boleh memasuki air laut," kata seorang pegawai polis, Leftenan Andra Brown.
"Pasangan itu cuma mengakui mereka merupakan penumpang dalam kereta berkenaan," tambahnya.
Lelaki misteri yang memandu kereta itu kemudian menghilangkan diri dan polis kini memburunya.
Jika lelaki itu ditemui, dia mungkin terpaksa membayar kos polis, perkhidmatan helikopter dan jabatan bomba yang dipanggil ke tempat kejadian. - Agensihttp://www.kosmo.com.my

Jurugambar Britain menang syarikat filem lucah




LONDON - Seorang jurugambar Britain, Lara Jade Coton (gambar) menang ganti rugi £82,000 (RM252,929) dalam samannya ke atas sebuah syarikat filem lucah di Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.
Jurugambar itu menyaman syarikat filem lucah TVX Films dari Texas, AS selepas ia menggunakan gambarnya untuk kulit video cakera digital (DVD) tanpa kebenarannya.
Syarikat filem itu menggunakan gambar yang dirakamkan semasa dia berumur 14 tahun. Gambar tersebut disiarkan di Internet sebelum ia digunakan oleh syarikat penerbitan lucah itu.
Jurugambar itu yang kini berumur 21 tahun berkata: "Saya tidak mahu dikenali sebagai gadis industri filem pornografi. Saya berasa gembira kerana kes itu pada akhirnya selesai."
Menurutnya, kes itu yang difailkan di sebuah mahkamah di Tampa, Florida, AS bukan bertujuan untuk mendapatkan wang.
"Saya perlu mempertahankan hak saya dalam pekerjaan termasuk reputasi profesional dan peribadi saya," katanya. Hakim yang memberikan kemenangan kepada jurugambar itu menyatakan, imej tersebut memberikan gambaran seolah-olah gadis berkenaan bekerja dalam industri lucah. - Agensihttp://www.kosmo.com.my

Kereta buatan Jepun dirosakkan


BEBERAPA orang melihat sebuah kereta yang diterbalikkan penunjuk perasaan di bandar Mianyang, wilayah Sichuan, China semalam.


BEIJING - Para penunjuk perasaan semalam mengambil bahagian dalam hari kedua protes terhadap Jepun walaupun pemerintah China meminta rakyatnya bertenang.
Menurut sebuah agensi berita semalam, para penunjuk perasaan anti-Jepun membaling batu ke arah restoran Jepun, memecahkan tingkap kereta buatan negara itu dan bertempur dengan polis di bandar Mianyang, wilayah Sichuan.
Sikap penduduk China itu berlaku selepas hubungan ekonomi antara kedua-dua negara kian tegang pada bulan lalu.
Ketegangan itu bermula selepas pihak berkuasa Jepun menangkap seorang nelayan China apabila kapalnya berlanggar dengan bot peronda Jepun dekat sebuah pulau yang menjadi perebutan kedua-dua buah negara.
Pulau yang menjadi rebutan itu, Senkaku, mempunyai potensi simpanan minyak dan gas yang banyak di Laut China Utara.
Selepas tunjuk perasaan pertama berlaku kelmarin, pemerintah China semalam meminta rakyatnya bertenang namun ia tidak dihiraukan oleh penduduk di wilayah Sichuan.
"Kami menyatakan bahawa patriotisme sepatutnya disuarakan dengan rasional dan berdasarkan undang-undang. Kami tidak bersetuju dengan tindakan tidak rasional yang melanggar undang-undang dan peraturan," kata jurucakap Kementerian Luar China, Ma Zhaoxu. - Agensihttp://www.kosmo.com.my

Lelaki kahwin dua dalam tempoh 24 jam


AZHAR HAIDRI (kanan) duduk bersama saudara-maranya di Multan malam kelmarin.


MULTAN - Seorang pemuda Pakistan berumur 23 tahun, Azhar Haidri merancang untuk berkahwin dengan dua wanita dalam tempoh 24 jam. Rancangan itu mendapat perhatian ramai penduduk di Pakistan kerana pemuda tersebut mahu menyelesaikan dilema yang menghantui dirinya.
Dilema yang dihadapinya itu ialah dia jatuh cinta dengan seorang wanita berusia 21 tahun, Rumana Aslam.
Bagaimanapun, keluarganya mahu Azhar berkahwin dengan seorang wanita berumur 28 tahun, Humaira Qasim yang menjadi tunangnya sejak dia kecil.
Dia pada mulanya enggan untuk berkahwin dengan wanita pilihan keluarganya itu.
Namun, disebabkan ancaman kemungkinan keluarganya berpecah-belah, dia merancang untuk berkahwin dengan kedua-dua wanita tersebut.
"Saya membuat tawaran saya akan bernikah dengan kedua-duanya," kata Azhar sebelum dia bernikah dengan wanita pilihan keluarganya itu di bandar Multan semalam.
Menurutnya, kedua-dua wanita itu bersetuju untuk berkahwin dengannya.
Dia akan berkahwin dengan wanita pilihan hatinya itu pada hari ini.
Beberapa stesen televisyen di Pakistan merancang untuk membuat liputan majlis perkahwinan Azhar secara langsung kerana ia dianggap unik.
Kedua-dua wanita itu menyatakan mereka berpendapat tolak ansur merupakan satu cara penyelesaian yang terbaik.
Mereka merancang untuk hidup sebagai kakak dan adik serta rakan.
"Saya berasa gembira kerana kami akan menyintai lelaki yang sama," kata Rumana.
Azhar yang merupakan seorang pengamal perubatan herba menganggap dirinya bertuah.
"Adalah sesuatu yang jarang berlaku apabila dua wanita bersetuju untuk berkahwin dengan seorang lelaki," katanya. - APhttp://www.kosmo.com.my

Bakal pengantin hilang


Sabariah menunjukkan gambar anaknya, Rozaliya yang hilang di Kemaman semalam.


KEMAMAN - Seorang gadis, Rozaliya Mat Lazim (gambar) yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 12 November depan hilang ketika keluar membeli barang-barang persiapan untuk hari bahagianya di Kuantan pada 13 Oktober lalu.
Keluarga mangsa mendakwa, Rozaliya, 20, hilang selepas gadis itu menghantar dua mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada tunangnya berbunyi 'ada dua lelaki sedang mengekori' dan 'abang datang cepat, saya takut'.
Ibu mangsa, Sabariah Mansor, 42, memberitahu, anaknya dijemput tunangnya, Mohd. Helmi Mohd. Nor, 24, dengan sebuah kereta kira-kira pukul 11 pagi dari rumahnya di Bandar Baru Cheneh dekat sini pada Rabu lalu.
"Tetapi kira-kira pukul 6 petang saya dihubungi Helmi menyatakan anak saya hilang," katanya ketika ditemui di rumahnya dekat sini semalam.
Menurut Sabariah, Mohd. Helmi yang bekerja sebagai pegawai Felda memberitahu dia meninggalkan Rozaliya di pasar raya Mydin, Kuantan sejurus tiba di sana kerana terpaksa kembali ke pejabatnya di Bandar Baru Cheneh ekoran ada urusan kerja yang perlu diselesaikan segera.
"Ketika Mohd. Helmi baru saja tiba di pejabatnya dia dapat dua SMS daripada anak saya dan dia cuba menghubungi anak saya tetapi gagal menyebabkan dia pergi semula ke Kuantan kira-kira pukul 3 petang," katanya sambil menyatakan anaknya bertunang pada bulan Februari lalu.

Berita Nasional TV1 lewat 12 minit



BERITA Nasional di TV1 disiarkan lewat 12 minit malam tadi.


KUALA LUMPUR – Para penonton TV1 yang menunggu siaran Berita Nasional TV1 yang sepatutnya disiarkan pada pukul 8 malam tadi terkejut apabila siaran berita itu terlewat dan hanya dimulakan 12 minit kemudian.
Kelewatan yang agak lama itu menimbulkan kehairanan banyak pihak terutama peminat setia siaran Berita Nasional yang disiarkan oleh RTM kerana biasanya ia ke udara tepat pada pukul 8 malam.
Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya berkata, beliau masih belum menerima laporan lengkap mengenai kelewatan itu.
“Saya diberitahu tentang kelewatan itu semasa permulaan siaran dan mengarahkan supaya perkara itu diatasi segera,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Beliau kini berada di Tokyo, Jepun.
Ibrahim berkata, beliau belum pasti punca sebenar yang mengakibatkan kelewatan siaran tersebut tetapi memberi jaminan akan menyiasat masalah itu.

9 Tanaman Alami Penghilang Bau Badan !


Bau badan berlebih membuat kita jadi ga percaya diri saat harus berkumpul dengan teman-teman kita, nah sebetulnya banyak tanaman asli negeri sendiri yang bisa di jadikan sebagaideodorant alami untunk menghilangkan bau badan tadi, berikut ini tanaman-tanaman yang bisakita gunakan.

1. Daun Sirih

Sudah sejak lama dikenal berkhasiat sebagai antiseptic juga mengandung zat-zat aktif yangt mampu mengusir bau badan yang disebabkan oleh bakteri atau jamur. Mengandung bahan kimia di dalam minyak atsirinya : al. kadinen, kavikol, seneol, eugeol, karvakol dan zat samak.

Cara pakai : Beberapa helai daun sirih direndam dalam air panas, setelah dingin airnya diminum. Atau daun sirih dihaluskan bersama kapur sirih lalu di oleskan di ketiak.

2. Daun Bluntas

Biasa ditanam sebagai tanaman pagar dan mempunyai sifat khas berbau langu dan rasanya getir. Daun dan bunga bluntas mengandung alkali yang bertindak sebagai antiseptic. Kandungan kimia al. amino (leusin, isoleusin, triptofan, treoin), lemak, kalsium, fosfor, besi, vitamin A dan C.

Cara Pakai : dimakan sebagai lalap mentah atau dikukus, boleh juga minum rebusan airnya.

Efek samping : dapat menurunkan suhu tubuh dan mendinginkan badan, dengan begitu banyak keringat yang keluar dan suhu tubuh menjadi turun.

3. Daun kemangi

Mengandung antiseptic.

Cara pakai : Dilalap mentah, biasanya menjadi pelengkap lalap pecel lele.

Efek samping : meningkatkan selera makan. Jika dikonsumsi 1 genggam pagi dan sore selama masa haid maka BB yang sering menghinggapi perempuan haid akan berkurang.

4. Rimpang Temulawak

Kandungan kimia al. sapomin, flavioinoida dan minyak atsiri.

Cara Pakai : minum rebusan rimpang temulawak yang telah diiris halus, air perasan temulawak parut yang ditambahkan sedikit madu. Parutan rimpang temulawak dapat juga dibalurkan keseluruh tubuh hingga mengering.

5. Bunga Kecombrang (Nicolaia sp.)

Menganduing Sapomin, flavoinoida dan polifenol.

Cara Pakai : daun muda dan bunga di masak dan dimakan sebagai teman lauk. Di daerah tertentu dimasak sebgai sayur lodeh

6. Jeruk Purut ( limau purut)

Cara pakai : Minum sari campuran kulit jeruk purut dengan sebatang kencur dihaluskan bersama dengan air secukupnya

7. Jeruk Nipis ( limau nipis)

Cara pakai : Air perasan jeruk nipis dicampur kapur sirih dibalurkan di ketiak

8. Jahe (zingiber Officinale)(halia)

Sebagian besar orang India percaya kalau rajin mengkonsumsi Jahe bisa membuat badan sesorang menebarkan aroma sedap. Menurut Pen Chao Cing dari kaisar Shen Nong (3000 SM), jahe segar dapat dapat menghilangkan bau badan sekaligus mendekatkannya pada aura spiritual.

Cara pakai : diminum sebagai Wedang jahe

9. Ketimun / mentimun (Cucumis sativus)

Cara pakai : Sari buah ketimun muda digosokkan ke ketiak setiap habis mandi.

Pengantin diarak dengan skylift


TNB Pelabuhan Klang meraikan perkahwinan Muhammad Nurul Jamil Shamsuddin bersama pasangannya, Nurfarehan Muhammad Rosli dengan berarak sejauh 200 meter menggunakan skylift di Taman Haji Ismail, Sungai Pinang, Kapar, Klang, semalam.



KLANG 17 Okt. - Seorang juruteknik Tenaga Nasional Berhad (TNB), Muhammad Nurul Jamil Shamsuddin, 24, memilih untuk diarak dengan menaiki skylift bagi mengabadikan detik manis perkahwinannya.
Dia dan isteri, Nurfarehan Muhammad Rosli, 22, diarak menaiki skylift sejauh 500 meter bermula dari Stesen Petronas Batu Belah hingga ke rumahnya di Taman Haji Ismail, Kampung Sungai Pinang, di sini.
Menurut Muhammad Nurul Jamil yang bekerja di TNB cawangan Pelabuhan Klang, idea berarak menaiki skylift itu dicadangkan oleh Ir. Ahmad Barodi Che Noh yang merupakan pengurus TNB kawasan Pelabuhan Klang.
"Saya terus bersetuju dan teruja kerana skylift merupakan kenderaan yang saya naik pada hari pertama bekerja sebagai juruteknik.
"Tetapi isteri saya gayat kerana semasa berarak skylift itu hanya setinggi tiga meter tetapi masa kami turun, ia dinaikkan setinggi sembilan meter," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Dia juga gembira kerana perkenalannya selama setahun dengan Nurfarehan yang merupakan sub kontraktor TNB berakhir ke jinjang pelamin.sumber

DIARI SEORANG ISTERI

Diari Seorang Isteri
By Whitey Mommy On Saturday, June 12, 2010
Lelaki Mesti Baca

Sedih betul saya baca nota ini... menitis air mata saya... kalau baca berulang2 kali pun masih lagi air mata ini akan bergenang... cerita ini mungkin nampak macam rekaan tapi saya yakin yang ini sememangnya betul2 berlaku dalam hidup seseorang... saya ingin berkongsi nota ini dengan semua pembaca...

******************************************************************

Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.

"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pada Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri, it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl. Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania. Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.

Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung, Zakri tidak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandungkan anak dia atau bukan. Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima, baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya ini pula yang terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di akal fikiran Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kan Nisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal, tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa sakit didada. Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu boleh terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun boleh jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni "kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif. Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakon yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,t akut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis. Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan membengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah cafe?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha" gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I datang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang. Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"


Assalamualaikum.

Abang,

Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.

Ikhlas dari
Nur Nisa


Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewaktu jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya. Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri, Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....

Kredit kepada MiszJana
sumber