Pages

Thursday, September 23, 2010

Kisah benar perisik dalam James Bond




SALAH satu adegan dalam filem Goldfinger menunjukkan James Bond yang dilakonkan oleh Sean Connery memakai pakaian renang.




LONDON - Salah satu adegan dalam filem James Bond berjudulGoldfinger dihasilkan menerusi kisah benar seorang perisik Agensi Perisikan Britain, MI6, lapor sebuah akhbar semalam.
Adegan itu menunjukkan James Bond yang dilakonkan oleh Sean Connery keluar dari laut dengan memakai pakaian renang sebelum dia menanggalkannya.
Dalam adegan itu, dia turut memakai sut makan malam semasa menanggalkan pakaian renangnya itu.
Adegan itu sebenarnya benar-benar berlaku ke atas seorang ejen perisik MI6, Pieter Tazelaar.
Filem Goldfinger mengisahkan tentang ejen perisik James Bond menjejaki penyeludup emas, Auric Goldfinger yang merancang untuk meletupkan bom nuklear di dalam pusat penyimpanan emas Fort Knox.
Aksi dalam filem Goldfinger pada tahun 1964 itu merupakan pengalaman sebenar ejen Pieter Tazelaar yang diceritakan oleh pakar sejarah Universiti Queen's, Belfast, Profesor Keith Jeffery dalam bukunya yang berjudul M16 The History of the Secret Intelligence Service 1909-1949.
Dalam buku itu, Tezelaar dibawa masuk melalui laut pada tahun 1940 untuk berhubung dengan ejen-ejen di Belanda.
Ketika itu, MI6 diberi amaran bahawa perisik Nazi mungkin cuba untuk membunuh Perdana Menteri Britain, Neville Chamberlain dengan memasukkan racun ke dalam susunya.
Dokumen Perkhidmatan Perisikan Rahsia (SIS) pada Ogos 1939 itu menunjukkan pejabat Perdana Menteri Britain di London menerima bungkusan daripada seorang penghantar susu sekali gus menyebabkan pihak keselamatan bimbang mengenai peperangan bakteria.
Buku itu menyatakan Tezelaar yang memakai pakaian renang tiba pada pukul 4.35 pagi pada 23 November di Scheveningen, Belanda berhampiran sebuah kasino.
Dia kemudian menanggalkan pakaian renang dan berjalan dengan pakaian sut malam.
Tezelaar memakai sut getah yang direka khas bagi memastikan badannya kering semasa tiba di pantai dekat kasino itu.
Ketika di pantai, rakan sekerjanya, Erik Hazelhof merenjiskan sedikit alkohol Hennessy XO ke arah tubuh Tezelaar supaya baunya sinonim dengan suasana berparti.
Buku itu turut menceritakan mengenai 'Cawangan Q' yang menghasilkan pelbagai jenis gajet dalam SIS.
Dalam kehidupan sebenar, para juruteknik cawangan itu mencipta peralatan seperti kabinet fail yang boleh meletup untuk memusnahkan dokumen yang mungkin akan dirampas oleh musuh.
Cawangan itu menghasilkan rokok yang mengandungi dadah untuk mengalih perhatian musuh. - Agensi

Lebih 10,000 buah sekolah rosak di Pakistan




BEBERAPA penduduk menolak sebuah trak selepas ia terperangkap di kawasan banjir di Sujawal, selatan Pakistan semalam.


ISLAMABAD - Banjir di Pakistan telah merosakkan lebih 10,000 buah sekolah dan menjejaskan pembelajaran berjuta-juta pelajar di negara berkenaan.
Ekoran itu, pelaburan yang besar diperlukan untuk menjadikan penduduk negara tersebut celik ilmu.
Hujan lebat pada Julai lalu di kawasan utara dan banjir yang mula merebak ke bahagian selatan menenggelamkan banyak kampung dan tanah ladang sekali gus menjejaskan kehidupan di kawasan seluas England.
"Lima hingga enam peratus daripada semua sekolah telah rosak akibat banjir.
"Ini bermakna 1.5 juta hingga 2.5 juta pelajar telah menerima kesannya. Jumlah tersebut boleh meningkat dan akan meningkat," kata seorang pegawai Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Umar Amal.
Umar memberitahu lebih 9,780 buah sekolah mengalami kerosakan akibat banjir itu. - AFP

Duta Malaysia diberi kata dua



SEKUMPULAN anggota polis Indonesia mengawal keadaan di luar kediaman rasmi Duta Besar Malaysia di Jakarta semalam.


JAKARTA - Sekitar 500 warga Indonesia mengadakan demonstrasi bermotosikal di luar kediaman Duta Besar Malaysia di sini semalam kerana mengutuk penderaan seorang pembantu rumah Indonesia oleh majikannya di Malaysia.
Berang berhubung kes terbaru seorang pembantu rumah Indonesia dirogol dan diseksa di Malaysia, kumpulan penunjuk perasaan itu mengepung kediaman Duta, Syed Munshe Afdzaruddin dan menuntut beliau meninggalkan Indonesia dalam tempoh dua hari.
Pembantu rumah Indonesia yang dikenali sebagai Winfaedah yang berasal dari Jawa Timur, Indonesia pada 17 September lepas dan berumur 26 tahun itu dikatakan telah didera secara fizikal dan seksual sejak lebih empat bulan oleh majikannya di Malaysia.
Ekoran itu, sepasang suami isteri telah ditahan polis pada 19 September lalu bagi membantu siasatan berhubung kes itu.
Mereka turut bergerak ke Kedutaan Malaysia dan mengancam menuju ke beberapa pusat membeli-belah dan hotel berdekatan untuk mengarahkan pelancong-pelancong Malaysia supaya meninggalkan negara itu.
Tunjuk perasaan tersebut berlangsung di bawah kawalan pihak polis.
SEJUMLAH penunjuk perasaan menunggang motosikal ke arah kediaman Duta Besar Malaysia di Jakarta semalam.


"Kami mahu Duta Malaysia meninggalkan Indonesia dalam masa dua hari. Sekiranya beliau enggan, kami akan mengosongkan rumahnya," kata anggota kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera), Mustar Bonaventura.
Demonstrasi tersebut dianjurkan oleh Bendera yang merupakan sebuah kumpulan nasionalis Indonesia.
"Malaysia benar-benar melampaui batas. Sekali lagi mereka menyeksa dan merogol pekerja domestik kita. Kami telah hilang sabar. Mereka menjatuhkan maruah Indonesia dan rakyatnya," tambah lelaki itu.
Penunjuk-penunjuk perasaan melaungkan kata-kata 'Orang Malaysia biadab, menyanyikan lagu kebangsaan Indonesia di samping membawa sepanduk yang tertera slogan Ganyang Malaysia.
"Kami akan meminta pelancong-pelancong Malaysia di pusat beli-belah di Senayan supaya keluar (dari Indonesia). Namun, kami akan memberitahu mereka dengan cara sopan kerana kami bukannya zalim dan perogol seperti beberapa warga Malaysia," ujar Mustar.
Seorang jurucakap polis di Jakarta, Boy Rafli bagaimanapun meminta semua pihak supaya tidak bimbang kerana polis akan memastikan kumpulan tersebut tidak bertindak di luar batasan. - Agensi

Kekangan idea Barat di Vietnam



PENGETAHUAN am masyarakat Vietnam dilihat tidak berkembang kerana kelemahan sistem pendidikan tempatan. - Gambar hiasan.


TAJUK buku Democracy in America hasil karya klasik penulis Perancis, Alexis de Tocqueville's tidak mendapat penerimaan yang baik oleh kerajaan Vietnam, menyebabkan ia muncul di bawah satu nama lain.
Apabila hasil karya itu diterbitkan oleh Knowledge Publishing House (Knowledge) di Hanoi tiga tahun lalu, tiada perkataan demokrasi diletakkan pada tajuknya selepas ia ditukar kepada Governance of the American People.
Penapisan di negara satu parti itu adalah satu-satunya cabaran yang dihadapi oleh para penerbit, yang berhasrat menterjemah karya filosofi Barat, pemikiran politik dan sains sosial.
Mereka juga berhadapan kekurangan penterjemah yang mampu bekerja dengan karya-karya hebat daripada pemikiran Barat, sama seperti kurangnya kelompok pembaca di negara itu.
"Akibat peperangan dan masalah yang diwariskan sejarah, pendidikan Vietnam hampir mengabaikan keseluruhan nilai universal yang terkandung di dalam karya klasik Barat," kata editor dan pengarah syarikat penerbitan berkenaan, Chu Hao, 70.
"Apa yang dapat dipelajari terhad kepada kandungan manual Marxisme-Leninisme. Kini filosofi, terutama sejarah filosofi adalah sesuatu yang asing bagi pelajar Vietnam," katanya.
Hao yang merupakan bekas Timbalan Menteri Sains berkata, filosofi penting untuk pembangunan peribadi. Apabila diabaikan, ia akan memberi kesan buruk terhadap pembangunan negara untuk jangka pendek dan panjang.
Penerbit mula memberi fokus untuk menerbitkan karya beberapa penulis terkenal kira-kira empat tahun lalu, kata Pham Toan yang menterjemah klasik Tocqueville 1835.
Karya-karya lain termasuk oleh ahli falsafah British dari abad ke-19, John Stuart Mill dan dari era moden, iaitu pengkritik Amerika, Noam Chomsky.
Setelah itu datang pula karya lain dari abad ke-18 oleh pemikir Perancis, Jean-Jacques Rousseau dan Voltaire serta beberapa orang lagi.
Menurut Hao, secara keseluruhannya, lebih 100 tajuk telah diterjemah dan dijual kira-kira 2,000 salinan setiap satu. Karya-karya berkenaan kebanyakannya dibaca oleh pengkaji dan ahli perniagaan berbanding golongan pelajar dan birokrat.
Seperti penerbit lain di Vietnam, Knowledge berhubung dengan sebuah agensi di negara berkenaan. Dalam kes ini, ia adalah Kesatuan Sains dan Pertubuhan Teknologi Vietnam (VUSTA).

KEBANYAKAN hasil penulisan Barat yang diterjemah ke dalam bahasa Vietnam hanya dibaca golongan pengkaji dan juga ahli perniagaan.


Sejajar dengan sumbangan kewangan daripada VUSTA, kakitangannya turut mendapat sumbangan peribadi atau sokongan daripada kedutaan-kedutaan asing.
Untuk terjemahan daripada pelbagai bahasa Eropah ke dalam bahasa Vietnam, Hao sebagai pengarang mendapatkan khidmat ahli bahasa yang berusia 60 tahun ke atas.
Orang Vietnam yang lebih muda kurang fasih berbahasa Perancis. Mereka lebih selesa berbahasa Inggeris atau bahasa asing lain untuk berhubung dengan dunia luar.
Pengetahuan am
Selain daripada itu, Hao turut menyesali tahap pengetahuan am yang rendah di kalangan generasi muda akibat kelemahan pendidikan Vietnam selama bertahun-tahun.
Kira-kira separuh daripada warga Vietnam adalah berumur kurang 30 tahun.
Pakar mengatakan sistem pendidikan negara berkenaan jauh ketinggalan berbanding standard antarabangsa, berpunca daripada masalah rasuah dan penyediaan tenaga kerja berkemahiran yang tidak sesuai dengan keperluan negara.
Pengkritik berkata sistem pendidikan negara berkenaan bergantung kepada pengulangan dan refleksi.
Bekerja dengan hasil karya berunsur liberalisme atau demokrasi seperti Tocqueville's merupakan satu cabaran akibat sekatan ideologi negara.
"Terdapat peraturan tidak bertulis, zon sensitif yang tidak boleh dilangkau penerbit," kata Hao.
Namun, sensitiviti itu berkurangan sejak 1986 apabila Vietnam memulakan polisi Doi Moi yang mula membuka mata kepada dunia.
Apabila badan penapis masih cuba untuk campur tangan, Hao berkata, dia cuba menjelaskan mengenai kepentingan menerima perbezaan. Dia juga berdebat bahawa perkara yang tidak sama dengan pandangan parti komunis tidak semestinya menentang kemajuan.

Dugaan suami isteri muda





“KAU dah gatal ke apa?” Itulah pertanyaan terpacul spontan daripada mulut ibu Zainor Masziah Zainudin yang masih teriang-ngiang di telinganya sehingga hari ini.
Tidak menyalahkan ibunya itu, Zainor menyedari tindakan meluahkan keinginan untuk mendirikan rumah tangga pada usia 18 tahun ketika baru menamatkan sekolah menengah pasti membuatkan mana-mana ibu bapa terkejut besar.
Namun, tidak mahu kasih sayangnya terhadap seorang lelaki membuatkan dia menjadi anak derhaka, Zainor memohon keizinan ibu bapa dengan penuh tertib.
Apatah lagi, kedua ibu bapa beliau sememangnya sudah pun mengenali jejaka pilihannya, Muhammad Bakhtiar Aznan yang ketika itu berusia 21 tahun. Jika cerita cinta pada usia belasan tahun bagi sesetengah orang dipanggil cinta monyet, tetapi Zainor dan Bakhtiar membuktikan cinta yang dibina sejak mereka masing-masing berusia 14 dan 17 tahun mampu menjejak ke jenjang pelamin.
“Ibu mana yang tidak terkejut dengan soalan saya yang ingin berumah tangga pada usia yang sangat muda. Tetapi orang tua saya memang sudah tahu pilihan hati saya kerana saya memang tidak menyorokkan hubungan bersama Bakhtiar,” kata Zainor yang mengakui pernah dipisahkan dengan Bakhtiar apabila dihantar belajar di sebuah kolej di Melaka.
Mengimbau detik-detik yang menduga cinta remaja mereka kira-kira tujuh tahun lalu, ungkap Bakhtiar, hati kekasih mana yang tidak berduka lara apabila buah hatinya dihantar belajar sampai ke Melaka sedangkan sebelum ini mereka tidak pernah berjauhan sewaktu menginap di kawasan kejiranan berdekatan di Serdang, Selangor.
“Bayangkan dari sekolah lagi kami tidak pernah berpisah. Tiba-tiba keluarga Zainor menghantar dia ke Melaka untuk meneruskan pelajaran. Sebab itulah, demi Zainor saya sanggup ke Melaka sampai tiga kali seminggu untuk bertemunya,” jelas Bakhtiar yang mengakui kerana kesungguhan itulah yang mungkin melembutkan hati mertuanya.

ZAINOR dan Bakhtiar berkahwin ketika berusia 18 dan 21 tahun kini sudah dikurniakan dua cahaya mata, Ashil Shafwan dan Aliya.


Ujian berkeluarga
Mendirikan rumah tangga secara sederhana, Zainor dan Bakhtiar tidak menafikan menempuh gerbang perkahwinan pada usia remaja menuntut banyak dugaan berbanding pasangan lain.
Antaranya termasuklah persepsi negatif masyarakat sekeliling yang melihat perkahwinan pada usia yang muda seperti mereka disebabkan oleh pasangan tersebut terlanjur.
“Tidak terlalu mengambil pusing dengan pendapat seperti itu, apa yang lebih penting pada saya ketika itu adalah untuk mendapat restu daripada orang tua kedua-dua belah,” ungkap Zainor.
Malah, akuinya kerana restu itu jugalah, akhirnya dugaan seterusnya yang dihadapi oleh mereka sebagai pasangan suami isteri muda dapat ditempuhi dengan lebih mudah.
Ujar Zainor, selepas setahun menempuh gerbang perkahwinan dia melahirkan zuriat comel bernama Muhammad Ashil Shafwan. Namun, oleh kerana dia masih belum bekerja, ketiga-tiga anak-beranak itu bergantung sepenuhnya kepada pendapatan Bakhtiar yang bekerja sebagai mekanik dengan gaji RM800 sebulan.
“Memang kami kena berjimat-cermat untuk meneruskan hidup dan membesarkan anak. Tahu sajalah membeli keperluan bayi zaman sekarang bukanlah murah. Tetapi mujur, apabila perkahwinan mendapat restu orang tua di kedua-dua belah pihak, ibu bapa dan mertua saya banyak menghulurkan sokongan.

ZAINOR bersyukur dapat membina mahligai bahagia dengan restu kedua orang tua.


“Malah ketika itu, untuk berjimat-cermat kami tinggal bersama-sama dengan mentua saya,” ujar Zainor yang bersyukur selepas melahirkan anak kedua, Aliya El Quzandrea, 4, rezeki mereka juga bertambah apabila suaminya mendapat kerja di Jabatan Penerbangan Awam, manakala dia sendiri bertugas sebagai kerani eksekutif di sebuah syarikat di Kelana Jaya.
Cinta zaman sekolah
Berkongsi jalan cerita yang hampir sama apabila mendapat tentangan keluarga kerana dianggap masih mentah, bagaimanapun hasrat pasangan Muhammad Razie Abd. Rahman, 23, dan Nurul Nadia Md. Mokhtar, 22, tertunai juga selepas mendirikan rumah tangga tiga bulan lalu.
Bermula sebagai teman rapat, namun disebabkan, perjalanan hidup banyak diluangkan bersama iaitu sejak bangku sekolah menengah sehingga menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM), mereka sukar untuk dipisahkan.
Malah, kedua-duanya juga mempunyai minat sukan yang sama sebagai atlet hoki kebangsaan.
“Saya akui berkahwin pada usia 22 tahun memang agak muda. Malah, hasrat kami bergelar suami isteri turut ditentang oleh abang. Bagaimanapun, saya menerima teguran itu dan berani ‘berdiri’ untuk menyakinkan bahawa kami sudah bersedia,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.
Ditanya mengenai dakwaan segelintir masyarakat bahawa pasangan berkahwin muda berisiko tinggi untuk menemui jalan perceraian kerana dikatakan kurang matang celah Nadia, situasi itu bergantung kepada pasangan terbabit.
NADIA dan Muhammad Razie berkawan sejak bangku sekolah menengah hingga ke zaman universiti.


Misalnya, berlaku perselisihan faham, jalan penyelesaiannya adalah pasangan tersebut tidak boleh memendam perasaan.
Sebaliknya, mereka harus berani berhadapan dan bersemuka menanyakan perkara yang terbuku di hati.
“Perceraian tidak boleh disalahkan akibat usia pasangan itu. Bagaimanapun, paling penting rumah tangga perlu ada kejujuran dan komunikasi yang baik antara pasangan anda,” terangnya.
Elak gejala sosial
Meluahkan kisah perkahwinan mudanya pada usia 19 tahun, Siti Arina Abdul Hashim, 24, tidak pernah menyesal memegang status isteri pada usia itu.
Baginya daripada melakukan perbuatan terkutuk atau terlanjur, elok sekiranya hubungan itu diikat dengan ikatan yang sah.
Menurut Arina yang bekerja sebagai kerani lagi, ketika awal berumah tangga kedudukan kewangan dia dan suami boleh dikatakan cukup sederhana.
“Memang secara jujur kami pernah berhadapan dengan masalah kewangan pada awal perkahwinan. Namun, dengan usaha yang gigih dan saling berusaha mencari pendapatan, kami dapat menyelesaikannya dengan baik,” terangnya yang kini memiliki seorang cahaya mata bersama suami tercinta, Azli Hussein, 26.i.

Polis Israel masuk Masjid Al-Aqsa



BEBERAPA penduduk Palestin merosakkan sebuah kereta di luar Bandar Lama di Baitulmuqaddis ekoran kejadian pertempuran dengan tentera Israel semalam.


BAILTULMUQADDIS - Polis Israel menyatakan pihaknya telah memasuki kawasan perbalahan di pekarangan Masjid Al-Aqsa semalam selepas satu kejadian tembakan yang melibatkan kematian sehingga mencetuskan rusuhan di bandar ini.
"Walaupun dilontar dengan batu, anggota-anggota polis tetap memasuki kawasan masjid," kata satu kenyataan polis Israel.
Menurut kenyataan itu, polis Israel tidak menggunakan pendekatan untuk menyuraikan rusuhan yang biasanya merujuk kepada penggunaan peluru getah dan gas pemedih mata.
SEORANG anggota polis Israel melihat cermin kereta yang dipecahkan oleh penduduk Palestin di luar pekarangan Masjid Al-Aqsa di Bandar Lama di Baitulmuqaddis semalam.


Pertempuran meletus di bahagian timur Baitulmuqaddis sebelum ini selepas seorang penduduk Palestin ditembak mati oleh seorang pengawal penempatan haram di Silwan.
Ketegangan tersebut berlaku di kawasan kediaman di bahagian luar dinding masjid itu yang dianggap tempat suci buat kedua-dua pihak penganut Islam dan Yahudi. - AFP

Kuwait akan menterjemah dan mencetak Al-Quran kedalam 14 bahasa


http://www.moheet.com/image/60/225-300/608155.jpg
Lujnah Memperkenal Islam dibawah kelolaan kerajaan Kuwait akan mencetak Al-Quran Al-Karim kedalam berbagai bahasa dalam usaha memperkembangkan Syiar Islam setelah ribuan orang telah memeluk Islam melalui Lujnah tersebut, dengan harapan agar semua pihak dapat memdalami  Islam dan Al-Quran dalam bahasa masing-masing.
لكويت : اعلنت لجنة التعريف بالاسلام فى الكويت عن طرح مشروع لطباعة القرآن الكريم وترجمة معانيه بعدة لغات وذلك لاهمية نشر كتاب الله بين المسلمين وغيرهم.
وقال نائب المدير العام للشؤون الدعوية باللجنة جمال الشطي لوكالة الانباء الكويتية “كونا” امس ان القرآن الكريم ومعانيه السامية سبب رئيسي في دخول الآلاف من غير المسلمين الى الاسلام حيث يعرف غير المسلم بالدين الاسلامي حق المعرفة.
واوضح ان طباعة المصحف الشريف بلغات متعددة تفتح بابا واسعا من ابواب الخير التي يتزود بها العبد المؤمن يوم القيامة لافتا الى ان اللجنة تتطلع الى طباعة وتوزيع 100 الف نسخة على ان تبدأ قيمة النسخة الواحدة من دينارين.
واشار الى ان اللجنة تهدف الى طباعة القرآن الكريم بأكثر من اربع عشرة لغة منها الانجليزية والاسبانية والفرنسية والالمانية اضافة الى الصينية والهندية والفلبينية ولغات البوسنة والهرسك والالبانية وغيرها.

3 Kelebihan Agama Islam dengan lain-lain agama


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs695.snc4/63503_126459730737689_100001209875453_173914_1871152_n.jpg
Maimun bin Mahran berkata: “Tiga macam yang tidak dibezakan simuslim dengan kafir iaitu:
  • Siapa yang berjanji kepadanya maka harus ditepati baik kepada muslim atau kafir
  • Dan kepada keluargamu harus kau hubungi baik ia muslim atau kafir
  • dan siapa memberi amanat kepadamu harus kau kembalikan kepadanya baik ia muslim atau kafir

3 Sifat Terpuji Ahli Syurga


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs067.snc3/13468_106527142732183_100001246927309_51120_462156_n.jpg
Tiga macam dari akhlak orang ahli syurga, tidak terdapat kecuali pada orang yang baik, pemurah hati iaitu:
  • Berbuat baik kepada orang berbuat jahat kepadanya
  • Memaafkan orang yang zalim kepadanya
  • dan bersedekah  kepada orang yang bakhil kepadanya

10 Kelebihan Orang Menghubung Silatul Rahim


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs079.ash2/37285_109075965810634_100001246927309_74565_5610389_n.jpg
Abul Laits berkata: “Jika seorang itu dekat dengan kerabatnya maka hubungan kerabat itu berupa hidayah-hidayah dan ziyarah, jika tidak dapat membantu dengan harta, maka cukup dengan tenaga, jika jauh maka hubunginya dengan surat menyurat dan jika dapat mendatangi maka itu lebih utama. Ketahuilah bahawa silaturrahim itu mengandungi sepuluh keuntungan iaitu:
  • Mendapat keridhoan Allah s.w.t. sebab Allah s.w.t. menyuruh silaturrahim
  • Menggembirakan mereka kerana ada hadis yang mengatakan bahawa seutama-utama amal ialah menyenangkan orang mikmin
  • Kegembiraan malaikat kerana malaikat senang dengan silaturrahim
  • Mendapat pujian kaum muslimin
  • Menjengkelkan iblis laknatullah
  • Menambah umur
  • Menjadi berkat rezekinya
  • Menyenangkan orang-orang yang telah mati kerana ayah dan nenek-nenek itu senang jika anak cucunya bersilaturrahim
  • Memupuk rasa cinta dikalangan kekeluargaan sehingga suka membantu bila memerlukan bantuan mereka
  • Bertambahnya pahala jika ia mati sebab selalu diingati kepadanya jika telah mati dan mendoakan kerana kebaikannya