Pages

Sunday, May 30, 2010

Pelakon kerdil terkenal mati




gambar fail bertarikh 26 Feb. 2008 menunjukkan Gary Coleman dan isterinya, Shannon Price, muncul dalam program televsiyen NBC, Today di New York, Amerika Syarikat.


SALT LAKE CITY - Bintang siri komedi televisyen, Different Strokesyang popular di sekitar tahun 1980-an, Gary Coleman meninggal dunia semalam setelah isterinya, Shannon Price membuat keputusan memilukan untuk mematikan mesin sokongan hayat suaminya, lapor sebuah akhbar.
Pelakon yang tingginya cuma 142 sentimeter itu menghembuskan nafas terakhir di Pusat Rawatan Kawasan Lembah Utah Valley akibat pendarahan otak setelah terjatuh di kediamannya di negeri Utah, Amerika Syarikat (AS) awal minggu ini.
Dia meninggal dunia ketika berusia 42 tahun.
Isterinya, Price, 24, dikatakan membuat keputusan untuk mematikan mesin sokongan hayat suaminya pada pukul 12.05 tengah hari (waktu tempatan) setelah Coleman koma.
Selain isterinya, keluarga terdekat aktor tersebut turut berada di sisinya semasa dia meninggal dunia.
Sepanjang hidupnya, Coleman pernah menjalani dua pembedahan pemindahan buah pinggang dan beberapa kali diserang sawan.
Dia berkahwin dengan Price, seorang wanita kulit putih pada 2007.
Popular dengan ungkapan bermaksud Apa yang kau cakap ni Willis?dalam Different Strokes, Coleman bernasib malang kerana popularitinya merudum setelah meninggalkan siri komedi itu.
Coleman pernah melakukan pelbagai kerja termasuk menjadi seorang pengawal keselamatan sebelum terpaksa menjual barangan peribadinya kerana masalah kewangan manakala pada 1999 dia memfailkan perintah muflis di sebuah mahkamah di AS. - Agensi

Wanita pijak bayi




SUSPEK mencampak bayi yang didukungnya ke tanah dan mula memijaknya di Zhengzhou, China, baru-baru ini.


ZHENGZHOU - Seorang wanita yang dituduh mencuri sebuah telefon bimbit di China tiba-tiba meroyan dan bertindak ganas dengan mencampakkan bayinya ke tanah dan memijak kanak-kanak berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.
Insiden mengerikan itu berlaku di bandar ini, wilayah Henan, baru-baru ini setelah seorang pelajar sekolah tinggi bersemuka dengan wanita itu dan seorang rakan wanitanya apabila dia diberitahu oleh beberapa saksi bahawa mereka mencuri telefon bimbitnya.
Tidak lama kemudian, beberapa anggota polis tiba di lokasi kejadian bersama saudara mara pelajar terbabit apabila perbalahan mereka menjadi semakin serius.
Berang ditolak oleh seorang saudara mara pelajar berkenaan, wanita itu tiba-tiba mencampakkan bayi itu ke tanah dan memijaknya menyebabkan budak tersebut menangis kesakitan.
Bayi tersebut bernasib baik kerana tidak cedera manakala wanita terbabit dibawa ke sebuah balai polis untuk disoal siasat. - Agensi

Dua kali motosikal rosak




PARA peserta ekspedisi bergambar di pergunungan Tibet semasa perjalanan dari Ruo Er Gai ke Xining, China kelmarin.


KUALA LUMPUR - Menempuh perjalanan di kawasan setinggi 3,500 meter dari paras laut dan suhu sejuk lima darjah Celsius menjadi cabaran kepada kumpulan Ekspedisi 1Malaysia Kembara Ke Bumi Suci 2010 sepanjang perjalanan dari Ruo Er Gai ke Xining, China, kelmarin.
Malah, peserta konvoi juga terpaksa mengharungi laluan sejauh 575 kilometer dengan kebanyakan jalan rosak sewaktu turun dari pergunungan Tibet.
Pengurus ekspedisi, Azman Baharudin berkata, yang paling menduga mereka apabila motosikal salah seorang peserta, Musa Mohammad mengalami kerosakan sebanyak dua kali sepanjang perjalanan itu.
"Walaupun pelbagai kesukaran dihadapi, namun sedikit pun tidak melemahkan semangat para peserta yang berazam untuk meneruskan ekspedisi ini," katanya melalui e-mel kepada Kosmo! Ahad semalam.
Kumpulan ekspedisi itu berehat di Xining iaitu antara bandar terbesar di negara China dengan majoriti penduduknya beragama Islam dan mempunyai lebih 40 buah masjid.
Bagi seorang peserta, Napiah Mat Noor, perjalanan sejauh lebih 5,000 kilometer dalam tempoh 14 hari sebagai satu pengalaman yang luar biasa.
"Saya tidak mengalami sebarang masalah dan motosikal juga berada dalam keadaan baik. Saya telah bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi keadaan cuaca sejuk seperti ini," katanya.

Penghadaman penyebab kematian



KUALA LUMPUR - Masalah penghadaman adalah antara 10 penyakit paling kronik dan penyebab utama kematian di Malaysia, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Beliau berkata, pada 2006 dan 2007, penyakit berkaitan sistem penghadaman menduduki tangga ketujuh sebagai penyebab utama kematian di hospital kerajaan dan melonjak ke tangga keenam pada tahun 2008.
"Ini tidak memeranjatkan jika dilihat gaya hidup kebanyakan rakyat Malaysia," katanya ketika melancarkan sambutan Hari Penghadaman Sedunia di Ikano Power Centre di sini semalam.
Rosnah berkata, penyakit berkaitan sistem penghadaman yang paling banyak dihidapi rakyat Malaysia ialah refluks gastroesophageal (GERD), ulser peptik, sindrom kerengsaan usus (IBS) dan kanser usus.
"Penyakit kanser gastrointestinal khususnya, meningkat secara mendadak di Malaysia berdasarkan hakikat bahawa penyakit kanser kolorektal dilaporkan paling banyak menyerang lelaki (16.2 peratus) dan kedua terbanyak menyerang wanita (10.6 peratus) di Semenanjung Malaysia pada 2006.
"Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa lebih 940,000 orang di seluruh dunia diserang kanser kolorektal setiap tahun dan daripada jumlah itu, hampir 500,000 meninggal dunia setiap tahun," katanya.
Rosnah berkata, kerajaan telah mengambil langkah bagi memastikan pusat gastroenterologi di hospital kerajaan dilengkapi peralatan dan teknologi terkini.
"Kebanyakan pusat ini dilengkapi kepakaran dan kemudahan paling moden bagi menyediakan perkhidmatan pengesanan bertaraf dunia serta perkhidmatan diagnosis dan terapeutik," katanya.
Rosnah berkata, kementerian berkenaan juga telah menubuhkan Pusat Pendaftaran Pesakit Kanser bagi mengumpul data secara sistematik mengenai semua perkara berkaitan kanser kolorektal di Malaysia termasuk pencegahan, pengurusan dan rawatan. - Bernama

Pencemaran minyak semakin buruk




BOYA-BOYA yang dipasang gagal menghalang tumpahan minyak daripada terus mencemari kawasan pantai Kampung Sungai 
Musuh, Pengerang semalam.


KOTA TINGGI - Tumpahan minyak akibat pelanggaran kapal tangki MT Bunga Kelana 3 dan MV Waily lima hari lalu dikesan mencemari pantai di sekitar kawasan Pengerang di sini sepanjang 30 kilometer (km) semalam.
Tinjauan Kosmo! Ahad mendapati lebih 12 buah kawasan pesisir pantai Pengerang yang sebahagian penduduk adalah nelayan terjejas teruk akibat pencemaran tersebut.
Kawasan berkenaan ialah Teluk Ramunia, Kampung Sungai Musuh, Kampung Langkah Baik, Kampung Jawa, Tanjung Pengelih, Tanjung Punggai, Tanjung Setapa, Tanjung Kapal, Sungai Haji Ahmad, Sungai Teluk Kemang, Sungai Haji Yusof dan Sungai Rengit.
Bagaimanapun, kawasan yang paling terjejas teruk ialah di Tanjung Ayam yang merupakan lokasi pertama dimasuki sisa minyak berkenaan Khamis lalu.

Saturday, May 29, 2010

Aktres Bollywood berbogel di Twitter



SHERLYN CHOPRA



MUMBAI - Model yang menjadi penyanyi dan aktres India, Sherlyn Chopra menyiarkan beberapa gambar bogelnya di laman Twitter, lapor sebuah akhbar semalam.
Sherlyn yang pernah berlakon dalam beberapa buah filem seperti Game dan Red Swastik sebelum ini pernah menolak tawaran untuk berbogel oleh majalahPlayboy.
Namun pelakon itu mengemukakan alasan untuk mendapatkan maklum balas daripada peminatnya di Twitterjika dia berbogel.
Apabila ditanya kenapakah gambar itu disiarkan untuk tatapan umum, Sherlyn memberitahu dia terlihat koleksi gambarnya dan terfikir bahawa ia boleh dikongsi dengan rakan-rakan serta peminatnya di Twitter.
"Maklum balas mengenai gambar saya sangat bagus. Ada yang membencinya.
Gambar-gambar itu dirakam oleh jurugambar fesyen dan selebriti terkenal, Vishal Saxena yang merupakan rakan rapat Sherlyn. - Agensi

gaji pekerja naik selepas bunuh diri



TAIPEI - Syarikat elektronik Taiwan, Foxconn Technology Group akan menaikkan gaji pekerja secara purata sehingga 20 peratus selepas 10 pekerja membunuh diri di beberapa kilangnya di China.
Kebanyakan pekerja itu membunuh diri dengan terjun dari bangunan.
Seorang pegawai itu berkata, rancangan untuk menaikkan gaji pekerja sudah dirancang ekoran faktor kekurangan buruh di China.
Percubaan terbaru melibatkan seorang pekerja lelaki berusia 25 tahun yang mengelar pergelangan tangannya di dalam sebuah bilik asrama kilang tersebut.
Kes bunuh diri itu dikaitkan dengan bebanan kerja.
Syarikat itu merupakan sebahagian daripada syarikat Hon Hai Precision Industry Co. yang bertanggungjawab membekalkan peralatan elektronik kepada Apple Inc., Sony Corp., Dell Inc., Nokia Corp. dan Hewlett-Packard Co.
Sementara itu, pengerusi syarikat berkenaan, Terry Gou pernah berjanji akan berusaha keras bagi menangani masalah kes bunuh diri di kilang tersebut. - Agensi

Keseorangan dalam pesawat selepas terjaga



SOUTHFIELD, Michigan - Seorang wanita, Ginger McGuire menyatakan dia mendapati dirinya keseorangan selepas terjaga daripada tidur di dalam sebuah pesawat United Express ke Philadelphia, Amerika Syarikat.
Menurutnya, dia berjalan mundar-mandir di dalam pesawat itu selama 15 minit pada Selasa lalu sebelum pintu pesawat dibuka dan 'disambut' oleh beberapa anggota polis.
Wanita itu berkata, anggota-anggota polis itu meminta pengenalan dirinya.
Dia berkata, tidak ada sesiapa yang mengejutkannya daripada tidur.
Menurutnya, dia tertidur sehingga pukul 4 pagi waktu tempatan lebih tiga jam selepas pesawat itu mendarat. - AP

Detik cemas bayi 5 bulan dijemur melecur




DUA anggota polis mengiringi seorang ibu muda yang membawa bayi lelakinya yang melecur di Brighton, Ahad lalu.


BRIGHTON, England - Pengunjung-pengunjung sebuah pantai merakamkan detik-detik cemas seorang ibu diiringi oleh beberapa anggota polis di sini selepas beberapa orang menjerit ke arahnya: "Bayi anda terbakar."
Beberapa orang itu menjerit setelah mendapati tubuh anak wanita yang berusia lima bulan yang berbogel di tepi pantai melecur lebih 40 peratus.
Menurut saksi-saksi, bayi itu dibalut dengan sehelai tuala tetapi tubuhnya melecur kemerahan dan menangis kerana sakit.
Seorang guru, Alex Coulson, 26, menenangkan ibu muda berumur 29 tahun itu selepas melihat anaknya melecur pada Ahad lalu semasa suhu mencecah 25 darjah Celsius.
Guru itu menemani ibu itu menemui dua anggota polis yang berada berdekatan pantai tersebut.
Anggota-anggota polis itu memeriksa bayi berkenaan dan mendapati kulitnya melecur dan melepuh.
Sebuah ambulans dihubungi anggota polis itu yang kemudian membawa bayi berkenaan ke sebuah hospital untuk dirawat.
Seorang jurucakap Hospital Royal Sussex County mengesahkan 40 peratus tubuh bayi lelaki itu melecur.
Pakar promosi kesihatan, Carolyn Syverson menyatakan kelmarin bahawa kulit bayi mudah melecur kerana ia mengeluarkan melanin yang kurang untuk melindungi kulitnya daripada sinaran matahari. - Agensi

Friday, May 28, 2010

10 Hijab Yang Menghalang Daripada Mendapat Hidayah Allah SWT



http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs551.snc3/30149_112901665417055_100000916665442_73546_7217710_n.jpg
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على محمَّد r، فهذه هي الحجب العشرة بين العبد وبين ربِّه:
1- الحجاب الأول
Jahil-
Disebabkan keperluan Ilmu untuk mencapai hidayah, maka Ahli Sunnah mewajibkan menutut ilmu di atas setiap muslimin dan muslimat.
الجهل بالله:
ألاَّ تعرفه.. فمن عرف الله أحبَّه.. وما عرفه قط من لم يحبه.. وما أحب قط من لم يعرفه.. لذلك كان أهل السنة فعلاً طلبة العلم حقًا، هم أولياء الله الذين يحبُّهم ويحبُّونه؛ لأنك كلما عرفت الله أكثر أحببته أكثر..
قال شعيب خطيبُ الأنبياء لقومه: {وَاسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ إِنَّ رَبِّي رَحِيمٌ وَدُودٌ**[هود: 90].
وقال ربك جلَّ جلاله: {إِنَّ الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ سَيَجْعَلُ لَهُمُ الرَّحْمَنُ وُدًّا**[مريم: 96].
إنَّ أغلظ الحجب هو الجهل بالله وألا تعرفه؛ فالمرء عدو ما يجهل..
إن الذين لا يعرفون الله يعصونه.
من لا يعرفون الله يكرهونه.
من لا يعرفون الله يعبدون الشيطان من دونه.
ولذلك كان نداء الله بالعلم أولاً: {فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُمْ**[محمد: 19].
فالدواء: أن تعرف الله حق المعرفة.. فإذا عرفته معرفةً حقيقةً فعند ذلك تعيش حقيقة التوبة.
2- الحجاب الثاني
Bid'ah
Amal soleh yang kita kerjakan mesti selari dengan  dengan 2 syarat :
1-Demi wajah Allah SWT dan suci daripada Syirik
2-Mengikut Sunnah Rasulullah SAW.
Oleh yang demikian, semua amalan yang tidak pernah Rasullah SAW lakukan pasti Allah SWT menolaknya tanpa diragui.
البدعة:
فمن ابتدع حُجب عن الله ببدعته.. فتكون بدعته حجابًا بينه وبين الله حتى يتخلص منها، قال r: «من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهو ردٌّ»[متفق عليه].
والعمل الصالح له شرطان:
الإخلاص: أن يكون لوجه الله وحده لا شريك له.
والمتابعة: أن يكون على سنَّة النَّبي r.
ودون هذين الشرطين لا يسمى صالحًا، فلا يصعد إلى الله؛ لأنه إنَّما يصعد إليه العمل الطيب الصالح، فتكون البدعة حجابًا تمنع وصول العمل إلى الله، وبالتالي تمنع وصول العبد، فتكون حجابًا بين العبد وبين الرب؛ لأنَّ المبتدع إنَّما عبد على هواه، لا على مراد مولاه، فهواه حجاب بينه وبين الله، من خلال ما ابتدع مما لم يشرع الله، فالعامل للصالحات يمهد لنفسه؛ أما المبتدع فإنه شر من العاصي.
3- الحجاب الثالث
Orang yang memilki sifat-sifat rohani yang keji atau sifat-sifat mazmumah seperti Takabbur,hasad, ujub, bangga dengan diri. sendiri, bakhil, melakukan perkara sia-sia serta perbuatan berzina, minum arak, mencuri dan sebagainya daripada kategori sifat-sifat mazmumah, maka pemilik kepada sifat-sifat tersebut sebenarnya adalah manusia yang terhalang daripada mendapat Hidayah Allah SWT, walaupun pada zahirnya dia seorang yang berpakaian Islam setiap hari.
الكبائر الباطنة:
وهي كثيرة كالخيلاء، والفخر، والكبر، والحسد، والعجب، والرياء، والغرور. هذه الكبائر الباطنة أكبر من الكبائر الظاهرة، أعظم من الزنا وشرب الخمر والسرقة. هذه الكبائر الباطنة إذا وقعت في القلب، كانت حجابًا بين قلب العبد وبين الربِّ.
ذلك أن الطريق إلى الله إنَّما تقطع بالقلوب، ولا تقطع بالأقدام، والمعاصي القلبية قطاع الطريق.
يقول ابن القيم: «وقد تستولي النفس على العمل الصالح، فتصيره جندًا لها، فتصول به وتطغى.. فترى العبد أطوع ما يكون، أزهد ما يكون، وهو عن الله أبعد ما يكون» فتأمل..!!
4- الحجاب الرابع
Orang yang berusaha kearah mencuri sesuatu secara bijak seperti melalui akaun dan projek-projek kerajaan, pengusaha yang mencari arak dan lain-lain usaha kearah mendapat dosa-dosa besar. Semuanya pasti terhalang daripada mendapat hidayah Allah SWT, walaupun disertai dengan taubat.selagi pakaian dan segala kemudahan hidupnya berhasil daripada perkata haram pasti dia bukan dari golongan yang mendapat hidayah Allah SWT, begitu juga daging tubuhnya yang sebesar zarah yang terhasil daripada makan haram tidak dibunag daripada tubuhnya, pasti Allah SWT menolak Taubat  Nasuhanya, Haji dan Umrah yang Ikhlas, solat dan Puasa yang sempurna, sedangkan tubuh yang berada di atas sejadah adalah Tubuh dan Tulang yang bercampur dengan perkara-perkara haram pasti Allah SWT menolak amalan dan doa mereka.
حجاب أهل الكبائر الظاهرة:
كالسرقة، وشرب الخمر، وسائر الكبائر.
إخوتاه: ينبغي أن نفقه في هذا المقام أنه لا صغيرة مع الإصرار ولا كبيرة مع الاستغفار، والإصرار هو الثبات على المخالفة.. والعزم على المعاودة، وقد تكون هناك معصية صغيرة فتكبر بعدة أشياء وهي ستة:
1- بالإصرار والمواظبة:
مثاله: رجل ينظر إلى النساء، والعين تزني وزناها النظر، لكن زنا النظر أصغر من زنا الفرج، ولكن مع الإصرار والمواظبة تصبح كبيرة؛ إنه مُصرٌّ على ألا يغض بصره، وأن يواظب على إطلاق بصره في المحرمات؛ فلا صغيرة مع الإصرار.
2- استصغار الذنب:
مثاله: تقول لأحد المدخنين: اتق الله.. التدخين حرام.. ولقد كبر سنك.. يعني قد صارت فيك عدة آفات:
أولها: أنه قد دب الشَّيبُ في رأسك.
ثانيًا: أنك ذو لحية.
ثالثًا: أنك فقير.
فهذه كلها يجب أن تَرْدَعَك عن التدخين.. فقال: هذه معصية صغيرة.
3- السرور بالذنب:
فتجد الواحد منهم يقع في المعصية، ويسعد بذلك، أو يتظاهر بالسعادة، وهذا السرور بالذنب أكبر من الذنب.. فتراه فرحًا بسوء صنيعه؛ كيف سب هذا! وسفك دم هذا! مع أن «سباب المسلم فسوق وقتاله كفر».
أو أن يفرح بغواية فتاة شريفة.. وكيف استطاع أن يشَهِّر بها.. مع أن الله يقول: {إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آَمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ**[النور: 19].
انتبه.. سرورك بالذنب أعظم من الذنب.
4- أن يتهاون بستر الله عليه:
قال عبد الله بن عباس رضي الله عنهما: «يا صاحب الذنب، لا تأمن سوء عاقبته، ولما يتبع الذنب أعظم من الذنب إذا عملته.. قلة حيائك ممن علي اليمن وعلى الشمال – وأنت على الذنب – أعظم من الذنب، ضحكك وأنت لا تدري ما الله صانع بك أعظم من الذنب، وحزنك على الذنب إذا فاتك أعظم من الذنب، وخوفك من الريح إذا حركت ستر بابك – وأنت على الذنب – ولا يضطرب فؤادك من نظر الله إليك أعظم من الذنب».
5- المجاهرة:
أن يبيت الرجل يعصي، والله يستره، فيحدِّث بالذنب، فيهتك ستر الله عليه, يجيء في اليوم التالي؛ ليحدث بما عصى, وما عمل فالله ستره.. وهو يهتك ستر الله عليه.
قال r: «كلُّ أمتي معافى إلا المجاهرين, وإنَّ المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملاً ثم يصبح وقد ستره الله عليه فيقول: يا فلان عملت البارحة كذا وكذا. وقد بات يستره ربُّه ويصبح يكشف ستر الله عليه».
6- أن يكون رأسًا يقتدى به:
فهذا مدير مصنع.. أو مدير مدرسة.. أو في كلية.. أو شخصية مشهورة.. ثم يبدأ في التدخين.. فيبدأ باقي المجموعة في التدخين مثله.. ثم بعدها يبدأ في تدخين المخدرات.. فيبدأ الآخرون يحذون حذوه.
هكذا فتاة, قد تبدأ لبس البنطلون الضيق, يتحول بعدها الموضوع إلى إتجاه عام.
وهكذا تكون الحال إذا كنت ممن يقتدى بك.. فينطبق عليك الحديث القائل: «من سن في الإسلام سنة سيئة كان عليه وزرها ووزر من عمل بها من بعده من غير أو ينقص من أوزارهم شيء» [رواه مسلم].
5- الحجاب الخامس
Dosa-dosa kecil yang telah sebati dengan kehidupan harian, kerana orang-orang mukmin tidak akan merosakkan amalan atau perbuatan soleh kepada Allah SWT dengan dosa-dosa kecil, kenapa kita harus merosakkan nasi yang kita makan dengan najis seperti tahi ayam .
حجاب أهل الصغائر:
إن الصغائر تعظم، وكم من صغيرة أدت بصاحبها إلى سوء الخاتمة والعياذ بالله.
فالمؤمن هو المعظِّم لجنايته يرى ذنبه – مهما صغر – كبيرًا؛ لأنه يراقب الله كما أنَّه لا يحقرن من المعروف شيئًا؛ لأنه يرى فيه منَّة الله وفضله، فيظل بين هاتين المنزلتين حتى ينخلع من قَلبه استصغار الذنب واحتقار الطاعة, فيقبل على ربِّه الغفور الرحيم التواب المنان المنعم، فيتوب إليه، فينقشع عنه هذا الحجاب.
6- الحجاب السادس
Syirik kepada Allah yang kita tidak sedar.
Zaman moden begini syaitan telah menggunakan segala kecanggihan IT dan Teknologi untuk merosakkan pandangan mata dengan nikmat berzina melalui mata, mulut berzina melalui perbualan-perbualan lucah dan lain-lain kecanggihan yang telah merosak kehidupan manusia segala-galanya syaitan baluti dan hiasa dengan seni ukiran syaitan. sebenarnya IT dan Teknologi adalah digunakan menyembah Allah SWT .
حجاب الشرك:
وهذا من أعظم الحجب وأغلظها وأكثفها.. وقطعه وإزالته بتجريد التوحيد.. وإنما المعنى الأصلي الحقيقي للشرك, هو تعلق القلب بغير الله تعالى سواء في العبادة، أو في المحبة، سواء في المعاني القلبية، أو في الأعمال الظاهرة.
والشرك بغيض إلى الله تعالى فليس ثمة شيء أبغض إلى الله تعالى من الشرك والمشركين.
والشرك أنواع، ومن أخطر أنواع الشرك: الشرك الخفي؛ وذلك لخفائه وخطورته حتى يقول الله عن صاحبه: {وَيَوْمَ نَحْشُرُهُمْ جَمِيعًا ثُمَّ نَقُولُ لِلَّذِينَ أَشْرَكُوا أَيْنَ شُرَكَاؤُكُمُ الَّذِينَ كُنْتُمْ تَزْعُمُونَ * ثُمَّ لَمْ تَكُنْ فِتْنَتُهُمْ إِلَّا أَنْ قَالُوا وَاللَّهِ رَبِّنَا مَا كُنَّا مُشْرِكِينَ * انْظُرْ كَيْفَ كَذَبُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ وَضَلَّ عَنْهُمْ مَا كَانُوا يَفْتَرُونَ**[الأنعام: 22-24].
22. Dan (ingatlah), hari yang di waktu itu Kami menghimpun mereka semuanya[464] kemudian Kami berkata kepada orang-orang musyrik: "Di manakah sembahan-sembahan kamu yang dulu kamu katakan (sekutu-sekutu) Kami?".
[464]. Semua makhluk Allah yang mukallaf.
23. Kemudian tiadalah fitnah[465] mereka, kecuali mengatakan: "Demi Allah, Tuhan kami, tiadalah kami mempersekutukan Allah".
[465]. Yang dimaksud dengan fitnah di sini ialah jawaban yang berupa kedustaan.
24. Lihatlah bagaimana mereka telah berdusta kepada diri mereka sendiri dan hilanglah daripada mereka sembahan-sembahan yang dahulu mereka ada-adakan.
فجاهد أخي في تجريد التوحيد، سل الله العافية من الشرك، واستعذ بالله من الشرك «اللهم، إني أعوذ بك أن أشرك بك شيئًا أعلمه وأستغفرك لما لا أعلمه».
هنا يزول الحجاب، مع الاستعاذة، والإخلاص، وصدق اللّجوء إلى الله.
7- الحجاب السابع
Perut yang dipenuhi dengan bahan-bahan haram. Pasti segala tenaga dan kudrat tubuh yang bersumberkan perkara haram tidak akan dapat memancarkan Cahaya dan Tenaga Allah SWT yang suci murni.
حجاب أهل الفضلات والتوسع في المباحات:
قد يكون حجاب أحدنا بينه وبين الله بطنه، فإنَّ الأكل حلال، والشرب حلال، لكن النبي r قال: «ما ملأ آدمي وعاء شرًا من بطن» [رواه الترمذي] فإن المعدة إذا امتلأت نامت الفكرة. وقعدت الجوارح عن الخدمة، إن الحجاب قد يكون بين العبد وبين الله ملابسه، فقد يعشق المظاهر، وقد قال r: «تعس عبد الدينار وعبد الدرهم وعبد الخميصة» [رواه البخاري]. فسماه عبدًا لهذا، فهي حجاب بينه وبين ربه، تقول له: قصِّر ثوبك قليلاً؛ حيث قال الرسول r: «ما أسفل الكعبين من الإزار ففي النار» [رواه البخاري]. يقول: أنا أخجل من لبس القميص القصير.. ولماذا أصنع ذلك؟ هل تراني لا أجد قوت يومي؟!
فالمقصود أن هذه الأعراف، والعادات، والفضلات، والمباحات.. قد تكون حجابًا بين العبد وبين ربه.. قد تكون كثرة النوم حجابًا بين العبد وبين الله، النوم مباح لكن أن تنام فلا تقوم الليل، ولا تصلي الصبح، أو يصلي الصبح ثم ينام إلى العصر فيضيع الظهر, هكذا يكون النوم حجابًا بين العبد وبين الله، قد يكون الزواج وتعلق القلب به حجابًا بين العبد وبين الله.. وهكذا الاهتمام بالمباحات.. والمبالغة في ذلك، وشغل القلب الدائم بها قد يكون حجابًا غليظًا يقطعه عن الله.
نسأل الله عز وجل ألا يجعل بيننا وبينه حجابًا..
8- الحجاب الثامن
Hidup yang dipenuhi dengan kelalian. Lihatlah setiap hari aktiviti tidak menuju ke Rumah Allah SWT, Setiap hari kita tidak rindu kepada wajah Allah SWT, kita penuhi perbuatan sia-sia sehingga kita menipu diri kita dengan dikir barat Islam , piala bola dunia Islam, nyanyian dan nasyid Islam, Al-Quran dibaca berserta muzik secara Islam, sukan berbentuk Islam dan sebagainya kita cuma namakan segala ciptaan kita dengan Islam , lalu kita berdoa kepada Allah SWT agar amalan yang kita ciptakan mendapat pahala disisi Allah SWT.
حجاب أهل الغفلة عن الله:
والغفلة تستحكم في القلب حين يفارق محبوبه جل وعلا فيتبع المرء هواه، ويوالي الشيطان، وينسى الله قال تعالى: {وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَنْ ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا**[الكهف: 82].. ولا ينكشف حجاب الغفلة عنه إلا بالانزعاج الناشئ عن انبعاث ثلاثة أنوار في القلب.
1- نور ملاحظة نعمة الله تعالى في السر والعلن.. حتى يغمر القلب محبته جل جلاله؛ فإن القلوب فطرت على حب من أحسن إليها.
2- نور مطالعة جناية النفس: حتى يوقن بحقارتها وتسببها في هلاكه، فيعرف نفسه بالازدراء والنقص، ويعرف ربَّه بصفات الجمال والكمال فيذل لله، ويحمل على نفسه في عبادة الله؛ لشكره وطلب رضاه.
3- نور الانتباه لمعرفة الزيادة والنقصان من الأيام؛ فيدرك أن عمره رأس ماله، فيشمر عن ساعد الجد حتى يتدارك ما فاته في بقية عمره.
فيظلُّ ملاحِظًا لذلك كله، فينزعج القلب، ويورثه ذلك يقظةً تصيح بقلبه الراقد الوسنان، فيهب لطاعة الله سبحانه وتعالى؛ فينكشف هذا الحجاب ويدخل نور الله قلب العبد، فيستضيء.
9- الحجاب التاسع
Menjadikan budaya dan adat kita sebagai ibadat kepada Allah SWT, kita sanggup katakan permainan gasing , wau, dikir barat dan sebagainya adalah satu ibadat. Sesungguhnya kita tidak segan dan silu memaksa Allah SWT menerima permainan budaya kita sebagai ibadat, sedangkan budaya dan adat Rasulullah SAW telah Allah SWT Nobatkan sebagai Ibadat dan Allah SWT telah janjikan budaya dan Rasulullah SAW akan tetap diberkati sehingga Hari Kiamat.
حجاب العادات والتقاليد والأعراف:
إنَّ هناك أناسًا عبيدًا للعادة.. تقول له: لِمَ تدخن؟!!.. يقول لك: عادة سيئة.. أنا لا أستمتع بالسيجارة، ولا ضرورة عندي إليها، إنما عندما أغضب فإني أشعل السيجارة، وبعد قليل أجد أني قد استرحت.
ولما صار عبد السيجارة، فصارت حجابًا بينه وبين الله، ولذلك أول سبيل للوصول إلى الله خلع العادات، ألا تصير لك عادة، فالإنسان عبد عادته فلكي تصل إلى الله.. فلابد أن تصير حرًا من العبودية لغير الله.
قال شيخ الإسلام ابن تيمية: «ولا تصح عبوديته ما دام لغير الله فيه بقية».. فلابد أن تصير خالصًا لله حتى يقبلك.
10- الحجاب العاشر
Golongan yang Cintakan :
1-Kepentingan peribadi.
2-Syaitan.
3-Dunia
4-Hawa Nafsu
Telah membudayakan manusia agar segala kemudahan nikmat dunia dan pancaindera yang Allah SWT kurnikan benar-benar tidak digunakan untuk Allah SWT, malah dengan tidak segan dan silu maka manusia zaman ini telah melakukannya dengan penuh ketaatan kepada syaitan, segala nikmat dan pancaindera telah dikerahkan kepada program-program berbentuk maksiat setiap saat.
حجاب المجتهدين المنصرفين عن السير إلى المقصود:
هذا حجبا الملتزمين، أن يرى المرء عمله، فيكون عمله حجابًا بينه وبين الله، فمن الواجب ألا يرى عمله، وإنما يسير بين مطالعة المنَّة ومشاهدة عيب النفس والعمل، يطالع منَّة الله وفضله عليه أن وفقه وأعانه، ويبحث في عمله، وكيف أنه لم يؤده على الوجه المطلوب، بل شابه من الآفات ما يمنع قبوله عند الله، فيجتهد في السير، وإلا فتعلق القلب بالعمل ورضاه عنه وانشغاله به عن المعبود حجاب، فإن رضا العبد بطاعته دليل على حسن ظنه بنفسه وجهله بحقيقة العبودية وعدم عمله بما يستحقه الرب جل جلاله ويليق أن يعامل به وحاصل ذلك أن جهله بنفسه وصفاتها وآفاتها وعيوب عمله وجهله بربه وحقوقه وما ينبغي أن يعامل به يتولد منهما رضاه بطاعته، وإحسان ظنه بها، ويتولد من ذلك من العجب والكبر والآفات ما هو أكبر من الكبائر الظاهرة, فالرضا بالطاعة من رعونات النفس وحماقتها..
ولله درُّ من قال: متى رضيت بنفسك وعملك لله فاعلم أنه غير راضٍٍٍٍ به، ومن عرف أن نفسه مأوى كل عيب وشر, وعمله عرضة لكل آفة ونقص.. كيف يرضى لله نفسه وعمله؟!
وكلما عظم الله في قلبك.. صغرت نفسك عندك، وتضاءلت القيمة التي تبذلها في تحصيل رضاه وكلما شهدت حقيقة الربوبية. وحقيقة العبودية وعرفت الله وعرفت النفس تبين لك أن ما معك من البضاعة لا يصلح للملك الحق، ولو جئت بعمل الثقلين خشيت عاقبته، وإنما يقبله بكرمه وجوده وتفضله، ويثيبك عليه بكرمه وجوده وتفضله.
فحينها تتبرأ من الحول والقوة، وتفهم أن لا حول ولا قوة إلا بالله، فينقشع هذا الحجاب.
هذه هي الحجب العشرة بين العبد وبين الله. كل حجاب منهما أكبر وأشد كثافة من الذي قبله.
أرأيت يا عبد الله كم حجاب يفصلك اليوم عن ربك سبحانه وتعالى؟! قل لي بربك: كيف يمكنك الخلاص منها؟!
فاصدق الله، واصدق في اللجوء إليه؛ لكي يزيل الحجب بينك وبينه، فإنه لا ينسف هذه الحجب إلا الله.
يقول ابن القيم: «فهذه عشرة حجب بين القلب وبين الله سبحانه وتعالى, تحول بينه وبين السير إلى الله، وهذه الحجب تنشأ عن أربعة عناصر.. أربعة مسميات هي: النفس، الشيطان، الدنيا، الهوى».
فلا يمكن كشف هذه الحجب مع بقاء أصولها وعناصرها في القلب البتة .. لابد من نزع تلك الأربعة؛ لكي تُنزع الحجب التي بينك وبين الله..
نسأل الله أن يوفقنا للإخلاص في القول والعمل، وأن يتقبل أعمالنا.
وصلَّى الله وسلَّم على نبينا محمد وعلى آله وصحبه.

10 Surah Yang Paling Berharga Dari Al-Quran

قال الرسول صل

ى الله علية وسلم :- (( عشرة تمنع عشر ))

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs313.snc3/28328_106873772692635_100001100397291_58420_599619_n.jpg
1-Surah Al-Fatihah mencegah dari kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin mencegah dari kehausan pada hari Kiamat.
3-Surah Ad-Dukhan mencegah daripada huru-hara hari Kiamat.
4-Surah Al Waqiah mencegah daripada kefakiran.
5-Surah Al-Mulk mencegah daripada Azab Kubur.
6-Surah Al-Kauthar mencegah daripada perbalahan atau permusuhan.
7-Surah Al-Kafirun mencegah daripada menjadi kafir semasa meninggal dunia.
8-Surah Al-Ikhlas mencegah daripada bersifat munafiq.
9-Surah Al-Falaq mencegah daripada perasaan hasad.
10-Surah An-Nas mencegah daripada terkena penyakit was-was.

Kucing dicuci mesin basuh terselamat




2010/05/28

SYDNEY: Seekor anak kucing Parsi mengejutkan pemiliknya apabila ia keluar dari mesin basuh dalam keadaan terhuyung-hayang selepas 'dicuci' mesin terbabit. 

Brendon Rogers, dari Manly Vale, berkata, Kimba, berusia empat bulan dan berbulu putih lebat, mungkin memanjat mesin apabila pintu hadapan dibuka dan bersembunyi dalam baju kotor, tanpa diketahui bapanya, Lyndsay, yang menghidupkan mesin itu.

Wanita miliki paling banyak tatu




JULIA menunjukkan tatu pada perutnya.

NEW YORK – Seorang wanita Amerika Syarikat (AS), Julia Gnuse mencipta rekod dunia Guinness World Records apabila dia memiliki tatu paling banyak di tubuhnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia yang menetap di Foothill Ranch, Lake Forest, California menghadiri pesta buku di sini kelmarin dengan menunjukkan 95 peratus tubuhnya dipenuhi tatu termasuk lukisan hutan dan kartun sehingga menampilkan wajah pelakon terkenal.
Menceritakan kenapa dia mempunyai banyak tatu, Julia berkata, pada mulanya dia membuat tatu di kakinya yang mengalami penyakit kulit melepuh apabila terdedah pada cahaya matahari.
Dia kemudian bertatu di perut, lengan dan belakang badan.
Menurutnya, dia kemudian menjadi seorang wanita yang ketagih tatu. – Agensi
kredit : kosmo.com.my

Bomoh cilik dirawat di hospital



SURABAYA – Seorang budak 11 tahun yang mendapat liputan meluas kerana menjadi bomoh cilik dan mampu menyembuhkan penyakit dengan batu sakti jatuh sakit dan terpaksa dirawat di sebuah hospital, lapor sebuah akhbar semalam.
Bomoh itu yang terkenal dengan panggilan Ponari dihantar oleh bapanya, Kamsin ke hospital setelah suhu badannya amat panas.
Namun, dia dari Desa Balongsari, Megaluh, Jombang, Jawa Timur dibenarkan pulang selepas sehari dirawat di hospital itu.
“Kami sudah cuba memberi air minuman yang dicelupi batu bertuah itu tetapi suhu badannya terus naik dan akhirnya kami membawa Ponari ke hospital,” kata Kamsin kepada wartawan.
Penjelasan keluarga itu menafikan kehebatan Ponari yang pernah menarik perhatian ramai apabila dikunjungi puluhan ribu pesakit yang percaya dia mampu menyembuhkan penyakit dengan menggunakan seketul batu ajaib. – Agensi
kredit : kosmo.com.my

Kumpul kereta yang diguna dalam filem



MARK PERKINS menunjukkan beberapa koleksi kenderaan yang pernah digunakan dalam filem.

ASCOT, England – Seorang pengumpul kereta di Britain, Mark Perkins, 47, memiliki sejumlah kenderaan popular yang pernah digunakan untuk penggambaran filem terkenal yang dibeli sejak 25 tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Antara model kereta yang terkenal itu ialah Batmobile daripada filem Batman, Ectomobile (Ghostbusters), Ford Torino (Starsky and Hutch), Mini 1977 (Mr. Bean) dan Reliant Regal (Del Boy).
Turut dimilikinya ialah beberapa buah kereta unik daripada filem adaptasi siri kartun Flintstones dan Noddy’s Toyland selain sebuah kereta Aston Martin DBS yang pernah muncul menerusi sebuah filem James Bond iaituGoldfinger.
Perkins yang bekerja sebagai pemaju hartanah menyimpan semua kenderaan tersebut di garaj bawah tanah rumahnya di Berkshire dengan mengambil perlindungan insurans sehingga 500,000 (RM2.4 juta).
Kebanyakan model itu diperoleh menerusi jualan atau lelongan.
“Ia hobi yang bagus kerana saya terpaksa pergi ke seluruh dunia untuk mencari kereta itu selama lebih 20 tahun sehingga ruang garaj hampir penuh,” katanya. – Agensi
kredit : kosmo.com.my

Kuok kekal terkaya di Malaysia

center>
SINGAPURA – 40 individu Malaysia memiliki kekayaan bernilai AS$51 bilion (RM167.9 bilion) iaitu peningkatan sebanyak AS$$36 billion (RM118.58 bilion) berbanding tahun lalu dan AS$46 bilion (RM151.52 bilion) yang direkodkan pada tahun 2008.
Menurut senarai individu terkaya Malaysia oleh Forbes Asia, kombinasi kekayaan individu berkenaan telah meningkat sebanyak 42 peratus bersandarkan kepada penjanaan daripada perkembangan ekonomi yang semakin baik.


Peningkatan keseluruhan itu adalah sejajar dengan peningkatan sebanyak 32 peratus Indeks Komposit Kuala Lumpur dan pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika sebanyak 11 peratus sejak 12 bulan lalu.
Mengekalkan kedudukan sejak tahun 2006 dalam menerajui senarai itu ialah Tan Sri Robert Kuok.
Menurut Forbes, Kuok yang berusia 86 tahun itu memiliki peningkatan kekayaan kepada AS$12 bilion (RM39.52 bilion) dengan kenaikan sebanyak AS$3 bilion (RM9.88 bilion) pada tahun lalu.
Taikun telekomunikasi, Ananda Krishnan pula menduduki tempat kedua dengan kekayaan sebanyak AS$8.1 bilion (RM26.68 bilion) dengan peningkatan sebanyak AS$1.1 bilion (RM3.62 bilion) tahun sebelumnya.
Tempat ketiga dalam senarai tersebut ialah Tan Sri Lee Shin Cheng dengan AS$4.6 bilion (RM15.15 bilion), peningkatan berbanding AS$3.2 billion (RM10.54 bilion) pada tahun 2009.
kredit : kosmo.com.my

Laju 6 kali bunyi





GAMBAR fail menunjukkan pesawat X-51A Waverider (dalam bulatan) berada di bawah sayap B-52 Stratofortress pada 9 Disember 2008.

WASHINGTON Sebuah pesawat ujian milik Tentera Udara Amerika Syarikat (AS), X-51A Waverider mencatat rekod dunia penerbangan supersonik selepas ia terbang selama enam minit pada kelajuan Mach 6 atau enam kali kelajuan bunyi iaitu kira-kira 7,416 kilometer sejam.
Tentera Udara AS melaporkan di laman webnya bahawa X-51A berlepas dari sebuah pesawat pengebom berat, B-52 Stratofortress di pesisir pantai selatan California kelmarin dan ia memecut hingga Mach 6 selama 200 saat sebelum hilang momentum menyebabkan ujian itu ditamatkan.
Kami benar-benar teruja kerana ujian tersebut mencapai kejayaan dengan perubahan daripada penggunaan pesawat enjin kipas selepas Perang Dunia Kedua kepada enjin jet, kata Pengurus Eksperimen Program X-51A, Charlie Brink.
Rekod sebelum ini cuma 12 saat. AP
kredit : kosmo.com.my

Ibu bapa budak 2 tahun merokok disiasat



GAMBAR yang disiarkan sebuah akhbar di Britain kelmarin menunjukkan Ardi Rizal merokok di rumahnya di Sumatera.

JAKARTA – Polis melancarkan siasatan terhadap ibu bapa seorang kanak-kanak berumur dua tahun yang dilihat merokok dalam klip video di laman perkongsian video YouTube, kata seorang pegawai Indonesia semalam setelah klip video berkenaan mendapat perhatian di seluruh dunia.
Klip video itu menunjukkan seorang kanak-kanak berbadan gempal bernama, Ardi Rizal, ketawa sambil menghisap sebatang rokok ketika berbual dengan beberapa orang dewasa di sekelilingnya di sebuah kampung di Indonesia.
“Kita akan menyiasat ibu bapa kanak-kanak berkenaan,” kata pegawai Kementerian Perlindungan Kanak-Kanak dan Wanita, Heru Kasidi.
Ardi dilaporkan menghisap sekurang-kurangnya 40 batang rokok sehari semasa berusia 18 bulan. – AFP
kredit : kosmo.com.my