Pages

Sunday, May 30, 2010

Pelakon kerdil terkenal mati




gambar fail bertarikh 26 Feb. 2008 menunjukkan Gary Coleman dan isterinya, Shannon Price, muncul dalam program televsiyen NBC, Today di New York, Amerika Syarikat.


SALT LAKE CITY - Bintang siri komedi televisyen, Different Strokesyang popular di sekitar tahun 1980-an, Gary Coleman meninggal dunia semalam setelah isterinya, Shannon Price membuat keputusan memilukan untuk mematikan mesin sokongan hayat suaminya, lapor sebuah akhbar.
Pelakon yang tingginya cuma 142 sentimeter itu menghembuskan nafas terakhir di Pusat Rawatan Kawasan Lembah Utah Valley akibat pendarahan otak setelah terjatuh di kediamannya di negeri Utah, Amerika Syarikat (AS) awal minggu ini.
Dia meninggal dunia ketika berusia 42 tahun.
Isterinya, Price, 24, dikatakan membuat keputusan untuk mematikan mesin sokongan hayat suaminya pada pukul 12.05 tengah hari (waktu tempatan) setelah Coleman koma.
Selain isterinya, keluarga terdekat aktor tersebut turut berada di sisinya semasa dia meninggal dunia.
Sepanjang hidupnya, Coleman pernah menjalani dua pembedahan pemindahan buah pinggang dan beberapa kali diserang sawan.
Dia berkahwin dengan Price, seorang wanita kulit putih pada 2007.
Popular dengan ungkapan bermaksud Apa yang kau cakap ni Willis?dalam Different Strokes, Coleman bernasib malang kerana popularitinya merudum setelah meninggalkan siri komedi itu.
Coleman pernah melakukan pelbagai kerja termasuk menjadi seorang pengawal keselamatan sebelum terpaksa menjual barangan peribadinya kerana masalah kewangan manakala pada 1999 dia memfailkan perintah muflis di sebuah mahkamah di AS. - Agensi

No comments: