Pages

Thursday, May 20, 2010

Mengesan Jejak Dajjal Melalui Sejarah



Printer-friendly versionHantar kepada rakan-rakan
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengulang siar artikel yang ditulis oleh Konspirasi Teoris yang saya petik melalui blog saudara SHAHi. Mudah-mudahan artikel seperti ini mendatangkan manfaat kepada kita semua. ~ 
Mahu atau tidak mahu, kita harus meneliti sejarah kerana ia menyimpan banyak rahsia yang harus diselongkar dengan hati kita sendiri, bukan hanya menerima setiap pelajaran sejarah yang disajikan dalam buku-buku teks sekolah oleh orientalis dan evangelis Barat yang gemar merosakkan kebenaran sejak permulaan sejarah manusia lagi. Hati kita diciptakan Allah dengan sifatnya yang bersih (namun kitalah yang merosakkan hati kita sendiri), maka hati kita akan sentiasa mampu melihat kebenaran sekiranya kita sangat ingin dan amat merindukan kebenaran. Kebenaran itu ada kala pahit, dan ada kala sangat manis.
orthodox-cathedral-of-cluj-napoca-romania
Simbol All Seeing Eyes (Eyes Of Horus)
Sekadar membuat tekaan, ada segelintir pembaca yang menganggap bahan bacaan ini sedikit berat untuk difahami dan sering keliru dengan fakta sejarah. Untuk memahami sejarah secara dasarnya ialah, kita hanya perlu memahami kisahnya, bagaimana kejadian itu berlaku dan mengapa ia berlaku dan apa kesannya. Pengkaji sejarah ekstrem pula kerap kali memikirkan jawapan kepada apa ‘yang ditinggalkan tanpa jawapan’ dalam kisah sejarah itu dimana kita menganggapnya sebagai misteri…the puzzle.
Kepada peminat sejarah, anda tidak perlu garu kepala untuk menerima fakta yang ingin diketengahkan. Kepada peminat kajian kitab agama-agama, anda juga tidak perlu garu kepala untuk memahami setiap kontradiksi yang digarap untuk dijadikan sebagai sumber maklumat atau clue dalam perbincangan ini. Juga kepada peminat perkara-perkara mistik, anda mungkin akan menemui sesuatu yang baru.
Kita perlu mengenali sejarah, kita juga perlu mengenali ilmu kajian kitab (al-Quran, Old Testament, New Testament, Torah, Talmud, Habakkuk, Veda, Dead Sea Scrolls & dsb), kita juga perlu memahami perkara mistik, kita juga perlu mengenali sains….KITA WAJIB BERiLMU DAN MENJADI BIJAK SUPAYA KITA TIDAK DIPERBODOHKAN !!!
Topik yang akan disampaikan kali ini adalah sedikit berat, tetapi anda juga perlu bersedia kerana akan ada topik-topik lain yang lebih berat daripada topik ini. Kita membincangkan mengenai Dajjal, seorang manusia aneh dan mistik yang akan keluar pada akhir zaman. Kita sudah menjelaskan sebahagian kecil mengenai golongan yang bekerja untuk Dajjal iaitu gerakan Illuminati, gerakan Illuminati yang dijelaskan dalam artikel-artikel terdahulu cuma sebahagian kecil dan banyak lagi yang berselindung, anda mungkin menangis jika menemui kebenaran yang sudah diputar belit oleh Illuminati untuk memperbodohkan kita semua.
Dajjal adalah manusia mistik. Maka untuk mengupas persoalan Dajjal, kita juga perlu mengambil pendekatan mistik tetapi kita perlu ingat bahawa kita WAJIB berlandaskan ketetapan ALLAH. Kami menjadikan sumber Islam (Quran & Hadis) sebagai penanda aras dalam mengupas persoalan Dajjal berpandukan maklumat sejarah dalam kitab-kitab Yahudi, kitab-kitab Hindu, kitab-kitab pagan, hasil-hasil kajian arkeologis terdahulu dan hasil-hasil kajian saintifik moden dalam menjejak seorang manusia yang umat Islam gelar sebagai Dajjal, juga digelar Anti-Christ oleh umat Kristian dan The King of Kings oleh Yahudi. Sesungguhnya, masa untuk Dajjal keluar sudah terlalu hampir, ia jelas melalui tanda-tanda mistik dan tanda-tanda perubahan politik dunia hari ini. Usah tidur lagi.
Dajjal ialah manusia misteri yang pintar dan mempunyai kepakaran dalam memanipulasi sejarah, politik, agama, sihir, ekonomi dan sebagainya… kita tidak boleh menjadi bodoh dan terus diperbodohkan kerana musuh kita adalah seorang yang bijak.. kita perlu berilmu dalam semua cabang ilmu (kecuali sihir) untuk menghadapi fitnah Dajjal. Dajjal lebih mengenali kita, dia tahu kekuatan serta kelemahan kita untuk memperbodohkan kita dalam setiap ilusi dunia yang dirancang bersama pengikut setianya (secret societies) sejak zaman berzaman. Tetapi adakah kita arif mengenai musuh kita itu? Kita diperbodoh sehingga melihat sejarah dunia sebagai satu kebetulan tanpa kita melihat satu ‘garisan benang halus’ yang menghubungkan setiap kejadian dalam sejarah. Di sini, anda lihatlah benang halus yang ingin cuba disampaikan kepada anda semua. Semoga niat ini dipermudahkan oleh Allah Yang Maha Bijaksana.
KENALI LELAKI DARI KISAH-KISAH SEJARAH: DAJJAL.
Mengenalpasti & Menyusun kod
Kod-kod mengenai Dajjal dalam sumber Islam
Untuk menjejak Dajjal ini, kita harus memahami kod-kod penting yang disampaikan oleh Nabi Muhammad melalui hadis-hadisnya pada lebih 1430 tahun lalu.
(1). Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sukakah aku ceritakan kepadamu tentang Dajjal, yang belum diberitakan oleh Nabi kepada kaumnya. Sungguh Dajjal itu buta mata sebelahnya dan ia akan datang membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka, adapun yang dikatakan syurga, maka itu adalah neraka. Dan aku memperingatkan kalian sebagaimana Nabi Nuh a.s memperingatkan kepada kaumnya."
(2). Hadis riwayat Amir Ibnu Sharahi Hamdan dari Fatimah binti Qais mendengar dari Rasulallah:
Setelah habis eddahku, aku mendengar suara azan lalu aku pun pergi ke masjid untuk bersolat bersama Rasulallah. Aku berada di saf wanita dan berhampiran makmum lelaki. Selepas selesai Rasulallah bersolat, baginda terus berkata:
“Hendaklah kamu semua duduk di tempat solatmu. Tahukah kamu kenapa aku panggil kamu semua ke masjid?” Seorang sahabat menjawab: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Lalu baginda menyambung: “Aku menghimpunkan kamu kerana Tamim ad-Dari yang dahulunya seorang Nasrani datang kepadaku dan memeluk Islam. Dia (Tamim) menceritakan satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kamu semua perihal Dajjal.”
“Dia (Tamim) beritahu aku bahawa dia pernah belayar bersama 30 lelaki kabilah Lakhm dan Juzdam. Lalu mereka dipukul ombak selama sebulan sehingga mereka terjumpa sebuah pulau di tengah lautan, tempat tenggelamnya matahari. Mereka kemudian berlabuh di pulau itu. Sesudah mendarat, mereka terkejut didatangi makhluk berbulu tebal, lalu mereka berkata: “Apakah kamu ini?”.
Makhluk itu menjawab: “Aku pengintip rahsia (Jassasah)”
Mereka bertanya lagi: “Pengintip apa?”.
Makhluk itu menjawab: “Tak perlu tanya lagi, pergilah berjumpa seorang lelaki di biara itu kerana dia mahu mendengar berita dari kamu.”
Tiba di biara itu, mereka melihat sebesar-besar manusia yang dirantai. Kedua tangan dipasung ke leher. Kaki dan lutut diikat besi hingga ke buku lali.
Kemudian mereka bertanya: “Siapa kamu ini?”
Lelaki yang dipasung itu menjawab: “Ceritakan kepadaku tentang kurma di Baisan.”
Mereka menjawab: “Ia sudah hampir tidak berbuah lagi.”
Lelaki dipasung itu bertanya lagi: “Bagaimana pula dengan Tasik Thabariya? Apakah airnya masih ada?”
Lalu mereka jawab: “Airnya hampir kering.”
Dia bertanya lagi: “Bagaimana dengan nabi orang-orang ummiyin, apa yang dikerjakannya?”
Mereka menjawab: “Dia telah lahir di Makkah dan berhijrah ke Yathrib (Madinah).”
Dia bertanya: “Apakah orang-orang Arab memeranginya lagi?”
Mereka menjawab: “Ya. Mereka memeranginya.”
Dia bertanya lagi: “Bagaimana perlakuan mereka?”
Mereka jawab: “Dia (Muhammad) telah banyak mendapat kemenangan, hampir semua orang Arab kini mengikutinya.”
Lelaki itu berkata: “Itu benar terjadi?”
Mereka menjawab: “Benar. Itu yang benar terjadi”
Lelaki itu berkata: “Kalau mereka mengikutinya, maka itulah yang lebih baik kepada mereka. Sekarang aku mahu beritahu kamu semua. Aku adalah al-Masih ad-Dajjal. Rasanya sudah hampir masa untuk aku diizinkan keluar. Bila aku keluar nanti, aku akan berjalan ke serata muka bumi kecuali Makkah dan Thahibah (Madinah) kerana aku dihalang para malaikat.”
Selepas diceritakan kepada semua yang berada di masjid itu, Rasulallah pun berkata: “Inilah Thahiba yakni Madinah. Bukankah aku pernah memberitahu kamu mengenai (Dajjal) ini? Sesungguhnya kisah yang Tamin ad-Dari sampaikan kepadaku bersesuaian dengan apa yang pernah aku sampaikan pesan kepada kamu. Dajjal itu berada di Laut Shyam atau Laut Yaman, di arah Timur”
Fatimah yang menceritakan kata-kata Nabi itu kemudian berkata kepada Amir: “Itulah yang aku dengar dari Rasullallah.”
Nota: Anda boleh mendengar perincian hadis ini melalui Koleksi Kuliyah Kitab Bahrul Madzi yang disampaikan oleh Ustaz Shamsuri Haji Ahmad yang bertajuk Dajjal & Adab Jual Beli.
Hadis ini menjelaskan tentang satu clue iaitu Dajjal adalah seorang manusia, bukan satu konsep bangsa atau puak. Jika wujud satu puak, ia adalah persoalan lain yang berkait dengan lelaki yang disebut Dajjal ini. Tidak mungkin Nabi s.a.w menyampaikan keterangan yang mempunyai maksud lain, nabi tidak mungkin membuat silap, sedangkan hadis-hadis disampaikan bertujuan bagi menjelaskan sesuatu maksud secara konkrit. Maka, pernyataan bahawa Dajjal adalah manusia juga satu pernyataan konkrit.
Lain-lain kod melalui Hadis pula menjelaskan, ketibaan Dajjal itu adalah seperti berikut:
- akan muncul pada akhir zaman
- mengaku bahawa dia adalah Tuhan
- menyebar fitnah dan dusta
Kod-kod sumber Yahudi
“This calls for wisdom: let anyone with understanding calculate the number of the beast, for it is the number of a man. Its number is six hundred three score and sixty-six (666).” (Bible, Revelation 13:18) - ayat ini bermaksud, hanya mereka arif sahaja akan menyedari rahsia angka 666.
“For many deceivers are entered into the world, who confess not that Jesus Christ is come in the flesh. This is a deceiver and an antichrist.” (Bible King James, John 1:7) - ayat ini pula bermaksud, dia adalah seorang yang digambarkan sebagai seorang freud atau pendusta
Kod-kod sejarah mengenai ‘manusia hebat’ , ‘tuhan matahari’ dan sebagainya.
Kod #1: Horus The One-Eyed Sun God

Gambar: Simbol triniti Mesir iaitu tiga tuhan bersaudara Osiris, Isis dan Horus (simbol mata di sebelah kiri bawah adalah Horus)
Kita selongkar kisah Horus The Sun God iaitu salah seorang anak Firaun semasa zaman Mesir purba. Salah satu epik terkenal dalam sejarah Horus adalah pertarungannya dengan Storm God bernama Seth. Dalam epik tersebut, Seth digambarkan sebagai seorang yang jahat dan tamak kuasa, manakala Horus pula digambarkan sebagai seorang pemimpin yang baik dan mahu membebaskan sebilangan besar orang Mesir daripada kekejaman Seth.
Peperangan tersebut menjadi satu perang besar antara angkatan kerjasama Horus, Thoth dan Ra dalam menentang Seth dengan angkatan besarnya di daerah Nubia.
Horus dikatakan bermati-matian menentang Seth selama berhari-hari demi membebaskan orang Mesir daripada kekejaman Seth. Horus juga dikatakan membalas dendam terhadap kematian abangnya, Osiris yang mati dibunuh Seth.
Dalam pertarungan itu, Horus menggunakan pengetahuan sihirnya dengan bantuan Thoth. Gabungan sihir Thoth dan Horus juga dikatakan telah menukar bentuk Horus kepada cakera matahari dalam pertarungan yang penuh magis itu. Seth yang ketakutan kemudian lari ke arah Sungai Nil dan menggunakan sihir untuk menyerupai buaya bagi tujuan bersembunyi.
Bagaimanapun, Horus The Sun God pula dikatakan terus mengejar dan apabila tiba di tebing Sungai Nil, dia telah diserang oleh buaya (Seth) tadi sehingga sebelah matanya buta, kemudian digelar One-Eyed Sun God. Akibat serangan itu, Horus menjadi sedikit lemah dan ia menjadi peluang keemasan Seth untuk merangka strategi menyelamatkan diri sebelum kedatangan Ra dan Thoth ke tebing sungai itu.
Setelah beberapa tahun selepas peperangan itu, dikatakan Seth tidak muncul lagi dan orang-orang Mesir yang menjadi mangsa kekejaman Seth pula dibebaskan oleh Horus dengan restu Ra. Namun Horus terus menjadi sasaran Seth dalam diam dan mula mempelajari sihir baru untuk mengenakan Horus.
Melalui epik itu juga, Seth pada satu malam dikatakan telah mengenakan sihir yang mengubah wajah Horus menjadi wajahnya. Disebabkan sihir itu, Horus kelihatan seperti Seth dan Seth pula kelihatan seperti Horus.
Dalam keadaan itu, Horus yang kelihatan seperti Seth telah diperintahkan ditangkap oleh Ra. Selepas ditangkap, Ra menetapkan bahawa Seth (sebenarnya Horus) dijatuhkan hukuman salib.
Semasa disalib dan ditikam sehingga memancut darah, dikatakan wajah Horus perlahan-lahan kembali pulih ketika matahari mula terbit dan tidak lagi kelihatan seperti Seth. Sebaik matahari mula cerah, Horus yang sudah tenat menjerit dengan kuat bahawa DIA AKAN KEMBALI PADA AKHIR ZAMAN untuk membebaskan manusia, menyatukan Afrika dan Timur Tengah (salah satu New World Order?) dan terus memburu Seth untuk membalas dendam. Selepas itu, Horus mati dan dikatakan jasadnya diangkat ke matahari untuk bersemayam di sana sambil memerhati semua manusia sementara menunggu masa yang sesuai untuk kembali ke bumi. – SUMBER: Ancient Egyptian Myths & Book of the Deads.
Kod #2: Quetzalcoatl, The God of Mayan

Quetzalcoatl menjelma dalam bentuk reptilia (kanan) menurut kepercayaan kaum Mayan. Dia juga kelihatan seperti makhluk asing dari jenis Reptilian.
Lelaki ini digambarkan sebagai seorang tua yang bijak, berambut putih, berjanggut dan bermisai. Dia juga dikatakan pada waktu tertentu menjelma dalam bentuk reptilia bersisik. Dan dia mengajar kaum Mayan (di Mexico) mengenai pelbagai bentuk pengetahuan seperti astronomi, kejuruteraan bangunan sehingga terbinanya piramid Mayan, arkitektur binaan pelik dan sebagainya.
Sekali difikirkan, tamadun kaum Mayan yang berada di tengah hutan di Mexico tidak mungkin mempunyai sumber pengetahuan yang luas kerana mereka tidak berhubung langsung dengan dunia luar kerana ketiadaan fasiliti perhubungan antarabangsa seperti pelabuhan. Mana mungkin mereka meneroka ilmu tanpa sedikit pun pendedahan dengan tamadun luar.

Piramid Mayan dalam bentuk seperti separuh siap dengan ketiadaan bucu.
Adrian Gilbert and Maurice Cotterell dalam buku mereka The Mayan Prophecies menjelaskan, tamadun Mayan dibina dengan bantuan seorang lelaki pelayar yang mengajar mereka mengenai pelbagai cabang ilmu. Tanpa Cotterel dan Gilbert sedar, pendapat mereka adalah selari dengan sebuah hadis Tamim ad-Dari yang terkenal yang mengisahkan Tamim berjumpa dengan seorang lelaki misteri di sebuah pulau ketika tersesat di tengah lautan, lelaki itu menyatakan dia adalah Dajjal.
Dalam hadis itu, diceritakan Dajjal dipasung di sebuah pulau dan dijaga oleh makhluk bernama Jassasah. Semasa Tamim ad-Dari bertemu dengan Dajjal, Dajjal bertanya kepada Tamim mengenai seorang nabi di Tanah Arab. Dan Tamim memberitahu kepada Dajjal bahawa hampir semua orang Arab kini beriman kepada Allah, dan Dajjal menjawab… “sesungguhnya masa untuk aku dibebaskan sudah begitu hampir..”
Kisah tersebut yang kemudiannya disampaikan Tamin ad-Dari kepada Rasulullah kemudian disahkan sendiri oleh Nabi. Dan Dajjal yang dipasung itu kemudian dibebaskan selepas kewafatan Rasulullah (sollalahu alaihi wassalam, wa ‘ala alihi wa as habihi ajma’in).
Teori Cotterell dan Gilbert juga selari dengan epik Atlantis, sebuah pulau bertamadun maju yang dikatakan tenggelam dan hilang dalam lipatan sejarah. Malah, Cotterel dan Gilbert juga mengaitkan pelayar yang bertanggungjawab memajukan tamadun Mayan adalah lelaki sama yang terselamat dalam kejadian tenggelamnya Atlantis. Teori di sini ialah, Atlantis itu mungkin pulau yang dihuni Dajjal sebelum dibebaskan, dan tenggelam sebaik sahaja Dajjal dibebaskan. Dan dalam epik Atlantis, pulau Atlantis yang tenggelam itu juga dikatakan akan timbul kembali pada akhir zaman.

Kalendar Mayan yang berbentuk matahari
Dalam tamadun Mayan, Quetzalcoatl disembah seperti tuhan dan mengajar kaum Mayan mengenai pelbagai ilmu. Mereka mampu membina kalendar bintang dan mampu menghitung hari di planet Venus dengan tepat. Malah dalam satu teori terkenal dan sudah difilemkan, bahawa kaum Mayan meramalkan dunia akan berakhir pada tahun 2012 berdasarkan kiraan perjalanan planet dan bintang di galaksi. Atau mungkin, Dajjal akan keluar pada 2012?
Kisah Quetzalcoatl dalam tamadun Mayan tiba-tiba hilang begitu sahaja secara misteri dengan meinggalkan satu mesej iaitu dia akan kembali pada satu hari nanti. Sudah terbiasa dengan pernyataan AKAN KEMBALI? Juga selari dengan Hadis Nabi mengenai Dajjal AKAN KELUAR pada akhir zaman? AKAN KEMBALI dan AKAN KELUAR, maksudnya hampir sama.
Kod #3: Maharaja Shi Huangdi, God of Earth

Sebuah piramid di wilayah Xian di China. Piramid Xian yang dibina pada zaman Shi Huangdi ini berbentuk separuh siap. Mungkinkah piramid yang separuh siap ini juga simbolik kepada segitiga bermata satu akan terapung diatasnya pada akhir zaman nanti?

Piramid Xian dan Mayan tersebut mungkin separuh siap seperti piramid dalam rajah ini.. hanya menunggu ketibaan semula mata itu.  Segala-galanya mengenai matahari, segitiga bermata satu itu juga digambarkan bersinar sebagaimana matahari.
Kita teroka pula dalam kisah sejarah tanah asal keturunan Li (The Li Bloodlines) di China. Sejarah yang berlaku di China nampak seperti kebetulan tetapi ia tidak berlaku secara kebetulan. Terdapat mesej cryptic dalam tamadun China, sehingga menyebabkan Merovingain British begitu berminat untuk menjejak ‘Tuhan’ mereka (Dajjal - God of Pagan) di China semasa era penjajahan.
Monumen dan artifak Terracota Warriors yang hanya ditemui pada tahun 1974 menyimpan satu maklumat besar mengenai kewujudan lelaki misteri di sebalik pemerintahan Maharaja Shi Huangdi, raja pertama yang menyatukan China (salah satu daripada New World Order yang terawal?). Kod-kod yang ditinggalkan adalah sama seperti kod-kod yang ditinggalkan di Mayan, Mesir dan beberapa lokasi lain di dunia.

Setiap patung mempunyai kod tersendiri dan gabungan semua kod pada patung ini meninggalkan mesej yang tersembunyi.
Tamadun China juga meninggalkan salah satu kod iaitu piramid di wilayah Xian, sama seperti kod piramid yang ditinggalkan oleh tamadun Mesir dan Mayan. Manakala Terracota Warriors pula menyimpan mesej secara cryptic melalui mimik-mimik muka setiap patung mengikut barisan, susunanya sama seperti baris-baris dalam tulisan Cina.
Bahasa Cina dibina daripada gabungan suku kata sehingga membentuk perkataan baru. Mimik muka yang digambarkan pada wajah patung-patung itu pula mewakili satu suku kata, dan apabila disusun suku kata itu, ia membentuk perkataan dan seterusnya membentuk ayat mengandungi mesej kod apabila dihubungkan semua suku kata itu bermula barisan patung dari atas ke bawah seperti membaca tulisan Cina. Salah satu kod yang ditinggalkan ialah “…pemerintah akan kembali…..penghujung waktu…” – SUMBER:  The Secret Codes of Terracota Warriors, Maurice Cotterell.
Siapa pemerintah yang dikatakan akan kembali itu? Melalui teori itu, sudah tentu Maharaja Shi Huangdi yang akan kembali, dan menjadi God of Earth semula. Dia meninggalkan mesej bahawa dia akan kembali untuk menjadi tuhan.
Kod #4: Piramid Misteri di Dasar Laut Jepun
  
Sebuah piramid misteri di dasar laut di perairan Okinawa di Jepun
Setiap jejak Dajjal di tamadun-tamadun kuno meninggalkan kod hampir sama yang hanya difahami oleh penyembahnya sejak zaman berzaman. Salah satu kod ialah piramid, bongkah berbucu ini wujud di banyak lokasi seluruh dunia dan mengandungi misteri sejarah. Sejarah purba Jepun juga mempunyai binaan piramid yang misteri dan masih tidak mempunyaipenjelasan kukuh berhubung penemuan bongkah piramid gergasi di dasat laut di Okinawa. Ia tenggelam (tenggelam atau memang dibina di dasar air?) pada kedalaman 60 hingga 100 kaki di dasar laut. Menurut perkiraan para penyelam di Jepun, saiz piramid itu dianggarkan kira-kira 666 kaki lebar dan 99.9 kaki tinggi, ia dipercayai dibina pada sekitar tahun 8000 SM sebelum ais di kutub mencair (atau sebelum peristiwa Banjir Besar Nabi Nuh? dan tenggelam hingga hari ini akibat peristiwa Banjir Besar?), ia dibina kira-kira 3000 tahun lebih dahulu sebelum piramid Mesir dibina.
Paling menarik, juga wujud satu binaan berbentuk hexagon (penyamaran hexagram? star of david?). Namun tidak banyak maklumat mengenai piramid ini atau tamadun misteri ini yang dibuat kajian oleh pengkaji-pengkaji sejarah. Apa yang jelas ialah, kod piramid wujud di hampir semua tamadun kuno.
Manakala teori kami pula, ia menandakan kewujudan manusia hebat dan pintar ini dalam pentas sejarah sejak sekian lama kerana dipanjangkan usianya oleh Allah. Dajjal meninggalkan kod-kod ini supaya para penyembahnya dapat memahami maksud terbesar di setiap binaan pelik di setiap penjuru dunia bagi menjayakan perancangannya sementara menunggu kemunculan terakhirnya di akhir waktu.
Kod #5: Obelisk, struktur pelik sejak zaman sejarah

Sebuah obelisk di kota Kristian, Vatican City
Obelisk ialah struktur tiang tegak berbucu seperti piramid di atasnya. Struktur ini wujud sejak zaman sejarah di Mesir, Assyria, Ethiopia dan terus dibina di beberapa lokasi ‘terpilih’ di seluruh dunia ketika zaman moden. Kewujudannya juga mengandungi misteri yang tidak terjawab secara konkrit, motif pembinaannya kekal misteri.

Obelisk di Ethiopia

Di Mesir

Paris

London

Turki

Washington, Amerika
Ada juga obelisk yang tertera tulisan kuno dalam bahasa Mesir dan Assyria. Ia seperti meninggalkan mesej kepada umat manusia mengenai sebab ia dibina, juga mungkin mesej mengenai ‘seorang manusia’. Obelisk dipercayai pertama kali dibina di Assyria oleh Raja Shamanesser III pada kurun ke-9 Sebelum Masehi (SM).
Ia juga mungkin sebagai salah satu ‘tanda’ kewujudan Dajjal di sesuatu lokasi itu, ia adalah kod kehadiran Dajjal di situ.
Kod #6: Stonehenge, satu lagi struktur pelik

Stonhenge ketika matahari terbit
Para pengkaji sejarah menemui fakta di mana Stonehenge dibina pada zaman purba bagi tujuan kaji bintang. Binaan itu juga dipercayai menjadi lokasi kajian astrologi oleh manusia purba dan juga lokasi kegiatan ritual.

antara teori yang menggambarkan bahawa stonehenge merupakan tempat ritual kaum masyarakat zaman dahulu
Stonehenge dikatakan dibina untuk merekod pergerakan matahari bermula daripada ia terbit hingga terbenam. Malah, kedudukan batu (setiap batu kira-kira berat 40 tan) yang disusun secara pelik tersebut juga mewakili planet-planet di galaksi Bima Sakti secara tepat.
Ia juga menjadi kompas bintang di bumi yang menunjukkan arah taburan bintang dan kedudukan planet-planet dan matahari. Ketika matahari mula terbit pada setiap pagi pula, cahayanya terus menyuluh ke arah tengah Stonehenge dalam bacaan paling strategik dan paling tepat dengan kedudukan aras bumi dengan matahari.
Timbul persoalan, kenapa manusia zaman purba membina monumen kaji bintang ini? Apakah keperluan mereka untuk mengkaji pergerakan bintang dan matahari? Atau ia dibina oleh seseorang untuk tujuan khusus?
Jika diperhatikan, segala-galanya mengenai matahari. Mungkin ia dibina oleh seorang lelaki yang mahu kehebatannya disebut-sebut oleh manusia hari ini kerana mampu membina monumen astronomi yang melampaui pengetahuan purba ketika itu. Ia juga salah satu kod yang ditinggalkan kepada para pengikutnya bagi memberitahu kewujudannya di situ pada satu masa dahulu.
Kod #7: Triniti agama pagan

Menara Babel di Babilon seperti diceritakan dalam al-Quran melalui kisah Namrud
Sesuatu yang masih menjadi pertanyaan dalam agama Kristian adalah kesukaran untuk menjelaskan maksud doktrin triniti. Doktrin triniti yang mula digunapakai dalam agama Kristian dipercayai bermula pada tahun 325 M dalam Konsili Nicea, iaitu selepas ketiadaan Nabi Isa.
Namun pegangan triniti sudah bermula seawal zaman Babilon, Greek dan Gnostik Yahudi, sebelum kedatangan Isa lagi. Dan, Gereja Katolik pula menetapkan, barangsiapa yang tidak mempercayai triniti seperti dalam kepercayaan terdahulu adalah tergolong dalam golongan yang ‘tidak dapat diselamatkan’. Ia juga bermaksud, fahaman triniti sengaja diserap dalam agama Kristian sebagaimana pernah dipegang masyarakat Babilon, Mesir dan Greek bagi menjamin kesinambungan satu kepercayaan lain. Ia adalah kepercayaan pagan.
Semua agama pagan sejak zaman Babilon mengamalkan kepercayaan dalam kitaran ‘keluarga tuhan’ iaitu tuhan mempunyai anak – ia pula lebih menjurus kepada menyembah selain tuhan yang satu. Dalam kepercayaan Babilon, triniti adalah Nimrod (Namrud), Semiramis dan Tammuzi. Manakala dalam kepercayaan Mesir, ia adalah Osiris, Isis dan Horus. Dalam kepercayaan Gnostik Yahudi, triniti adalah Kether, Hokhmah dan Binah. Triniti dalam kepercayaan Greek pula adalah Zeus, Athena dan Apollo.
Ia seakan menyampaikan kesinambungan satu agama sejak zaman berzaman, dan kesinambungan itu pula secara terang mengambil kesempatan terhadap keajaiban kelahiran Isa dan seterusnya menyesatkan ajaran Isa sehingga wujudnya agama triniti baru iaitu Kristian. Triniti dalam Kristian pula ialah Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Jesus) dan Roh Suci.
“Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah (wahai Muhammad): “Roh itu termasuk urusan Tuhanku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit (mengenainya).“ (Quran, al-Isra: 85)
“Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya al-Masih Isa putera Maryam itu, adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan : “(Tuhan itu) tiga”, berhentilah (dari ucapan itu). (Itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. Cukuplah Allah menjadi Pemelihara.” (Quran, an-Nisa: 171)
“Sesungguhnya kafir lah orang yang mengatakan bahawa Allah adalah salah satu dari yang tiga. Padahal Allah hanya Satu!”(Quran, al-Maidah: 73)
“Dan mereka berkata “Allah punya Anak” sesungguhnya kamu yang berkata demikian telah mendatangkan sesuatu hal yang sangat mungkar, hampir-hampir langit pecah kerana ucapan itu dan bumi terbelah dan gunung-gunung runtuh karena (mereka) telah menuduh Allah mempunyai Anak, adalah hal aneh bahwa Allah mempunyai anak” (Quran, Maryam: 90)
“Orang-orang Yahudi berkata “Uzair (Ezra) itu anak Allah dan orang nasrani berkata al-Masih (Isa) anak Allah” demikian ucapan mereka meniru kata-kata orang-orang kafir sebelumnya. Allah pasti membinasakannya, bagaimana mereka dapat berpaling?” (Quran, at-Taubah: 30)
Melalui ayat-ayat Al-Quran di atas, jelas bahawa Allah tidak mempunyai anak.
Dalam agama Mesir purba, proses kelahiran Horus (ingat kedudukan bintang dalam artikel sebelum ini? Mesej kedudukan bintang ini pula seperti mahu disampaikan dalam binaan Stonehenge yang memetakan kedudukan bintang-bintang) dan kematiannya adalah sama dengan riwayat penyaliban Isa dalam agama Kristian. Adakah ia satu kebetulan atau sengaja dirancang sebegitu dengan mengambil kesempatan terhadap peristiwa salib? Licik.
Namun dalam kitab Old Testament, tiada istilah triniti dalam menghurai maksud ketuhanan. Tuhan dalam Old Testament (Perjanjian Lama) Yahudi dirujuk sebagai SATU, bukan tiga. Namun, agama Kristian pula melahirkan New Testament (Perjanjian Baru) bagi menyokong triniti, ia memang dirancang bagi mewujudkan kekeliruan dengan menetapkan New melengkapkan Old, dan menolak al-Quran (The Final Testament).
Berikut adalah petikan dalam Old Testament mengenai SATU TUHAN, tiada ayat dalam Old Testament yang mengatakan Tuhan itu lebih daripada Satu, yang ada hanya pernyataan bahawa TUHAN ITU SATU:
EXODUS 20:3 Thou shalt have no other gods before me.
ISAIAH 45:22 Look unto me, and be ye saved, all the ends of the earth: for I am God, and there is none else.
ISAIAH 44:6 Thus saith the LORD the King of Israel, and his redeemer the LORD of hosts; I am the first, and I am the last; and beside me there is no God.
ISAIAH 46:9 Remember the former things of old: for I am God, and there is none else; I am God, and there is none like me.
ISAIAH 44:8 Fear ye not, neither be afraid: have not I told thee from that time, and have declared it? ye are even my witnesses. Is there a God beside me? yea, there is no other God beside me; I know not any.
Dalam satu hadis, dikatakan Dajjal itu adalah Yahudi. Maka adalah relevan jika maklumat untuk menjejak Dajjal juga perlu diteroka dalam manuskrip-manuskrip Yahudi. Satu fakta yang perlu diketahui, Isa adalah Yahudi dan bangsa Yahudi tidak suka lelaki berambut panjang dan berjanggut serta bermisai sejak ketika zaman antara tempoh Daud/David hingga zaman penjajahan Rom (zaman Isa), maka ia bertentangan dengan imej Jesus yang digambarkan melalui lukisan-lukisan dan patung-patung Jesus dalam kepercayaan Kristian. Maka juga, gambaran rupa bentuk Jesus juga bolehlah dikatakan sebagai satu lagi kod.
Dalam kepercayaan Kristian juga, Isa akan kembali pada akhir zaman. Pendapat ini sama seperti kepercayaan dalam Islam iaitu Isa akan kembali membunuh Dajjal. Manakala dalam Kristian pula, Jesus akan kembali menentang The Anti-Christ. Wujud satu keadaan yang kompleks hampir serupa dalam kes ini. Kita akan mendalami kompleksiti ini dalam tajuk khas nanti.

Simbol agama Cao Dai di Indo-China, imej satu mata tersebut adalah tuhan yang disembah oleh penganut agama ini
Dan sesuatu yang berlaku di Indo-China (dekat dengan Asia Tenggara) wujud satu agama baru sejak 1926 iaitu agama Cao Dai yang menjadikan simbol satu mata sebagai simbol ketuhanan. Agama itu juga mengamalkan mistisism melalui ritual-ritual yang sukar difahami. Ia adalah petanda bahawa fitnah Dajjal sudah hampir, dia sudah pun dijadikan tuhan. Agama ini dianggap sebagai ajaran sesat di Vietnam, namun amalannya terus berkembang dengan pembiayaan dana dari sumber yang tidak diketahui. Pengembangan agama ini mungkin sengaja dipilih untuk ditempatkan di Indo-China kerana gugusan negara Asia ini sememangnya mempunyai banyak agama pelik yang tersendiri, ia menjadikan pergerakan agama Cao Dai ini berkembang dengan teratur.
Kod #8: Merlin, The Prophet of Magic

Merlin, tukang sihir terkenal dalam epik King Arthur
Merlin, tukang sihir dan juga penasihat King Arthur (Raja pertama England) digambarkan sebagai seorang tua berambut panjang, berjanggut dan bermisai. Ciri ini sama seperti gambaran Quetzalcoatl dan Jesus. Merlin dikatakan pandai menggunakan sihir, juga dikatakan sebagai guru yang mengaja pelbagai pengetahuan kepada King Arthur dan rakyat England ketika zaman awal negara itu. Orang England ketika itu menggelar Merlin sebagai Nabi Sihir.
Perwatakan Merlin dikatakan kerap muncul dan kemudian hilang. Dia dikatakan kerap ke hutan untuk bersendiri selama berbulan-bulan sebelum muncul semula. Merlin juga dikatakan sebagai ‘penyimpan rahsia dunia’ , ‘ketua pengetahuan’ dan ‘druid Celt terakhir’.
Dalam buku Historia Regum Brittanniae (ditulis pada tahun 1337) yang ditulis Geoffrey of Monmouth, Merlin dikatakan sebagai bukan anak manusia, dia dikatakan anak syaitan tetapi masih tertakluk kepada hukum Tuhan. Geoffrey juga mengatakan Merlin dilahirkan oleh seorang wanita dari tanah putih (Timur Tengah) (mungkin wanita Yahudi Timur Tengah). Geoffrey juga mengatakan kebolehan sihir Merlin adalah hasil campuran antara Manusia dan Syaitan. Secara tidak langsung, pandangan Geoffrey ini juga selari dengan pendapat para ilmuwan Islam iaitu Dajjal adalah anak seorang wanita yang lahir hasil dari benih syaitan.
Namun kisah Merlin juga hilang begitu sahaja secara pelahan-lahan apabila kuasa England semakin kuat dan mampu berdiri sendiri tanpa bayangan Merlin. Namun berdasarkan kod-kod yang ditinggalkan, Merlin juga memberi mesej bahawa dia akan kembali. Merlin dikatakan membina Stonehenge di Salisbury dengan mengangkut batu-batu besar nun jauh dari Gunung Killaraus di Ireland untuk dibawa ke England, di mana monumen yang dibina itu menunjukkan satu kod iaitu kitaran bintang Sirius akan berada selari dengan matahari pada satu tarikh pada akhir zaman (terbiasa dengan tahun 2012 dalam kalendar Mayan?)…dan dia juga meninggalkan mesej bahawa dia akan kembali pada waktu itu iaitu semasa Sirius dan matahari kembali dalam garis selari untuk memimpin England dalam menyatukan dunia.
Kod #9: Star of David

Star of David
Jika diperhatikan melalui pandangan skeptikal dan cryptic, Star of David mengandungi mesej syaitan iaitu 666. Simbol ini terbina dengan bentuk bintang berbucu 6, di bucu bintang itu pula tersusun 6 piramid dan ditengah simbol itu pula terletaknya sebentuk segi 6. Maka ia adalah simbol 666, number of the beast, nombor manusia syaitan.
Simbol ini bukan sahaja wujud dalam agama Yahudi, malah ia juga wujud dalam agama selain Yahudi, iaitu Hindu. Bangsa Yahudi terkenal dengan sikap mereka yang tidak mahu berkongsi Tuhan, namun simbol yang dikatakan sebagai simbol rasmi agama Yahudi ini juga wujud dalam agama Hindu. Bagaimana ini boleh berlaku?

Imej Dewa Krishna di tengah simbol Star of David

Juga perhatikan simbol Star of David di sebuah kuil Dewa Monyet di Kathmandu, perhatikan juga simbol swastika di tengah antara dua bintang.. swastika dalam bulatan matahari

Juga imej Jesus Christ di tengah Star of David
Ia mungkin dibawa oleh seseorang untuk dimasukkan ke dalam tamadun Hindu sejak zaman purba lagi. Atau satu agama dahulu kala (sebelum berubah menjadi agama Hindu) mungkin berasal daripada ajaran yang pernah dibawa oleh nabi-nabi Yahudi sehingga menyebabkan serpihan agama itu berkembang ke tanah India. Atau mungkin juga agama Hindu berasal daripada ajaran Tauhid sebelum menjadi terpesong sehingga elemen banyak tuhan mula mencemari agama ini tanpa kawalan. Atau juga mungkin India pernah disinari ajaran seorang nabi satu ketika dahulu, kemudian bangsa ini didatangi seorang Yahudi untuk merosakkan agama Tauhid ini dengan memasukkan elemen sesat dan simbol-simbol Israeliah bagi menandakan kehadirannya.
Lama-kelamaan simbol Star of David menjadi sebati dan menjadi salah satu simbol agama Hindu itu sendiri, sama seperti agama Yahudi. Malah juga terdapat Tuhan Matahari dalam agama Hindu iaitu Krishna dan Surya. Kenapa hampir setiap agama mesti ada Tuhan Matahari? Ia satu kebetulan atau memang ada seseorang yang mahu menjadi tuhan? Kali ini, kami biarkan anda membuat kesimpulan sendiri.
Anda keliru dengan hadis Rasulallah bahawa Dajjal itu akan keluar selepas kewafatannya, tetapi kami pula mengatakan kewujudan Dajjal bermula sejak sebelum Nabi Muhammad lagi? Di sini ingin jelaskan bahawa melalui hadis-hadis, Dajjal hanya dipasung semasa kenabian Muhammad kerana untuk menjauhkan dakwah Nabi daripada fitnah Dajjal.
Anda ingat lagi dengan hadis mengenai pertemuan Tamim ad-Dari dengan Dajjal di sebuah pulau? Dajjal bertanya kepada Tamim mengenai pohon kurma di Baisan dan air di Tasik Thabariya…ini bermakna Dajjal pernah ke kawasan itu sebelum dia dipasung dan dia pernah keluar sebelum itu. Dajjal juga bertanya mengenai adakah orang Arab sudah mula menerima ajaran Muhammad… dan Dajjal diberitahu bahawa sudah ramai orang Arab mengikuti ajaran Islam, lalu Dajjal berkata bahawa masa untuk dia dibebaskan sudah semakin dekat. Ia adalah bukti bahawa Dajjal pernah keluar ke dunia sejak zaman-zaman sebelum kelahiran Muhammad lagi.
Dajjal sebenarnya dikatakan lahir sejak seawal zaman Nabi Sulaiman, atau lebih awal iaitu zaman Nabi Daud atau jauh lebih awal iaitu sejak zaman Nabi Nuh. Ingat lagi dengan sepotong ayat dalam hadis…”sebagaimana Nabi Nuh memperingatkan kepada kaumnya…?”.
Berdasarkan epik Horus, ciri-ciri kod yang ditinggalkan iaitu ‘akan kembali pada akhir zaman’ memberi gambaran bahawa Dajjal sudah wujud sebelum kenabian Musa. Malah Horus juga dikaitkan dengan ‘mata satu’ dan menganggap dirinya tuhan yang akan kembali ke dunia. Kemudian selepas kewafatan Muhammad, Dajjal yang dipasung sepanjang hayat Muhammad itu kemudian dibebaskan untuk meneruskan kerja sulitnya dengan izin Allah (hanya Allah lebih mengetahui kebenaran terhadap teori ini).
Dajjal menyambung tugas sulitnya dalam menyesatkan manusia dengan bantuan syaitan dan kelompok-kelompok manusia yang menyembahnya. Kemudian lahirlah tamadun Mayan selepas kewafatan Muhammad, wujudlah manusia-manusia hebat dalam pentas sejarah yang mengatakan dia akan kembali lagi melalui kod-kod yang sama. Jika Quetzalcoatl, Merlin, Horus, Shi Huangdi dan imej manusia yang digambarkan sebagai Isa dalam agama Kristian itu adalah semua individu berbeza, mengapa pula mesej kod mereka adalah sama?
Dajjal mungkin sudah wujud sekian lama sebelum kelahiran dan kenabian Muhammad berdasarkan kesan-kesan kod sejarah yang ditinggalkannya, tetapi Dajjal dipasung dan dikurung sebaik sahaja Muhammad dilahirkan dan diangkat menjadi Rasul. Dia sejak sebelum kelahiran Muhammad telah lama menjalankan rancangan dan persiapan untuk kemunculan ‘bergaya’ di akhir zaman, dia kemudian dikurung apabila Muhammad lahir bagi menghentikan fitnah buat sementara waktu dan dibebaskan semula selepas wafatnya nabi terakhir yang kita kasihi.
Dia kemudian dibebaskan dengan izin Allah dan dengan janji Allah kepadanya untuk menjadi ujian terbesar kepada umat manusia. Segala perancangannya bagaimanapun tidak lebih besar daripada perancangan Allah Yang Maha Bijaksana.
Mengapa ditinggalkan piramid dan obelisk di kebanyakan lokasi di dunia tanpa penjelasan kukuh? Ia adalah kod-kod rahsia yang hanya difahami oleh golongan manusia yang diterangi dengan pengetahuan terahsia, Illuminati. Golongan Illuminati ini menerima jaminan Dajjal bahawa mereka akan mmperoleh kuasa untuk mentadbir dunia sementara menunggu dan membuat persiapan menunggu kemunculan terakhirnya nanti.
Jika direnung, satu benang halus yang tersembunyi sudah dilihat dengan jelas iaitu kod-kod rahsia melalui kisah-kisah epik dan binaan-binaan misteri. Mesej mengenai Tuhan Matahari pula begitu banyak wujud dalam tamadun dunia, tidak terkecuali juga dalam kepercayaan Hindu melalui penyembahan Tuhan Krishna dan Surya yang juga Tuhan Matahari dalam kepercayaan Hindu.
Apabila kod-kod ini disusun, maka ia menjadi sedikit mudah untuk dipecah dan difahami. Apabila dipecahkan, akan jelas kelihatan satu ‘sistem’ yang sengaja diwujudkan oleh ‘seseorang’ sejak zaman berzaman untuk menguasai pemikiran manusia sejak sekian lama. Sistem ini kemudian menyerap masuk dalam pemikiran manusia dan menjadikan setiap perancangan Dajjal pada zaman moden diteruskan dengan mudah tanpa disedari.
Ia adalah satu sistem yang sangat licik, halus, teratur, terancang dan bergerak secara senyap dalam perjalanan sejarah manusia. Sistem inilah yang telah menidurkan manusia sejak sekian lama, sistem inilah yang menjadikan kaum setiap para nabi menentang ajaran Tauhid yang dibawa oleh para nabi sebelum Muhammad. Sistem inilah yang menjadi doktrin kepada keengganan manusia menyembah Allah. Ia adalah Sistem Dajjal.
Dajjal adalah seorang manusia, setiap perancangannya pula pada zaman moden ini digerakkan oleh segolongan penyembahnya...
KREDIT KEPADA: Konspirasi Teoris & Saudara SHAHi The ASSOCIATE
Sumber rujukan penulis
Sumber Islam: Quran, Hadis.
Sumber lain: Ancient Egyptian Myths, Book of the Deads; Secret Codes of Terracota Warriors; The Mayan Prophecies

Kiamat Besar Dan Kecil Datang Tanpa Kita Sedar



Printer-friendly versionHantar kepada rakan-rakan
Kiamat besar disebutkan oleh Allah akan datang secara tiba-tiba, tanpa dapat diramal secara tepat oleh manusia. Nabi Muhammad hanya diberikan oleh Allah ilmu berkenaan tanda-tanda hampirnya sahaja. Tiada siapa yang mampu meneka tarikh tepatnya, sama ada tahun atau bulannya.
Sesiapa yang cuba mengira-ngira sama ada berdasarkan jumlah dan ayat al-Quran dan sebagainya, ia sebenarnya sedang melakukan kekarutan dan menyeleweng dari jalan yang benar.
Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari kiamat (iaitu) kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, kerana sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila hari kiamat sudah datang? ( Surah Muhammad : 18)
Itu perihal kiamat besar, namun disampingnya ada kiamat kecil, iaitu kematian yang sentiasa basah di bibir Rasulullah mengingatkan umat dan sahabatnya. Kiamat kecil ini juga kerap datang secara tiba-tiba, sehingga kata orang ia datang "tanpa seorang itu mampu atau sempat bersedia".
Hakikatnya itu tidak benar, sebenarnya Allah mendatangkan kematian setelah kita semua diberikan masa dan infra secukupnya untuk bersedia. Cuma kita yang terlalu lalai dan terhijab dek kerana kecantikan dan kenikmatan sementara yang wujud di atas dunia ini.
Saya suka berkongsi tiga video melalui entry ini. Satu darinya telah saya kongsikan di facebook saya, namun bagi meluaskan lagi jangkauan kebaikan yang boleh diperolehi dari video ini, saya muatkan ia di web ini. Sebuah video yang saya tonton berkali-kali, dan sebuah video yang mampu mengalirkan air mata.
Video ini memperlihatkan seorang yang dijemput kematian ketika betul-betul sesudah solat. Betapa kita tidak dapat menjangka bila nyawa akan ditarik. Setiap organ yang berfungsi di dalam tubuh kita adalah dengan izin dan kuasa Allah, kita tidak mampu mengawalnya. Kita tidak tahu, bila tiba-tiba ia jammed. Terhentinya ia beberapa minit cukup untuk menamatkan umur kita di atas dunia. Ia bukan seperti enjin kereta yang boleh ditangguh-tangguh untuk memulihkannya.
Kekaguman saya kepada individu ini bertambah apabila keadaan kematian yang begitu baik ( pada hari Jumaat 1 Jan 2010 adalah hari Jumaat dan beliau datang awal ke masjid) di sebarluaskan oleh ramai, malah dengan izin Allah, mampu menyedarkan dan menginsafkan ramai yang menontonnya. Ketika itu, terfikir bahawa kematiannya juga adalah sebuah dakwah yang hebat.
Setiap aliran darah, denyutan jantung, fungsinya hati, usus dan sebagainya, semua dikawal oleh kuasa Allah ta'ala. Bukan hanya apa yang di dalam tubuh malah juga semua yang diluarnya, Lihat video ini bagaimana secara tiba-tiba tiang boleh jatuh dan menimpa pejalan kaki.
Mungkin ada yang terfikir, seorang ahli sukan yang ‘fit' cergas dan sihat, mungkin tidak akan menerima serangan jantung, namun cuba lihat apa yang terjadi kepada pemain bolasepak Hungary ini. Selepas memberikan senyuman kepada pengadil yang memberikannya kad kuning dan terus...
LUPA
Ramai yang terlupa di akhirat sana, nikmat yang maha besar sedang menunggu bagi sesiapa yang bersedia dan sentiasa menambah persediaan dan bekalannya. Nikmat Syurga tidak mampu sama sekali digambar, sebagaimana pereka cipta kereta Ford di awal rekaannya tidak akan mampu sama sekali terbayang kereta Ferrari di zaman ini. Jika diandaikan seorang dari kita tiba-tiba melayang ke masa silam dan cuba menerangkan perihal bentuk dan enjin Ferrari, bentuk dan fungsi i-phone dan i-pad ,tentunya tiada siapa yang berada di zaman itu boleh membayangkannya.
Begitulah kenikmatan akhirat yang disebut oleh Nabi dari Allah ta'ala :
أعددت لعبادي الصالحين ما لا عين رأت ، ولا أذن سمعت ، ولا خَطَرَ على قلب بشر
Ertinya : Aku menyediakan bagi hambaku yang soleh (syurga) yang tiada mata yang telah pernah melihatnya (tidak mampu tergambar), dan tidak pernah didengari (kenikmatannya) oleh telinga dan tidak mampu terlintas (tahap kenikmatannya) oleh hati manusia. ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Manakala dalam catatan Imam Ahmad
إنه من يدخل الجنة ينعم ولا يبأس، لا تبلى ثيابه، ولا يفنى شبابه، في الجنة ما لا عين رأت، ولا أذن سمعت، ولا خطر على قلب بشر
Ertinya: Sesungguhnya sesiapa yang memasuki Syurga Allah akan dikurniakan nikmat yang tidak akan jemu, tidak binasa pakaiannya, tidak hilang kepemudaan/pemudiannya, apa yang di dalam Syurga, sesuatu yang mata tidak mampu tergambarnya, dan tidak pernah didengari (kenikmatannya) oleh telinga dan tidak mampu terlintas (tahap kenikmatannya) oleh hati manusia. (Riwayat Ahmad)
Para ulama menghuraikan, perihal Nabi Adam yang pernah mendiami Syurga tidak sama sekali bertembung dengan hadis ini kerana syurga itu sentiasa berubah-ubah nikmatnya dan tidak akan sama sekali membosankan. Luasnya tidak tercapai oleh bayangan aqal manusia. Menurut hadis, individu yang menerima syurga paling terbawah pun besarnya adalah beberapa kali ganda dunia hari ini, apatah lagi yang lainnya. Justeru itu, apa yang dilihat oleh nabi Adam, dengan mudah sekali bagi Allah mengubahkan kepada apa yang dikehendakiNya.
Akhirnya sekali, ingatlah pesan dan teguran Imam Hasan Al-basri:
ما رأيت يقينًا لا شك فيه أشبه من شك لا يقين فيه من الموت
Ertinya : Tidaklah aku melihat satu perkara yang amat pasti (yakin) serta tiada keraguan padanya akan datang tetapi diperlakukan seperti suatu perkara yang tidak pasti hadirnya, (seolah tidak yakin kewujudannya) lebih dari perihal kematian.
Sama-samalah kita berdoa agar sewaktu nyawa kita ditarik kita berada di dalam keadaan yang baik di sisi manusia, amat baik di sisi Allah. Janganlah dimatikan kita sewaktu terlanjur melakukan maksiat.
Sekian.

Kerajaan 1Dunia



Printer-friendly versionHantar kepada rakan-rakan
Penulis: M.O (Mistis Organization)
Dunia sudah hampir sampai ke penghabisannya.  Mahu percaya atau tidak, bumi pasti akan musnah. Sama ada anda sekular pekat yang membenci nasihat agama atau anda kaki masjid/surau yang tegar, akhir bagi segala cerita sudah semakin hampir kini.  Semua kebanggaan dunia akan musnah dan hancur lebur sehancur-hancurnya.  Tanda-tandanya sudah berjalan dan sedang berjalan, sesuai dengan apa yang dijadualkan.  Bagaimana kita tahu tentang perkara ini?
Selain tanda-tanda yang telah dikhabarkan di dalam AlQuran dan Hadis Nabi, terdapat tanda-tanda lain yang dapat kita kesan, menunjukkan bahawa dunia sudah hampir kiamat!  Apakah tanda-tanda itu?
Sedar tidak sedar, para Elit The Hidden Hand semakin terdesak mengatur rancangan berusaha untuk menguasai dunia sebelum tibanya 'End Game'.  JIka terlambat maka sudah tentu mereka gagal dalam misi untuk mengalahkan Allah,Tuhan yang dikatakan merampas kuasa dari Lucifer.  Jika mereka berjaya sebelum ketibaan EndGame, maka mereka berjaya merebut kuasa memerintah bumi dan mengembalikan kuasa Lucifer untuk memerintah alam semesta. 
Semua perancangan dilakukan dengan mengira tarikh-tarikh tertentu, pergerakan bintang-bintang dan planet, nombor-nombor keramat dan ramalan-ramalan sihir.  Iblis telah mengajarkan kepada para Elit ini supaya percaya kepadanya dan jika mereka berjaya menawan bumi dan berjaya mempengaruhi seluruh umat manusia supaya mengikut mereka, Allah pasti akan dikalahkan dan terpaksa menyerahkan kuasa-Nya kepada Iblis (Lucifer).  Tuhan Lucifer pasti akan mengurniakan kekayaan dan hidup kekal abadi kepada para Elit.
Para Elit ini kini menguasai pelbagai industri dari pembuatan makanan hinggalah kepada pembuatan jentera berat.  Media, pendidikan, hiburan dan telekomunikasi juga dikuasai oleh mereka.  Namun ini adalah asas kepada usaha mereka untuk menguasai dunia.  Ketika para goyyim (manusia biasa yang tidak tahu apa-apa atau tidak mahu ambil tahu) hidup dalam dunia mereka sendiri, ada sekelompok manusia yang benar-benar merancang untuk menguasai dunia.  Mereka merancang satu demi satu strategi untuk menguasai dunia secara perlahan-lahan.
'One World Government'(OWG) adalah istilah yang merujuk satu sub-operasi mereka yang terpenting di bawah 'New World Order'.  Sebelum mewujudkan OWG, terlebih dahulu perlu untuk mewujudkan TIGA paksi terbesar yang akan mendokong cita-cita OWG.
1 - Kuasa Tentera
2 - Kuasa Ekonomi
3 - Kuasa Politik
Kuasa Tentera boleh berkait rapat dengan politik namun tidak semua tujuan politik boleh dibereskan dengan kuasa tentera.  Adakalanya cara kekerasan tidak perlu, jadi strategi politik boleh dimanipulasi untuk tujuan menguasai sesuatu negara.  Kuasa Ekonomi merangkumi semua jentera ekonomi, empayar industri dan koridor-koridornya.  Media, pembuatan, perkhidmatan dan pemasaran berserta nilai-nilai komersilnya adalah termasuk dalam aktiviti ekonomi.  Bank, pasaran saham dan naik turun harga komoditi juga adalah paksi Kuasa Ekonomi.  Jadi tiga Kuasa ini perlu dikuasai sebelum benar-benar mampu mewujudkan apa yang dinamakan 'One World Government'.
Jika dahulu imperialisme menggunakan Kuasa Tentera, namun pada hari ini imperialisme masuk melalui caranya yang lain iaitu melalui siasah politik. Strategi pertama pada masa dahulu selepas imperialisme melalui Kuasa Tentera ialah cuba menempatkan seberapa banyak boneka yang mampu meneruskan idea politik The Hidden Hand.  Sebab itu selepas imperialisme, HUKUM ALLAH YANG TERANG-TERANG TERMAKTUB DI DALAM ALQURAN tidak popular di kalangan nasionalisme untuk digubal sebagai undang-undang negara.
Menghalang Pelaksanaan Hukum Allah
Jangan cakap negara-negara Arab, di sini, di negara kita juga, Hukum Allah Azza Wa Jalla bagaikan tisu tandas yang dilapkan dipunggung kemudian dicampakkan ke tong sampah.  Amat beratlah tanggungjawab seorang pemimpin sesebuah negara itu di akhirat kelak ,nanti dia akan ditanya satu-persatu, sehelai demi sehelai, apakah yang menghalang dia dari berusaha menegakkan Hukum Allah di dalam AlQuran.  Bukan sahaja pemimpin, malah rakyat juga, APAKAH KITA SEBAGAI KELOMPOK PERTAMA YANG  ADA USAHA WALAUPUN SEDIKIT, UNTUK MEMASTIKAN HUKUM ALLAH BERDAULAT DI ATAS MUKA BUMI? ATAU ADAKAH KITA KELOMPOK KE DUA YANG SEBENARNYA BERSEKONGKOL BERSAMA MEREKA-MEREKA YANG BERCITA-CITA UNTUK MENJAHANAMKAN HUKUM ALLAH DAN YANG AKHIRNYA BERSAMA-SAMA MEREKA BERSUKA RIA DAN BERSENDA GURAU DI NERAKA JAHANAM KELAK?  Fikir-fikirkan dan renung-renungkan... kita berada pada kelompok mana, yang pertama atau yang kedua?
Hiburan
Strategi The Hidden Hand ialah, jika sesebuah negara dihalang untuk menjalankan Hukum Allah, maka amat senang bagi mereka untuk memasang (install) ideologi-ideologi sekularisme dan gaya hidup hippies yang gemar berhibur 24 jam.  Setiap negara (Islam terutamanya) akan dipaksa mengikut 'standard' yang digunapakai oleh mereka.  Sesiapa yang cuba untuk 'reinstall' kembali Hukum Allah ke dalam sistem perundangan, maka akan diganggu dan diancam.  Pemimpinnya akan dipanggil untuk diadakan perbincangan tertutup.  Di dalam perbincangan itu (selalunya diiklankan sebagai 'dialog' atau 'lawatan'), pemimpin yang disyaki cuba untuk melaksanakan Hukum Allah akan diberi kata dua.
Agen-Agen
Sesebuah negara akan disumbatkan dengan ejen-ejen The Hidden Hand untuk melaporkan suasana politik atau sosial kepada proksi-proksi The Antichrist. Dalam kes ini yang paling terkenal ialah 'ejen CIA'.  Mereka amat bijak dan berperawakan menarik.  Mereka adakalanya amat fasih bercakap dalam bahasa tempatan (mereka terpaksa belajar). 
Namun amat bagus jika ejen-ejen ini di kalangan rakyat tempatan.  'Ejen CIA' dikalangan rakyat tempatan adalah manusia yang amat tidak boleh dipercayai.  Mereka telah ditawarkan habuan yang amat banyak, dan jika apa-apa terjadi kepada mereka atau rahsia mereka terbongkar, maka mereka akan disokong untuk lari keluar negara. 
Apabila negara musnah akibat perbuatannya, maka dia akan angkat kaki segera dengan disediakan tempat tinggal dan elaun sara hidup di luar negara.  Dia tidak peduli apakah anak bangsa atau agamanya akan dikeroyok oleh musuh-musuh mereka.  Yang penting ialah perut dan nafsunya semata-mata.  Ini adalah modus operandi biasa The Hidden Hand ke atas ejen-ejennya. 
Jika ejen-ejen ini mampu menyelinap ke dalam pentadbiran negara sebagai salah satu pemimpin, MAKA INI ADALAH BONUS BESAR bagi proksi-proksi The Elite yang menjadi hamba kepada The Hidden Hand.Ejen ini akan disokong dan dibantu bagi menjayakan cita-cita politik mereka. Kejayaan politik mereka adalah kejayaan politik bagi The Hidden Hand.
Idealogi dan Pendidikan Kuffar
Satu lagi strategi The Hidden Hand ialah setiap pemimpin negara mesti menghantar anak-anak mereka untuk belajar di luar negara bagi memastikan mereka didoktrinkan secara senyap sebagai boneka mereka.  Tanya diri sendiri, berapa kerat pemimpin negara yang menghantar anak-anak mereka belajar di Maahad Tahfiz atau belajar perundangan Islam? 
Anak-anak pemimpin negara dipastikan supaya mengikut gaya hidup Barat, mengabaikan solat lima waktu dan bersosial sehabis-habisnya.  Arak adalah minuman kelas pertama yang harus dihidangkan kepada mereka.  Biarlah mereka menghirup keenakkan air kencing syaitan itu supaya mereka mampu didoktrin menjadi tentera-tentera syaitan melawan kekuasaan Allah Azza Wa Jalla. 
Akhirnya apabila bapa mereka berundur, mereka pula akan mewarisi karakter bapa mereka tanpa mahu disuruh-suruh lagi.  Ini adalah PUTARAN GANAS sistem karakter Dajjal The Antichrist ke atas hegemoni bonekanya supaya Hukum Allah kekal tidak mampu dilaksanakan oleh manusia di Bumi.  Sukar untuk keluar dari Putaran Ganas Sistem boneka Dajjal ini, kecuali yang terpilih mendapat hidayah Allah, namun ramai di antara mereka memilih untuk hidup di dalam Putaran Ganas Sistemsupaya mampu memenuhkan nafsu selagi hidup di dunia walaupun di akhirat untung nasib mereka benar-benar berisiko tinggi.
Media
Salah satu instrument yang amat penting bagi The Hidden Hand ialah media.  Televisyen adalah perkakasnya yang sudah teruji kehebatannya sebagai alat 'mind contol' paling hebat sepanjang zaman.  Setiap rumah tidak boleh tidak pasti ada perkakas 'mata' Dajal ini. 
Tahukah anda?, di samping propaganda-propaganda sedar yang ditayangkan di televisyen, sebenarnya terdapat gelombang-gelombang bawah sedar yang turut dipancarkan sama ketika menonton televisyen.  Frekuensi gelombang televisyen disetkan pada kadar tertentu supaya mampu menghantar mesej bawah sedar ke dalam minda manusia.
Apabila sekelompok manusia menonton televisyen setiap hari, maka mereka telah di'brainwash' berkali-kali.  Namun ini memakan masa panjang.  Inilah sebab mengapa semakin lama semakin degil manusia-manusia goyyim ini mahu menerima Hukum Tuhan sebagai undang-undang yang mengawal dan melindungi manusia.
Satu 'clue' dalam program 'mind control' melalui televisyen ialah dalam filem Batman Forever di mana watak The Riddler lakonan Jim Carrey dalam satu adegannya telah mencipta satu alat seakan televisyen yang digunakan untuk mengawal minda manusia dan menyedut 'IQ' mereka.  Ini adalah pembayangnya, di mana sebenarnya ia benar-benar berlaku di Amerika.  Eksperimen telah dijalankan di Amerika lewat Perang Dunia Kedua, di mana sebelum frekuensi televisyen benar-benar dapat ditetapkan, para saintis mereka telah pun menemui bahawa jika sesuatu mesej disampaikan pada frekuensi yang bersamaan dengan frekuensi minda manusia,maka maksud mesej itu mampu dicerna kedalam fikiran!  Terdapat satu eksperimen rahsia dimana frekuensi telah dipancarkan ke satu bandar dengan mesej-mesej pembunuhan.  Akibatnya statistik pembunuhan telah meningkat dengan drastik.Namun cara kawalan minda secara frekuensi ini tidak mampu mempengaruhi orang-orang yang berzikir mengingati Allah kerana Allah melindungi orang yang selalu mengingatinya.

Firman Allah:
“(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenang.(Ar Ra’du:28)

Mengawal negara-negara melalui boneka atau proksi-proksi mereka adalah sudah semestinya, namun dengan gaya baru yang lebih maju.  Meletakkan boneka setelah melanggar sesebuah negara tidak lagi menjadi pilihan kecuali beberapa kes tertentu seperti di Afghanistan dan Iraq.  Ini kerana kedua-dua negara itu terletak dalam wilayah 'Khurasan' yang diramalkan di dalam hadis-hadis nabi. 
Ini wilayah 'blacklist' yang MESTI dikawal kerana pergerakan Mujaddid agung diramalkan dikesan akan bergerak di sini.  Jadi pelu untuk mengawal wilayah panas ini, supaya jika pergerakan Tentera Panji Hitam kononnya akan melalui wilayah ini, mereka dengan segera akan mampu dicantas pergerakannya dengan menghantar 'air-strike' atau peluru berpandu.  Jadi kedua-dua negara itu perlu diletakkan segera boneka-boneka supaya tidak akan membantu pergerakan pejuang akhir zaman.
Sifat 'aku...aku, kau..kau' (Sendiri mau ingat)
Namun negara-negara lain seperti Arab Saudi misalnya, para pemimpin mereka ditaburkan kemewahan dan gaya hidup berfoya-foya supaya mampu menari mengikut rentak The Hidden Hand.  Semua negara-negara Arab dididik supaya bersikap nafsi-nafsi supaya tidak mencampuri urusan negara-negara Islam lain terutamanya sekitar mereka yang ada masalah dengan Israel.  INI SEMUA ADALAH SEBAHAGIAN PROGRAM MIND CONTROL tajaan Amerika-Israel terhadap pemimpin-pemimpin Arab yang dungu.
Syarikat Konsultan dan Perniagaan
Untuk memastikan bahawa program OWG berkesan dan berjalan lebih lancar, kini The Hidden Hand telah bergerak lebih efektif dengan menubuhkan syarikat-syarikat konsultan dalam perencanaan pentadbiran, sistem elektronik atau ekonomi. Syarikat-syarikat konsultan ini bertindak sebagai penasihat kepada pemimpin-pemimpin negara-negara yang menggunakan khidmat mereka.  Dalam bidang ekonomi misalnya, badan-badan ekonomi seperti Bank Dunia dan IMF adalah instrumen Dajjal bagi memaksa ekonomi dunia mengikut telunjuk mereka.
Semua ini adalah anak-cucu kepada Federal Reserve yang amat-amat berjaya di Amerika. Federal Reserve bukanlah badan ekonomi milik kerajaan Amerika,TETAPI KEPUNYAAN PENCACAI DAJJAL THE ANTICHRIST PALING DISAYANGI iaitu The House of Rothschild. Semua polisi kewangan Amerika dan matawang Dollar Amerika adalah di bawah telunjuk Rothschild.
"Biar aku keluar dan menguasai wang negara-negara dan aku tidak memperdulikan siapa sahaja yang menulis undang-undangnya" - Mayer Amschel Rothschild
"Ajar rakyat Amerika yang angkuh itu dan jajah mereka semula." - Nathan Mayer Rothschild
Kini rakyat Amerika diperhambakan melalui ekonomi.  Kita lihat dari segi zahirnya mereka banyak duit dan mewah namun kekayaan mereka itu adalah kosong dan ditentukan oleh The Hidden Hand. Kekayaan mereka hanyalah disandarkan kepada kertas-kertas dolar yang tidak bernilai.  Apabila aliran ekonomi mengalami 'crash', merekalah yang terlebih dahulu menerima tempiasnya berbanding Pak Kassim yang menanam ubi keledek di belakang rumah.  Simpanan mereka beribu-ribu di bank, namun apabila pasaran saham bertukar negatif, simpanan mereka bukan sahaja habis malah menjadi teramat negatif pula, menjana hutang berjuta-juta!
Sebab itu gaya hidup mereka, apabila mewah teramat mewah, namun sekali jatuh, mereka akan jatuh sejatuh-jatuhnya kerana sistem kewangan atau ekonomi tajaan Dajal bersifat tidak stabil dan sememangnya dirancang sebegitu.  Mengapa?  Kerana mudah mereka untuk menjalankan strategi P A N I C dan 'Ordo Ab Chao'.
Bayangkan semua urusan perbankan dan ekonomi kita dikawal oleh satu syarikat swasta.Inilah yang berlaku di Amerika dan Eropah.
Bagaimana pula dengan bidang-bidang yang lain?  Sistem data atau rangkaian juga telah diserahkan kepada syarikat-syarkat konsultan dari Israel-Amerika.  Anda pernah dengar tentang sistem maklumat yang digunakan dalam institusi keselamatan negara ini, telah dibangunkan oleh sebuah syarikat Israel?  Jadi tujuannya adalah untuk menyimpan maklumat rakyat negara ini bagi kegunaanPENGECAMAN.  Ramalan dari AlQuran dan Hadis semakin lama semakin terbukti, dan The Hidden Hand semakin terdesak untuk menyumbatkan segala strateginya di sini dan lain-lain kawasan di dunia sebelum mentari muncul di ufuk barat.
Bagaimana dengan dana kempen sesuatu parti politik?  Pentadbiran Malaysia pernah meminta dana kempen politik dari sumber Amerika-Israel yang dirahsiakan walaupun surat mengenainya kononnya tersebar.  Amerika sebenarnya telah lama membiayai kempen-kempen politik para bonekanya di Timur Tengah dan Pakistan. Amerika juga membiayai satu pertubuhan yang bergerak untuk menjaga demokrasi ala Amerika tetap tertegak di Bumi.Bagaimana dengan sebuah parti politik pecahan UMNO, yang juga mendapat bantuan The Hidden Hand?
Timur Tengah dan Pakistan adalah medan permainan yang membosankan bagi Amerika dan Israel.  Semua misi-misi OWG telah berjaya walaupun mereka hanya bermain sebelah mata sahaja.  Kini perhatian tertumpu kepada rantau sebelah sini.  Negara-negara majoriti Islam di Asia Tenggara perlu ditundukkan supaya mematuhi ibupejabat OWG.  Kaji apakah yang dibisikkan kepada Gus Dur (Allahyarham) oleh proksi-proksi Dajjal ketika beliau naik memerintah Indonesia satu ketika dahulu.  Gus Dur adalah pemimpin kepada sebuah organasasi Islam yang besar dan adalah penting untuk mengawal beliau.  Maka keluarlah kempen Islam Liberal antara yang terbesar dalam sejarah Indonesia sepanjang pemerintahannya.  Bagaimana dengan 1Indonesia?
Mari kita lihat permainan catur The Hidden Hand di sini.  Parti pemerintah telah dibiayai oleh satu entiti luar yang ada kaitan dengan Israel-Amerika.  Sudah sekian lama kempen-kempen politik ditaja mereka secara senyap.  Namun kini, sebuah parti politik pecahan parti pemerintah juga mendapat pembiayaan The Hidden Hand.  Kedua-duanya adalah proksi mereka walaupun pada zahirnya bertentangan.  Sebab itu pemimpin parti pecahan itu tahu tentang APCO, kerana ia adalah permainan parti pemerintah sekian lama.  Mengapa ini terjadi dan apakah permainan The Hidden Hand kali ini?
SEMUANYA ADALAH UNTUK MENJALANKAN 'DIVIDE AND RULE' KE ATAS UNDI UMAT ISLAM KHASNYA MELAYU. Hanya satu jalan untuk menguasai tampuk pemerintahan Malaysia yang majoritinya Melayu Islam.  PECAHKAN UNDI MEREKA!
Setiap misi mereka, akan dibayar oleh bos-bos mereka.  Namun adakalanya semua ini bukan lahir dari dalam hati mereka tetapi setelah diugut dan ditawarkan pelbagai janji dan kekayaan, maka iman pun terjelepuk di tapak kaki proksi The Antichrist.
Penubuhan parti baru dari pecahan parti pemerintah adalah taktik untuk menubuhkan vakum bahaya untuk satu parti berorientasikan agama.  Kini parti ini tersepit di celah-celah Melayu Sekular dan 'Racist-Socialist'.  Perjuangan suci mereka terperangkap dalam vakum politik yang disediakan khas untuk mereka.Ini akan mengelirukan para pemimpin dan penyokong mereka.
Jadi kedua-duanya adalah rancangan proksi The Hidden Hand untuk mewujudkan pelan 'One World Government' bagi negara ini,sepertimana pelan asal 1Israel.  Jadi kini para Sekular tidak lagi berdepan dengan topik paling membahayakan dalam pertempuran kerajaan-pembangkang iaituAGAMA.  Kini para Sekular hanya berdepan dengan bayang-bayang Sekular yang memayungi golongan Rasis-Sosialis dan Agama.  Para Sekular hanya bermain tahi dan lumpur sendiri.  Kes yang paling terkenal adalah kisah Zahid Ibrahim.  Kisah beliau dengan araknya adalah mukaddimah kepada amalan hidup para Elit Melayu yang menjadi 'ruling class' Malaysia.
Setiap negara akan memakai khidmat proksi-proksi Dajjal untuk mewujudkan sub-sub OWG di negara masing-masing.  Khidmat nasihat dan pembiayaan diberikan, asalkan negara-negara dunia mengikut arahan mereka.  INI ADALAH IMPERIALISME ORDER BARU.  Kemudian setiap negara ada konsep 1Negara.Contohnya 1Amerika,1Thailand,1Indonesia,1Israel,1Malaysia....
Semuanya mengikut telunjuk si 'Mata Satu' 1Seeing-Eyes... 1World Government.
Fikir-fikirkan
KREDIT KEPADA: MistisFiles
 

Misteri lembaga hantu terbongkar



GAMBAR menunjukkan wajah budak perempuan (bulatan) pada sekeping poskad pada 1922.


BANDAR WEM, Britain - Misteri identiti satu lembaga budak perempuan yang dianggap hantu dan dirakamkan oleh jurugambar amatur, Tony O'Rahilly semasa sebuah dewan terbakar di sini pada 1995 mungkin telah diselesaikan, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut seorang pesara jurutera, Brian Lear, 77, lembaga budak perempuan itu sama seperti dengan imej budak perempuan yang dilihat berdiri di tepi pintu yang terdapat pada sekeping poskad tahun 1922.
Jurutera itu mengesan wajah budak perempuan itu semasa imej poskad tersebut disiarkan semula bagi ruangan mengimbas kenangan di sebuah akhbar tempatan.
"Saya tertarik untuk mendapati budak perempuan itu kelihatan seperti budak perempuan yang digambarkan sebagai hantu Wem," katanya.
Pada mulanya, gambar tersebut dirakamkan oleh O'Rahilly yang merupakan seorang pekerja pembetungan ladang yang melihat dewan berusia 90 tahun tersebut terbakar pada November 1995.
Pekerja pembentungan itu hanya mengetahui imej lembaga tersebut semasa dia mencuci filem berkenaan.
Imej itu mendapat liputan meluas sekali gus menyebabkan imej lembaga berkenaan diberi gelaran sebagai hantu Wem.
Namun, seorang anggota Persatuan Jurugambar Diraja, Dr. Vernon Harrison menganggap bahawa lembaga budak perempuan itu mungkin terjadi disebabkan oleh teknik cahaya dan bukannya kerana kewujudan hantu. - Agensi

Tahanan Palestin Sentiasa Bertambah Kerana Penangkapan Berterusan

عدد الأسرى في تزايد بسبب الاعتقالات اليومية

عدد الأسرى في تزايد بسبب الاعتقالات اليومية
الضفة المحتلة – فلسطين الآن – أكد مركز الأسرى للدراسات أن دولة الاحتلال ضاعفت فى الآونة الأخيرة من اعتقالاتها ومداهماتها الليلية للمنازل فى مدن وقرى الضفة الغربية ، الأمر الذى يتضح من خلال التقارير اليومية التى تصدر عن مؤسسات حقوق الانسان والتى لا تخلو يومياً عن عدد جديد من المعتقلين .
هذا وأكد رأفت حمدونة مدير مركز الأسرى للدراسات أن عدد المعتقلين يتزايد كون عدد الأسرى المفرج عنهم أقل من عدد الأسرى التى تعتقلهم دولة الاحتلال يومياً خلال المداهمات ونصب الحواجز والتوغلات واقتحامات الجيش على مدار الساعة .
وأضاف حمدونة بأن هذه الانتهاكات والممارسات والإجراءات الصهيونية بحاجة إلى وقفة واحتجاج بأكثر من وسيلة ، حيث أن أهالى الأسرى ، مطالباً المؤسسات الدولية ومؤسسات حقوق الإنسان بالتدخل العاجل لوقفها عبر رفع دعاوى دولية على دولة الاحتلال وفضح هذه الانتهاكات للعالم الذى ينطلى عليه شعار الدولة الديمقراطية الوحيدة فى المنطقة والتى تحافظ على حقوق الانسان .

Wajah Kesengsaraan Tentera amerika

http://www.yaqen.net/news.php?action=image&id=4245
http://www.yaqen.net/news.php?action=image&id=4014
http://www.yaqen.net/news.php?action=image&id=3815
Setiap hari 8 orang tentera amerika membunuh diri.

Biadab, Tahanan Palestina Dijadikan Bahan Ujian



Menurut pusat Maklumat Palestina, lembaga HAM yang beribu pejabat  di Kairo bernama Sawasya Center mendapatkan bukti dari tahanan yang bernama Zuhair al-Iskafi dan beberapa tahanan yang lain bahawa mereka mendapatkan suntikan yang mengakibatkan rambut di seluruh bahagian tubuh mereka mengalami keguguran atau dalam istilah medic disebut alopecia universalis.
Lembaga HAM Sawasya Center memberikan kenyataan bahawa Zionis Israel menggunakan tahanan Palestina sebagai bahan ujian  untuk menguji keefektifan ubat-ubatan baru yang dikeluarkan oleh industri perubatan mereka.
Pada waktu  sekarang ribuan penduduk Palestina berada dalam tahanan penjajah Israel dan tidak mendapat perhatian dunia antarabangsa walaupun  mereka sentiasa menerima penyeksaan.
The Sawasya Center meminta organisasi HAM dan PBB untuk mengirimkan deligasi dari para ahli medic untuk memeriksa situasi tahanan Palestina berkenaan dengan ujian  perubatan tersebut.
Lapuran dari pemerintah Palestina menyebutkan, bahawa sejak tahun 1967  semasa Israel melakukan penangkapan besar-besaran terdapat 700.000 penduduk Palestina yang ditahan dan sejumlah 50.000 sejak tahun 2000.
Buat masa sekarang  9.850 warga Palestina ditahan oleh Zionis Israel, termasuk 105 wanita dan 359 kanak-kanak. Kebanyakan mereka ditahan tanpa melalui proses keadilan terlebih dahulu.
Bahkan seringkali diantara mereka kembali kepada keluarganya dengan keadaan tidak bernyawa dan beberapa organ dalaman dalam  tubuh merka telah dicuri.

Tahanan Islam Diikat Seperti Binatang Oleh tentera amerika

صور تنشر لأول مرة عن الطريقة الحيوانية التي تم بها نقل إخواننا من أفغانستان إلى جوانتانامو
Umat Nabi Junjungan Disiksa hanya kerana ingin membantu sesama Islam… Nasib Umat Muhammad di akhir zaman… Ya Allah bantulah kami … umat Islam… yang menolak kemungkaran

Tahanan Di Iraq Tanpa Pakaian

http://www.albasrah.net/images/iraqi-pow/iraqi-pow3.jpg
http://www.albasrah.net/images/iraqi-pow/iraqi-pow1.jpg
http://www.albasrah.net/images/iraqi-pow/24.jpg