Pages

Sunday, May 9, 2010

Siapakah MUSUH Islam yang Sebenarnya?


Oleh : Ahmad Farouq bin Abdul Aziz*

farouQAssalamu’alaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia ana ucapkan kepada sahabat-sahabat dan sahabiah-sahabiah sekalian. Ingin ana ambil kesempatan ini selagi diizinkan oleh Allah s.w.t yang menentukan segala perkara yang telah, sedang dan akan berlaku. Subjek yang ana nukilkan di sini merupakan peristiwa yang benar-benar terjadi pada ana dan ingin ana kongsikan bersama sahabat sahbiah sekalian. Sesungguhnya diri ini merasakan ianya satu tanggungjawab untuk berkongsi peristiwa ini untuk dijadikan peringatan buat kita yang beragama Islam. Semoga hasil nukilan ana ini, dapat memberi impak yang positif ke atas dasar pemikiran dan tindakan sahabat sahbiah sekalian. Insya-Allah.
Ianya bermula pada sekitar penghujung September 2009 yang lepas. Ana menerima satu emel yang menyatakan Muse, sebuah kumpulan rock British telah melancarkan album terbaru mereka yang bejudul ‘The Resistance’. Gembira bukan main lagi ana rasakan ketika itu kerana sememangnya ana merupakan peminat lagu-lagu(bukan penyanyinya) Muse. Ana pasti ramai pembaca bertanyakan apakah yang cuba ana sampaikan. Adakah sekadar berkongsi minat dalam muzik atau mengesyorkan muzik dari industri barat? Tidak sama sekali. Mungkin ramai yang mengenali Muse, tapi tidak tahu bahawa salah satu keistimewaan Muse ini ialah mesej yang ingin disampaikan oleh mereka sangat mendalam dan bermakna dalam kehidupan manusia sejagat.
Jadi ana terus mendapatkan lirik dan mengkaji mesej yang ingin mereka sampaikan kali ini. Secara amnya dapat ana simpulkan bahawa mesej yang ingin disampaikan ialah perlunya satu persepakatan untuk MENENTANG satu pentadbiran atau sistem. Puas ana memikirkan tapi masih tidak faham maksudnya sebenar. Lantas ana teruskan kajian ana menerusi pelbagai forum, blog dan lain-lain. Sehinggalah ana terjumpa satu pernyataan yang sangat menarik yang mengatakan:
Search for New World Order. See what Matt (penyanyi Muse) is trying to warn us…
Inilah klu yang ana nantikan dan ana pasti ianya akan membawa kepada jawapan yang ana inginkan. Bermula dengan pencarian new world order, sudah hampir dua bulan ana menjalankan kajian dan masih diteruskan hingga kini banyak maklumat yang telah ana perolehi dan kini ana akan membentangkan kepada antum. Tetapi, terlebih dahulu perlulah ana memberi satu amaran kepada antum yakni ana TIDAK mahu antum percaya bulat-bulat apa yang akan ana bentangkan tetapi sama-sama memikirkan dengan lebih mendalam mengenai hal ini. Kerana ana tahu ana tidak semestinya betul dan perkara ini adalah satu perkara yang sangat serius.
Antum sudah bersedia? Baiklah. Ana akan mulakan dengan perkara dasar mengenai bahan penyelidikan ana. Ianya adalah mengenai satu konspirasi terhebat dunia. Ingat! Antum tidak semestinya percaya. Majoriti umat Islam hari ini hanya mengetahui bahawa musuh besar Islam adalah Yahudi(laknatullahhi ‘alaih) dan Kristian. Benarkah? Bagaimana jika ana katakan ada satu lagi golongan yang lebih dominan dan barangkali lebih kuat daripada kedua-duanya tadi. Golongan yang ana katakan disini ialah golongan penyembah syaitan, yang terdiri daripada Illuminati, Freemason dan secret society. Ana pasti ramai yang pernah dengar mengenai Freemason, itupun sekadar mengetahui namanya tapi tidak ketahui apakah tujuan dan flow agenda mereka.
Illuminati ini boleh dikatakan pertubuhan tertinggi di kalangan sekutunya yang sama-sama mendukung matlamat utama mereka. Matlamat mereka yang paling utama ialah menyediakan dunia untuk menyambut kedatangan Dajjal. Sukar dipercayai? Kalau ya, bagus dan kita teruskan. Mereka bekerja keras setiap hari tanpa henti untuk merealisasikan impian mereka yakni menguasai dunia dan akhirnya menyerahkan tampuk pemerintahan dunia kepada Dajjal dan setiap manusia akan dipaksa tunduk di bawahnya melalui fitnah-fitnahnya yang dahsyat. Di sini ana tidak ingin menceritakan perihal Dajjal kerana pasti ceritanya tidak berkesudahan.
Illuminati telah diasaskan oleh sebuah keluarga kelahiran Yahudi di Jerman sekitar kurun ke-15 yang bernama Rothschild. Di bawah bimbingan Rothschild ini, mereka dan sekutu-sekutunya telah menubuhkan sebuah pertubuhan yang berkiblatkan syaitan atau satanic organization dan terus menjalankan agenda-agenda mereka untuk memadamkan nilai agama dalam diri manusia. Apabila manusia itu dalam ketakutan tanpa pegangan akidah dan hidup terumbang-ambing, ketika itulah mereka datangkan Dajjal yang akan muncul sebagai‘saviour’.
Ramai dikalangan kita yang tahu serba sedikit bahawa Illuminati ini membawa fahaman Yahudi-Zionis. Ketahuilah bahawa ianya tidak betul sepenuhnya. Menurut John Todd a.k.aChristopher Kollyn, bekas orang atasan Illuminati yang belot kemudiannya mengatakan bahawa kuasa tertinggi Illuminati hanyalah Yahudi dari segi kelahirannya tetapi bukanlah agamanya. Mereka tahu lambat-laun Illuminati pasti akan pecah tembelang, oleh itu menggunakan Yahudi-Zionis sebagai topeng mereka.
Simbol utama yang sering digunakan oleh mereka ialah piramid dengan ‘the all seeing eye’pada bahagian atasnya. illuminattiSimbol ini boleh didapati di merata-rata tempat seluruh dunia bahkan juga di dalam filem-filem Hollywood. Menurut John Todd lagi, piramid bermata satu itu melambangkan struktur organisasi mereka.
Pada baris kedua bongkah piramid tersebut mewakili Grand Druid Council of Thirteen dimana ia adalah 13 keluarga terbesar yang mengetuai Illuminati yang dipimpin oleh keluarga Rothschild. Barisan seterusnya ialah mewakili 33rd Degree Mason, iaitu pangkat tertinggi dalam Freemason dan antara ahlinya ialah Tony Blair (Bekas Perdana Menteri British) dan Walter Disney (pelopor Disney!). Barisan bongkah seterusnya mewakili proksi-proksi Dajjal yang lebih kecil, yang turut menjayakan agenda-agenda mereka.
Dalam tidak kita sedari, Illuminati dan sekutunya terus menjalankan agenda mereka yang telah kita ‘telan’ satu demi satu. Inilah agenda yang dikatakan The New World Order (NWO).Mereka membahagikan agenda mereka kepada tiga peringkat. Pertama, mereka menimbulkan masalah atau huru-hara. Contohnya dengan mencetuskan Perang Dunia dan menyebarkan wabak penyakit seperti SARS dan H1N1. Tahukah antum ini semua dirancang?! Bukankah ianya berjaya kerana ramai pihak seluruh dunia menjadi bingung dan hilang pertimbangan disebabkan masalah seperti ini? Ada yang bergaduh sesama sendiri dalam mencari jalan penyelesaian kerana mereka semua takutkan mati! Ya, itulah kenyataan. Sedangkan Nabi s.a.w mengajar kita agar bersabar bila ditimpa musibah.
Langkah keduanya ialah respon daripada masyarakat sendiri. Mereka mahukan kita dalam ketakutan, kesedihan, kemarahan, kesakitan dan ketika itulah kita hilang pertimbangan di mana rata-rata masyarakat tidak menyandarkan kepercayaan mereka kepada yang Maha Esa. Langkah terakhir mereka ialah mengeluarkan penyelesaian yang juga dianggap penyelamat keadaan oleh umat manusia. Sehinggalah pada tahap yang kritikal, Dajjal akan muncul dan itulah masanya mereka yang lemah imannya akan direntap aqidah dan menjadi hamba Iblis laknatullah! Nauzubillahi min zalik.
Oleh yang demikian, ana ingin menasihati diri ana sendiri dan sahabat sahabiah sekalian supaya menyiapkan diri kita sebaiknya dalam menghadapi fitnah al-Masih ad-Dajjal serta sihir pengikut-pengikutnya. Mereka yang berada dalam satanic organization ini telah menjual roh mereka kepada Iblis dan janganlah kita turut sama tertipu. Ternyata, untuk mereka mengusai dunia, mereka awal-awal lagi sudah menguasai Amerika Syarikat (kajilah wang dollar Amerika sekarang, simbol apa yang ada?). Merekalah dalang di sebalik Amerika, PBB, NATO, IMF dan sebagainya. Tidak kiralah wakil mana pun yang memenangi pilihan raya Amerika dan menjadi presiden sama ada daripada parti demokrat atau republik, mereka mewakili organisasi yang sama dan hanyalah sebagai alat yang digunakan oleh Illuminati dan sekutunya.
Daripada bahan penyelidikan ana juga, segala peristiwa getir yang berlaku di dunia ini kebanyakannya adalah agenda mereka. Bahkan Hitler itupun sekadar ‘puppet’ mereka semata-mata, bukan seorang pemimpin yang mempunyai idealoginya sendiri. Mereka cuba menipu kita dari pelbagai sudut termasuk media hiburan. Ketahuilah bahawa rancangan dan filem-filem Disney yang dikatakan untuk kanak-kanak bukanlah seperti yang disangkakan. Banyak sumber yang mengatakan antara tujuan Disney direncanakan ialah untuk meningkatkan keghairahan seks pada usia yang masih muda. Percayakah antum?
one dollar
Sememangnya ana biarkan banyak persoalan dan ana percaya ramai di kalangan antum mempunyai pelbagai persoalan yang ditanyakan kepada ana mengenai dalil, bukti dan sebagainya. Seperti yang ana katakan sebelum ini, ana tidak memaksa antum percaya tetapi ana sekadar menghidupkan percikan api dan kini antum berusahalah mencari jawapan yang sebenarnya. Petunjuknya ada di mana-mana dan ana nasihatkan antum cubalah membuat kajian sendiri. Di sini ana ingin mengesyorkan dua sumber yang relevan jika antum berminat iaitu sebuah buku karangan Muhammad Nurani Maarif yang berjudul ‘Membongkar Misteri Dajjal’ dan sebuah laman web beralamat ‘www.wakeupproject.com’. Semoga Allah menyelamatkan kita daripada fitnah Dajjal. Akhir kata daripada ana, marilah kita mengukuhkah iman dan taqwa kita kepada Allah dan memohon perlindungan daripada-Nya. Wallahualam.
———–———–———–———–
*Penulis adalah
Setiausaha Agong PPI UNITEN
Sesi 2009/10

Mengejar kemajuan kebendaan semata - agenda Illuminati


Posted in
Assalaamu'alaikum w.b.t....... Adakah anda tergolong dalam golongan yang masih bercita-cita untuk memakai kereta besar, rumah besar, kolam mandi besar, garaj kereta besar, handphone besar, bini besar? Maka jika segala-galanya besar dalam cita-cita anda, sila tekan brek dulu agar tidak terlajak dan tidak juga terkebelakang sangat, maka INSAF (yang terbahagi di tengah-tengah) itu adalah lebih baik.

Perhatikan terlebih dahulu ayat dari firman Allah ini yang bermaksud, "Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megahan di antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanya kesenangan yang menipu." Surah Al Hadiid : Ayat 20

Dari ayat itu sahaja kita sudah nampak betapa Allah memberitahu yang dunia ini hanya tempat manusia bermain-main, berfoya-foya, bersuka-ria , berhibur dan sememangnya melalaikan. Begitu juga manusia bermegah-megah dan bermewah-mewah dengan harta dan ramainya anak-pinak. Itu membuktikan sifat menunjuk-nunjuk itu tidak lekang dari diri manusia yang tidak sedar-sedar diri ini.



Jika anda menunjuk-nunjuk kerana ada kereta Mitsubishi Evolution


Katakan anda mempunyai sebuah kereta Mitsubishi EVO dan anda suka bergaya, menunjuk-nunjuk dan bermegah dengannya, maka tahukah anda siapa pembuat kereta tersebut? Ya , sudah tentu syarikat Mitsubishi. Dan ketahuilah, syarikat Mitsubishi adalah sebuah syarikat milik Illuminati. Dan Illuminati adalah pemuja-pemuja kepada dewa-dewi lama.

Dan boleh dikatakan hampir semua syarikat kereta besar dunia adalah milik Illuminati termasuk lah lagi Ford, Bentley, Dodge, Chrysler, Aston Martin, Porsche, Ferrarri, Peugeot, Toyota, Land Rover, Gulf, Alfa Romeo, Lamborghini dan berbagai lagi.

Yang menyedihkan, ada juga golongan alim-ulamak yang seperti menggalakkan memakai kereta besar, dengan alasan Nabi Muhammad S.a.w dulu ketika baginda mahu pergi berperang, beliau memilih kuda yang perkasa dan cantik. Itu bertujuan untuk menggerunkan pihak musuh.

Tetapi jika kita membeli kereta Mercedes sebagai contoh, dengan tujuan untuk menggerunkan pihak musuh, itu adalah tidak masuk akal sama sekali, kerana Mercedes itu sendiri dibuat oleh Illuminati, mana mungkin kita beli kereta buatan mereka untuk menggerunkan mereka?  Mungkin mereka akan jelir kita dengan lubang hidung mereka sahaja rasanya.

Maka tidak perlu lah beli kereta mahal-mahal sekadar alasan untuk melakukan sunnah, kerana ianya tidak relevan sama sekali. Lagi pula dengan membayar duit banyak-banyak kepada mereka hanya akan membuatkan kekuatan dan dana mereka bertambah sahaja.



Jika anda menunjuk-nunjuk kerana ada handphone Motorola yang canggih

Maka syarikat Motorola itu juga adalah milik Illuminati. Juga syarikat-syarikat telefon lain termasuklah Nokia, At&T, Sony-Ericsson, Apple iPhone dan sebagainya.






Jika anda menunjuk-nunjuk kerana ada alat-alat eletrik dan elektronik canggih

Ketahuilah bahawa kebanyakan syarikat barang-barang letrik dan elektronik adalah milik Illuminati juga. Antaranya ialah Philips, Sony, LG dan sebagainya,





Jika anda menunjuk-nunjuk kerana ada komputer yang maju dan canggih

Ketahuilah bahawa kebanyakan syarikat komputer dan aksesorinya juga adalah milik Illuminati seperti Intel, IBM, Dell, NVidia, Xerox, Apple dan sebagainya.






Jika anda menunjuk-nunjuk kerana dapat makan di KFC dan restoran makanan segera yang lain

Ketahuilah bahawa kebanyakan restoran makanan segera itu adalah milik Illuminati seperti KFC, McDonald, Burger King, Starbuck, Hard Rock Cafe dan sebagainya.





Jika anda menunjuk-nunjuk kerana mempunyai pakaian-pakaian yang berjenama hebat

Ketahuilah bahawa kebanyakan syarikat pakaian dan aksesori tubuh manusia ialah milik Illuminati, seperti Nike, Pallas, Adidas, Levis, Reebok dan sebagainya.





Jika anda menunjuk-nunjuk kerana mahir mengedit gambar dalam Adobe Photoshop


Ketahuilah bahawa syarikat Adobe itu juga milik Illuminati. Dan banyak lagi syarikat-syarikat software lain seperti Macromedia, Microsoft, AOL, Sun Microsystems, Solaris dan sebagainya. Begitu juga dengan syarikat-syarikat pembuat 'computer games' seperti EA (Electronic Arts), Activision, Codemasters,  Disney Interactive, Nickelodeon, LucasArt dan sebagainya yang dikawal oleh mereka.

Dan boleh dikatakan hampir semua syarikat-syarikat besar yang berpengaruh dan menghasilkan produk-produk canggih adalah milik mereka sama ada dari asal ataupun telah diambil-alih kemudiannya.

Maka dengan apa lagi anda mahu menunjuk-nunjuk?  Tak ada apanya yang perlu ditunjuk-tunjuk, kerana dunia ini sebenarnya bukan tempat untuk menunjuk, tetapi tempat untuk menjadi hamba ALLAH yang soleh agar selamat di dunia dan di akhirat.


Kerana itulah slogan-slogan mengejar kemajuan kebendaan adalah mengarut belaka, kemajuan apa yang dikejar sebenarnya? Itulah kemajuan membela nafsu serakah manusia sahaja. Jika kemajuan yang dikejar adalah semata-mata kerana mahu tegakkan agama dan untuk membantu manusia-manusia yang susah dan menderita alangkah bagusnya. Tetapi kemajuan-kemajuan yang dikejar sekarang hanyalah berpihak kepada golongan-golongan tertentu sahaja, sedangkan yang miskin bertambah miskin, yang susah bertambah susah, yang kaya bertambah kaya dan sebagainya. Masing-masing lebih pentingkan diri sendiri dan keluarga masing-masing sahaja, tiada lagi kasih sayang sesama saudara seIslam.

Dan masih tidak nampak kah anda betapa kecanggihan-kecanggihan teknologi yang ada sekarang ini dibangunkan oleh Illuminati? Kita hanya menjadi golongan yang pandai pasang dan guna sahaja, tak usah nak berlagak lah. Contoh besar, kereta Proton Malaysia, lihatlah enjin dari mana dan teknologi siapa?

Dan kemudian berlakulah kemalangan-kemalangan jalanraya yang ngeri kerana kereta bertambah laju, manusia bertambah mengejar kemajuan. Ya kejar, kejar dan kejar, akhirnya hancur lebur kereta di jalanan dengan darah bersembur-sembur, itulah agaknya yang dikejar-kejarkan selama ini. Sampai bila mahu insaf dan ditipu hidup-hidup ntah.

Dan jangan terpengaruh sangat dengan SLOGAN 1Malaysia. Singapore pun sudah lama dengan slogan ONE SINGAPORE nya. Slogan-slogan ini hanya akan menjerumus kepada One New Government atau The New World Order. Hati-hati lah dalam membuat keputusan dan merancang .......


Lihatlah , kenapa Nabi Muhammad S.a.w tidak menyuruh sahabat-sahabat membina bangunan-bangunan besar?

Perhatikan, renungkan, mengapa Nabi Muhammad S.a.w tidak menggalakkan sahabat-sahabat dan umatnya membina bangunan-bangunan besar, sedangkan sebelum zamannya lagi sudah banyak ciptaan dan binaan-binaan bangunan besar seperti yang didirikan oleh kerajaan Namrud, Firaun, Rome, Greek dan sebagainya.

Jika benar lah Islam menggalakkan membina bangunan-bangunan besar dan hebat, sudah tentu pembinaan telah rancak di zaman Nabi Muhammad S.a.w lagi kerana itu lah zaman contoh tauladan TERBAIK bagi seisi dunia terutamanya untuk umat akhir zaman. Kerana di zaman Nabi dan sahabat menjadi PEMIMPIN lah suasana di sana terlalu aman damai, bebas dari jenayah-jenayah dan masyarakat berkasih-sayang antara satu sama lain.

Tetapi kita bukan mahu mengambil contoh tauladan di zaman keemasan akhlaq dan peribadi Muslim itu, tetapi kita banyak mahu mencontohi zaman-zaman sesudah nya yang sudah banyak tercemar dan bercampur dengan pengaruh-pengaruh terutamanya pengaruh dari barat.

Dan mengapa Nabi Muhammad S.a.w tidak membina kereta-kereta kuda yang megah dan hebat seperti kereta-kereta kuda Firaun yang gah lagi bertatahkan emas dan perhiasan-perhiasan?  Dan mengapa tidak dibuat ciptaan-ciptaan lain yang sangat canggih dan hebat lagi?

Ketahuilah, sederhana itu adalah yang TERBAIK.  Modesty is the best policy.  Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud, “Sebaik-haik perkara adalah yang pertengahannya (sederhana)”. Hadith Muttafaqun 'alaih

Sabdanya lagi yang bermaksud, "Jangan kamu berlebih-lebihan dalam kesenangan dan kemewahan kerana sesungguhnya hamba-hamba Allah (yang benar-benar bertakwa) itu bukanlah dari orang-orang yang suka bermewah-mewahan". Hadith Riwayat Ahmad

Maka mengapa kita perlu kejarkan sangat kemewahan, sedangkan ianya hanya sementara dan akan hancur binasa juga nanti.  Jika kita mencari harta benda banyak-banyak untuk melebihkan sedekah kita kepada mereka-mereka yang susah dan memerlukan serta membantu Islam , itu sangatlah bagus.  Tetapi sayang, biasanya itu cuma diucapkan dibibir, tetapi apabila manusia mempunyai banyak harta, dia merasakan mahu menambah banyak lagi dan simpan untuk anak-beranak dia semata dan lupa bahawa manusia-manusia yang hidup susah di luar sana adalah saudara mara kita juga di dalam Islam.
Sumber:
http://unikversiti.blogspot.com/2009/12/mengejar-kemajuan-kebendaan-semata.html

Illuminati dan pelbagai penyakit terhadap kesihatan manusia

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Pembicaraan tentang Illuminati kita lanjutkan kepada memperkatakan tentang kaitan mereka dengan pemakanan dan kesihatan manusia. Perlulah diketahui bahawa Illuminati cuba untuk mengurangkan populasi penduduk dunia dengan sasaran agar hanya tinggal 4 billion manusia menjelang tahun 2050. Maka mereka akan cuba apa saja cara untuk mencapai matlamat mereka itu.
Umat islam sekarang banyak kena penyakit kerana dari waktu kita lahir lagi sudah diajar dengan DADAH dan bahan kimia iaitu SUNTIKAN VAKSIN. Orang-orang zaman dahulu tak ada masalah pun tidak diSUNTIK Vaksin, tetapi zaman sekarang kecil-kecil lagi sudah di ajar dengan ubat dadah dan kimia.
Ini semua agenda Illuminati untuk merosakkan manusia-manusia selain dari pihak mereka.
Begitu juga dengan pengambilan pil-pil dan ubat-ubatan moden. Tidak perlu beri contoh lain, ubat antibiotik pun banyak KEBURUKAN nya. Contohnya jika demam kita makan antibiotik, maka ubat itu bukan sahaja membunuh kuman yang tidak elok, tetapi MEMBUNUH kuman-kuman yang menjaga / mengimunisasi tubuh kita.
Memang biasanya cepat sembuh jika menelan antibiotik, tetapi penyakit tidak sempat keluar dari tubuh kita, menyebabkan ianya TERPERAP di dalam badan. Kotoran-kotoran yang terperap itu lah yang menyebabkan berlaku ketumbuhan dalam badan dan dapat memunculkan berbagai penyakit lain pula kemudian harinya. Maka jika demam, tidak perlulah kita hendak CEPAT SEMBUH, kerana demam ialah proses MEMBUANG TOKSIK / RACUN dari dalam badan. Kerana itu lah keadaan badan kita menjadi tidak seimbang ketika demam.
Dan begitulah dengan pil-pil dan ubat-ubatan moden yang mengandungi DADAH dan BAHAN KIMIA itu, semuanya AGENDA Illuminati. Pihak mereka sendiri tidak makan ubat-ubat ini melainkan makan makanan yang SEGAR dan organik sahaja.
Ini belum lagi masuk bab MAKANAN-MAKANAN DAN MINUMAN RINGAN di pasaran sekarang yang majoritinya ada bermacam-macam BAHAN KIMIA yang boleh menyebabkan pelbagai PENYAKIT untuk jangka masa panjang.
Di Amerika sahaja ada pasaraya TERBESAR di dunia, dan pasaraya itu HANYA untuk orang-orang Yahudi. Dan di dalamnya tidak ada makanan-makanan pelik-pelik yang seperti kita makan sekarang ini. Mereka terlalu MENJAGA makanan mereka, sebab itu lah mereka menjadi Brilliant, Intelligent dan hebat dalam soal DUNIA. Otak mereka cerdas dan segar tanpa tercemar dengan banyak bahan kimia.
Tetapi umat kita sekarang diberi makanan yang sudah BANYAK tercemar dan mengandungi bahan kimia dan melembabkan OTAK!! Sebagai contoh, sebab itu kanak-kanak sekarang mengaji pun lambat nak ingat, lemau, malas belajar dan seumpamanya.
Perniagaan makanan dan francais-francais yang berkaitan dengannya diterajui oleh Collins, iaitu salah satu dari 13 keturunan dalam Illuminati.  INGAT, keluarga-keluarga Illuminati itu mempunyai bidang-bidang kuasa tersendiri yang telah dibahagikan sesama mereka.
Jauhilah lah makan makanan-makanan ringan. Jauhilah McDonald, KFC, Starbucks, dan seumpamanya, kerana itu semua adalah milik Illuminati yang hanya akan membawa PENYAKIT yang pelbagai kepada umat Islam dan membunuh secara HALUS. Jangan terpedaya dengan kesedapan yang menjilat jari dan mengancam selera itu. Begitu juga jangan TERPENGARUH dengan iklan-iklan yang memikat manusia secara psikologi.
Di dalam makanan-makanan ringan di pasaran sana biasa terdapat bahan-bahan kimia seperti Chlorine, Fluoride, Benzene (yang biasa disebut bahan pengawet atau dicampur dalam Potassium menjadi Potassium benzoate, atau dicampur ke dalam Sodium menjadi Sodium benzoate), Melamine, BPA (Bisphenol-A), Nitrites, Nitrates, Ethorbates, MSG (Monosodium Glutamate), Aspartame (sejenis pemanis bukan gula) dan sebagainya lagi. Ini belum lagi dicampur dengan bahan-bahan metal yang terkandung dalam air seperti plumbum, aluminium, tembaga dan macam-macam lagi. Semua kandungan itu boleh membunuh manusia secara beransur-ansur dan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.
Sayur-sayuran dan tanaman kita sekarang ini pun biasa disembur dengan racun yang bergelar pesticides dan insectisides. Sedangkan pesticides dan insectisides itu sebenarnya boleh melemahkan sistem imunisasi tubuh badan manusia itu sendiri, yang menyebabkan manusia mudah mendapat penyakit.
Dan banyak sangat lagi syarikat-syarikat minuman dan makanan milik mereka. Di atas ini adalah jenama-jenama yang NYATA milik mereka, belum lagi dicampurkan dengan jenama-jenama yang berselindung dan tidak diketahui umum.  Lihatlah kepada logo Pepsi dan Coca cola yang selain berwarna merah dan ada bentuk bulat pada Pepsi dan nombor 666 tersembunyi pada Coca Cola, ia juga mempunyai jalur yang meliuk lentuk.
Jalur meliuk lentuk seperti pergerakan seekor ULAR, itu lah haiwan yang LICIK dan Iblis pernah menyamar sebagai ULAR untuk menipu Hawa dan Adam di dalam syurga dulu.
.
Rokok, dadah dan alkohol
Penggunaan bahan-bahan ini sudah JELAS dan TERANG akan merosakkan jiwa dan raga manusia dan dapat membunuh secara beransur-ansur juga. Maka dengan itu lah mereka mempengaruhi banyak pihak agar ketiga-tiga bahan yang merbahaya kepada manusia itu dapat diseludupkan ke merata tempat.
Pasaran ROKOK dan DADAH diterajui oleh RJ Reynolds, di mana Reynolds adalah salah satu dari 13 keluarga utama Illuminati. Jenama rokok seperti More, Salem, Camel, Winston, Lucky Strike dan beberapa lagi adalah di bawah kelolaannya.
Sedangkan CIA pun mempunyai skandal dengan dadah, dan CIA itu sendiri berada di bawah kuasa Illuminati. Begitu juga dengan penguasaan mereka ke atas Golden Triangle / Segitiga Emas (antara kawasan penanaman popi / dadah terbesar di dunia).
Bagi seorang athlit atau ahli sukan, kebiasaan mereka akan menggunakan dadah jenis steroid untuk menambahkan tenaga serta stamina dalam sukatan yang terhad. Kesan buruk darinya akan mula dirasai apabila ahli sukan itu telah mula kurang aktif pada suatu masa nanti dan akan mengundang banyak penyakit kronik juga hasil darinya.
Berkenaan arak dan rokok ada tambahannya di  tajuk Kenali pasukan Dajjal dan simbol-simbol mereka – Bahagian 2
Ingatlah, ada 3 agenda utama Illuminati yang MEMBUNUH dan MEROSAKKAN secara senyap iaitu SEKS, DADAH (termasuk bahan kimia dan toksik) dan SIHIR (sex, drug and magic).  Dan ianya diselitkan di dalam pelbagai MEDIUM seperti media massa, hiburan , makanan, minuman, pembelajaran, permainan dan sebagainya.
.
Mereka mencipta VIRUS dan mereka juga mencipta ANTI VIRUS dan VAKSIN
Mereka mencipta VIRUS komputer yang menyerang dan menyusahkan banyak komputer awam dan syarikat.  Dan mereka jugalah yang menyediakan perisian-perisian ANTI VIRUS untuk dibeli bagi mengaut keuntungan darinya. Dan jangan anda hanya ingat mereka mencipta VIRUS komputer sahaja, tetapi saintis-saintis mereka juga mencipta VIRUS alam nyata yang menyerang tubuh manusia.
Dan mereka jugalah yang menyediakan vaksin-vaksin dan antivirus, juga untuk mengaut keuntungan darinya hasil dari perniagaan ubat-ubatan itu. Malah mereka juga mendapat nama, kerana kononnya membantu MANUSIA menyelesaikan masalah dengan mencipta pelbagai VAKSIN yang dapat melawan pelbagai jenis penyakit. Jangan anda terpedaya dengan taktik mereka itu, itu taktik lama sebenarnya dan sudah dapat dikesan oleh mereka-mereka yang mengkaji dan menggunakan akal fikiran.
Seorang journalis Austria yang bernama Jane Burgermeister telah memfailkan tuduhan jenayah terhadap World Health Organization (WHO), United Nations, Barack Obama, Rockefeller, Rothschild dan beberapa lagi kerana dia telah mendedahkan plot yang dibuat oleh mereka berkenaan dengan VAKSIN  Selsema Babi yang merbahaya.
Lihatlah logo World Health Organization (WHO) di atas. Sebuah pertubuhan yang kononnya menjaga perihal kesihatan manusia sedunia, tetapi mengapa ada ULAR yang meliuk lentuk dan membelit dalam logonya itu?
Jane mengatakan bahawa Selsema Babi dan Selsema Burung telah dihasilkan di dalam makmal  dengan tujuan membunuh secara besar-besaran melalui VAKSIN.
Dan menurut David Icke (seorang pensyarah dan pengarang buku), dinasti Rothschild dan Rockefeller yang terlibat dalam hal VAKSIN  itu, juga menguasai perubatan yang berkaitan dengan FARMASI dan POLISI KESIHATAN kerajaan di seluruh dunia.  Rockefeller dikenali sebagai keluarga Illuminati yang menguasai pasaran minyak dunia, dengan syarikatnya iaitu Exxon-Mobil.  Manakala Rothschild menguasai perbankan dunia dan dia memiliki Bank of Rothschilds iaitu bank yang tertua dan terbesar di dunia.
Jane Bürgermeister juga telah memfailkan tuduhan jenayah bio terhadap gergasi FARMASI seperti Novartis International AG di Switzerland dan Baxter AG di Austria.  Dan lebih mengejutkan lagi, virus H1N1 baru sahaja diwar-warkan pada tahun ini, sedangkan syarikat Baxter telah memfailkan PATENT untuk VAKSIN H1N1 pada 28 Ogos 2008 dulu lagi. Maka bagaimana mereka sudah tahu virus itu akan muncul sedangkan pada ketika itu tidak ada tersebar lagi tentang H1N1.
Sila baca file PATENT mereka di sini
Dan PATENT itu pula telah diterbitkan pada bulan Mac 2009, SEBULAN sebelum VIRUS-VIRUS itu dilepaskan di Mexico.
Hakikatnya, bukan Selsema Babi / Swine Flu, Selsema Burung / Bird Flu, atau lain-lain penyakit itu yang merbahaya, TETAPI suntikan VAKSIN itu lah yang lebih merbahaya kerana ia dapat mengakibatkan kesan buruk dan membunuh secara senyap dan beransur-ansur.  Orang-orang yang TIDAK TERKENA penyakit Selsema Babi pun diberikan VAKSIN juga.
Sasaran mereka bukan membunuh secara mendadak, tetapi melemahkan sistem IMUNISASI manusia itu sendiri. Jika sistem imunisasi manusia lemah, maka apa-apa penyakit pun mudah datang dan akan semakin parah dan rosak tubuh manusia sehingga boleh menyebabkan kematian insyaAllah.
Bermakna di situ, manusia akan MATI dengan penyakit-penyakit lain pula di kemudian hari nanti, yang kita semua tidak tahu dari mana datang punca sebenar penyakit tersebut. Dan orang-orang yang bertanggung jawab terhadap JENAYAH ini tidak dapat dikesan apa lagi untuk didakwa.  Hanya Allah S.w.t yang dapat membalas kejahatan mereka kemudian hari nanti.
.
.
Kesimpulan
Nasihat saya kepada diri sendiri dan anda semua, cuba lah amalkan pemakanan sihat secara alamiah dengan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan , terutamanya makanan-makanan yang diajar oleh Nabi Muhammad S.a.w, makan dan minum cara Rasulullah dan seumpamanya.  Elakkan makanan-makanan yang diproses, makanan ringan , pil-pil yang mengandungi bahan kimia, vaksin-vaksin dan seumpamanya. Dan seperti biasa jangan lupa baca ayat-ayat elak fitnah Dajjal dan doa-doa yang diajar oleh Rasulullah S.a.w.  Semoga Allah melindungi kita semua dari FITNAH DAJJAL, amiin.
“Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan kepadanya. Dan berdoa’lah kepadanya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terharap-harap (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya” Surah Al A’raaf : Ayat 56
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala’ bencana di darat dan di laut dengan sebab-sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia: (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” Surah Ar Ruum : Ayat 41
“Hai orang-orang yang beriman, bersiap-sedialah kamu, dan majulah (ke medan pertempuran) berkelompok-kelompok, atau majulah bersama-sama!.” Surah An Nisaa’ : Ayat 71
Imam Ibnu Katsir mentafsirkan ayat 71 di atas sebagai Allah memerintahkan kepada hamba-hambaNya yang beriman agar sentiasa berwaspada terhadap musuh-musuh.  Jangan salah faham pula ya, itu bukan perintah supaya pergi menyerang orang ikut suka hati, tetapi hanya diperintah agar bersiap-sedia dan berjaga-jaga dengan musuh dan berperang hanya jika Islam diserang.
Semoga Allah memberikan yang TERBAIK buat anda semua wahai saudara-saudaraku.  Sungguh indah dunia ini jika masing-masing saling bantu membantu dan bukan hanya PENTINGKAN diri sendiri semata-mata. Maafkanlah diri saya yang HINA ini andai ada salah dan silap.  Sayangilah diri anda, keluarga anda, saudara seiman anda dan manusia serta makhluk yang tidak bersalah seluruhnya. Dan semoga pihak-pihak yang zalim, yang tidak berperikemanusiaan diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah, dan agar mereka menyesal di atas perbuatan mereka sebelum terlambat. Sesungguhnya azab ALLAH amatlah pedih, na’uzubillah.  Wallahu a’lam  :)
.
Rujukan
1 – AlQuran AlKarim
2 – Tulisan David Icke di  davidicke.com
2 – Wikipedia

Akar Masalah Perang Melawan Keganasan adalah Zionis


Akar Masalah Perang Melawan Keganasan adalah Zionis
oleh: Henry Makow PhD
Hingga saat ini saya masih menerima citra Israel sebagai sebuah negara cinta damai yang terkepung negara-negara Arab yang haus darah. Idenya memang nampak lucu dan menggelikan, negara sekecil Israel mempunyai tujuan imperalis. Namun bagaimana bila terdapat hal-hal yang tidak diketahui oleh sebahagian besar orang, termasuk orang Israel sendiri, karena Elit penguasa dunia memanfaatkan Israel untuk membantu rencana mereka dalam meujudkan Tata Dunia Baru!
Bagaimana jika peranan Israel adalah untuk menjajah Timur Tengah, dan dijadikan sebagai tempat Agama Dunia – World Religion?. Dalam “Israel’s Sacred Terrorism” (1980) yang ditulis oleh Livia Rokach, sebuah monograf setebal 63 halaman on-line, meyakinkan bahwa senario aneh ini tidak boleh tidak masuk akal. Monograf Rokach berdasarkan atas pengungkapan buku harian milik Moshe Sharett, Mantan Menteri Luar Negeri pertama Israel dari tahun 1948-1956, dan Perdana Menteri dari tahun 1954-1956. Menurut catatan buku harian ini, dimana pemerintah Israel berusaha untuk menutup-nutupinya, menjelaskan bahwa gambaran Israel yang rawan adalah sebuah tipuan. Israel selalu merencanakan untuk menjadi kekuatan dominan di wilayah Timur Tengah, dan “ancaman bahaya yang ditanamkan kepada rakyat Israel” adalah dalam rangka untuk menipu warga negaranya serta memprovokasi peperangan. Di dalam catatan buku hariannya, Sharett mengutip sebuah percakapan dengan Kepala Staf Angkatan Bersenjata, Moshe Dayan pada bulan Mei 1955, sbb: 
“AGRESI RAHSIA”
Kebijaksanaan “pembalasan” ini, atau “provokasi dan balas dendam” juga disebut “agresi rahsia.” “Perang melawan Keganasan” yang dimotori Amerika Syarikat adalah merupakan kelanjutannya. Secara esensial hal itu melibatkan sebuah kebijakan agresi yang tersembunyi sebagai pembalasan untuk menipu provokasi.
Sebagai contoh, patroli Israel menyebrangi perbatasan Jordan atau Mesir untuk alasan menyerang, dan kemudian diklaim kejadiannya berlangsung di wilayah Israel. Sewaktu menyerang, pasukan angkatan darat Israel mengejar “agresor” ke dalam wilayah musuh dan membuat malapetaka. Ariel Sharon adalah mantan pemimpin regu (”Unit 101″) yang keahliannya melakukan pembunuhan dengan kejam. Serangannya pada tahun 1953 ke sebuah desa Kibiyah, Jordania membunuh ramai orang awam yang tidak berdosa. (30)
Pada bulan Mac 1954, sebuah bus Israel yang melintasi jalan antara Eilat dan Beersheba diserang dan 10 orang penumpangnya terbunuh. Komisaris Gencatan Senjata PBB, Kol. Henderson mengatakan, “dari kesaksian orang-orang yang selamat, tidaklah terbukti bahwa semua pembunuh adalah orang Arab.” Dia menegaskan bahwa serangan “teroris bertujuan untuk meningkatkan ketegangan di wilayah itu.” (28) Setelah itu Israel meninggalkan Komisis Gencatan Senjata sebagai protes.
Dalam bulan Jun-Julai 1954 satuan teroris Israel banyak meledakkan institusi-institusi Inggris dan Amerika di Kaherah dalam upaya mengeruhkan hubungan negara-negara Arab dengan Barat. Kejadian tersebut dikenal dengan sebutan “Levon Affair,” mungkin hal ini adalah sebagai sebuah pendahuluan serangan terhadap World Trade Centre.
Dari segi pandangan “agresi rahsia”, jika keganasan tidak ada, Israel harus menciptakannya. Mungkin, pihak keamanan Israel mengilhami beberapa serangan baru-baru ini di Israel. Dalam beberapa peristiwa, teroris digambarkan sebagai “putih.” Ingat sniper – penembak tepat – yang membunuh 10 orang tentera cadangan Israel pada sebuah pos pemeriksaan? Jika dia orang Arab, bukankah dia sudah diserang?
Sebahagian besar keganasan Arab tidak diragukan otentik. Tetapi saya tidak akan dikejutkan jika pada saat genting, “pihak keamanan Israel berada dibelakangnya”
Para komentator Israel sesal bahwa Israel bukan sebuah negara demokrasi. Mereka mengatakan bahwa pihak keamanan telah membajak negara. Seorang ahli berkata, “Israel bukan sebuah negara dengan pasukan angkatan daratnya, tetapi sebuah pasukan angkatan darat dengan negara yang berafiliasi.” Mereka juga sesal bahwa Budaya Rasuah, kekejaman dan perilaku tidak bermoral menyebar dilingkungan pasukan angkatan darat. Lihat Ran Ha-Cohen, “Israeli Elections. So What”
Saya percaya bahwa Illuminati mengendalikan pihak keamanan Israel.

SIAPAKAH ILLUMINATI?
Keluarga-keluarga terkaya dunia yang saling membantu tolong menolong antara satu sama lain, mereka tidak melakukannya untuk kepentingan kemanusiaan.
Dari perspektif mereka, kita adalah “manusia-manusia tidak berguna alias useless eater.” Dengan kedok “globalisme,” mereka merancang untuk meningkatkan dan memperkuat kekayaan dan kekuasaan mereka dengan menurunkan dan menaklukan setiap orang lainnya.
Jantung kekuatan Illuminati adalah perbankan dan kartel (kumpulan produsen) minyak, (Rothschild, Rockefeller) termasuk juga banyak kartel yang saling terhubung satu dengan yang lainnya seperti media, obat-obatan (farmasi), pertahanan (industri hankam), narkoba dan pelacuran. Dioperasikan melalui agen intelijen dunia, dan seperti the Council on Foreign Relations adalah kelompok yang membidani semua para pemimpin Amerika Syarikat.
Secara esoterik, Illuminati adalah sebuah perkumpulan rahsia di dalam perkumpulan rahsia, anggota-anggota Freemason mengabdikan dirinya kepada Lucifer dengan mengorbankan nyawa dan darah amnusia.
Semua ini nampak fantastik kerana kegiatan mereka tidak diliput oleh media dan sistem pendidikan, mereka memelihara jiwanya dalam sebuah tempat pengasingan yang terselubung.
Baru-baru ini, orang-orang Amerika direkrut untuk melakukan pekerjaan menaklukan Islam. Hal ini bukan yang pertama kali Illuminati menggunakan Amerika Syarikat dengan melakukan cara ini. Amerika dilibatkan dalam Perang Dunia I untuk membantu satu juta orang prajurit Inggris dalam menaklukkan Palestin untuk kepentingan Zionis. Dalam Perang Dunia II, Amerika Syarikat berhasil menyelamatkan Komunis Rusia. Baik Komunis maupun Zionis adalah kreasi serta instrumen kartel bank.

MENGGUNAKAN ANTI-SEMITISME
Illuminati selalu menggunakan anti-Semitisme dan membuat tipu muslihat terhadap Yahudi dalam rangka mempercepat mencapai tujuannya yang jahat.
Dalam “Protokol Para Bijak Zion” mereka mengakui bahwa illuminati harus “menyapu bersih segala macam kekuasaan kecuali kita sendiri.” Meskipun demikian, memungkinkan terjadi serangan terhadap rencana mereka sendiri, sebagai alasan pembenar, dalam rangka untuk mendominasi dunia serta menciptakan anti-Semitisme. “Anti- Semitisme tidak bisa dihapuskan dari kita untuk memelihara saudara kita (seiman) yang lebih sedikit daripada kita.” (9-2)
Sejak masa kanak-kanak, Yahudi diajarkan bahwa mereka dibenci dengan tanpa alasan dan diyakinkan bahwa Israel merupakan jaminan terhadap terjadinya holocaust yang lain. Cara seperti ini adalah mengajarkan akhlak tidak manusiawi terhadap orang lain yang dianggap sebagai musuhnya serta menghilangkan perlunya keaslian akan self-criticsm. Bahkan seringkali pertanyaannya bukan mengenai persoalan jujur atau tidak jujur?. Salah atau Benar, Tetapi, “Apakah baik untuk Yahudi?”
Membuat keadaan orang trauma dan meyakinkan mereka bahwa orang jahat mengancam kelangsungan hidup mereka adalah merupakan bentuk yang berkesan dari kendali fikiran – mind control.
Beberapa orang akan menyingkirkan jauh-jauh moralitas dan alasannya dengan omong kosong, dan bila perlu menjadi orang liar atau tanpa pertimbangan akal sehat melakukan bunuh diri. Mereka mudah dimanfaatkan oleh kekuatan yang mungkin sama sekali bukan dari Yahudi, yang mungkin saja anti-Semit yang merencanakan membinasakan mereka.
Saat ini Illuminati sedang menggunakan siasat yang sama terhadap Amerika. Sidik jari Mossad terdapat dalam keseluruhan peristiwa 11 September 2001 – Cap jari Mossad terdapat dalam keseluruhan peristiwa 9-11. Rupanya, Perusahaan Israel, Zim Container Lines memindahkan 200 orang pegawainya keluar dari gedung WTC seminggu sebelum terjadi serangan, dan tidak ada seorang Israel pun yang mati dalam serangan itu. – Tujuh orang yang diduga “pembajak” Arab nampaknya masih hidup.
Jika Osama bin Laden tidak ada, Amerika Syarikat dan Inggris akan menciptakan Osama yang lain. Osama mungkin saja asli tetapi terdapat bukti-bukti bahwa dia telah menerima wang dari the British MI-6 pada 1996. Menurut harian yang terbit di Perancis, Le Figaro, Bin Laden berjumpa dengan kepala kantor CIA perwakilan Dubai pada bulan Julai 2001 Ben Laden met with the CIA station chief in Dubai. Dia menampung tujuan berupa hasutan palsu, yaitu “benturan peradaban. – Clash of Civilizations”
Di lingkungan domestik, penyiksaan terhadap Yahudi telah menjadi sebuah paradigma budaya. Belakangan ini, para wanita dan gay Yahudi diajarkan bahwa ditindas oleh heteroseks dan homoseks adalah normal.. Berjuta-juta orang sedang dirusak kehidupannya. Agenda tersembunyi Illuminati adalah untuk menghancurkan sistem kekebalan masyarakat (kemampuan untuk menolak totalitarianisme) dengan cara menyerang sel darah merahnya, yaitu merusak keutuhan keluarga – nuclear family.
Kesimpulannya, “agresi rahsia” adalah cara yang prima dengan mana Illuminati membuat rencana jangka panjangnya. Orang Amerika dihasut untuk menjadi penindas sebagai akibat ancaman palsu Muslim yang direkacipta Illuminati. Dengan tidak menyadari apa yang dilakukan oleh Illuminati yang mengatas namakan bangsa Amerika, orang-orang Amerika saat ini bertanya-tanya seperti orang Yahudi, “Mengapa mereka benci kami?”
Diterjemahkan oleh: akhirzaman.info

Cemburu seorang lelaki








PERASAAN cemburu sering dikaitkan dengan mesej kasih sayang. Bagaimanapun perasaan cemburu yang gagal diurus boleh mendatangkan masalah besar dalam satu-satu perhubungan.
Misalnya di Melaka baru-baru ini, seorang jururawat, Hashimah Nong, 40, cedera parah apabila kemaluannya dirodok oleh suaminya yang juga seorang anggota tentera berusia 40-an.
Menurut Hashimah, suaminya mendengar bisikan suara jin yang memberitahu kononnya dia telah berzina dengan orang lain.
Tindakan suami Hashimah itu dianggap luar biasa malah ada pihak yang mempertikaikan kewarasan lelaki yang disifatkan pendiam dan perahsia itu.
Kisah Hashimah merupakan satu contoh jenayah cemburu di negara ini.
Kerana mahu mengelak kejadian sama berlaku, seorang mangsa lelaki cemburu, Nor Zanariah Zakaria, 27, nekad memutuskan pertunangannya dengan seorang lelaki yang didakwanya cemburu buta.
Patah tangan
“Jika dahulu saya memang suka dia cemburu sebab mahukan perhatiannya. Tetapi selepas bertunang, cemburunya semakin menjadi-jadi.
“Malah, saya pernah dipukul hingga patah tangan hanya kerana tidak mengangkat telefon,” ujar Zanariah.
Wanita malang itu sering menjadi mangsa kekasaran tunangnya walaupun atas kesalahan yang kecil.
Tidak hanya dengan pukul, telinganya juga sudah lali dengan ugutan dan maki hamun daripada insan yang pernah melayannya bagai seorang puteri raja.
“Sikapnya mula berubah enam bulan sebelum kami dijadualkan melangsungkan perkahwinan. Dia semakin panas baran dan sikap cemburu butanya sering menjadi punca perang mulut antara kami berdua.
“Saya sendiri tidak faham, apa yang mahu dicemburukan. Alasan yang selalu dipertahankan, dia cemburu kerana tidak mahu kehilangan perhatian saya.
“Saya cuba mencari jalan tengah dengan bersikap terbuka dan memperkenalkan rakan-rakan sepejabat dengannya.
“Namun sifat terbuka saya dijadikan senjata untuk menuduh saya yang bukan-bukan. Setiap hari ada sahaja perkara yang diragukan sampai naik rimas dibuatnya,” kata Zanariah.
Bercerita lebih lanjut sikap tunangnya, Zanariah mendakwa dia pernah dijerkah di depan rakan-rakan sepejabat hanya kerana bekerja syif malam dengan seorang rakan lelaki.


LELAKI yang terlalu cemburu sanggup bertindak di luar pemikiran waras.



“Ia bukan perkara pelik bagi kakitangan beruniform seperti saya bekerja pada waktu malam, tetapi tunang saya tidak boleh menerima keadaan itu, lebih-lebih lagi jika rakan syif malam adalah lelaki,” luah anak sulung daripada tujuh beradik itu.
Akibat tidak tahan dengan sikap tunangnya yang cemburu buta itu, Zanariah tekad memutuskan tali pertunangan walaupun hari perkahwinan hanya berbaki 45 hari.
“Saya tidak kisah menanggung malu asalkan hidup saya tidak merana selepas itu,” tuturnya.
Mengulas insiden yang dialami Hashimah dan Zanariah, Perunding Kanan Psikiatri Universiti Putra Malaysia, Prof. Dr. Azhar Md. Zin berkata, terdapat beberapa perkara yang mendorong lelaki bersikap cemburu buta.
Bisikan
“Berdasarkan cerita Hashimah, (saya dapati) ada dua faktor yang menyebabkan keadaan itu berlaku.
“Bisikan yang didengari oleh si suami yang mendakwa isterinya curang sehingga mendorongnya mencederakan isteri jelas menunjukkan wujud gangguan mental.
“Ini tidak mustahil kerana cemburu yang melampau boleh terjadi disebabkan masalah psikiatri seperti sakit jiwa.
“Bagi lelaki normal, dia akan bertindak agresif tetapi tidak sampai mengakibatkan kecederaan melampau.
“Marah atau pukul mungkin perkara biasa, tetapi tidak jika sampai merodok kemaluan isteri dengan pisau,” katanya.
Selain gangguan mental, Azhar berpendapat, kejadian ganas itu juga mungkin berpunca daripada sifat biologi suami Hashimah yang memang dikuasai perasaan cemburu sejak kecil.
“Lelaki cenderung untuk bersikap agresif apabila gagal mengawal cemburu. Malah, kebanyakan kes yang saya kendalikan menunjukkan lelaki boleh mencederakan dan menyusahkan orang lain.
“Bagi perempuan pula, mereka lebih suka pendam perasaan dan perasaan itu meletus apabila mereka tidak mampu menangani masalah itu lagi.
“Bagaimanapun, jarang wanita (yang dikuasai perasaan) cemburu sanggup melakukan tindakan agresif melainkan ada gangguan mental,” jelasnya.
Sementara itu, Perunding Pakar Psikiatri Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Madya Dr. Marhani Midin berkata, individu yang tidak bijak mengawal perasaan cemburu akan menerima tekanan perasaan.
“Mengamalkan gaya hidup sihat boleh mengelak tekanan perasaan yang keterlaluan, tidak kira sama ada marah, cemburu atau sayang.
Emosi


ZANARIAH (kanan) mengalami tekanan hebat akibat sikap bekas tunangnya yang cemburu buta.



“Individu yang pandai mengurus perasaan supaya tidak berlebih-lebihan biasanya boleh berdepan dengan apa sahaja bentuk dugaan.
“Cemburu yang membabi buta boleh menjadi satu bentuk tekanan perasaan jika tidak boleh dikawal dan tidak mustahil ia mampu membawa kepada masalah yang lebih besar seperti jenayah,” katanya.
Jelas beliau, tekanan perasaan boleh diselesaikan dengan beberapa kaedah, namun ia terpulang bagaimana individu tersebut melihat cemburu sebagai masalah kepada mereka.
“Untuk menyelesaikan masalah cemburu keterlaluan, individu perlu memastikan punca yang mencetuskan rasa cemburu yang meluap-luap dalam dirinya.
“Apabila sudah dapat punca, mereka boleh mengatasi tekanan cemburu itu dengan dua kaedah berbeza iaitu memilih untuk menyelesaikan masalah yang menjadi penyebab cemburu ataupun memilih untuk mengawal emosi daripada menjadi cemburu.
“Contohnya, jika si suami pernah terbaca SMS daripada lelaki di telefon bimbit isterinya, berhenti mengulangi perbuatan tersebut. Proses itu memang mengambil masa kerana dorongan perasaan ingin tahu yang meluap-luap, tetapi ia perlu dikawal.
“Sekiranya timbul keraguan, bincang secara baik dan jangan gunakan kekerasan untuk memaksa pasangan mengakui apa yang dia telah lakukan.
“Jika perbincangan itu ikhlas daripada hati ke hati, ia akan berjalan lancar dan api cemburu boleh dipadamkan secara beransur-ansur,” katanya.
Profesor di Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid pula memberitahu, tiada bisikan halus yang boleh mendorong seseorang melakukan perkara luar jangkaan.
“Itu bisikan individu itu sendiri iaitu bisikan syaitan yang bertopengkan manusia. Syaitan tidak mampu mempengaruhi manusia jika individu itu dilandasi dengan keimanan.
“Manusia kini macam-macam bila sudah melakukan satu perkara yang teruk, mereka memberi alasan mendengar bisikan, pengaruh orang lain, hasutan dan sebagainya sedangkan mereka diberikan akal untuk berfikir dengan waras,” ujarnya.
Katanya, cemburu merupakan perkara lumrah bagi setiap individu malah sifat ini berlaku sejak zaman Nabi Adam ribuan tahun dahulu.
“Contohilah cemburu dengan jiran yang bahagia misalnya dan contohi mereka bukannya dengan menoreh kemaluan isteri,” katanya tegas.