Pages

Sunday, April 4, 2010

Ulasan Buku : Sejarah Agama Yahudi dan Kitab Perjanjian Lama




sejarah_agama_yahudi
Penerbit : Jahabersa Sdn. Bhd.
No. ISBN : 983-170-730-3
Penulis : Mohd Fikri Bin Che Hussain
Harga : RM 15.00
Persoalan agama Yahudi adalah sesuatu yang agak rumit untuk dibahaskan kerana pemikiran bangsa Yahudi itu sendiri amat rumit sekali untuk difahami. Mereka tidak sahaja memusuhi Islam sejak zaman Nabi Ibrahim malah antara mereka sendiri juga berkonflik dalam menegakkan cabang-cabang ideologi pemikiran suku masing-masing.
Penulis Mohd Fikri Bin Che Hussain berjaya meringkaskan kefahaman Bani Israel dan agamanya ini di dalam satu buku yang bertajuk Sejarah Agama Yahudi dan Kitab Perjanjian Lama : Satu Pengenalan dan Analisa. Terbitnya buku ini sedikit-sebanyak memudahkan pembaca-pembaca Muslim memahami agama Yahudi ini yang sering disebut di dalam Al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah SAW.
Buku ini menghamparkan 13 bab untuk renungan dan penilaian pembaca dalam memahami hal ehwal Yahudi. Setiap bab dijalinkan fakta-fakta dengan mantap dan berdikit-dikit dalam kaedah memahamkan pembaca-pembaca.
torah_reading
(Gambar hiasan) Rabbi sedang membaca hamparan Taurat.
Penulis buku memulakan pembentangannya dengan memahamkan pembaca tentang istilah Tanakh iaitu akronim kepada 3 kitab induk: Taurat, Neveim dan Ketuvim. Kupasan ketiga-tiga kitab Yahudi pula dikaitkan dengan memberikan maksud perbezaannya dengan kitab-kitab Injil pegangan penganut Kristian agar pembaca lebih memahami tentang istilah Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru.
Seperkara yang menarik tentang buku ini ialah ia mendedahkan kita tentang penggunaan istilah di dalam fasal-fasal Kitab Perjanjian Lama menurut 4 jenis bahasa iaitu Inggeris, Yahudi, Arab dan Latin.
Inggeris Yahudi Arab Latin
Inggeris
Yahudi
Arab
Latin
Genesis
Bereshit
Takwin
Genesis
Exodus
Exodus
Khuruj
Exodus
Job
Iyob
Ayyub
Lob
Pslams
Tehilim
Mazamir Daud
Pslamorum
Selain persoalan kitab-kitab Perjanjian Lama, buku ini juga menghuraikan secara ringkas tentang ideologi Kabbalah pada bab 9. Penghuraian tentang ideologi ini, kami menganggap ia sangat penting dalam melengkapkan kefahaman masyarakat Muslim tentang bagaimanakah sebenarnya Yahudi itu.
Fahaman Kabbalah adalah satu bentuk kaedah amalan mistik Yahudi yang paling popular di dalam fakta-fakta konspirasi dunia. Semua pendedahan dan pembongkaran konspirasi Yahudi oleh kebanyakan pengkaji-pengkaji barat seringkali cuba mengaitkannya dengan amalan Kabbalah.
Berikut ialah kandungan buku:
Bab 1 : Pengenalan kepada kitab suci agama Yahudi
Bab 2 : Sejarah bangsa Yahudi dan bahasa kitab perjanjian lama (Old Testament)
Bab 3 : Kandungan kitab perjanjian lama
Bab 4 : Taurat atau fasal Musa dan sejarah penyusunannya
Bab 5 : Fasal-fasal lain di dalam kitab perjanjian lama
Bab 6 : Kandungan di dalam Fasal Septuaginta
Bab 7 : Apokrifa atau Fasal Rahsia dikalangan kaum Yahudi
Bab 8 : Kitab Talmud dan sejarah penulisannya
Bab 9 : Cabala
Bab 10 : Perkembangan akidah Yahudi mengikut Perjanjian Lama
Bab 11 : Beberapa upacara keagamaan Yahudi dan tragedi yang pernah berlaku
Bab 12 : Akhirat dikalangan Yahudi
Bab 13 : Kesimpulan ringkasan dari akidah Yahudi
Kesemua ketiga belas bab ini dibincang dan dihuraikan dengan jelas di dalam 140 muka surat.
Kesimpulan
Buku ini berjaya mengupas secara ringkas sejarah perkembangan agama Yahudi dan secara tidak langsung berjaya mengungkap tujuan utama ‘penjajahan semula’ Yahudi ke atas tanah Palestin sejak tahun 1948 dahulu.
Tidak banyak buku berkaitan hal ehwal agama Yahudi di Malaysia dalam versi Bahasa Melayu. Dengan terbitnya buku ini, maka ia merupakan salah satu sumbangan ilmu perbandingan agama kepada para pengkaji dan pencinta sejarah.
Buku terbitan Jahabersa ini sudah pun diterbitkan sejak 2005 lalu, malangnya penjualannya sukar didapati di kedai-kedai buku indie di seluruh Malaysia termasuklah MPH dan Popular Bookstore. Kurangnya sebaran jualan ini kemungkinan disebabkan inisiatif penerbit sendiri yang menganggap buku ini sebagai ‘genre kurang popular’ dikalangan pembaca-pembaca Malaysia.
P/S : Buku ini diberi oleh seorang kenalan yang membelinya di kedai koperasi Universiti Sains Malaysia (USM).

Memperkasakan Gagasan PengIslaman Ilmu




oleh Ibnuyaacob
books_cover
Salah satu cara paling berkesan untuk menyelamatkan dunia ilmu sains sosial dari putar belit Freemason dan Illuminati ialah dengan melaksanakan Gagasan PengIslaman Ilmu.
Gagasan PengIslaman Ilmu (GPI)
Gagasan ini mula dibangunkan oleh Allahyarham Dr. Ismail Raji Al-Faruqi yang merupakan profesor Pengajian Islam di Universiti Temple, Philadelphia. Tetapi idea sebenar penggunaan istilah ‘PengIslaman Ilmu’ adalah lonjakan daripada Syed Naquib Al-Alattas dari Malaysia pada 1974.
GPI adalah satu objektif baru yang dibina oleh beberapa kelompok pemikir Islam dalam usaha mengeluarkan konsep-konsep pemikiran dan metodologi sains sosial dari konsep-konsep Barat.
Gagasan PengIslaman Ilmu memainkan peranan penting dalam usaha mendefinasikan semula ilmu-ilmu sains sosial seperti sosiologi, antropologi, psikologi, sejarah, sains politik, ekonomi dan sebagainya mengikut konsep-konsep Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.
Namun begitu, ia bukanlah suatu usaha yang mudah kerana umat Islam moden bukan setakat sudah biasa dengan konsep, pemikiran, metodologi dan pendekatan barat, malah sifat mereka juga telah ditentukan oleh asuhan pendidikan sekular moden sejak kecil.
Di universiti-universiti yang lokasinya di negara-negara Islam sekalipun, konsep barat dalam menerapkan ilmu-ilmu sains sosial sudah menjadi sebati di dalam semua fakluti-fakulti sains sosial. Bahan-bahan rujukan profesor dan pensyarah semuanya didominasi oleh buku-buku pemikiran berorientasikan konsep barat.
Kemudian, pemikiran barat itu dalam mentakrifkan hal sains sosial diwariskan pula kepada pelajar-pelajar melalui kuliah-kuliah pengajian.
Melaksanakan GPI adalah tugas yang sukar
Menurut Dr. Mohammad Omar Zubair, bekas Presiden Universiti Malik Abd Aziz;
Pendidikan adalah satu-satunya cara untuk memperolehi kebijaksanaan, tapi malangnya ideologi-ideologi Barat yang mengelirukan dan dogma kebendaan dunia sekular telah merobohkan dunia Islam.
Tambahnya lagi,
Keghairahan untuk mendapatkan kemajuan kebendaan dan intelektual dengan pantas telah menyebabkan dunia Islam menerima sistem pendidikan barat secara total dan cuba pula menggabungkannya dengan sistem pendidikan Islam.
Menurut pandangannya juga keadaan tergesa-gesa dalam mengaplikasikan sistem pendidikan barat telah menyebabkan dunia pendidikan di negara-negara Islam yang mengejar pembangunan berada dalam keadaan yang sumbang. Kesumbangan ini berlaku kerana konsep keimanan dan sekularisme adalah dua perkara yang jauh berbeza dan tidak dapat disatukan.
Kesukaran melaksanakan Gagasan PengIslaman Ilmu lebih sukar lagi apabila pihak pemerintah Islam sendiri menganaktirikan pendidikan berteraskan Islam. Pendidikan berasaskan sekular dan ilmu-ilmu akademik diberi pengiktirafan yang tinggi serta dimuliakan.
Barat mengetahui bahaya Gagasan PengIslaman Ilmu
Konsep GPI ini jika benar-benar diadaptasikan oleh pemerintah Islam di seluruh dunia, nescaya ia akan mempercepatkan proses mengembalikan semula zaman kegemilangan ilmu-ilmu masyarakat Islam zaman dahulu.
Konsep ini juga pada akhir objektifnya akan membawakan setiap manusia Muslim itu ke arah mengagungkan semulailmu-ilmu Islam kerana pada hakikatnya dalam sejarah Islam, setiap tokoh-tokoh Islam itu tidak sahaja menguasai ilmu duniawi tetapi juga alim di dalam ilmu-ilmu ukhrawi.
Namun demikian, usaha-usaha menghalang gagasan ini dari berkembang luas nampaknya dilakukan dengan drastik oleh golongan Illuminati. Pada 1986, Dr. Ismail Al-Faruqi dan isterinya, Dr. Louis Lamya telah dibunuh di rumahnya. Ramai pemerhati mengesyaki bahawa komplot pembunuhan ini didalangi oleh Jewish Defense Leage (JDL).
Sesungguhnya, pembunuhan Al-Faruqi telah membuktikan beberapa perkara tentang Gagasan PengIslaman Ilmu:
  • Pembunuhan Dr. Ismail Al-Faruqi membuktikan bahawa betapa konsep GPI ini boleh membangunkan intelektual-intelektual Muslim dalam ruang metodologi Islam dengan kadar yang cepat, pantas dan ramai.
  • Ia membuktikan bahawa intelektual-intelektual Yahudi dan ideologi-ideologi mereka yang berselerak di Oxford dan Harvard boleh ditewaskan oleh sarjana-sarjana Islam masa kini.
  • Ia membuktikan bahawa penerapan Sistem Pendidikan Barat @ Sekular di negara-negara Islam sengaja dirancang bagi menghalang kelahiran genius-genius Ulama Muslim zaman moden.
  • Ia membuktikan bahawa masyarakat Islam terkebelakang dalam segala hal hanya kerana mengamalkan Sistem Pendidikan Barat.
  • Ia membuktikan bahawa Perang-Perang Dunia adalah satu ‘pakej konspirasi’ yang lengkap dalam usaha menjajah negara Islam. Negara Islam tidak hanya diserang dan dijajah bahkan pemikiran, ideologi dan kepercayaan agamanya juga diganggu-gugat melalui satu sistem aliran politik dan pendidikan yang tersusun.
  • Ia membuktikan bahawa buku-buku rujukan Sains Sosial yang diimport dan dikitabkan oleh profesor-profesor universiti adalah punca kemunduran umat Islam.
  • Ia membuktikan bahawa ilmu-ilmu Islam tulen seperti Fekah, Tauhid, Mantik, Adab, Nusus, Syariah dan seangkatannya memerlukan satu pintu keluar agar kehebatan ilmu-ilmu itu dapat ditampilkan. Sesungguhnya pintu itu mestilah sebuah polisi pendidikan yang mempunyai nafas Islam seperti ‘Gagasan PengIslaman Ilmu’.
Contoh PengIslaman Ilmu : PSIKOLOGI
Antara disiplin Sains Sosial yang terdapat di universiti ialah Psikologi. Disiplin ini mengkaji tentang masalah kejiwaan, pemikiran, sifat dan tingkahlaku dalam manusia. Bagi pengamal-pengamal disiplin Psikologi, mereka akan mempelajari bahawa disiplin Psikologi mempunyai mazhab-mazhab tersendiri yang mana setiap darinya terdapat pula tokoh-tokoh yang mengasaskannya.
Mazhab-mazhab itu ialah Behaviorisme, Kognitivisme, Humanisme danPsikoanalisis. Misalnya tokoh mazhab Behaviorisme adalah John B. Watson, B.F. Skinner dan Edward Thorndike berpegang kepada prinsip bahawa setiap sifat manusia ini adalah berpunca dari pelaziman tingkah laku. Maka pelbagai penyelidikan dilakukan untuk membuktikan konsep mereka ini benar.
Menurut Dr. Louis Kamel Matikah di dalam bukunya bertajuk Readings in Social Psychology in Arab State (1970), kebanyakan ahli-ahli psikologi Muslim menghadapi masalah di dalam kajian kemasyarakatan kerana mereka telah mengguna pakai rangka penyelidikan yang sebenarnya dirangka untuk masyarakat barat.
Hasil penggunaan metodologi yang silap dan tidak berteraskan keIslaman, maka keputusan yang didapati ke atas masyarakat Islam adalah tidak tepat.
Di dalam kertas kerja bertajuk An Islamization of Knowledge Process in Psychology (1977) oleh Dr. Abd Hamid al-Hashimi, beliau mengatakan;
Hasil dari latihan yang didapati dari luar, sebilangan ahli psikologi kita menggunakan teori dan prinsip psikologi Barat di dalam bidang kajian mereka terhadap masyarakat Islam.
Sejarah tokoh Psikologi sengaja diputar belit
Di dalam kertas kerja yang sama juga, Dr. Abd Hamid mengatakan intelektual Islam lebih dahulu memperkenalkan disiplin Psikologi berbanding profesor-profesor barat. Malah kajian yang dilakukan oleh sarjana Islam klasik lebih mendalam dan menepati kehendak masyarakat Islam itu sendiri.
Beliau menegaskan bahawa walaupun Barat cuba mengaitkan pemikiran Aristotle dari Greek untuk menjana sejarah klasik Psikologi tetapi hakikatnya mereka hanya baru memperkenalkan disiplin ilmu ini sekitar 1800-an.
Tetapi umat Islam lebih mendahului disiplin ini dari barat yakni 850 tahun sebelum itu. Ini bermakna Barat hanya berjaya memperkenalkan disiplin Psikologi selepas 850 tahun umat Islam meneroka ilmu ini. Perkara ini tidak diilmukan oleh pensyarah-pensyarah Psikologi di universiti kepada pelajar-pelajar kerana sebahagian besar mereka sendiri telah taksub dan terdidik dalam mengagungkan metodologi barat.
Berikut ialah tokoh-tokoh Islam dalam disiplin Psikologi;
  • Abu Nasr Al-Farabi (meninggal pada 950M) - membuat kajian tentang kejiwaan masyarakat Utopia yang bertajuk Opinion of the Citizens of Utopia.
  • Ibnu Sina (meninggal pada 1037 M) - menulis dua kitab berkaitan psikologi dengan tajuk The Moods of Psyche dan Hints and Notice. Beliau membincangkan tekanan psikologi, perasaan-perasaan yang tersembunyi dan nyata. Beliau juga secara tidak langsung mengasaskan kajian dalam ingatan, jenis-jenis ingatan dan faktor-faktornya.
  • Imam Al-Ghazali (meninggal pada 1111M) - menulis karya agungnya tentang jiwa manusia dengan tajuk “Ihya Ulumuddin”.
  • Ibnu Al-Jawzi (meninggal pada 1201M) - menulis buku bertajuk The Intelligent. Buku ini membincangkan tentang otak, kebolehan berfikir, pemikiran, kaedah mengukur kecerdasan otak dan beberapa kes berkaitan.
  • Abu Bakar Muhammad Al-Qays Ibn Tufayal (meninggal pada 1185M) menulis buku bertajuk ‘Hayy ibn Yaqzan’ kemudian diterbitkan semula kitab ini dengan tajuk Hayy ibn Yakqzan: A Pioneering Psychology Study and an Islamic Masterpiece (1975). Buku membincangkan peringkat kehidupan Hayy sebagai seorang kanak-kanak, belia, lelaki muda dan orang dewasa. Ibn Tufayal juga membincangkan pelbagai fenomena psikologi Hayy seperti kasih sayang, imaginasi, hubungan sosial dan perasaannya dengan persekitaran.
Sebelum Gagasan PengIslaman Ilmu diperkenalkan lagi, terdapat usaha-usaha dari beberapa sarjana Islam untuk mengIslamkan ilmu secara individu. Antara sarjana Islam yang mengutarakan idea itu ialah Dr. Fuad Al-Ahwani di dalam bukunya yang bertajuk Psychological Studies by Classical Muslim Scholars(1963).
Dr. Fuad Al-Ahwani menyatakan bahawa akan menubuhkan satu disiplin baru di dalam kurikulum pendidikan yang dipanggil ‘Psikologi Islam’.
Kesimpulan
Gagasan PengIslaman Ilmu adalah satu mandat yang amat sempurna dalam menghakis aliran sekular di dalam disipilin-disiplin ilmu Sains Sosial di universiti. Ia juga merupakan satu senjata pemikiran yang ampuh unttuk mengeluarkan umat Islam dari kepompong bekung sekularisme pendidikan.
Amat malangnya, pelancaran gagasan ini dapat dihidu awal oleh golongan Illuminati. Mereka lebih cepat mengenalpasti kesan-kesan jangka panjang hasil daripada perlaksanaan gagasan ini. Bukan setakat mengenalpasti, mereka juga dapat menyekat cahaya gagasan ini dari menyinari sarjana-sarjana Islam di seluruh dunia.
Namun, ia bukanlah bermakna sarjana Islam berputus asa dengan sekatan Illuminati itu …..
Wallahu’alam.

Untuk Yang Tersia-sia Malamnya



Untuk Yang Tersia-sia Malamnya
“Lihatlah hari ini, sebab ia adalah kehidupan,kehidupan dari kehidupan.Dalam sekejap dia telah melahirkan berbagai hakikat dari wujudmu. Nikmat pertumbuhan. Pekerjaan yg indah. Indahnya kemenangan. Karena hari kelmarin tak lebih dari sebuah mimpi. Dan esok hari hanyalah bayangan. Namun hari ini ketika anda hidup sempurna telah membuat hari kemarin sebagai impian yg indah. Setiap hari esok adalah bayangan yg penuh harapan. Maka lihatlah hari ini”. (Kalidasa)


Wahai orang-orang yang terpejam matanya, Perkenankanlah kami, manusia-manusia malam menuliskan sebuah surat cinta kepadamu. Seperti halnya cinta kami pada waktu malam-malam yang kami rajut di sepertiga terakhir. Atau seperti cinta kami pada keagungan dan rahasianya yang penuh pesona. Kami tahu dirimu bersusah payah lepas tengah hari berharap intan dan mutiara dunia. Namun kami tak perlu bersusah payah, sebab malam-malam kami berhiaskan intan dan mutiara dari surga.

sleeping

Wahai orang-orang yang terlelap, Sungguh nikmat malam-malammu. Gelapnya yang pekat membuat matamu tak mampu melihat energi cahaya yang tersembunyi di baliknya. Sunyi senyapnya membuat dirimu hanyut tak menghiraukan seruan cinta. Dinginnya yang merasuk semakin membuat dirimu terlena,menikmati tidurmu di atas pembaringan yang empuk, bermesraan dengan bantal dan gulingmu, bergeliat manja di balik selimutmu yang demikian hangatnya. Aduhai kau sangat menikmatinya.

Wahai orang-orang yang terlena,Ketahuilah, kami tidak seperti dirimu!!
Yang setiap malam terpejam matanya, yang terlelap pulas tak terkira. Atau yang terlena oleh suasananya yang begitu menggoda. Kami tidak seperti dirimu !! Kami adalah para perindu kamar di surga. Tak pernahkah kau dengar Sang Insan Kamil, Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya di surga itu ada kamar yang sisi luarnya terlihat dari dalam dan sisi dalamnya terlihat dari luar. Disediakan untuk mereka yang memberi makan orang-orang yang memerlukannya, menyebarkan salam serta mendirikan sholat pada saat manusia terlelap dalam tidur malam.” Sudahkah kau dengar tadi ? Ya, sebuah kamar yang menakjubkan untuk kami dan orang-orang yang mendirikan sholat pada saat manusia-manusia yang lain tertutup mata dan hatinya.

Wahai orang-orang yang keluarganya hampa cinta, Kau pasti pernah mendengar namaku disebut. Aku Abu Hurairah, Periwayat Hadist. Kerinduanku akan sepertiga malam adalah hal yang tak terperi. Penghujung malam adalah kenikmatanku terbesar. Tapi tahukah kau ? Kenikmatan itu tidak serta merta kukecap sendiri. Kubagi malam-malamku yang penuh syahdu itu menjadi tiga. Satu untukku, satu untuk istriku tercinta dan satu lagi untuk pelayan yang aku kasihi. Jika salah satu dari kami selesai mendirikan sholat, maka kami bersegera membangunkan yang lain untuk menikmati bagiannya. Subhanallah, tak tergerakkah dirimu ? Pedulikah kau pada keluargamu ? Adakah kebaikan yang kau inginkan dari mereka ? Sekedar untuk membangunkan orang-orang yang paling dekat denganmu, keluargamu ?

Lain lagi dengan aku, Nuruddin Mahmud Zanki. Sejarah mencatatku sebagai Sang Penakluk kesombongan pasukan salib. Suatu kali seorang ulama tersohor Ibnu Katsir mengomentari diriku, katanya, ” Nuruddin itu kecanduan sholat malam, banyak berpuasa dan berjihad dengan akidah yang benar.” Kemenangan demi kemenangan aku raih bersama pasukanku. Bahkan pasukan musuh itu terlibat dalam sebuah perbincangan seru. Kata mereka, ” Nuruddin Mahmud Zanki menang bukan karena pasukannya yang banyak. Tetapi lebih karena dia mempunyai rahasia bersama Tuhan”. Aku tersenyum, mereka memang benar. Kemenangan yang kuraih adalah karena do’a dan sholat-sholat malamku yang penuh kekhusyu’an. Tahukah kau dengan orang yang selalu setia mendampingiku ? Dialah Istriku tercinta, Khotun binti Atabik. Dia adalah istri shalehah di mataku, terlebih di mata Alloh. Malam-malam kami adalah malam penuh kemesraan dalam bingkai Tuhan.

Gemerisik dedaunan dan desahan angin seakan menjadi pernak-pernik kami
saat mendung di mata kami jatuh berderai dalam sujud kami yg panjang.
Kuceritakan padamu suatu hari ada kejadian yang membuat belahan jiwaku itu tampak murung. Kutanyakan padanya apa gerangan yang membuatnya resah. Ya Alloh, ternyata dia tertidur, tidak bangun pada malam itu, sehingga kehilangan kesempatan untuk beribadah. Astaghfirulloh, aku menyesal telah membuat dia kecewa. Segera setelah peristiwa itu kubayar saja penyesalanku dengan mengangkat seorang pegawai khusus untuknya. Pegawai itu kuperintahkan untuk menabuh genderang agar kami terbangun di sepertiga malamnya.

inside

Wahai orang-orang yang terbuai, Kau pasti mengenalku dalam kisah
pembebasan Al Aqso, rumah Allah yang diberkati. Akulah pengukir tinta emas itu, seorang Panglima Perang, Sholahuddin Al-Ayyubi. Orang-orang yang hidup di zamanku mengenalku tak lebih dari seorang Panglima yang selalu menjaga sholat berjama’ah. Kesenanganku adalah mendengarkan bacaan Alqur’an yang indah dan syahdu. Malam-malamku adalah saat yang paling kutunggu. Saat-saat dimana aku bercengkerama dengan Tuhanku. Sedangkan siang hariku adalah perjuangan-perjuangan nyata, pengejawantahan cintaku pada-Nya.

Wahai orang-orang yang masih saja terlena, Pernahkah kau mendengar kisah penaklukan Konstantinopel ? Akulah orang dibalik penaklukan itu, Sultan Muhammad Al Fatih. Aku sangat lihai dalam memimpin bala tentaraku. Namun tahukah kau bahwa sehari sebelum penaklukan itu, aku telah memerintahkan kepada pasukanku untuk berpuasa pada siang harinya. Dan saat malam tiba, kami laksanakan sholat malam dan munajat penuh harap akan pertolongan-Nya. Jika Alloh memberikan kematian kepada kami pada siang hari disaat kami berjuang, maka kesyahidan itulah harapan kami terbesar. Biarlah siang hari kami berada di ujung kematian, namun sebelum itu, di ujung malamnya Alloh temukan kami berada dalam kehidupan. Kehidupan dengan menghidupi malam kami.

Wahai orang-orang yang gelap mata dan hatinya, Pernahkah kau dengar kisah Penduduk Basrah yang kekeringan ? Mereka sangat merindukan air yang keluar dari celah-celah awan. Sebab terik matahari terasa sangat menyengat,padang pasir pun semakin kering dan tandus. Suatu hari mereka sepakat untuk mengadakan Sholat Istisqo yang langsung dipimpin oleh seorang ulama di masa itu. Ada wajah-wajah besar yang turut serta di sana, Malik bin Dinar, Atho’ As-Sulami, Tsabit Al-Bunani. Sholat dimulai, dua rakaat pun usai. Harapan terbesar mereka adalah hujan-hujan yang penuh berkah. Namun waktu terus beranjak siang, matahari kian meninggi, tak ada tanda-tanda hujan akan turun. Mendung tak datang, langit membisu, tetap cerah dan biru. Dalam hati mereka bertanya-tanya, adakah dosa-dosa yang kami lakukan sehingga air hujan itu tertahan di langit ? Padahal kami semua adalah orang-orang terbaik di negeri ini ? Sholat demi sholat Istisqo didirikan, namun hujan tak kunjung datang.

Hingga suatu malam, Malik bin Dinar dan Tsabit Al Bunani terjaga di sebuah masjid. Saat malam itulah, aku, Maimun, seorang pelayan, berwajah kuyu, berkulit hitam dan berpakaian usang, datang ke masjid itu. Langkahku menuju mihrab, kuniatkan untuk sholat Istisqo sendirian, dua orang terpandang itu mengamati gerak gerikku. Setelah sholat, dengan penuh kekhusyu’an kutengadahkan tanganku ke langit, seraya berdo’a : “Tuhanku, betapa banyak hamba-hamba-Mu yang berkali-kali datang kepada-Mu memohon sesuatu yang sebenarnya tidak mengurangi sedikitpun kekuasaan-Mu. Apakah ini karena apa yang ada pada-Mu sudah habis ? Ataukah perbendaharaan kekuasaan-Mu telah hilang ? Tuhanku, aku bersumpah atas nama-Mu dengan kecintaan-Mu kepadaku agar Engkau berkenan memberi kami hujan secepatnya.”
Lalu apa gerangan yang terjadi ? Angin langsung datang bergemuruh dengan cepat, mendung tebal di atas langit. Langit seakan runtuh mendengar do’a seorang pelayan ini. Do’aku dikabulkan oleh Tuhan, hujan turun dengan derasnya, membasahi bumi yang tandus yang sudah lama merindukannya.

Malik bin Dinar dan Tsabit Al Bunani pun terheran-heran dan kau pasti juga heran bukan ? Aku, seorang budak miskin harta, yang hitam pekat, mungkin lebih pekat dari malam-malam yang kulalui. Hanya manusia biasa, tapi aku menjadi sangat luar biasa karena doaku yang makbul dan malam-malam yang kupenuhi dengan tangisan dan taqarrub pada-Nya.

Wahai orang-orang yang masih saja terpejam, Penghujung malam adalah
detik-detik termahal bagiku, Imam Nawawi. Suatu hari muridku menanyakan kepadaku, bagaimana aku bisa menciptakan berbagai karya yang banyak ?
Kapan aku beristirahat, bagaimana aku mengatur tidurku ? Lalu kujelaskan padanya, “Jika aku mengantuk, maka aku hentikan sholatku dan aku bersandar pada buku-bukuku sejenak. Selang beberapa waktu jika telah segar kembali, aku lanjutkan ibadahku.” Aku tahu kau pasti berpikir bahwa hal ini sangat sulit dijangkau oleh akal sehatmu. Tapi lihatlah, aku telah melakukannya, dan sekarang kau bisa menikmati karya-karyaku.

syaitan

Wahai orang-orang yang tergoda, Begitu kuatkah syetan mengikat tengkuk
lehermu saat kau tertidur pulas ? Ya, sangat kuat, tiga ikatan di tengkuk lehermu !! Dia lalu menepuk setiap ikatan itu sambil berkata, “Hai manusia, Engkau masih punya malam panjang, karena itu tidurlah !!”. Hei, Sadarlah, sadarlah, jangan kau dengarkan dia, itu tipu muslihatnya ! Syetan itu berbohong kepadamu. Maka bangunlah, bangkitlah, kerahkan kekuatanmu untuk menangkal godaannya. Sebutlah nama Alloh, maka akan lepas ikatan yang pertama. Kemudian, berwudhulah, maka akan lepas ikatan yang kedua. Dan yang terakhir, sholatlah, sholat seperti kami, maka akan lepaslah semua ikatan-ikatan itu.

Wahai orang-orang yang masih terlelap, Masihkah kau menikmati
malam-malammu dengan kepulasan ? Masihkah ? Adakah tergerak hatimu untuk bangkit, bersegera, mendekat kepada-Nya, bercengkerama dengan-Nya, memohon keampunan-Nya, meski hanya 2 rakaat ? Tidakkah kau tahu, bahwa Alloh turun ke langit bumi pada 1/3 malam yang pertama telah berlalu. Tidakkah kau tahu, bahwa Dia berkata, “Akulah Raja, Akulah Raja, siapa yang memohon kepada-Ku akan Kukabulkan, siapa yang meminta kepada-Ku akan Kuberi, dan siapa yang memohon ampun kepada-Ku akan Ku ampuni. Dia terus berkata demikian, hingga fajar merekah.

Wahai orang-orang yang terbujuk rayu dunia, Bagi kami, manusia-manusia
malam, dunia ini sungguh tak ada artinya. Malamlah yang memberi kami
kehidupan sesungguhnya. Sebab malam bagi kami adalah malam-malam yang
penuh cinta, sarat makna. Masihkah kau terlelap ? Apakah kau menginginkan kehidupan sesungguhnya ? Maka ikutilah jejak kami, manusia-manusia malam. Kelak kau akan temukan cahaya di sana, di waktu sepertiga malam. Namun jika kau masih ingin terlelap, menikmati tidurmu di atas pembaringan yang empuk, bermesraan dengan bantal dan gulingmu, bergeliat manja di balik selimutmu yang demikian hangatnya, maka surat cinta kami ini sungguh tak berarti apa-apa bagimu. Semoga Alloh mempertemukan kita di sana, di surga-Nya, mendapati dirimu dan diri kami dalam kamar-kamar yang sisi luarnya terlihat dari dalam dan sisi dalamnya terlihat dari luar.
Semoga…

(Manusia-Manusia Malam)

PERJALANAN HIDUP IKAN SALMON



Ikan Salmon, satu dari sekian banyak jenis ikan yang banyak mengandung nilai gizi yang sangat bermanfaat bagi manusia. Jenis ikan ini dapat hidup di perairan tawar dan laut, dan merupakan salah satu komoditi hasil perikanan yang banyak dikonsumsi oleh masyarakat. Terlepas dari semua itu, judul di atas akan menjadi topik utama tulisan ini sekedar untuk menambah pengetahuan kita bersama.
Siklus hidup ikan salmon bermula di perairan tawar (sungai), disini telur telur ikan salmon menetas (biasanya pada bulan November) dan disini perjuangan hidupnya bermula. Tingkat kematian ikan salmon pada tahap ini sangat besar. Dari total jumlah telur yang dibuahi, lebih kurang setengahnya yang berhasil menetas. Ikan salmon yang baru menetas ini dinamakan “alevin” yang hidup di antara tumpukan kerikil di dasar sungai dengan memakan plankton. Setelah persediaan makanan habis, alevin akan keluar dari kerikil dasar sungai (bulan Mei/Juni), pada tahap ini ikan salmon dinamakan “Fry”. Fry kemudian tumbuh dan berkembang menjadi “smolt” yang kemudian bergerak ke muara sungai menuju ke lautan lepas.
Tahun pertama hidup di lautan merupakan tahap kritis ikan salmon menghadapi pemangsanya. Predator yang memangsa ikan salmon dalam jumlah banyak adalah anjing laut. Disamping itu, singa laut, beruang, burung dan manusia juga menjadi ancaman kelangsungan hidup ikan salmon.
Lama berpetualang di lautan (4-7 tahun), ikan salmon tumbuh besar dan cukup dewasa untuk bereproduksi. Disini letak keunikan ikan salmon, dimana hidupnya bermula (menetas dari telur) disanalah ikan salmon melakukan proses reproduksi. Ikan salmon yang hidup berkoloni (berkumpul dalam jumlah yang sangat banyak) akan berkumpul dengan koloni ikan salmon lainnya untuk bermigrasi kembali ke perairan tawar yaitu sungai.
Perjalanan pulang ikan salmon tidaklah sebentar, memakan waktu dengan hitungan bulan. Banyak rintangan yang menghadang perjalanannya, melewati batu karang, berenang melawan arus, melompat mendaki air terjun (daya lompat ikan salmon bisa mencapai 3 meter),dan lain lain.
Satu hal lagi, selama melakukan perjalanan pulang, ikan salmon tidak makan apa apa alias berpuasa. Cadangan lemak yang ada di tubuhnya merupakan sumber makanan hingga sampai ke perairan tawar. Pemakaian cadangan lemak tubuh ini akan menyebabkan perubahan fisik pada ikan salmon. Pada tahap ini, banyak ikan salmon yang mati karena luka, keletihan ataupun pemangsa, hingga akhirnya hanya sedikit yang berhasil sampai ke hulu sungai.
Dari sumber yang ada, belum ada yang bisa memastikan bagaimana cara ikan salmon dapat menemukan kembali jalan pulang ke sungai tempat mereka ditetaskan setelah berenang di lautan bertahun tahun lamanya dan beribu ribu kilo jauhnya. Teori yang paling banyak di anut adalah ikan salmon menyimpan secara otomatis aroma dimana tempat dia ditetaskan, dan inilah yang nantinya akan menuntun perjalanan pulang kembali ke tempat asal.
Sesampainya di hulu sungai (atau tempatnya ditetaskan), dalam keadaan lelah ikan salmon akan menggali tanah di dasar sungai membuat lobang (25-30cm) untuk sarang dengan menggunakan ekornya. Di lobang itulah ikan salmon betina mengeluarkan telur 3.000-8.000 butir dan kemudian dibuahi oleh sperma ikan salmon jantan. Selesai melakukan pembuahan, ikan salmon jantan dan betina menutup kembali sarang tersebut dengan kerikil. Kedua ikan salmon akan tinggal beberapa hari disekitar sarang tersebut hingga akhirnya mati kehabisan energi. Sebagian bangkai ikan salmon akan dimakan oleh binantang yang hidup di dasar sungai, dan sebagian lagi akan membusuk dengan bantuan bakteri hingga menjadi pupuk alami. Pupuk alam tersebut akan dimakan oleh plankton dan serangga kecil di dasar sungai. Pada akhirnya, plankton dan serangga kecil ini akan menjadi makanan pokok bagi ikan salmon yang baru menetas satu bulan kemudian.
Begitulah perjuangan dan siklus hidup ikan salmon. Yatim piatu sejak menetas, menempuh perjalanan dengan resiko yang sangat besar dan berkorban demi kelangsungan populasinya dimasa yang akan datang. Tentu banyak hal positif yang bisa kita ambil dari cerita ini selain dari kandungan gizi yang dikandung ikan salmon. Semoga bermanfaat.

PERBEZAAN CINTA DAN NAFSU


Ini dia 5 Perbezaan cinta dan nafsu. Cara mudah membezakan cinta dan nafsu agar tidak terkecoh. Sering sekali kita mendengar ada orang bertanya "apa perbezaan antara cinta dan nafsu?". "Bagaimana membezakan antara cinta dan nafsu?'. atau yang lebih parah "cinta dan nafsu itu sama atau tidak?"
Bagi sebahagian orang, mereka mengatakan cinta dan nafsu itu sama saja. Tapi tidak menurut ane. Buat ane peribadi cinta dan nafsu jelas dua hal yang berbeza. Meski perbezaannya sangat tipis, mungkin itu yang membuat orang sering terkecoh, tidak boleh membezakan mana nafsu, mana cinta..?
1. Cinta itu membahagiakan, Nafsu itu membahayakan
Cinta yang sebenarnya selalu menunjukkan jalan atau arah menuju kebahagiaan bagi orang-orang yang menjalaninya. Seorang pecinta yang sudah menemukan dan memahami makna cinta sejati dalam dirinya akan berada pada keadaan yang membahagiakan. Sebaliknya, orang-orang yang terkecoh dengan nafsu dan menganggap nafsu adalah cinta akan berada dalam keadaan yang membahayakan. Kita tidak boleh memungkiri, di mana ada kebaikan, di situlah syaitan menggoda manusia agar terjerumus ke dalam keburukan.
Cinta dan nafsu seperti dua sisi dari mata wang yang sama. Cinta adalah sisi positif, nafsu adalah sisi negatif dan wang itu adalah hubungan. Seseorang yang mencintai pasangannya dengan sebenar-benarnya cinta akan mengarahkan hubungannya menuju kebahagiaan sejati dengan cara menjaga dan menyayangi pasangannya. Tanpa bermaksud untuk merosak dan menyakiti. Lain halnya dengan orang-orang yang menjalin hubungan dengan landasan nafsu, mereka akan membawa hubungannya kearah kebahagiaan yang semu dan hanya berorientasi pada fizikal, dalam hal ini sex. Yang justru akan menjerumuskan mereka ke dalam situasi yang membahayakan.
Cuba deh, kita meluangkan waktu untuk berfikir sejenak. Apakah hubungan yang sedang kita jalani dengan pasangan sekarang ini berorientasi pada kebahagiaan sejati atau hanya kebahagiaan duniawi yang semu..?
2. Cinta membuatkan kita ketawa, Nafsu membuatkan kita kecewa
Kalau diibaratkan hubungan seperti sawah, maka cinta adalah padi dan nafsu adalah rumput liar. Nah, ketika ketika seseorang menanam padi (cinta) di sawah (hubungan) maka secara otomatis akan tumbuh juga rumput liar (nafsu). Kalau orang itu sudah mengetahui dan memahami apa itu padi (apa itu cinta), maka dia akan segera mencabut rumput liar itu (nafsu) yang tumbuh di sawahnya (hubungan). Ketika tiba masa panen, orang ini akan menuai hasil sawahnya (hubungan) yang ditanami padi (cinta) itu tadi berupa buah padi (kebahagiaan). Lain dengan orang-orang yang terkecoh yang menyangka rumput liar (nafsu) sebagai padi (cinta). Mereka akan memelihara rumput liar (nafsu) dan tanaman padinya (cinta) akan mati. Pada saat panen, tentu yang mereka dapat hanyalah sekarung rumput liar (nafsu) yang tidak enak dimakan (kekecewaan).
Di sinilah kita perlu bertanya kepada hati kita sendiri, apakah hubungan yang kita jalani dengan pasangan sudah boleh membuat kita ketawa atau hanya serangkaian kekecewaan yang kita dapat..? Kalau yang kita dapat hanya kecewa dan kecewa, ada baiknya untuk kita mengkaji, apakah apakah hubungan yang kita jalani berlandaskan cinta atau nafsu..?
3. Cinta selalu ingin memberi, Nafsu hanya ingin diberi
Saya rasa maksud dari poin ketiga ini sudah jelas. Cinta adalah memberi. Ketika seseorang menjalin hubungan atas dasar cinta maka hal pertama yang dilakukannya adalah memberikan yang terbaik kepada pasangannya, bukan ingin diberi. Logikanya, kalau kita dan pasangan sama-sama ingin memberi (kita ingin memberi kepada pasangan dan pasangan ingin memberi kepada kita) secara otomatis keduanya akan menerima. Tapi kalau kita dan pasangannya inginnya diberi (pasangan ingin diberi dan kita juga ingin diberi) lalu siapa yang akan memberi..? Pada akhirnya yang terjadi justru tidak ada yang akan diberi kerana tidak ada yang ingin memberi. Cuba fikirkan lagi..!
4. Cinta ingin menyayangi, Nafsu ingin menggerayangi
Hayo…!!!!
Bagaimana cara kamu memperlakukan pasanganmu?
Dan bagaimana cara pasanganmu memperlakukan kamu?
Ini adalah cara termudah untuk membedakan mana cinta, mana nafsu..?
Landasan seseorang dalam menjalin hubungan akan sangat menentukan pada bagaimana cara orang tersebut memperlakukan pasangannya. Orang yang menjalin hubungan dengan landasan cinta akan senantiasa memperlakukan pasangannya dengan cara-cara yang baik. Menjaga, menyayangi, memperhatikan dan selalu memberikan yang terbaik. Sebaliknya orang orang yang menjalin hubungan karena nafsu cenderung memperlakukan pasangan ke arah fizikal. Setiap kali bertemu, inginnya menciumi dan diciumi, setiap kali berdua inginnya dipeluk dan memeluk, digerayangi dan menggerayangi, dan yang lebih parah lagi kalau sampai kearah hubungan sex. Waaaah…, bahaya, bahaya…!!!
5. Cinta yang terbaik, Nafsu yang terbalik 
Cinta selalu berusaha untuk menjadi yang terbaik, berusaha memberikan yang terbaik untuk pasangan dan selalu memperlakukan pasangan dengan cara-cara yang baik. Bagaimana dengan nafsu..? Sebaliknya, nafsu
Nah, semoga bahasan diatas boleh memberi kita sedikit gambaran mengenai selalu ingin diberi dan cenderung memperlakukan pasangan ke arah yang menyesatkan. perbezaan antara nafsu dan cinta. Sehingga kita semua tidak terjerumus kedalam hubungan yang penuh nafsu.

persediaan untuk mati


Assalamualaikum Wr Wb
Ada seorang keluarga Muslim yang cukup taat namun miskin. Pada suatu hari salah seorang anggota keluarga itu sakit keras dan harus dirawat di rumah sakit dan memerlukan dana cepat dalam jumlah yang sangat besar, apabila dana itu tidak ada, keselamatan jiwa si sakit akan sangat terancam. Setelah pusing mencari bantuan ke saudara-saudaranya sesama Muslim, bantuan itu tidak mereka dapat. Akhirnya, datang bantuan dari lembaga gereja, dengan satu syarat apabila si sakit sembuh mereka harus bersedia dibaptis dan masuk gereja.
Apabila syarat ini mereka terima, Kita mungkin bisa mengatakan mereka pasti berdosa karena tidak kuat menahan cobaan dari Allah SwT, tetapi benarkah kita juga tidak akan dituntut tangungjawab yang sama atas terjadinya peristiwa ini?
Kalau kita memakai kacamata fardlu kifayah, maka kita semua (seluruh umat Islam) harus menanggung dosa yang sama, apabila peristiwa seperti itu harus terjadi.
Mengurus jenazah orang Muslim dihukumi sebagai fardlu kifayah karena orang muslim yang sudah menjadi jenazah itu tidak lagi mengurus dirinya sendiri. Keluarga Muslim yang terpaksa murtad itu mungkin dapat dikatakan dalam kondisi yang juga sudah tidak dapat mengurus diri mereka sendiri juga.
Sebagai agama, Islam banyak mengajarkan kepada pemeluknya untuk peduli pada sesama. Memanglah tepat kalau Islam dikatakan sebagai agama yang diturunkan oleh Allah untuk menjawab budaya jahiliyah. Peradaban jahiliyah yang menyandarkan dirinya kepada hukum rimba yang serba mengandalkan kekuatan dan kekuasaan fisik yang serba kasar dan buas, mendapat imbangan dari ajaran Islam yang menyandarkan diri pada kekuatan iman yang aplikatif.
Di dalam Al-Qur’an hampir tidak ada perintah shalat yang tidak diikuti dengan perintah zakat, dan juga sangat jarang adanya penyebutan iman yang tidak diikuti dengan kata amalus shalihah.
Dari fakta ini, banyak ahli agama yang menyimpulkan bahwa shalat, yang merupakan tiang agama dan amal yang paling dahulu dihisab, memang harus disempurnakan dengan zakat. Sebagus apa pun shalat seseorang dinilai tidak sempurna, apabila tidak diikuti dengan kwajiban membayar zakat. Demikian juga keimanan. Iman kepada Allah tidak akan dianggap sempurna, apabila tidak diikuti dengan perbuatan nyata yang mulia (amal shalih).
Shalat yang merupakan ibadah berdimensi vertikal harus diikuti dengan ibadah zakat yang berdimensi sosial. Iman yang bersifat sangat personal dan rahasia harus diwujudkan secara nyata dengan perbuatan baik (amal shalih).
Saat ini di kalangan umat Islam kepedulian sesama ini dapat dikatakan mulai agak memudar. Kita sudah merasa cukup beramal dan merasa sudah menjadi dermawan dengan memasukkan uang pecahan paling kecil yang ada di dompet kita dalam kota amal masjid setiap shalat jum’at.
Apabila kita sudah merasa cukup puas dengan “keformalan amal” kita seperti itu, umat Islam pasti tidak akan pernah maju di negeri ini. Kita semua lebih suka menuding lembaga gereja itu kaya dan mampu melakukan amal karena didanai oleh donatur atau lembaga luar negeri. Tetapi apakah kita pernah berderma secara layak. Kalau benar dana itu dari luar negeri itu juga berasal dari sumbangan-sumbangan pribadi dari pemeluk agama itu. Lantas kalau mereka bisa menyumbang mengapa kita yang menjadi mayoritas di negeri ini tidak bisa? Jangan-jangan uang kita malah lebih ringan kita gunakan untuk membuat spanduk partai atau menyuap petugas haji agar kita bisa berangkat ke tanah suci tanpa harus antri.
Wassalam