Pages

Monday, April 19, 2010

Legenda cerut meninggal dunia





HAVANA - Penanam tembakau Cuba, Alejandro Robaina (gambar), yang merupakan simbol penghasilan cerut bermutu di negara itu meninggal dunia kelmarin pada usia 91 tahun.
Stesen televisyen Cuba menyatakan Robaina meninggal dunia kerana sakit.
Satu-satunya penanam tembakau Cuba yang mengeluarkan cerut dengan jenama menggunakan namanya sendiri, Robaina telah menjelajah ke seluruh dunia sebagai duta tidak rasmi negara tersebut.
Dia menghembuskan nafas terakhir di rumahnya yang terletak dalam ladang seluas 16 hektar berdekatan bandar San Luis.
Robaina menyambut hari kelahirannya yang ke-91 pada 20 Mac lepas dalam keadaan yang tidak sihat bersama lebih 20 teman dan keluarganya.
Menurut seorang rakannya, Sergio Hernandez, Robaina jatuh sakit selepas disahkan menghidap kanser pada tahun lalu. - Agensi

No comments: