Pages

Wednesday, June 29, 2011

Michelle diusir dari Myanmar


YANGON: Kerajaan Myanmar mengusir aktres Hollywood kelahiran Malaysia, Michelle Yeoh, yang bercadang membawakan watak pemimpin gerakan prodemokrasi negara itu, Aung San Suu Kyi, dalam filem terbarunya.
Pegawai imigresen Myanmar semalam berkata, Michelle ditahan pihak berkuasa sebaik saja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon pada 22 Jun lalu.

Katanya, aktres yang pernah berganding dengan Pierce Brosnan dalam filem James Bond, Tomorrow Never Dies, menaiki pesawat meninggalkan Myanmar melalui penerbangan berikutnya.

“Michelle diusir pada hari sama kerana namanya disenarai hitam,” katanya.

Sebelum itu, Michelle, 48, berada di Thailand, Britain dan Perancis bagi menjayakan penggambaran filem The Lady - gelaran dikaitkan dengan Suu Kyi di Myanmar.


Pemenang anugerah Nobel dan ikon demokrasi di Myanmar, Suu Kyi berjuang menentang pemerintahan diktator tentera di negara itu.

Dia bertemu dengan Michelle bagi membincangkan filem berkenaan di kediamannya di Yangon pada Disember lalu - tiga minggu selepas dibebaskan daripada tahanan dalam rumah selama tujuh tahun.

The Lady mengisahkan cerita cinta Suu Kyi dengan bekas suaminya, Michael Aris, seorang warga Britain.

Filem itu turut menceritakan kehidupan mereka yang terpisah ketika Suu Kyi ditahan pada 1989.


Dinafikan hak mendapat visa bagi bertemu Suu Kyi, Aris disahkan menghidap kanser pada 1997 dan meninggal dunia dua tahun kemudian. - ReutersmyMetro | Michelle diusir dari Myanmar

No comments: