Pages

Friday, September 2, 2016

'Wajah sempurna' gabung selebriti

DUNIA KHAMIS, 1 SEPTEMBER 2016 @ 2:09 PM

LONDON: Gabungan hidung isteri Putera William, Kate Middleton, kelopak mata milik pelakon Keira Knightley, pipi aktres Angelina Jolie dan dahi selebriti kontroversi, Miley Cyrus, membentuk wajah paling sempurna di dunia, menurut pakar.

Pakar pembedahan plastik Pusat Kosmetik Wajah dan Pembedahan Plastik Lanjutan, Dr Julian De Silva, mewujudkan 'wajah sempurna' itu dengan menggabungkan permintaan daripada 1,000 pesakit wanita sejak 10 tahun lalu.

Hidung Duchess of Cambridge antara yang paling popular diminta untuk ditiru, diikuti kelopak mata bintang 'Pirates of the Caribbean' itu.

Ciri lain yang popular termasuk dagu penyanyi Selena Gomez, rahang selebriti veteran Cher dan kening pelakon Jennifer Lopez. De Silva berkata, Kate memiliki hidung paling popular kerana ia hampir sempurna secara matematik.

 Menurut pakar bedah itu, bahagian atas hidung bakal Ratu England itu mempunyai putaran 106 darjah dan penyelidikan baru-baru ini menunjukkan hidung antara 104 hingga 108 darjah adalah yang tercantik. - AGENSI

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/188800

No comments: