Pages

Thursday, January 21, 2016

Budak kahwin dengan anjing

India: Seorang budak lelaki berumur tujuh tahun dipaksa berkahwin dengan seekor anjing betina kerana keluarganya percaya ia boleh menangkis roh jahat.
Mukesh Kerayi menetap di Manik Bazar, sebuah kampung di pendalaman timur India yang penduduknya terlalu mempercayai tahyul.
Menurut ibu bapa serta nenek dan datuknya, ramalan horoskop budak itu menunjukkan isteri pertamanya akan mati muda.
Untuk mengelak ia berlaku, mereka memakaikan anjing betina itu pakaian pengantin dan menjadikannya isteri pertama Mukesh.
Seperti perkahwinan biasa, penduduk kampung menari dan bergembira untuk meraikan Mukesh dan ‘isterinya.’

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 January 2016 @ 7:25 AM


MUKESH dikahwinkan dengan anjing, kononnya untuk membuang nasib buruk yang bakal menimpanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/108932#sthash.lqSTcvV8.dpuf

No comments: