Acara itu diadakan sebagai melahirkan rasa kesyukuran mereka di atas hasil tuaian yang mereka peroleh pada tahun ini di empangan Kali Dawe.
Ratusan ekor ayam yang disembelih itu kemudiannya dijadikan ‘ingkung’ yang merupakan cara menghidangkan ayam itu bagi melengkapkan majlis berkenaan.
Pemangku ketua kampung, Sugiyanto menjelaskan, ingkung akan dihidangkan dengan nasi yang dimasak dengan santan atau dikenali sebagai nasi gurih bersama lauk pauk lain sebelum dibacakan doa dan diberikan kepada pengunjung.
“Jika dikira, hampir 500 ekor ayam disembelih hari ini bagi melengkapkan upacara ini,’’ kata Sugiyanto sebagaimana lapor portal merdeka.com.
Selain diadakan sebagai bentuk kesyukuran, upacara itu diadakan untuk melindungi budaya masyarakat setempat, apatah lagi semakin ramai golongan muda tidak mengenali adat tersebut.
“Memelihara dan melindungi budaya, jadi tidak hanya sebagai rasa syukur kepada tuhan atas rezeki yang melimpah,’’ katanya.
Salah satu kelainan dalam upacara cing-cing goling, tukang masak tidak akan merasa masakan mereka kerana mereka percaya tindakan itu akan membawa musibah kepada keluarga.