Pages

Sunday, May 10, 2015

Lebih 20 paus ditemui mati di Chile



SEBAHAGIAN daripada 20 ikan paus spesies sei yang ditemui terdampar di sebuah pantai di Teluk Penas, selatan Chile baru-baru ini.


SANTIAGO – Pihak berkuasa maritim di sini menjalankan siasatan berikutan penemuan fenomena luar biasa apabila lebih 20 ikan paus ditemui mati dan mulai mereput di sebuah pantai berbatu di selatan Chile.
Ikan paus yang rata-ratanya sepanjang 10 meter itu ditemui terdampar di sebuah pantai di utara Teluk Penas di sini, kata pihak berkuasa Perkhidmatan Perikanan Kebangsaan Chile.
Pihak berkuasa me­ngenal pasti mamalia itu sebagai ikan paus spesies sei yang dilindungi selepas menjadi ancaman aktiviti pemburuan dan hampir pupus.
“Haiwan itu ditemui sekumpulan saintis asing yang menjalankan kajian di kawasan itu,” kata seorang kakitangan perkhidmatan perikanan yang enggan dikenali.
Bagaimanapun, cuaca buruk di kawasan itu menyebabkan pihak berkuasa tidak dapat memberi jumlah sebenar ikan yang telah mati.
“Paus itu berada di merata-rata tempat, tetapi tiada tanda-tanda cedera. Jadi, kami mengganggap haiwan itu mati akibat alga merah atau virus.
“Saya rasa bangkai ikan itu dihanyutkan oleh arus. Sepanjang 15 tahun berkecimpung dalam bidang ini, saya belum pernah melihat fenomena seperti ini,” kata seorang ahli biologi Jerman, Vreni Haussermann yang mengetuai kumpulan penyelidik ber­kenaan. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0510&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3ZgKl751m 
Hakcipta terpelihara 

No comments: