Pages

Sunday, May 10, 2015

Beruang berjalan seperti manusia



Vientiane (Laos): Seekor beruang yang suka berdiri dan berjalan seperti manusia kini menjadi tarikan di sebuah pusat perlindungan haiwan di sini.



Beruang itu juga popular di Internet selepas seorang pengunjung memuat naik video haiwan itu berjalan di laman perkongsian video YouTube.



Seorang pengunjung yang juga doktor haiwan, Eliza Jinata berkata, dia sangat terkejut dan kagum melihat beruang itu berdiri seperti manusia.



Katanya, haiwan itu tidak suka merangkak seperti beruang lain dan lebih gemar meniru pergerakan manusia.



“Kali pertama datang ke pusat perlindungan ini saya sangat terkejut melihat kelakuan beruang itu.



“Pada mulanya saya menyangka haiwan itu manusia yang memakai kostum beruang,” katanya.



Ujarnya, pekerja pusat perlindungan memberitahu beruang itu diselamatkan dari sebuah ladang selepas ia dikurung sejak kecil.



“Selepas dibawa ke pusat perlindungan ini, beruang itu selalu berdiri untuk mengambil makanan yang diberikan oleh pelawat.



“Kerana sudah biasa berdiri, beruang itu tidak mahu lagi merangkak.



“Beruang itu juga biasa bertemu dengan manusia sehingga ia meniru pergerakkan mereka,” jelasnya.



Menurutnya, beruang liar biasanya akan berdiri untuk menghidu dan melihat dengan lebih jauh sebelum kembali merangkak seperti biasa.

- Agensi



Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Mei 2015 @ 7:29 AM



BERUANG ini gemar berdiri dan berjalan seperti manusia.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/49787#sthash.JAtASYOG.dpuf

No comments: