Mangsa Gypsy Hill Murders
Mangsa Gypsy Hill Murders
Rodney Halbower
Rodney Halbower
SEORANG banduan yang dipenjarakan di Oregon atas kesalahan cubaan membunuh bakal didakwa dengan tuduhan membunuh.

Rodney Halbower, 66, sebelum ini dikaitkan dengan pembunuhan pelajar berusia 19 tahun, Michelle Mitchell   pada tahun 1976.

Namun, polis gagal membuktikan  dia adalah pelakunya.

Mitchell dirogol sebelum ditikam bertubi-tubi dan mayatnya ditinggalkan di kawasan lapang di San Mateo County, California.

Pada tahun sama, lima lagi pembunuhan berlaku melibatkan gadis muda di mana mayat mereka ditemui dengan berpuluh kesan tikaman.

Kes berkenaan menggemparkan Amerika Syarikat dan pembunuhan tersebut diberi jolokan 'Gypsy Hill Murders'.

Bagaimanapun, bukti DNA yang diperolehi September lalu berjaya mengaitkan Halbower dengan dua daripada enam pembunuhan tersebut.

Halbower kini dipindahkan ke penjara San Mateo County bagi membolehkan pendakwaan dibuat ke atas dirinya berhubung kes bunuh dan rogol Paula Louise Baxter (17) dan Veronica Anne Cascio (18) pada 1976.

Mayat kedua-dua gadis malang itu ditemui dengan 30 kesan tikaman.

Pasukan penyiasat kini percaya Halbower berkemungkinan melakukan kesemua pembunuhan tersebut.

"Sudah tiba masanya lelaki ini dibawa ke muka pengadilan berdasarkan bukti yang kami ada ketika ini.

"Apa pun, siasatan mendalam masih dijalankan," kata peguam daerah San Mateo County, Steve Wagsatffe. - CBS News