Pages

Tuesday, January 27, 2015

Temui hutan berusia 10,000 tahun di dasar laut



IMEJ di dasar Laut Utara di Norfolk ini menunjukkan sebahagian pangkal pokok hutan purba yang wujud sekitar 10,000 tahun lalu. - AGENSI


NORFOLK, Britain – Seorang penyelam berjaya menemui sebuah hutan prasejarah yang berusia kira-kira 10,000 tahun di Laut Utara ketika menyelam di pesisir pantai Norfolk di sini baru-baru ini.
Penyelam tersebut, Dawn Watson, 45, berkata, dia tidak menyangka keputusannya untuk menyelam lebih jauh di pesisir pantai itu berjaya membongkar kewujudan sebuah hutan zaman prasejarah yang belum pernah ditemui.
“Air di pesisir pantai pada waktu itu agak bergelombang, jadi saya memutuskan untuk berenang 300 meter ke tengah laut sebelum menjumpai batang pokok oak purba.
“Pengalaman ini sangat menakjubkan kerana saya telah melakukan aktiviti menyelam selama 16 tahun dan bukan setiap hari anda akan membuat penemuan bersejarah seperti ini,” katanya lagi sambil memberitahu bahawa apa yang dilihatnya itu seakan adegan dalam filem Hobbit atau Lord of the Rings.
Menurut pakar perhutanan, hutan yang ditemui itu dianggarkan wujud sejak Zaman Ais tetapi telah tenggelam apabila paras air laut meningkat setinggi 120 meter apabila ketulan ais cair.
Kini, pokok-pokok itu membentuk terumbu karang semula jadi dan menjadi sebahagian daripada hidupan marin bersama ikan serta tumbuhan laut lain. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0127&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3PyOWV6lL 
Hakcipta terpelihara 

No comments: