Les Baugh yang kehilangan dua belah tangannya akibat kemalangan elektrik kira-kira 40 tahun lalu mampu mengendalikan sistem itu dengan hanya berfikir untuk menggerakkan lengannya, lapor Mail Online.
Selepas melatih ototnya menggunakan lengan baharu itu, Baugh mampu mengangkat cawan dan melaksanakan pelbagai gerakan menggunakan kedua-dua lengan baharu tersebut, dalam satu prosedur yang menurut pakar mampu mengubah cara anggota badan palsu digunakan.
Lelaki berasal dari Colorado itu mencipta sejarah di Makmal Amalan Fiziks (APL) Universiti John Hopkins pada musim panas ini apabila muncul sebagai lelaki kudung pertama yang memakai dan mengawal Modul Anggota Badan Palsu (MPL) dari makmal tersebut pada Jun lalu.
Sebelum meletakkan sistem angota badan itu, Baugh perlu menjalani pembedahan yang dikenali sebagai memulihkan fungsi otot di Hospital John Hopkins.
Selepas pulih, Baugh melawat makmal itu untuk berlatih menggunakan MPL bersama penyelidik sistem tersebut.
“Kami menggunakan pengiktirafan corak algoritma untuk mengenal pasti otot individu yang berfungsi, bagaimana ia berkomunikasi antara satu sama lain dan magnitud serta frekuensi pemakai,’’ kata Pakar Bedah Trauma Hospital John Hopkins, Albert Chi.
Katanya, pembedahan itu disifatkan sebagai satu prosedur baharu bagi menyambung semula saraf yang pernah dikawal oleh lengan dan tangan.
“Dengan menyambung semula saraf sedia ada, kami dapat memastikan kemungkinan orang ramai yang kudung boleh mengawal anggota badan palsu dengan hanya berfikir tentang tindakan yang mahu mereka lakukan,’’ katanya.