Pages

Monday, December 1, 2014

Aneh jika berpakaian di Spielplatz


London: Pekan kecil Spielplatz di Hertfordshire nampak sama seperti bandar kecil lain - kecuali ciri uniknya sebagai perkampungan bogel tertua di Britain.
Semua penghuninya mengamalkan gaya hidup tanpa pakaian sejak 85 tahun lalu.
Apabila ada sesiapa ingin mengunjungi Spielplatz, mereka terlebih dulu diingatkan supaya menanggalkan pakaian di sempadan daerah.
Spielplatz adalah bahasa Jerman bermaksud taman permainan.
Bandar Spielplatz dibuka Charles Macaskie pada 1029 apabila dia membeli kawasan seluas kira-kira 4.8 hektar itu pada harga £500 (RM2,645).
Terletak hanya beberapa kilometer dari bandar St Albans, ia menjadi kediaman tetap 34 pemilik banglo kecil.
Sebanyak 24 rumah kosong disediakan untuk disewa kepada pengunjung pada musim panas. Ia dilengkapi dua bilik serta kemudahan asas elektrik dan air.
Pekan itu juga mempunyai rumah kelab yang menjadi tempat penduduknya berkumpul untuk acara tarian, karaoke dan rekreasi lain.
Buat masa ini Spielplatz dikendalikan seperti sebuah kelab dan mereka yang berminat membeli banglonya yang berharga £85,000 (RM450,000) perlu mendapat persetujuan ahli lembaga tempatan.
Iseult Richardson, 82, berkata, keadaan di situ sama saja dengan pekan lain, malah hubungan mereka semua akrab.
Namun, kata Richardson yang juga anak pengasas Spielplatz, ada kalanya berlaku perselisihan pendapat terutama membabitkan lawatan anggota keluarga yang tidak dapat menerima kehidupan tanpa pakaian itu.
Pengarah kewangan Spielplatz, Vic Lightfoot, 68, pula mengakui sukar memujuk teman wanitanya Maggie Fitzgerald dan anaknya Joanne untuk berpindah ke situ.
Malah Joanne pernah diminta meninggalkan Spielplatz selepas enggan berbogel ketika hari terbuka.
“Memang sukar jika tiba-tiba ada orang berpakaian lengkap hidup bersama kami.
“Bunyinya mungkin pelik tetapi itulah yang kami alami di sini,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Disember 2014 @ 5:06 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/13180#sthash.3jPWbPEI.dpuf

No comments: