Pages

Thursday, November 13, 2014

Belanja RM159,000 lawat 243 rangkaian Hard Rock Cafe



KALKRENNER turut melawat rangkaian Hard Rock Cafe di Bogota, Colombia tahun lalu. - AGENSI


FRANKFURT – Seorang lelaki dari Jerman membelanjakan lebih £30,000 (RM159,353) untuk mengunjungi 243 rangkaian pusat hiburan Hard Rock Cafe di seluruh dunia.
Lelaki itu, Kay Kalkrenner, 28, telah mengembara ke seluruh dunia dan sehingga kini, dia telah mengunjungi sebanyak 243 buah pusat hiburan Hard Rock Cafe di lima benua.
Katanya, pusat hiburan Hard Rock Cafe yang pertama dikunjunginya ialah di Miami, Amerika Syarikat ketika bercuti bersama keluarganya pada tahun 1994.
Selepas menamatkan pengajian, dia pernah berkhidmat dengan syarikat penerbangan sebagai pramugara dan menggunakan peluang itu untuk mengunjungi pusat hiburan berkenaan di seluruh dunia.
“Selepas berhenti sebagai pramugara saya menggunakan wang sendiri untuk melancong ke mana-mana negara yang mempunyai rangkaian Hard Rock Cafe.
“Saya sukakan pusat hiburan ini kerana setiap rangkaian yang di lawati memberikan saya satu kepuasan dan pengalaman yang berbeza,” katanya yang baru pulang dari melawat Hard Rock Cafe di Kazakhstan dan kini mencari lokasi premis sama yang seterusnya. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1113&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3Ixh30Wr2 
Hakcipta terpelihara 

No comments: