Pages

Friday, October 10, 2014

Sembelih keldai jika bekas suami mati


Riyadh: Seorang wanita ditegur selepas memberitahu seorang ulama dalam rancangan televisyen bahawa dia bernazar menyembelih keldai jika bekas suaminya yang kejam meninggal dunia.

Wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Umm Mohammed menelefon Sheikh Abdullah Al Mutlaq - anggota Jawatankuasa Agung Ulama - ketika satu rancangan televisyen yang melihatnya menjawab soalan penonton.

“Saya bernazar menyembelih keldai sebagai tanda syukur dibebaskan selama-lamanya daripada kekejamannya.
“Dia terlalu zalim terhadap diri saya serta anak-anak kami,” katanya.
Namun Sheikh Mutlaq menjawab: “Perbuatan itu tidak diterima dalam Islam. Kamu perlu memaafkan bekas suami dan mendoakan Tuhan mengampunkannya. Jadilah orang lebih baik daripadanya.
“Namun jika anda masih mahu memenuhi nazar itu kelak, sembelihlah kambing untuk fakir miskin,” katanya ketika dalam rancangan televisyen berkenaan, semalam. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/10

No comments: