Pages

Tuesday, September 9, 2014

Wang darah RM1j tak cukup


Abu Dhabi: Seorang pelajar universiti warga Kuwait yang didakwa membunuh rakan sekerjanya dengan bantuan seorang kawan menawarkan kira-kira KD100,000 (RM1 juta) kepada keluarga mangsa untuk mengelak dihukum mati.

Bagaimanapun, keluarga berkenaan menuntut bayaran ‘diya’ (wang darah) lebih tinggi sebagai pampasan.


Akhbar Emarat Al Youm melaporkan pelajar itu dan rakannya, pelajar di Universiti Sharjah didapati bersalah membelasah mangsa sehingga mati di sebuah kafe selepas bertengkar.

Mangsa berusia 19 tahun yang juga warga Kuwait meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.


Kejadian itu berlaku awal tahun lalu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/09

No comments: