Pages

Tuesday, September 9, 2014

Meteorit hentam ibu kota Nicaragua



GAMBAR yang disiarkan tentera Nicaragua kelmarin menunjukkan sebuah kawah meteorit terbentuk di sebuah kawasan hutan dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Managua.


MANAGUA - Satu letupan misteri yang menggegarkan bandar raya ini dan membentuk sebuah lubang besar dipercayai berpunca daripada sebutir meteorit kecil, kata beberapa pegawai kelmarin.
Batu angkasa lepas itu jatuh dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Managua di sini Sabtu lalu tanpa menyebabkan sebarang kecederaan.
Kesan hentaman meteorit itu telah membentuk kawah seluas 12 meter dan bunyi letupan akibat impak tersebut dapat didengari oleh 1.2 juta warga kota raya itu.
Pihak berkuasa Nicaragua percaya meteorit itu merupakan serpihan sebuah asteroid kecil, 2014 RC yang melintas hampir dengan Bumi kelmarin.
Beberapa ahli astronomi menganggarkan asteroid itu sebesar 20 meter atau menyamai saiz sebuah rumah.
"Kami yakin letupan ini disebabkan oleh meteorit. Kami melihat kawah yang terbentuk akibat impak berkenaan," kata saintis Institut Seismic, Wilfredo Strauss.
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan menyatakan pada minggu lalu bahawa jarak paling hampir asteroid 2014 RC dengan Bumi ialah 40,000 kilometer atau satu persepuluh jarak Bulan dari Bumi. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0909&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz3Clso1FAQ 
Hakcipta terpelihara 

No comments: