Pages

Friday, July 25, 2014

21 juta warga China sambut Aidilfitri


Dianggarkan 21 juta penduduk Islam di China bakal menyambut Aidilfitri pada tahun ini. - AGENSI
BEIJING 24 Julai - Dianggarkan 21 juta penduduk Islam di China dibenarkan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi, di bawah Perlembagaan negara, kata Duta China ke Arab Saudi, Li Chengwen.
Beliau memberitahu laman web arabnew.com, terdapat 10 etnik minoriti Islam di China.
"Kebebasan beragama adalah hak bagi setiap rakyat dan dilindungi oleh Perlembagaan dan undang-undang," kata Chengwen ketika mengucapkan tahniah kepada umat Islam di negara ini yang akan menyambut Aidlifitri, tidak lama lagi.
Chengwen berkata, beliau faham kepentingan Ramadan kepada umat Islam sebagai menjiwai nasib golongan miskin dan bagi meningkatkan ketakwaan.
Jelas Chengwen, China kini bekerjasama dengan kerajaan Arab Saudi dan beberapa negara lain bagi memastikan keamanan dan kebajikan di Asia Barat.
Perwakilan khas China ke Asia Barat telah melakukan beberapa lawatan di rantau itu bagi mencari penyelesaian diplomatik dalam pelbagai krisis.
Beliau berkata, China menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk mendapat sebuah negara merdeka dan mahu memastikan tiada pihak yang menjadi mangsa dalam peperangan tersebut.
"Pada kesempatan ini, terimalah salam ikhlas dan ucapan selamat maju jaya kepada penduduk Arab Saudi dan umat Islam di negara-negara jiran.
"Kami tidak akan lupa dengan penderitaan rakyat Palestin di Gaza dan umat Islam lain yang menderita," katanya.
Katanya, China juga menyokong gesaan Arab Saudi dan negara-negara Arab lain supaya dilaksanakan gencatan senjata di Gaza dan penyediaan bantuan kemanusiaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140725/lu_08/21-juta-warga-China-sambut-Aidilfitri#ixzz38QgKvval
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: