Pages

Wednesday, June 25, 2014

Gambar 20 kanak-kanak dipaksa kahwin didedah



Agensi
MAJLIS perkahwinan yang melibatkan sekumpulan kanak-kanak di India ini telah dirakamkan oleh seorang wartawan tempatan, Shankar Puri.


RAJASTAN - Seorang jurugambar merakam gambar pengantin perempuan seawal usia tujuh tahun yang dipaksa berkahwin dengan remaja lelaki berumur 16 tahun dalam satu majlis perkahwinan beramai-ramai di sebuah kampung dalam negeri Rajasthan, barat India.
Lebih 20 kanak-kanak yang berusia antara tujuh hingga 16 tahun dikahwinkan di hadapan masyarakat kampung di Kishangarh, Rajasthan.
Gambar kumpulan pengantin kanak-kanak itu dirakam secara rahsia oleh jurugambar tempatan, Shankar Puri ketika mereka menuju ke sebuah kuil untuk upacara perkahwinan tersebut pada bulan lalu.
"Saya memaklumkan kepada polis tentang majlis tersebut. Sejumlah lelaki dan wanita berkumpul untuk menyaksikan upacara perkahwinan itu. Mereka menari dan menyanyi tanpa menyedari bahawa perbuatan tersebut salah," kata Shankar.
Menurutnya, beberapa anggota polis tempatan tiba di lokasi kejadian tetapi gagal untuk menghalang upacara perkahwinan beramai-ramai tersebut.
"Pasukan polis tidak dapat berbuat apa-apa kerana bilangan mereka jauh lebih kecil. Mereka akan dipukul oleh penduduk kampung jika bertindak," tambahnya.
Perkahwinan kanak-kanak merupakan tradisi turun-temurun dan masih diamalkan oleh majoriti penduduk di negeri Rajasthan walaupun ia jelas menyalahi undang-undang di India. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0625&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz35bFTTx5D 
Hakcipta terpelihara 

No comments: