Pages

Saturday, June 14, 2014

China salahkan kumpulan pemisah


Anggota komando daripada Unit Komando Harimau Bintang Salji mengadakan demonstrasi menyelamatkan tebusan daripada sebuah bas yang ditawan pengganas dalam satu latihan antikeganasan di Beijing, baru-baru ini. - Reuters
BEIJING 12 Jun - China menyalahkan kumpulan pelampau minoriti yang menolak ‘perhatian berat’ Parti Komunis China terhadap peningkatan keganasan di wilayah Xinjiang.
Naib Pengerusi kerajaan wilayah Xinjiang, Shi Dagang, bagaimanapun berkata, keadaan sebenar di Xinjiang adalah terkawal dan baik.
"Orang biasa menyokong parti dan kerajaan kerana mereka merasakan Parti Komunis menjaga mereka dan mewujudkan kemesraan di negara ini, kerana itulah menjadi alasan kumpulan pelampau, pengganas dan pemisah mencetuskan masalah.
"Di Xinjiang, hanya sejumlah kecil individu terlibat dalam aktiviti keganasan,’’ katanya.
Kumpulan pemisah dari wilayah autonomi itu di barat negara ini sering dipersalahkan ekoran beberapa kejadian keganasan sejak beberapa bulan ini termasuk serangan di Urumqi, Xinjiang pada Mei lalu yang mengorbankan 43 orang.
Pada Mac lalu, sekumpulan penyerang menikam dan membunuh 29 orang di Stesen Kereta Api Kunming, Yunan.
Kerajaan menyalahkan kumpulan pemisah dari Xinjiang dalam serangan itu.
Kumpulan-kumpulan yang mewakili etnik Uighur mendakwa penindasan budaya dan pendekatan keselamatan yang dilaksanakan oleh kerajaan China merupakan punca utama keganasan di wilayah itu.
Kerajaan China yang dikuasai etnik Han juga menyebabkan diskriminasi dan ketidaksamarataan ekonomi di negara ini, dakwa kumpulan hak asasi. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140613/lu_08/China-salahkan-kumpulan-pemisah#ixzz34YnHkh1q
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: