Pages

Saturday, March 1, 2014

Ukraine tuduh Rusia ceroboh Crimea


REUTERS
BEBERAPA lelaki bersenjata meronda di Lapangan Terbang Simferopol dalam wilayah Crimea semalam.


KIEV - Menteri Dalam Negeri Ukraine semalam menuduh tentera Rusia melakukan pencerobohan bersenjata di wilayah Crimea milik Ukraine.
Menteri berkenaan, Arsen Avakov mendakwa, askar-askar Rusia itu menyekat sebuah pangkalan udara dan menceroboh sebuah lagi pangkalan di Semenanjung Laut Hitam.
Insiden tersebut berlaku sehari selepas berpuluh-puluh lelaki bersenjata Pro-Rusia merampas beberapa buah bangunan di ibu negeri Crimea di sini termasuk bangunan Parlimen wilayah.
Parlimen Crimea dijangka mengadakan satu pungutan suara pada 25 Mei depan bagi meluaskan kuasa autonomi wilayah berkenaan daripada Kiev.
"Saya menganggap apa yang berlaku sebagai pencerobohan bersenjata dan penaklukan," kata Avakov dalam satu kenyataan di laman Facebooknya.
Menurut Avakov, askar-askar daripada Armada Laut Hitam Rusia yang berpangkalan di Crimea telah melaksanakan sekatan ke atas pangkalan udara 
PETA Ukraine dan wilayah Crimea (dalam bulatan).


Belbek dekat Sevastopol di mana sejumlah askar dan pengawal sempadan Ukraine ditempatkan.
Tiada pertempuran bersenjata dilaporkan setakat ini tetapi pangkalan udara itu tidak beroperasi seperti biasa.
Walaupun tidak menampilkan sebarang lambang, askar-askar Rusia itu tidak menyembunyikan identiti mereka, kata Avakov.
Dalam pada itu, Avakov memberitahu, sekitar 120 lelaki bersenjata yang memakai seragam tentera tetapi tanpa lambang negara telah memasuki lapangan terbang kedua di sini awal semalam.
Beliau menuduh mereka sebagai anggota tentera Rusia.
Insiden itu menyusul selepas Presiden Ukraine yang Pro-Rusia, Viktor Yanukovych digulingkan pada hujung minggu lalu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0301&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2uer0PvjZ 
Hakcipta terpelihara 

No comments: