Pages

Saturday, March 15, 2014

Saudi haramkan 50 nama


Dubai: Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengharamkan penduduknya untuk menamakan anak mereka dengan 50 nama termasuk yang asing, berkaitan dengan keluarga diraja atau yang dianggap kufur.

Laman berita Saudi melaporkan, rakyat negara terbabit tidak lagi boleh menggunakan nama seperti Amir (putera), Linda atau Abdul Nabi (hamba Nabi).


Senarai nama itu dikeluarkan oleh jabatan hal ehwal awam.

Alasannya, nama berkenaan melanggar budaya atau agama negara terbabit, manakala nama yang asing (bukan Arab atau Islam) dianggap ‘tidak sesuai’ untuk digunakan oleh golongan ibu bapa terhadap anak mereka.


Beberapa nama lain yang disenaraikan bagaimanapun agak mengelirukan kerana tidak memasuki mana-mana kategori, seperti Binyamin dan Abdul Nasser.


Di samping itu, mengikut sejarah Islam, Binyamin adalah anak Nabi Yaakub namun kebetulan ia juga nama Perdana Menteri Israel.

Begitu juga dengan Abdul Naser yang juga nama seorang tokoh politik Mesir yang tidak sependapat dengan Arab Saudi.

Sementara itu, nama seperti Abdul Nabi dan Abdul Hussain yang sering digunakan golongan Syiah dianggap mengelirukan kerana boleh ditafsirkan dengan pelbagai cara berikutan ‘Abdul’ membawa erti ‘hamba.’

Senarai berkenaan turut merangkumi nama yang lazim digunakan orang Arab termasuk Malak (malaikat) dan Jibreel. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/15

No comments: