BAGI sesetengah individu, amalan pemakanan yang seimbang dan bersenam secara kerap adalah cara terbaik untuk mengekalkan kesihatan tubuh.
Tetapi, bagi Peter Bickerton, 24, pengambilan serangga adalah pilihan 'makanan' terbaik untuk diet sehariannya.
Memetik laporan DailyMail, pelajar Ijazah Doktor Falsafah dalam Pengajian Sains Tumbuhan di Universiti Manchester itu mendedahkan dia telah memakan lebih 10,000 serangga sejak 2009.
"Memakan serangga sebenarnya dapat mencegah kolesterol tinggi dan serangan jantung," katanya yang mempunyai sejarah keluarga berisiko tinggi untuk diserang penyakit jantung.

"Saya dapat mengekalkan berat badan yang ideal selain tahap tenaga dalam tubuh juga semakin meningkat akibat tabiat pemakanan luar biasa seperti itu," jelasnya.