Pages

Monday, March 11, 2013

Sengat lebah bendung HIV



Gambar hiasan bahan kimia yang ditemui dalam sengat lebah boleh membantu membendung jangkitan virus HIV. - AGENSI
WASHINGTON 10 Mac - Saintis mendakwa bahan kimia yang ditemui dalam sengat lebah boleh membantu membendung jangkitan virus HIV.
Kajian saintis Amerika Syarikat (AS) itu mendapati bahan toksin dalam sengat lebah boleh memusnahkan virus dan sel-sel di sekitarnya tidak dijangkiti.
Pakar pengajian Sekolah Perubatan Universiti Washington, Dr. Joshua L. Hood berkata, toksin itu yang dalam gel vagina boleh membantu membendung penyebaran HIV.
''Bahan kimia dalam sengat lebah yang dikenali sebagai melittin memusnahkan virus HIV dengan memecahkan pelindung luaran virus itu,'' katanya.
Beliau berkata, pihaknya berharap orang ramai boleh menggunakan gel itu sebagai pendekatan bagi menghentikan jangkitan awal.
''Kebanyakan ubat yang ada bertindak mengurangkan penyebaran virus HIV, namun sengat lebah menyerang dan membunuhnya.
''Kita menyerang fizikal virus ini. Secara teorinya, HIV tiada cara untuk menghalang serangan ini,'' katanya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130311/lu_05/Sengat-lebah-bendung-HIV#ixzz2NWdxWgn8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: