Ada pihak memandang negatif pembinaannya kerana menara gergasi itu menyerupai seluar.
Shanghai: Pertumbuhan ekonomi di bandar Suzhou bakal menyaksikannya lebih dikenali menerusi satu menara baru yang bakal siap selepas beberapa tahun dibina.
Menara ‘Gate of the Orient’ mempunyai ketinggian 300 meter dan banyak pihak berharap akan membantu bandar itu menjadi sebuah pusat tarikan global.
Bagaimanapun, ada juga pihak yang memandang negatif pembinaannya kerana menara gergasi itu menyerupai seluar.
Bangunan itu direka oleh arkitek Britain, RMJM, mempunyai dua menara bersebelahan yang disambung pada bahagian atas.
Ia mungkin dibina supaya kelihatan seperti gerbang yang menjadi simbol laluan ke pusat bandar itu yang terletak dekat Shanghai di wilayah Jiangsu.
Ikon dramatik
RMJM menyatakan ‘projek itu memperkenal satu ikon dramatik ke bandar Suzhou dan mewakili kepentingan China di pentas dunia ketika ini.’
Tetapi, pengulas tempatan berulang kali mengejek menara itu dan mentertawakannya kerana bentuknya umpama seluar.
Tahun lalu, akhbar Shanghai Daily menyiarkan satu tajuk berita berbunyi Is it an arch or just plain pants? (Adakah ia gerbang atau sememangnya seluar?)
Beratus-ratus orang lain memberi pandangan sama dalam blog mikro Weibo dan seorang daripadanya berkata ‘menara ini sepatutnya dipanggil ‘Pants of the East’ bukan ‘Gate of the East.’
Rekaan ditertawakan
Pihak lain pula memberi kritikan serius, satu daripadanya menyifatkan ‘Gate of the Orient’ menunjukkan pereka negara asing melayan China seperti tempat permainan dengan menghasilkan idea rekaan yang hanya menyebabkan orang lain ketawa.’
Sejak beberapa menara gergasi dibina termasuk Pusat Kewangan Dunia Shanghai dan stadium ‘Sarang Burung’, banyak bandar di China cuba menghasilkan bangunan besar. - AGENSI

No comments:
Post a Comment