Pages

Sunday, October 13, 2013

Keturunan Otzi ditemui

Keturunan Otzi ditemuiGenetik mayat ditemui pada 1991 padan dengan Otzi.

TYROL - AUSTRIA. Sainstis Austria menjejaki keturunan ke-19 kepada pemilik mumia berusia lebih 5,300 tahun iaitu lelaki ais atau lebih dikenali sebagai Otzi di pergunungan Alps.

Menurut laporan Daily Mail Penyelidik dari Institut Perubatan Undang-Undang di Universiti Perubatan Innsbruck mengambil sampel DNA daripada lebih 3,700 penderma darah di Tyrol, dan memadankan genetik Otzi dengan mayat ditemui pada 1991 berhampiran pergunungan Similaun, sempadan Austria dan Itali.

Otzi berketinggian 159 sentimeter meninggal dunia pada usia 46 tahun akibat penyakit Lyme iaitu parasit bakteria yang disebarkan oleh kutu.

Kini, Otzi ditempatkan di  dalam sebuah bilik sejuk khas di muzium di Bolzano, Italy.







No comments: