Pages

Wednesday, February 20, 2013

Maut tak sempat terima BR1M 2.0



Kapar: Pemuda yang maut akibat disengat tebuan ketika memanjat pokok untuk memasang bendera parti, Mohammad Hafiz Sukidi, 26, sepatutnya menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0), semalam.

Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Kapar, Datuk Abdul Rahman Palil, berkata perkara berkenaan diberitahu bapa mangsa, Sukidi Tarmijo, 48, kepada beliau sewaktu menziarahi jenazah mangsa.
“Bapanya beritahu saya, Hafiz amat gembira apabila mendapat surat pengesahan penerimaan BR1M. Dia sepatutnya mengambil wang itu bersama adiknya di Sekolah Kebangsaan (SK) Klang Utama hari ini (semalam).
Ahli keluarganya hanya perlu membawa sijil kematian mangsa atau surat pengebumian bagi memaklumkan perkara itu," Abdul Rahman Palil, Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Kapar

“Bagaimanapun, harapan mangsa untuk menikmati sumbangan kerajaan untuk belia bujang berpendapatan bawah RM2,000 sebulan itu tidak kesampaian,” katanya di majlis penyampaian BR1M 2.0 di SK Klang Utama kepada 3,000 belia bujang bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa di sini.

Beri kepada waris

Abdul Rahman berkata, kerajaan tetap memberikan wang berkenaan kepada waris Hafiz kerana namanya tersenarai sebagai penerima yang layak.

“Ahli keluarganya hanya perlu membawa sijil kematian mangsa atau surat pengebumian bagi memaklumkan perkara itu,” katanya.
Muhammad Hafiz, mati selepas 18 jam disengat lebih 10 tebuan ketika memasang bendera sebuah parti politik di Jalan Kenanga di sini, Ahad lalu.

Abdul Rahman berkata, hampir 15,000 belia bujang di kawasan Parlimen Kapar layak menerima bantuan itu.

No comments: