Pages

Wednesday, January 30, 2013

Kereta sport Arab pertama dipamer di Doha




KERETA Bugatti Veyron turut dipamerkan pada Pertunjukan Kereta Antarabangsa Qatar di Doha.


DOHA, Qatar - Sebuah kereta buatan firma Lebanon, W Motors yang bernilai £2.2 juta (RM10.65 juta) dipamerkan pada Pertunjukan Kereta Antarabangsa Qatar di sini kelmarin.
Menurut akhbar dalam talian MailOnline semalam, kereta sport LykanHypersport itu lebih mahal berbanding Bugatti Veyron yang berharga £1.5 juta (RM7.26 juta).
Ia merupakan kereta sport pertama buatan negara Arab.
Bagaimanapun, LykanHypersport masih belum dapat menandingi kelajuan Bugatti Veyron.
Kereta sport LykanHypersport mencatatkan kelajuan 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh 2.8 saat.
Kelajuan maksimum kereta itu ialah 395 km/j.
Kereta sport Bugatti Veyron pula mencatatkan kelajuan 0 hingga 100 km/j dalam tempoh 2.5 saat.
Kelajuan maksimum kereta itu ialah 431.072 km/j.
Kereta sport LykanHypersport itu dihasilkan dengan kerjasama firma Magna Steyr Italia, RUF Automobile, Studiotorino, Viotti, dan ID4MOTIO.
Hanya tujuh buah kereta itu yang akan dikeluarkan dalam tahun ini. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0130&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2JPUgK0LN 
Hakcipta terpelihara 

No comments: