Pages

Saturday, December 1, 2012

Penentang Bashar serang lapangan terbang


BEIRUT - Kumpulan penentang Presiden Bashar Al-Assad di Syria semalam bertempur untuk menawan sebuah lapangan terbang di Damsyik, kata para aktivis.

Pertempuran sengit yang berlaku di lapangan terbang itu turut menyebabkan kebanyakan kapal terbang terpaksa menunda penerbangan.

Menurut para pemerhati, pertempuran sengit itu juga menunjukkan bahawa pihak penentang di Syria mempunyai senjata yang canggih dan mempunyai pasukan yang lebih tersusun.

Lapangan terbang itu terletak kira-kira 27 kilometer dari Damsyik.

Penentang terhadap Bashar bermula sejak Mac tahun lalu dengan tujuan untuk menggulingkannya selepas beliau gagal melaksanakan pembaharuan dalam pentadbiran dan kebebasan hak asasi.

Lebih 40,000 orang terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan penentang dengan askar Bashar. - Agensi"

No comments: