Pages

Monday, December 24, 2012

Krisis Syria: Lebih 100 terbunuh kedai roti dibom

Krisis Syria: Lebih 100 terbunuh kedai roti dibom
Krisis di Syria sudah berlarutan lebih 22 bulan. - Foto ihsan CNN
DAMSYIK - Lebih 100 dilaporkan terbunuh dalam serangan udara ke atas sebuah kedai roti di Halfaya, kawasan luar bandar di barat Syria, petang semalam.

Mangsa yang terbunuh terdiri daripada orang ramai yang beratur untuk mendapatkan bekalan roti, demikian menurut aktivis pembangkang dipetik CNN.

Angka kematian kemungkinan meningkat memandangkan ada yang mangsa belum dikenali identiti masing-masing, kata laporan.

Menurut aktivis yang menyaksikan upacara pengebumian, sehingga 109 orang terbunuh dalam serangan udara dipercayai dilancarkan oleh anggota tentera kerajaan.

Seorang aktivis, Hassan Al-Rajb memberitahu CNN bahawa 69 telah dikenal pasti dan dikebumikan manakala 15 lagi belum diketahui identiti.

"Dua puluh lima lagi masih di lokasi kejadian," katanya.

Laporan CNN menyebut bahawa angka kematian tidak dapat disahkan kerana tiada akses bagi wartawan ke kawasan kejadian.

Kedai roti di kawasan kejadian beroperasi semalam selepas bekalan kehabisan sejak seminggu lalu dan hanya memperoleh bekalan baru kelmarin.

Menurut Hassan, terdapat tiga kedai roti dengan salah satunya dibuka pada jam 1 tengah hari semalam.

Pekerja-pekerja mula mengedarkan bekalan dua jam kemudian dan serangan didakwa dilancarkan pada jam 4 petang.

No comments: