Pages

Tuesday, November 27, 2012

Pangkalan tentera udara Syria ditawan


DAMSYIK - Kumpulan pemberontak Syria mengaku telah menawan pangkalan tentera udara Marj Al-Sultan yang menempatkan helikopter dekat sini, selepas bertempur dengan tentera kerajaan, hari ini.

Menurut aktivis, rampasan kali kedua terhadap kemudahan ketenteraan Presiden Bashar Al-Assad di pinggir bandar dalam tempoh sebulan itu disiarkan secara menyeluruh menerusi rakaman video internet.

"Sekumpulan pemberontak dilihat bersorak dan mengangkat senapang AK-47 mereka sambil berlari mengelilingi kawasan berkenaan.

"Mereka turut melaungkan dengan bantuan tuhan, pangkalan udara di timur Ghouta telah bebas," kata aktivis.

Dalam serangan itu, pemberontak dilaporkan memusnahkan dua helikopter dan sebuah stesen radar, selain menahan 15 kakitangan di pangkalan itu.

Timur Ghouta yang juga wilayah campuran pertanian dan membangun, menjadi kubu kuat pemberontak sejak beberapa bulan lalu.

No comments: