iSAVE YOU dijamin selamat, mesra alam
Kusyen penyerapan hentaman berasaskan span lembut berfungsi sebagai penyerap hentakan.
MAJORITI pembikin kereta seluruh dunia sejak berdekad lalu, menganggap beg udara keselamatan hanya sesuai ditempatkan di kawasan tempat duduk dalam sesebuah kenderaan.

Namun kini, sekumpulan penyelidik Jepun berjaya menukar anggapan itu dengan mencipta produk terbaru iaitu kereta elektrik dibaluti kusyen atau dengan lebih tepat sebagai beg udara.

Syarikat pengeluar kereta iSAVE YOU, Humanix, mendedahkan kereta yang memiliki tiga tayar ini adalah satu daripada kenderaan elektrik paling selamat di dunia.

"Sebenarnya rangka kereta ini seperti kereta golf yang bahagian luarnya dibaluti dengan beg udara berkusyen yang berfungsi sebagai pembidas hentakan.

"Kereta ini sesuai untuk golongan tua dan kurang upaya," kata Presiden Humanix, Profesor Tsutomu Masujima.

iSAVE YOU kini dalam persediaan untuk dipasarkan pada harga 790,000 yen (RM29,326). - MailOnline