Pages

Thursday, August 9, 2012

Simpan enam juta tulang manusia

GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan seorang pengkaji 
terowong itu berjalan di barisan tulang dan tengkorak manusia.

PARIS - Bandar raya ini mempunyai daya tarikan pelancong di bawah tanah iaitu sebuah tempat simpanan tinggalan enam juta tulang manusia.
Menurut akhbar dalam talian MailOnline kelmarin, terowong bawah tanah itu dikenali sebagai Empayar Kematian Paris.
Terowong bawah tanah itu dijadikan tempat menyimpan rangka manusia sejak abad ke-18 bagi menyelesaikan masalah kawasan kubur yang terhad di Paris.
Menurut laman web CNN, pada 1786, kawasan perkuburan di Paris didapati tidak lagi mempunyai ruang untuk menanam mayat.
Ketika itu, mayat-mayat tersebut terpaksa dikebumikan dekat dengan kediaman manusia.
Terowong bawah tanah itu terdapat di Place Denfert-Rochereau dekat daerah Montparnasse di sini.
Sesiapa yang didapati menceroboh masuk ke dalam terowong sejauh 249.44 kilometer itu akan dikenakan denda sebanyak 60 euro (RM230.88).
Beberapa anggota polis mengawal terowong itu. - Agensi

No comments: