Pages

Thursday, August 9, 2012

Krisis dadah di Myanmar semakin genting

 "YANGON: Pihak berkuasa Myanmar semalam memberi amaran bahawa ia berdepan dengan krisis dadah yang kian meruncing selepas merampas dadah, termasuk lebih 1.7 juta pil amphetamine dan 116 kilogram heroin bulan lalu.

“Masalah dadah sekarang sangat bahaya di Myanmar,” kata pegawai polis di bahagian kawalan dadah yang tidak mahu dikenali kepada media.


“Ia semakin teruk. Walaupun negara ini telah berikrar untuk bebas daripada dadah menjelang 2014, ia hanya bebas daripada candu kerana masalah tablet rangsangan,” katanya.

Media rasmi semalam melaporkan 342 kes berkaitan dadah di seluruh negara bulan lalu, mengakibatkan penahanan 473 suspek.


Kebanyakan tablet rangsangan dirampas di sempadan di timur negara itu, tetapi penggunaannya turut merebak di Yangon, kata pegawai polis itu. - AFP"

1 comment:

Anonymous said...

Padan muka ko Myanmar!Ni sumer bala dari Allah kerana menindas umat Islam Rohinya yg tak berdosa.Lebih baik ko tangani masalah dadah ko tu dari menjahanamkan hidup orang lain.Doa org teraniaya pasti termakbul jugak.