Pages

Friday, August 3, 2012

Henti bantu Rohingya

SEORANG penunjuk perasaan Pakistan berdiri di atas bendera Amerika Syarikat sambil membakar bendera Myanmar terbakar semasa demonstrasi di Multan bulan lepas, membantah pembunuhan umat Islam di Myanmar. Pertempuran baru-baru ini di barat Myanmar antara etnik Buddha Rakhine dan Muslim Rohingya mengakibatkan berpuluh-puluh maut dan beribu kehilangan tempat tinggal dan berpuluh ribu Muslim Rohingya menjadi pelarian. . - Foto AFP
SEORANG penunjuk perasaan Pakistan berdiri di atas bendera Amerika Syarikat sambil membakar bendera Myanmar terbakar semasa demonstrasi di Multan bulan lepas, membantah pembunuhan umat Islam di Myanmar. Pertempuran baru-baru ini di barat Myanmar antara etnik Buddha Rakhine dan Muslim Rohingya mengakibatkan berpuluh-puluh maut dan beribu kehilangan tempat tinggal dan berpuluh ribu Muslim Rohingya menjadi pelarian. . - Foto AFP




Bangladesh anggap bantuan PBB galakkan kebanjiran pelarian berkenaan

Dhaka: Bangladesh mengarahkan tiga badan kebajikan antarabangsa berhenti memberi bantuan kepada pelarian Rohingya yang berada di sempadan negara itu untuk lari daripada penindasan dan kekejaman di Myanmar. 
Agensi itu termasuk Doctors without Borders (MSF) dari Perancis, Action Against Hunger (ACF) dan Muslim Aid UK Britain. 


Kami minta mereka hentikan semua projek di Cox’s Bazaar atas arahan Biro Hal Ehwal NGO”. - Joynul Bari, Pegawai pentadbiran tempatan
Mereka diminta menggantung perkhidmatan di daerah Cox’s Bazaar yang bersempadan dengan Myanmar, kata pegawai pentadbiran tempatan, Joynul Bari.

“Badan kebajikan memberi bantuan kepada berpuluh ribu pelarian Rohingya yang tidak berdaftar secara haram. Kami minta mereka hentikan semua projek di Cox’s Bazaar atas arahan Biro Hal Ehwal NGO,” katanya.

Galak kebanjiran pelarian

Bari berkata, badan kebajikan terbabit menggalakkan kebanjiran pelarian Rohingya supaya merentasi sempadan dari negeri Rakhine di Myanmar berikutan keganasan kaum yang menyebabkan sekurang-kurangnya 80 orang etnik itu terbunuh. 
Badan kebajikan terbabit menyediakan penjagaan kesihatan, latihan, makanan kecemasan dan air minuman kepada pelarian yang tinggal di Cox’s Bazaar sejak awal 1990-an.

MSF mengendalikan sebuah klinik berhampiran satu daripada kem pelarian Rohingya dan memberi khidmat kepada 10,000 orang.

Etnik Rohingya yang bercakap dialek Bengali hampir sama dengan penduduk selatan Bangladesh, dilihat sebagai pendatang haram oleh Myanmar, negara majoriti beragama Buddha.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pula mengkategorikan mereka sebagai satu daripada kumpulan minoriti paling tertindas di dunia.

Henti beri bantuan

Ketua Muslim Aid UK di Bangladesh, Obaidur Rahman, mengesahkan bahawa pertubuhan beliau menghentikan projek Rohingya selepas menerima arahan terbabit.

Kerajaan Bangladesh berkata, kira-kira 300,000 penduduk Islam Rohingya tinggal di negara itu, majoritinya di Cox’s Bazaar.

30,000 didaftarkan sebagai pelarian yang tinggal di dua kem yang dikendalikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Sejak beberapa minggu lalu, Bangladesh bertindak menghantar pulang bot yang membawa pelarian Rohingya yang lari daripada keganasan di Myanmar, walaupun dikenakan tekanan Amerika Syarikat dan kumpulan hak asasi supaya memberikan taraf pelarian kepada mereka.

Pasukan keselamatan Myanmar melepaskan tembakan terhadap penduduk Islam Rohingya, memperkosa wanita selain menyokong serangan perusuh yang menjadi saingan mereka sejak tercetusnya keganasan kaum. - AFP

No comments: